Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, December 06, 2011

kita ni osem tau!

bismillah..

"ya Allah, berikanlah hidayah dan petunjukMu kepada kami, permudahkanlah hidayahMu itu masuk ke dalam hati kami. setelah Kau berikan petunjuk kepada kami, janganlah pula Kau sesatkan kami."

syurga itu untuk orang-orang yang hebat lagi osem.

aduh, statement tu membuatkan aku semakin takot nak menghirup oksigen yang dikurniakan oleh=Nya. dikhuatiri akan banyak menzalimi peluang bernafas daripada mensyukuri nikmat ni. hm, ape je yang aku dah buat hari ni? adakah banyak baik dari buruk atau vice versa? adakah banyak memberi dari menerima? adakah...? adakah...? fuh! banyak sangat persoalannya kalau nak di-list-kan kat sini. walaupun hari ni aku ber-sedang-laju, menghadiri majlis ilmu juga, tetap, terasa diri ni masih lagi dalam kefuturan.

kerana jahiliah yang masih bersarang di hati.

kadang kala kita ni rasa diri kita ni dah jadi lebih baik, malah lebih baik dari zaman sekolah dahulu. tapi, hakikatnya kita masih lagi berputar-putar pada titik yang sama, masih lagi di takuk yang sama. ibarat kita mendayung menggunakan garfu yang besar. tak bergerak ke mana-mana. peluh tiba-tiba merembes keluar

syurga itu untuk orang-orang yang hebat lagi osem.

kita selalu meratapi kekurangan diri dan memuji kelebihan orang lain. sampai kadang kala wujud pula rasa cemburu nak ada kelebihan yang insan tersebut miliki atau pun nak jadi macam insan tersebut berbanding menjadi diri sendiri.

tetapi setiap daripada kita Allah dah bagi kelebihan masing-masing.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah  kepada sebagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi laki-laki itu ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebagian dari kurniaNya. Sesungguhynya Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu" 
- An-Nisa' 4:32 -


kekurangan yang kita ada tu sebenarnya adalah kelebihan pada orang lain dan kelebihan yang kita ada ni sebenarnya adalah kekurangan orang lain. faham tak? buat-buat jela muka faham eh! haha. em, bukankah dalam erti kata lain membawa maksud kita ni ada kelebihan yang tersendiri. maknanya, kita juga osem tau! kita juga tergolong dalam insan yang hebat. itu memang fitrah kita sejak lahir sebenarnya, environment kita ni je yag telah mencalarkan kita yang sedia bersih dan suci tu.

jadi, kita ni sebenarnya adalah insan yang hebat dan osem tau! dan insan yang hebat lagi osem tu ialah penghuni jannah Allah, bukan macam tu ke? cuma, adakah kita sedar yang kita ni sebenarnya ada kekuatan tu jika kita tak berusaha mencari atau mewujudkannya? luffy pon tak tau yang dia dah pon ada kuasa haki before rayleigh bagi tau. haha. sori, random! hm, maknanya, kehebatan tu memang kita sendiri yang kena cari ataupon wujudkan sendiri! 
tepuk dada, rasa sakit, tanya iman sendiri!

lagi satu, jangan sampai kehebatan yang kita ada tu nanti membawa kita kepada kefuturan atau lebih tepat ke neraka. INGAT!

diri yang osem lagi hina ni nak share satu quote yang pernah dibaca. ayatnya kurang terlebih macam ni la,

"orang gila tak akan mengaku dia gila. 
tapi, kalau orang baik mengaku dia baik, macam mana eh?"

shoot! hatiku tiba-tiba terasa seperti dirobek dengan ganas dan kejam lagi kasar! sahabat sekalian, fikir-fikirkanlah dan muhasabah diri eh! peringatan untuk tuan empunya belog juga!

*sebenarnya, adalah lebih sukar untuk menjadi seperti diri sendiri berbanding menjadi seperti orang lain. setuju? anyway,

baru tau yang osem tu jugak ialah sejenis jenama makanan. haha.

Monday, December 05, 2011

eventually, i found one!

aku tercari-cari, takde ke yang merakamkan hasil kerjaku. akhirnya, jumpa jua. tapi....

its mine! it's my masterpiece!

nampak macam tak sedap je bila da dibungkus macam tu walaupun rasanya sebenarnya osem! tak caya? tunggu saya buat lagi eh next sem. kalau di panjangkan umur dan ada kesempatan la. 

*agak merepek dan random. =)

aku nak kelihatan osem!

bismillah....

setelah kebosanan di pagi ni, mulalah aku men-google macam-macam. dari blog sampailah twitter. tak lupa lalu di muka buku. pagi ni, terbit satu persoalan yang bermain-main di benakku. tiba-tiba fikiran aku bejat. ceh, bejat la sangat. haha.

aku sebenarnya terfikir, macam mana Rasulullah saw sikat rambut sebenarnya. aku keliru. bnyak sangat versi. ada yang kata ke tepi, ad yang kata kebelakang dan ad juga yang kata belah tengah. tapi, aku pasti dan yakin tiga ratus tujuh puluh empat peratus yang rambut Rasulullah bukanlah bergaya mohawk mahupun spiky. heh.

aku juga ingin kelihatan osem! biaselah, manusia. fitrahnya begitu. tp, cuba kita soroti balik, kita nak kelihatan osem pada siapa dan untuk apa? first of all, kita mestilah betulkan balik niat kita. kalau kita niat nak kelihatan osem di depan lelaki/perempuan hanya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya inginkan perhatian dan pujian, adalah lebih baik kita hanya bersederhana. bukankah bersederhana itu unjuran Islam? lg satu, kalau kita niatkan kerana itu, itu jela yang akan kita dapat. tetapi, kalau kita niatkan kerana nak dapatkan reda Allah, insyaAllah, yang diniatkan akan diperoleh dengan mudahnya. masih ingat lagi hadis pertama dalam kumpulan hadis 40? kalau lupa, boleh tengok kat sini.

kemudiannya, tentang kelihatan osem pada siapa. hah, pandangan siapa yang perlu diutamakan? ehem, ehem. perlu saya bagi tahu lagi ke? rasanya, anda semua adalah dari golongan yang bijak pndai lagi bijaksana. jadi, tidak perlu rasanya saya menyatakannya di sini. fikir-fikirkan lah ye!

so, pandangan siapa yang perlu diutamakan? =)
dah tahu? jadi, macam mana kita nak kelihatan osem di pandangan DIA? jawapannya senang saja. ikutlah sunnah Rasulullah saw kan baginda ialah qudwah hasanah yang terbaik dan paling osem di dunia yang pernah ada. mudahkan? lagi pon, hidupkan sunnah nabi tu kan banyak kelebihannya seiring dengan hadis ni.


Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun

jadi, jom sama-sama hidupkan sunnah Rasululllah saw agar kita lebih osem!

*sebab tula cari macam mana Rasulullah sikat rambut. aku nak osem juga! haha. sekarang ni da mula sikat belah tengah balik. versi belah tengah tu lebih kuat. lagipun, bila buat rambut belah tengah ni, aku rasa lebih osem dan matang. haha. ok, hiraukan je. 

Friday, December 02, 2011

suara itu!

bismillah...

suatu masa dahulu, suara itu memang kerap bergema. namun, sejak menjejakkan kaki ke dunia kesibukan di kolej maha busy, suara itu ibarat mati tiba-tiba. kadang-kadang sahaja ia bergema.

jujur aku akui aku suka akan suara itu. suara itu kadang-kadang mampu mengingatkan aku. dan mungkin juga mengingatkan sahabat-sahabatku. acap kali ia bergema dulu. namun, sunyi seketika. dan kini, ia bergema kembali. malah lebih kerap rasanya. 

ramai yang tertanya-tanya (agaknyalah) dan mungkin ramai yang tersalah faham akan maksud sebenarku pabila aku menge-postnya di wall mukabuku aku. ah! silap aku juga yang suka berkias! suara, suara, suara!

ada apa dengan suara itu?!



jujur, aku tak pernah cuba untuk lari dari suara itu. malah, aku sendiri yang kadang-kadang membuatnya bergema. silap aku kah yang membuatnya bergema?

ketahuilah sahabat-sahabatku, suara itu sebenarnya ialah belogku ini. ianya bergema pabila adanya entry baru.
kini, suara itu bergema lagi!

*maaf sahabat, saya suka berkias! 

tolonglah approve aku!!

bismillah..

penat sudah jari ku yang comel ni menekan-nekan papan kekunci asus ni. beberapa kali mencuba dengan harapan setinggi gunung karakatoa, namun tetap hampa. kenapa kau tak approve-approve? ape salah aku?

aku juga nak senang. aku fikir, kalau kau approve, pasti aku boleh melakukan banyak perkara dengan kau. tapi kau sombong. ape salahku pon aku tak tau. kau tak menyatakannya dan membuatkan aku terus tertanya-tanya.

tolonglah, aku merayu padamu, tolonglah approve aku. semua syarat yang kau berikan telah aku bace dan aku terima. ape lagi yang kau nak? ape yang kau inginkan dah aku buat. tapi, kau tetap tak approve aku? 

kenapa? KENAPA? KENAPA? KENAPA? KENAPA?KENAPA?

bukankah kau sering menyatakan silap orang yang inginka khidmatmu? tapi, apabila denganku, kau tidak begitu. kau tak adil! kenapa?

tolonglah aku! aku nak senang juga! puas sudah aku mencari di merata-rata tempat, namun kau menjadi penghalang setelah aku menjumpainya sebab kau tak approve aku! sedih, kecewa. tolong aku.

CIMB Clicks, bolehkan kau tolong aku?

aku nak beli buku ni!



tersilap langkah lagikah?

bismillah...

niat awal tak nak online malam ni. tapi, sebab abang mintak tolong buat something, dah terbawak-bawak smpai ke sini. haha.

okeh, kembali ke topik asal. tersilap langkah lagi? sape? aku? waduh-waduh, bisa gawat kalau macam ni. tapi, kalau aku tak tersilap langkah, adakah itu kebetulan? bak kate inche gabbana dalam belog beliau di sini, tiada istilah kebetulan dalam hidup ni. hanyalah takdir yang mempunyai hikmah semata-mata. jadi, adakah ini takdir? apakah hikmah di sebalik ni? masih tercari-cari.

benar, aku pernah tersilap langkah dulu. aku jujur akui itu walaupun pahit. walaupun ada sekelumit malu di hati. malu pada orang sekeliling dan yang paling besar, malu pada Yang Maha Pencipta. tapi, itu dulu. sungguh aku amat menyesal. buruk sekali sikapku pada waktu itu. kalau dirakamkan, pasti malu untuk aku melihat kembali. alhamdulillah, Allah menjentik kesedaran dalam diriku lebih awal. lantas, tanpa toleh kebelakang, aku tekad membuat keputusan drastik, aku ceraikan kau dengan talak 3. tiada lagi hubungan kala ini.

di saat kau sudah dikenali ibu bapaku, di saat namaku sudah mula disebut-sebut dalam keluargamu, aku tekad. kau tak halal buatku. kau masih haram. Alhamdulillah, Allah meminjamkan kekuatan padaku.

namun, kini, ianya berulang kembali. silap akukah? adkah langkahku kembali tersasar. namaku kini kembali menjadi sebutan di bibir-bibir keluargamu. walaupun 'kau' yg aku maksudkan ini bukanlah 'kau' yg aku maksudkan td. ceritanya serupa. kalau tidak seratus peratus pon, mungkin hampir-hampir sama. 

silapkah aku penuhi permintaan tolongmu?
silapkah aku menulis namaku? 
silapkah aku menghantarnya kala ini?

kalau semuanya bukan. jadi, di mana silap aku? masih tercari-cari sehingga sekarang. 


akhirnya, aku menemukan konklusinya. silap aku di situ. ya, situ! di HATI aku! 
jadi, ini adalah takdir Allah untuk aku. kerana, tiada konsep kebetulan. Allah memang dah tetapkan hal ni dengan hikmah-Nya yang tersendiri. persoalan di sini, apakah hikmahnya? 

Tuesday, November 29, 2011

hikayat ibu dan anak

assalamualaikum!!!

fuh!! lame sungguh tak berhapdet blog ni. maaflah, musafir jauh berjalan, sibuk bekerja. muahaha. sebenarnya, nak tulis dari hari, dari saat menjejakkan kaki semula di teratak bonda dan ayahanda yang tercinta ni selepas menamatkan pertapaan selama enam punama di tengah-tengah ladang kelapa sawit. tapi, belum ada kesungguhan, kesempatan tu ada. kesungguhan yg takde. di malam yang penuh keheningan dengan angin sepoi-sepoi language ni, tibe-tibe la pulak rase nak menulis. banyak yang ingin diluahkan, cuma ia sekadar tersekat di hujung jari, tak mampu meneruskan penaipan. ceh~

ok, malam ni nak bawak satu cerita. bukan bedtime story eh! awal lagi. takkan nak tido dah kot? inilah hikayat yang boleh dipakai walau berkurun lamanya, walau di mana-mana. kalau orang kurun ke-7 nak pakai boleh, kalau orang abad ke-31 nak pakai pon boleh. baik viking mahupun org eskimo di kutub, semua boleh pakai. inilah hikayat ibu dan anak.

di suatu malam yang gelap tak gelita, seorang ibu menyuruh anaknya yang sakit makan ubat. "ubat bukan sebarang ubat. ini ubat banyak hikmatnya." ok, iklan sekejap. pengaruh Tok Perak. wahaha.

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......
si ibu : pegilah makan.
si anak : nantilah.

selang beberapa minit.....

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......
si ibu : pegilah makan.
si anak : nantilah.

selang beberapa minit...

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......
si ibu : pegilah makan.
si anak : nantilah.

selang beberapa minit..

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......

si ibu tidak lagi menyuruh anaknya makan. saddenli, 2 biji paracetamol muncul di depan si anak bersama dengan segelas air. wah!! terharu sungguh si anak. betapa terang lagi tak payah nak suluh pakai spotlight, kasih sayang si ibu terhadap si anak. sangat obvies di situ.

sweet kan..???


hah, korang mesti penah alami bende yang sama macam cerita tadi kan? sayang betulkan ibu-ibu kite kat kite kan? korang rase, korang akan buat bende yang same macam yang ibu-ibu korang buat untuk korang sejak korang keluar dari perut ibu korang sampailah korang dah besar sebesar lori sekarang ni tak? 

arakiannya, sayangilah ibu kita selagi mampu, berbaktilah kepada mereka selagi ada peluang. Allah tu Maha Adil lagi Bijaksana dan Berkuasa. anything can happen in a single second. as long as He wants, He can do anything. "kun fayakun". maka jadi, jadilah. 

hah, lagi satu, dah penah habaq kat depa belom yang hang semua sangat sayang tahap dewa kelapan belas kat depa? for sure, ada je yang tak pernah kan? kenapa? malu? perseta*kan malu tu. benda lain tak malu pulak. ouch, tetiba sakit umpama dicucuk sembilu infinity times. haha. hm, kalau belum. pi habaq na. 

SAYA SAYANG IBU SAYA INFINITY!!!

#sayalah si anak tadi sebenarnya. tula, petang tadi seronok sangat berplay hujan. dah la sebelum tu memang da ada simptom-simptom nak menghidap penyakit-yang-semua-orang-akan-kena. nah, kan dah sakit. takpe-takpe, sakit tu kan ujian dan kifarah dosa. bersabarlah! anyway, saya dah habis exam sem satu dan dah setat cuti sem. jangan jeles! wahaha. hah, lagi satu, gaya penulisan saya hari ini amatlah berbeza bukan? salahkan inche gabbana kerana beliaulahlah yang mempengaruhi saya. muahaha. anda boleh jenguk blog beliau di sini. SUL! (see u later)


Sunday, October 30, 2011

another journey~

bismillah..

alhamdulillah, kerana masih diberi nikmat hidup sehingga saat ini.

sekali lagi, terasa terpanggil untuk menulis lagi di sini. mungkin kerana semangat ber-blogging itu dah kembali kot. em, another journey? yeah, i experienced another journey today. it's a very remarkable journey as i was alone.

ceritanya, selepas pulang dari kem at-taqwa, menyertai program "zero to hero" by guidance, diri ini berada dalam keadaan dilema. fittri fahmi ajak ke daurah lain, azrin pula, ajak ke ekspo buku islam di KL sentral.

setelah berfikir agak lama, lalu membuat keputusan untuk ke ekspo buku dan akan menyusul fittri pada petang hari. namun, azrin secara tiba-tiba membatalkan hasratnya. terpaksa la pergi sorang-sorang. pada mulanya, nak batalkan je niat nak ke ekspo tu, setelah lama memerah otak berfikir, akhirnya, pergi jugak.

disebabkan kecintaan terhadap buku sangat mendalam, sanggup meredah panas terik berjalan seorang diri ke KL sentral, walaupun tak pernah pergi sorang-sorang. kali ni baru nak masuk second time. tawakal je. 
awal-awal lagi Allah dah mnguji, terpaksa menunggu bas sehingga setengah jam lamanya. 

kali ni memang betul-betul survival lah. tak pernah pon gerak sorang-sorang ni. hasilnya, tersalah turun stesen masa naik erl. nak turun kat KL sentral, terturun awal kat TBS. haha. lawak sungguh. announcer tu punya pasal la. salah announce. aku dah la tak tau. terpaksa la menunggu another 25 minutes kat TBS. walaupun digelakkan oleh dia, takpe. ada hikmah Allah jadikan begitu. sempat baca beberapa helai tadi. =)

sampai sahaja di KL sentral, mencari surau terlebih dahulu. melunaskan apa yang wajib. usai solat, meneruskan misi utama ke KL sentral. ke ekspo buku islam. buku yang dicari nampaknya tiada, agak kecewa. alang-alang da ke sana, beli lah jugak. 




inilah dua buku yang dibeli untuk diri sendiri. ada lagi 3 buah. tapi, untuk orang lain lah. dia dan azrin. entah berapa kali keluar masuk tempat tu pon tak kira. carikan buku-buku untuk mereka berdua. 

tak sedar masa berlalu terlalu pantas. jam pukul 6. ingatkan nak duduk sekejap, berehat sambil berfikir macam mana nak menyusul fittri di daurah. tapi, lain pula jadinya. aku didatangani oleh seorang pakcik yang agak berumur.

pakcik : assalamualaikum...
aku : waalaikumussalam..
kami bersalaman
pakcik : anak, maaf la mengganggu. anak nampak macam alim je, dengan kopiah bagai. saja pakcik tegur, beri salam. 
aku : eh, takdelah alim mane pon, pakai kopiah je kot. ==" (dalam hati, "aku nampak macam tu ke?")

saje nak mention part tu. haha. em, panjang perbualan kami sebenarnya. banyak yang aku belajar dari pakcik tu. kira, ni pon satu lagi hikmah Allah mendetikkan keinginan dalam hati aku nak berehat sebentar kat situ. usai maghrib wa ma'thurat (asar tak sempat bace), da buat keputusan untuk tak sertai fittri dan akan ke intec. jadi, malam ni tidur di intec.

main redah je. tak pernah pon gerak ke sana sorang-sorang. pergi intec pon tak pernah. main aci taram je. innalaha ma'ani. 

akhirnya, sampai jua ke shah alam. jam dah pon pukul 9. terus ke seksyen 6, kolej cendana. nasib baik call joe dulu. kalau tak memang lagi haru la kalau dah sampai seksyen 6. kawan-kawan kat intec semua keluar dan balik. jumpa joe di seksyen 2. then, barulah ke intec. 

sekarang ni di bilik joe setelah jumpa my best buddy at plkn yang sangat seronok tu. malam ni tidur kat sini. esok baru nak balik. 

so, totally, it's a great day for me as it very experiencing and joyful. betul ke? alhamdulillah again. thanks Allah
..

Wednesday, October 26, 2011

penat.sedih.kecewa.marah.gembira. mana satu?

bismillah...

hari ni tiba-tiba rase terpanggil untuk menulis di sini setelah berkurun lamanya tidak bertulis. tak tahu mengapa. mungkin kerana hati ini sudah sakit menanggung segala apa yang terpendam. mungkin juga. kini, cuma inilah tempat untuk diluahkan segala rasa selepas kepada Yang Maha Pencipta.

PENAT? SEDIH? MARAH? KECEWA? GEMBIRA? 
yang mana satu eh?

mungkin semua, mungkin juga tidak. mengapa perlu berasa sedemikian? ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah. kuatkanlah hati hamba-Mu. suburkanlah jiwanya dengan kalimah-kalimah-Mu.

PENAT?

ya, semestinya! seharian berjalan pusing satu bandar. tapi, demi tugas dan demi Allah. tetap digagahi! kami keluar berlapan dengan bas pada jam 8 ++. dalam bas dipenuhi dengan orang asing yang cuti pada hari ini (deepavali). jadi, mereka keluar ke bandar. bas yang kami naiki tu pun dah jadi seperti sardin. sepanjang perjalanan terpaksa mengeraskan kaki, mengawalnya agar tidak tersentuh dengan kaki perempuan di hadapan. Allah menguji aku dan telah menilai aku. hasilnya, wallahualam. turun-turun bas je rasa lenguh dah kaki tu, belum berjalan lagi. sampai je, terus cari kedai makan, kesian mereka, belum bersarapan. kemudian, terus menjalankan misi mencari kedai perabut. kedai pertama, hampa, tutup. dah la terpaksa berjalan beribu-ribu batu. (hiperbola je). terus lagi. kedai kedua. hampa juga. tiada apa yang dimahukan. terus lagi. oh, jauh sungguh. tiba-tiba teringat kisah nabi dan sahabat yang berhijrah jauh dari Mekah ke Yathrib. tanya diri sendiri, mana lagi jauh. aku atau mereka? mana lagi teruk, aku atau mereka? terasa seperti ada sesuatu yang menyerap masuk ke dalam badan. semangat barangkali. kami terus berjalan. kedai ketiga, juga menghampakan. tutup juga. terus lagi. alhamdulillah, Allah menolong kami. kedai terakhir, kedai kelima sebenarnya, dibuka dan barang yang dicari ada di sana. selesai proses tawar-menawar. kami meneruskan langkah semampu mungkin. akhirnya, sampai di courts. berehat sebentar di sana menikmati kedinginan udara di dalamnya. sekali lagi, menghampakan. tiada pasangan. kami lari meninggalkan courts dan terus menuju ke The Store. di sana lah kami menghabiskan masa berbincang dan melunaskan segala hal. malas berjalan lagi, mengambil keputusan makan di KFC yang ada di situ sahaja. Allah takdirkan kami terjumpa dengan rakan sekolej yang sedang enak menjamu selera. seusai makan, terus pulang menaiki teksi. tak larat sudah berjalan. alhamdulillah, keputusan tepat. hujan tiba-tiba turun. Allah membantu kami lagi sekali. sampai ke kolej sudah pun jam 3. itulah perjalanan kami. jadi perlukah aku berasa penat dengan hal seperti itu? yang hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan musafir Rasulullah dan para sahabat dahulu. sepatutnya tidak! ya, tidak patut sama sekali! aku tak boleh rasa penat! ya, aku kuat!

SEDIH?

mungkin, terlalu public jika ingin aku nyatakan di sini. biarlah cerita ini di simpan sahaja. mungkin itu lebih baik. "..boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. dan boleh jadi kamu menbenci sesuatu sedangkan itu amat baik bagi kamu..."(2:216) . ya, mungkin itu lebih baik. namun, aku tetap ingin menyatakn kesedihan aku di sini dengan olah dan perangai serta cara berpakaian orang yang berada di sekelilingku tadi, termasuklah yang bersama-sama denganku.

KECEWA?

boleh jadi juga. tapi, sebab apa aku pun kurang pasti. mungkin, kerana kecewa dengan diriku sendiri. ya, mungkin! kecewa kerana tak dapat dan tak berupaya mengeluarkan hasrat yang terpendam yang ingin dilontarkan. mungkin salah aku juga. tak menjadi seorang pemimpin yang bijak dan berhikmah. barangkali ya. lain-lain? kecewa dengan orang sekeliling sekali lagi mungkin. ok, tutup cerita kekecewaan. biarlah Dia yang mengubatnya. 

MARAH?

hampir-hampir. nasib baik gunung berapi tidak sempat memuntahkan laharnya. sekali lagi, Allah membantuku. alhamdulillah. tapi, kenapa nak marah ya? perlukah? bukankah sabar lebih baik? ya, sabar itu lebih baik. namun, aku bukan nabi yang mampu bersabar selamanya. aku insan kerdil yang lemah. namun, Allah tetap membantuku. tetap mampu bersabar. tetapi, tidak mampu berlakon dengan baik. kadang-kala, senyum itu hilang dari mulut.

GEMBIRA?

ya, aku memang patut gembira. mungkin kerana malam tadi. dan mungkin juga kerana hari ini. malam tadi ada apa ya? alhamdulillah, di beri kepercayaan oleh separuh rakyat KMB untuk menjadi wakil mereka. pap! terus terasa berat apabila mendengar nama sendiri diumumkan. ya! itulah tanggungjawab. aku perlu kuat dan bijak. perlu juga berusaha melunaskan janji yang telah ditaburkan. insyaAllah, akan diusahakan sebaik mungkin. kemudian, gembira sebab tadi. mungkin, hal-hal perabut berjaya diselesaikan. seterusnya menjadi sebab untuk aku gembira. perlukah? perlu atau tidak, aku telah pun berasa gembira. hanya karpet dan meja sahaja yang menjadi halangan. 

jadi, yang mana satu perasaan aku sebenarnya? 

PENAT? SEDIH? KECEWA? MARAH? GEMBIRA?

apa kata anda? anda rasa? 

berpenatlah kamu dengan amal dan ibadah sebelum orang lain berpenat kerana menguruskan jenazahmu,
bersedihlah atas segala dosa kamu sebelum orang lain bersedih atas pemergianmu,
kecewalah atas segala apa yang telah kamu lakukan sebelum kamu kecewa di akhirat kelak,
marahlah dirimu kerana melanggarkan perintahnya sebelum kamu dimarahi di barzakh,
dan,
bergembiralah sekadarnya di dunia agar dapat bergembira sepenuhnya di akhirat kelak.

*jom, muhasabah diri!


Tuesday, September 06, 2011

argh!!!

bismillah..

hm, memang mantap la kan. kerja masih menimbun setinggi bukit tu, sempat lagi nak update blog. HAHA. ape aku kisah. tension! ni la padahnya bila buat kerja last-last minutes. procrastinate je banyak. ini la hasilnya. mantapkan! HAHA. sekarang dah pukul 2.30 pagi kot dan aku masih menghadap laptop terkial-kial mnyiapkan segala kerja. baguskan? HAHA.

ok, saje nak buat checklist jap.

malay-sinopsis lg 1. lain setel.
eng - takde kerja. best!
math - ouh, baru sentuh sikit. great! HAHA.
bio - pon sikit jugak. pening!
chem - tergendala. blur!
tok- yeah, setel!
bms - takde kerja gak. =)
pai - separuh. separuh ke? HAHA.

aish, afiq, afiq. ape kau nak jadi da? buang la sifat malas dan suka procrastinate kau tu. tak elok. macam mana la nak jadi doktor macam ni. ish3. tu la kau, suruh buat awal-awal tak nak. dah kritikal baru nak buat. selalu buang masa je. muhasabah diri balik eh!

adush, esok nak balik dah. dengan homework tak setel-setel lagi. barang tak kemas-kemas lagi. boleh pulak kau melagho kt sini afiq? *depan laptop tanpa buat kerja berfaedah.* great! kau memang cool! HAHA. cool la sangat. cuak jugak kot. sibuk bertanya kawan akan homework yang mereka dah buat. nak cari kawan. biaselah. HAHA.

ok-ok, stop it afiq. dari kau buang masa kat sini, tak buat kerja dah, baik kau tidur. dari pagi menghadap laptop je, bertambah-tabah la rosak mata tu. bagi la rehat sikit.

fine, wanna log off. selamat tidur kawan-kawan. see u in KMB! if Allah wills. lailah saidah~

*p/s : this entry maybe the last entry before going back to KMB. ouh, I miss KMB a lot! looking forward for tomorrow. but, homework. AAARRGGGGHHHHH!!!!!!!!

Wednesday, August 31, 2011

1 syawal

bismillah..

akhirnya, syawal telah pon menjelma. tak rase langsung kot raya tahun ni. sebab kenapa, masih dalam persoalan. haha. ok, kali ni aku nak habaq kat hang semua tentang cerita di pagi syawal. pagi jela. petang aku tido. haha. malam ni hujan kot, tak jadi beraya. so, duk rumah jela. kebosanan tak tau nak buat ape, terhasil la entry ni. *homework melambak malas nk buat. sentuh pon belum kot.

start dari pagi la. bangun-bangun tak rase apa. tanya diri sendiri balik, hari ni raya ke? haha. tapi, pagi ni semangat. nak gerak ke masjid awal. selalu, nak solat bru sampai. maklum la, masjid depan rumah je. so, lepak-lepak jela. so, in order to achieve that mission, awal-awal da siap mandi da. lpas tu, mula la episod makan. haha. pagi ni aku makan sikit je. (sikit aku la. tak tau la sikit korang macam mane) sebabnya ad mission lagi 1. mission ape? nk makan kat setiap rumah yg aku raya. tp, seketul ketupat jela. haha

lepas makan, terus sarung jubah. tahun ni aku tak beli baju melayu. pakai jubah je. jubah baru gak. sunatnya, bukan pakai baju melayu baru. pakai pakaian baru. so, tak kisah la kn. 1st time kot agi raya pakai jubah. rase pelik je. ==" . baru pukul 8 aku dah gerak gi masjid. woah, rekod baru ni! haha. lepas solat, bermaaf-maafan dulu kat rumah. orang jawa ckap, 'badanan'. mksudnya, bermaafan. i love this part! mase ni la start dapat duit raya. haha. *evil laugh

pagi tu ada 3 family kat rumah aku. so, agak ramai la. selalu 2 family je. lepas je 'badanan', terus gerak gi kubur. sedih rasenya tengok ada 1 kubur bertambah tanah masih merah lagi. =(. this time, masih boleh bertahan. pagi ni raya 4 rumah je. tak termasuk rumah sendiri. dan seperti biasa, marhaban di setiap rumah. seronok! tp, bila smpai kat rumah last, seronok tu tukar jd sedih pulak. kami kehilangan seseorang. tetibe je aku tak mampu nk marhaban sekali. sayu. rase macam tiba-tiba je pkcik aku pergi. 

lepas je habis beraya, kami bergambar di tangga antik rumah kami. tangga baru tu! baru cat!haha. penat kot aku cat semalam. nak tnjuk gmbar kt sni tak boleh la. belum transfer lagi. nanti-nanti la. lepas je bergambar, pi masuk bilik kire duit raya, haha. macam budak-budak kan sy! woah! banyak! banyak dr tahun lpas. tp, lg skit dr adik la. kalah tipis. haha. hasil duit raya terkumpul sehingga sekarang, boleh la jugak. lg byk dr elaun yg mara bagi sebulan kot. hehe. 

overall, raya tahun ni memang tak rase la. rase sekejap je kot. just pagi td je trase. lpas tu dh tak rase ape dah. rase ke tak, raya tetap raya. dan malam ni gak negara nk sambut merdeka utk kali ke 54.  so, hepi eid and hepi independent day! 

Monday, August 29, 2011

ramadan vs syawal

bismillah..

jap-jap. bagi aku bersihkan sawang-sawang kat blog ni dulu eh. ok, done! adeh, banyak gile sawang. =="
berzaman tak ber-update. ASB! bukan amanah saham berhad eh. aku sangat busy! haha. paham-paham jela macam mane hecticnya hidup pelajar-pelajar IB ni. dengan lab reports la. cas hour lagi. fund-raising lg. adeh, mmg tak cukup tangan la. masa apetah lagi. seriously, it's a damn busy being an IB student! but, i'm not regretting at all. haha.

ok, back to the topic, ramadan vs syawal. which one korg prefer? ramadan or syawal? ok-ok, tak payah jawab. aku tau dah jawapan korang. kalau korang mesti nk pilih ramadan kan? (berbaik sangka) tapi, sebenarnya, betul ke yg korg piih tu? logically, i think it's not the best answer for this era. is there anyone yg tak puas hati dgn statement aku? komen di bawah ye. haha. 

apabila tibanya hari-hari terakhir ramadan, ramai tak kat masjid-masjid dan surau-surau org solat tarawikh? 'memang la ramai kan' tp, lagi ramai kat mall-mall dan bazar-bazar buat persiapan nk sambut syawal. kat rumah pon ada gak. sibuk bersihkan rumah, cat baru bagai. (adeh, sakitnya!) 

act, bile da berada di akhir-akhir ramadan ni, aku tewas tipis di tangan syawal. bukan la nk cakap syawal ni tak bagus. semua bulan bagus. cuma, cara kita tangani dan hadapi sesuatu bulan tu la yang jadikan bulan tu bagus ke tak. setuju? sedih rasenya bila tertido kepenatan tanpa sempat habiskan tarawikh. sedih rasenya rutin harian menelaah Ultimate Course Companian (al-Quran sebanarnya) terganggu. and the result is, sampai la ni aku ada lg 1 juzuk lebih nk dihabeskan. 

so, how? ramadan vs syawal? who gonna win in this era? for sure syawal, ain't it? very differ than in sahabat's era. ramadan is eagerly waited by them dan sangat-sangat sedih apabila ramadan is going to leave them. they afraid they will not succeed to meet the next ramadan.

*muhasabah la diri balik eh. (pesanan utk diri sendiri gak). sorry, tajuk entry mcm tak sesuai je. anyway, just read and use it. hepi eid by the way!

Sunday, July 24, 2011

saya hampir tidak waras

bismillah..

hm, dah lama rasenya blog ni tak diupdate. dah jadi orang sibuk, so, susah la nak update. lagi pula nak dapatkan internet agak susah. SAYA HAMPIR TIDAK WARAS? haha. hampir la. semuanya IB punya pasal. actually, da 3 minggu lebih dah aku melayari bahtera IB kat KMB ni. peh, mula-mula memang happy jela sebab tak banyak kerja sangat. tapi, sekarang nak menangis pun ada. kerja sangat-sangat banyak. hwaaa!! >.<

banyak bendanak cerita sebenarnya. tapi, kena tunggu ada masa la. sebab, sekarang ni memang tiada masa yang sesuai untuk berblogging kot. semuanya dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti kolej dan kerja-kerja sekolah. sekolah? haha. memang sekolah pun. IB World School. sekolahlah tu kan. =) sekarang sangat-sangat pening dengan kerja-kerja yang menimbun setinggi gunung ledang. 1st sem gunung ledang la. last sem nanti gunung everest pulak kot. adeh. 

walaupun IB sangat-sangat hectic, tapi tak menyesal langsung kot pilih IB. bukan sebab MARA taja, bukan sebab dapat buat medic, tapi, dapat belajar kat KMB ni. KMB sangat-sangat best! ukhwah antara warga KMB sangat-sangat mantap! sebab tu tak menyesal. =)

sekarang ni dalam usaha menyiapkan folio malay sebanyak 100 m/s. haha. SIKIT KAN? tapi, by group. each person kena buat 17 m/s. nak tulis apa la pasal tennessee william tu. disebabkan terlalu pening+tension, ntah da berapa kali stop buat pun tak tau. haha. start from 9.30 kot, until now. woah, lama kan? dah macam-macam jenis makanan dan air dah masuk dalam perut ni. haha. disebabkan pening+tension la saya rase nak menaip di sini hari ni. tempat luahan perasaan. roomate da tidur. kawan yang text tadi pun dah tidur. kawan yang selalu menjadi tempat curahan perasaan pun dah tak jadi tempat curahan perasaan dah. i'm really happy for that. eh, wait a sec, should i? ok, i should. =) 

adeh, merepek sudah. takpelah, at least, kurang sikit beban kat kepala ni. nak stop dulu la. better tidur. tak pasal-pasal tak bangun subuh pulak esok. tak pasal-pasal miss meeting pulak esok. kesian groupmate, dah la saya tak bagi dia balik rumah minggu ni. haha. ok, bed is calling me n my eyes start to close. nite! see ya next time!

Tuesday, June 21, 2011

kecoh~

bismillah..


em, hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua satu peristiwa yg tak mungkin aku lupakan. the issue is, 

AKU PENGSAN MASA SOLAT MAGHRIB KAT MASJID

haha. lawak kan. aku pun tak tau macam mane boleh pengsan. walhal masa tu aku sihat walafiat je. peristiwa ni baru je berlaku hari ahad hari tu. nasib baik la ade abang aku kat sebelah mase tu. terus papah aku bawak balik rumah. nasib baik la rumah aku dengan masjid sedepa je. haha. benda last yg aku ingat sebelum mencium lantai masjid tu, imam tengah bace surah lazim. then, sedar-sedar je abang aku dah angkat aku dan tanye aku kenapa. nak cakap memang pitam sebab tak cukup makan, tak cukup tidur pun, macam tak boleh pakai juga. sebab, memang rutin harian aku kat rumah ni tak terganggu pun. sepupu aku pulak cakap sebab ada lintasan 'sesuatu'. sebabnya, mase aku jatuh tersungkur tu, abang aku baru je angkat takbir. abang aku pulak baru je kena tindih mase tidur. lepas peristiwa dia kena tindih tu dia asyik pening kepala je sampai la mase aku pitam tu. hilang da pening kepala dia. sepupu aku tu seorang pengubat tradisional. muda lagi. belum 30. sangat-sangat admire him. tapi, yg kesian abang aku la. tak dapat dia solat berjemaah malam tu. mak aku pun kesian gak, terkejut tengok muka anak dia yg pucat lesi mase tu. dah la petang tu baru dikejutkan dengan berita ada rumah terbakar kat kampung aku ni. lepas je jemaah kat masjid selesai solat maghrib, berduyun-duyun semua orang datang rumah aku nak tanye pasal aku. haila. haha. dah macam kes sakit sangat-sangat je. sampai penuh rumah aku. ni la yg bestnya bila tinggal di kampung. orang-orang kampung sangat concern. lepas je peristiwa hari tu, tiap-tiap malam mak aku suruh tidur awal dan tiap-tiap mase makan mak aku suruh makan. haha. nasib baik la kat masjid aku berkarpet. kalau tak ada karpet mau pecah muka aku kot. tapi, pedih gak muka aku ni sampai la sekarang terase. haha.



moral of the story : jangan selalu tidur lambat dan makan lah ikut mase. =)

Tuesday, June 14, 2011

the 8th day almost done!

Bismillah..


hm, disebabkan kebosanan punye pasal nak tunggu maghrib. rasa terpanggil pulak nak menaip di sini. HAHA. em, sekarang dah pun masuk bulan rejab kan. jadi, alang2 aku takde ape yang nak dibuat kat rumah ni, better aku berpuasa, btol tak? bila berpuase dalam bukan bulan ramadan ni lain rasenye. takde la penat sangat sebab bukan panas terik macam bulan ramadan tu pun. tapi, rase lain sangat2 sebab tahun ni aku puase sunat rejab di rumah. selalu kat sekolah dengan kawan2. adeh, tetibe rindu pulak dengan dorang nak buka same2. hah, dengan cikgu majid skali. selalu buke kat bilik dia dulu. terima kasih cikgu. cikgu la warden yang paling saye sayang! bile puase berturut2 tapi bukan di bulan ramadan, rase pelik pun ade. tak penah dibuat aku selama ni. HAHA. alhamdulillah, tahun ni Allah permudahkan urusan aku. bile berpuase, automatically aku tak makan nasi. bile aku tulis status aku kat facebook yang aku dah seminggu tak makan nasi, kawan2 aku tanye aku makan ape. jawapan aku, aku makan hati. HAHA. takkan la aku nak jawab sebab aku puase pulak. pasti ada je mulut2 sumbang yang akan bercakap nanti. bile da puase ni, sahur bukannya aku slalu bangun pun. kalo bangun pun, mimpi la aku nak makan nasi. bile buka pulak, kirim salam la aku nak makan nasi. HAHA. sebab tu la aku da seminggu tak makan nasi. tapi, semalam tak dapat nak puase, kesian kat kawan. kalo aku puase, mestilah nanti dia serba salah nak makan bile kitorang keluar. dah la dia drive sorang2 dari BP. esok pun mungkin burn, nak keluar lagi. dengan parents pulak. nak uruskan segala hal before masuk KMB. medical check up, buat akaun bank lagi. adeh. anyway, korang jangan la tiru aku isi mase sebelum berbuka dengan ber-blogging. better banyakkan ibadah, bace Quran ke, zikir ke. doa la banyak2 sebab antara mase2 yang doanya akan dimakbulkan Allah adalah sebelum berbuka. wallahualam bissawab. mase kat sekolah dulu, cikgu selalu pesan, banyakkan la berpuase sunat mase sekolah sebab mase dah kerja nanti dah susah. so, aku nak buktikan pada cikgu tu, statement dia bakal berubah. insyaAllah. ok, nak maghrib sudah. see ya!

a nice day with Azhar!

Bismillah..

Quite busy these days, I've no time to update my blog. Fortunately, my dad cancelled out our plan for today. So, I can write here. Yesterday, I hang out with my ex-dormate in Science Johore, Azharuddin. What an excited day! HAHA. He willing to drive from Batu Pahat to Melaka alone just to make his new i/c.

info : buat i/c di Melaka boleh siap dalam tempoh 2 jam sahaja dan di Batu Pahat pula mengambil masa hampir 2 minggu.

He drove his father's red Proton from home at arrived at my home to fetch me around 11 am. Having a simple tea at home and started our journey at 11.30 am. It's unbelievable I was the tourist guide yesterday. HAHA. 5 years in Johor make me know nothing about Melaka. After finished the process to get new i/c on 12 noon, we need to wait for another 2 hours. So, Azhar and I decided to fill in the time with playing bowling. We played 2 games as Azhar damnly excited playing at Melaka International Bowling Centre. HAHA. My first game like hell. But, I improved in second game and managed to broke my personal best with 175 pins. Alhamdulillah. Then, we went to Jusco for our Zuhur and our lunch. About 3 pm, we went to JPN back to get Azhar's new i/c and straight back home.

*walaupun sekejap, tapi seronok sebab keluar dengan kawan sebelah katil masa di SMSJ dulu. lagipun, dapat memenuhkan masa yang terluang di rumah ni sebelum mendaftar di KMB. lepas ni, dah susah nak jumpe dia sebab dia akan blaja di Sarawak. thanks friend and all the best!

Saturday, June 11, 2011

time is running out!

Bismillah…

17 days left! Woah! It’s been so fast. 17 days from now, I’ll be an International Baccalaureate (IB) student in Kolej Mara Banting (KMB) officially. I’ll pursue my study in medical, as what I’m dream of. In order to be a doctor, an O&G specialist. But, time running so fast. I’ve done nothing to register in KMB even though I already received the offer letter that I was waiting impatiently last week. Not even an A. HAHA. I was so curious where will be the next destination of mine. It would be NUmed. What’s NUmed act? It’s Newcastle Uni. of Medicine. Where do you think NUmed is? UK? Of course it is. I’m going to UK! Ok, stop dreaming, Acad! There’ll be no UK for you. You just get Malaysia campus! HAHA. I don’t care that. It supposed to be like that as I applied for PIDN, not PILN. But, it is in Johor. I repeat, JOHOR! Am I Johorian?  I wanna ROTFL. HAHAHAHA. When I got to know that MARA kindly enough to offer me a convertible loan which also known as scholarship, I thought I was the luckiest person on that time as I applied for PIDN but I’ll further in my study in IB, which also known as a preparation before going abroad. Eh, wait a minute, is it a scholarship? No way! MARA didn’t offer any scholarship nowadays. All of it is convertible loan. So, I need to study smart, getting 38 in my exam and go to NUmed for my first degree. Wait for me NUmed. Wait for me Johor. I’ll be back soon! See ya!

  

yeah, it's done!

Bismillah…

To those who reading this entry, act, this is my second blog.
I’ve one before n still now.
This gonna be my info, story about my life n myself.
A medical student. A doctor to be. A khalifah on earth.
And a ‘musafir ilmu’.
The other one will be my medium to attract peoples back and put themselves close to
THE MIGHTY CREATOR.
This blog just being my medium to express feeling and to tell others about myself.
So, be comfort on that ok.
Soon, I’ll be back with new stories about a ‘musafir ilmu’.
See ya!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...