Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Monday, January 02, 2012

peluang itu bukan datang berjuta kali.

bismillah..

rajin la pulak aku nak meng-update blog ni. mungkin banyak ceritanya. tiada rakan nak dikongsi. kolej masih kosong. kawan-kawan belum balik lagi.

apa ceritanya pula kali ni? peluang? peluang apakah tu?


alhamdulillah. Allah tu Maha Adil. setiap yang berlaku tu memang ada hikmahnya. kali ni Dia menunjukkannya padaku. sungguh besar hikmah Dia tak membenarkan aku ke Tasik Banding dan membolehkan aku ke Jeram Besu join kem Pushing Boundaries.

mungkin memerlukan 2 atau 3 entry untuk aku menceritakan segala apa yang berlaku sepanjang aku mengikuti kem itu. secara awalnya, biarlah aku memberitahu bahawa tiada apa yang rugi dirasakan saat aku pulang dari kem itu walaupun terpaksa membayar beratus-ratus ringgit dan menghabiskan sisa-sisa cuti semester pertama aku di sana.

pushing boundaries bukanlah kem yang sama seperti yang encik dan puan selalu hadiri. kem ini bukan kem motivasi biasa. kem ini luar biasa. first time aku join a program tak dapat schedule. sepanjang mengikuti kem ini, segala tindak tanduk peserta akan dirakamkan dan diperhatikan. jadi, kita boleh tengok balik gelagat kita semula. selalu kita hanya tengok gelagat orang lain, kali ni kita tengok cermin.

ok, cerita di pushing boundaries tamat di sini dahulu. sebab peluang yang hadir ni datang selepas aku join PB ni. peluang yang aku rasa sangat-sangat istimewa dan menarik untuk di-grab.

i've been chosen with 6 others by our teacher. sai, ship, syaza, diana, sarah and not to forget, my presiden, fittri. kami dipilih berdasarkan pemerhatian para fasilitator dan guru-guru. untuk apa kami dipilih? aku pun masih samar-samar pasal hal tu. yang aku dengar dari mulut teacher Rosmaria semalam, we will be in MARA program to be the next MARA leaders. jadi, kami ni kira macam potential leaders for future. future leaders la senang cakap. kepimpinan kami akan digilap lebih lagi oleh pihak MARA. jadi, kehidupan kami akan bertambah-tambah sibuk jika kami berjaya menempatkan diri dalam program ni sebab kami belum confirm pun lagi. hanya sekadar calon. tak silap aku lah apa-apa pun, segalanya based on our result jugak. itu yang buat aku dupdap sikit tu. macam mana lah result sem 1 aku.

jika kami berjaya menempatkan diri dalam program ni, banyak jugaklah opportunity yg akan kami dapat. our convertible loan may be changed to full scholarship dan kami boleh pilih uni mana-mana je yang kami nak. ok, aku konfius sikit bab ni. aku boleh pilih uni lagi ke? ok, hiraukan. lagi satu, kami akan join banyak lagi leadership course. ni la yang paling aku suka. banyak experience and lesson baru boleh dapat. not to forget, kawan baru n tempat baru. 

Allah itu Maha Adil bukan? Dia dah rancang yang terbaik untuk kita. jadi, janganlah ragu-ragu dengan perancangan-Nya. setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya.

*seronok jugak g PB sebab jumpa ex-senior KMB yang skrg ni ada kat NuMed. so, dapatlah info pasal NuMed.




bermulalah episod baru.

bismillah...

sedar tidak sedar, kita dah pun berada dalam tahun 2012. sekejap sahaja masa tu berlalu. sepertinya baru hari tu aku melalui hari-hari di PLKN. sepertinya baru hari tu aku mengambil keputusan SPM aku. sepertinya baru hari tu aku mendaftar menjadi keluarga KMB. sepertinya baru hari tu aku menghabiskan kertas terakhir exam sem 1 dan sepertinya baru semalam aku pulang dari ber-PB. memang baru semalam pun.

kalau nak di-review semula kisah suka duka kita sepanjang tahun 2011 memang panjangnya berjela-jela. segala awards yang diterima kalau nak di-list-kan pun mungkin dah tak ingat. jadi, ape yg perlu kita buat sebenarnya?



bagi aku, 2011 ni merupakan antara tahun yang paling bermakna sepanjang kehidupan aku. tahu  inilah aku mengenal erti hidup yang sebenarnya. rasanyalah dan tahun ni jugak lah aku menjejakkan kaki aku ke tempat baru yang sangat-sangat membantu aku mendekatkan diri kepada-Nya dan menjadikan aku orang yang lebih baik, mungkin.

tahun 2011 merupakan tahun pertama aku tidak lagi bergelar pelajar sekolah. namun, perlukah title itu? selagi umur dikandung badan, bukan kita masih lagi digelar pelajar. ilmu itu di mana-mana. kita je yang pilih nak atau tak. there is a quote that i think can inspire anyone.

if u think u can, u can.
if u think u can't, u right!

betul bukan? hari ni, aku dah pun berada di bumi KMB tercinta untuk meneruskan sisa-sisa perjuanganku di sini. ya, semester kedua bakal bermula. bermulalah episod baru~

*agak random. haha
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...