Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Friday, September 21, 2012

hari ini, aku bangun lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ini,
aku bangun lagi,
aku hirup udara segar,
oh, nyaman terasa,
entah sampai bila,
aku akan mampu begini.

hari ini,
aku bangun lagi,
aku lihat,
burung-burung seronok terbang dalam kawanan,
aku dengar,
bunyi cengkerik yang mendayu dialunkan,
aku terasa,
angin pagi menyapa lembut tubuhku.

hari ini, 
aku bangun lagi,
aku lihat,
tubuh saudaraku diratah lagi,
darah berserakan di mana-mana,
rumah-rumah hancur dibedil bom-bom musuh,
aku sedih,
melihatkan realitinya begitu.

hari ini, 
aku bangun lagi,
aku dengar,
rakan-rakan sebayaku dihenyak,
mereka ditangkap,
mereka menangkap,
mereka tertangkap,
semuanya atas kerakusan dan kebodohan mereka sendiri,
aku sedih,
melihatkan realitinya begitu.

hari ini, 
aku bangun lagi,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.
semoga,
esok lusa,
saat saudaraku bangun,
mereka dapat menghirup udara segar seperti aku,
mereka dapat melihat burung-burung riang di awanan,
mereka dapat dapat dengar si cengkerik menyanyi riang,
tiada lagi bunyi tembakan di sana sini,
tiada lagi darah berserakan merata-rata,
tiada lagi masalah kelaparan dan kehausan,
semuanya bahagia di rumah masing-masing.
sama seperti yang aku rasa.

hari ini,
aku bangun lagi,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.
semoga,
esok lusa,
saat rakan-rakan sebayaku bangun,
mereka tidak lagi dihenyak,
mereka tidak lagi ditangkap, menangkap mahupun tertangkap,
mereka juga bangun bersama dengan aku,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.


hari ini,
aku bangun lagi,
entah bila lagi aku akan mampu begini,
bangun setiap hari,
dan mengecapi nikmat ini...



[kredit]

*random. apabila bangun di petang hari. :D


eh, buta ke?

بسم الله الرحمن الرحيم


"eh, buta ke? orang sikit punya besar ni pun kau tak nampak?"
"nak aku korek mata kau bagi besar sikit ke?"
"dah ada 4 mata pun still rabun lagi ke?

begitulah sahabat-sahabat, antara bibit-bibit bicara hamba-hamba Allah yang kadang kala sedar dan kadang kala tidak. matanya ada, tapi seperti tiada.

dialog-dialog berikut mungkin sering kali kita dengar dari corong-corong mulut orang yang berdekatan dengan kita. mungkin mereka silap dan mungkin juga kita yang khilaf. tapi, itulah hakikatnya. ramai orang sekarang yang ada mata, tetapi tidak melihat. seolah-olah mereka buta. 

sebenarnya, banyak lagi perkara yang orang sekarang cuba untuk bergerak ke arah itu.\

dia tidak buta, namun tak melihat.
dia tidak pekak, namun tak mendengar.
dia tidak bisu, namun tak berkata.

dan banyak lagi yang saya rasa para pembaca sekalian boleh menambah sendiri.

tak buta, tapi tak nampak?

[kredit]

pertama-tamanya, kita perlulah jelas mengapa dia tak nampak. mungkin terlepas pandang. tapi, boleh jadi juga buat-buat tak nampak. itulah realiti norma masyarakat sekarang. tapi, perlulah diingat. bukan semuanya, hanya segelintir sahaja. golongan ni ibarat tak nampak. walaupun dikurniakan kesihatan mata yang baik, diet pemakanan yang baik untuk menjaga mata, teknologi yang canggih untuk overcome masalah penglihatan dan berbagai-bagai lagi perkara disajikan kepada masyarakat sekarang hanya untuk membolehkan kita melihat dengan lebih jelas. 

yang dikatakan tidak buta tapi tak melihat itu adalah orang-orang yang tahu tapi buat tak endah. dengan teknologi yang semakin pesat membangun sekarang ni, ambil gambar di Zimbabwe, tak sampai seminit dah boleh dilihat oleh orang-orang yang tinggal di Finland. mudah, pantas dan canggih. namun, apalah gunanya kemudahan yang ada jika tidak disalurkan ke jalan yang sepatutnya? 

marcapada ini, kita disajikan dengan berita-berita pembunuhan saudara-saudara kita di Rohingya, pengejian kekasih kita oleh orang Barat, keterusan penindasan saudara kita di Palestin, Syria dan yang sama waktu dengannya. namun, apakah yang kita lakukan?

adakah kita tidak nampak apa yang berlaku terhadap kekasih kita, saudara-saudara kita, agama kita? 

sahabat-sahabat, buka mata. lihat dengan mata hati.

tak pekak, tapi tak dengar?

[kredit]

ada telinga, tapi ditutup. itulah masyarakat sekarang. akibatnya, yang disampaikan entah ke mana tujunya. 

agak mustahil rasanya untuk seseorang itu tidak mengetahui akan nasib yang menimpa rakyat Palestin, Syria, Rohingya mahupun Malaysia sendiri pada zaman yang serba moden ini. kecualilah orang tu tinggal dalam gua. ehh. walaupun setiap hari kita mendengar media elektronik rancak memaparkan dan memperdengarkan berita-berita sensasi dari negara-negara saudara kita, namun adakah kita cakna dengan informasi tersebut?

"kau dengar berita tak semalam, 10 orang lagi rakyat Palestin syahid dibom Israel laknatullah?"

"aku dengar berita kat radio semalam, 5 remaja ditangkap kerana merogol seorang gadis bawah umur. kau tahu tak?"

rata-rata jawapan yang akan didengar hanyalah berbunyi, "oh, yeke? innalillah.", "seriously? teruk betul budak-budak zaman sekarang ni." dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

namun, adakah cukup dengan jawapan-jawapan seperti itu sahaja? masuk kiri, keluar kanan kiri. no effect at all. kenapa? kerana hati tak mahu menerima. telinga tidak mahu mendengar. maka, itulah jadinya. 

bangun sahabat-sahabat! bangkit! mereka perlukan kita!

tak bisu, tapi tak berkata?

err, dalam mulut tu ada emas ke? or ade tape kat mulut tu?

[kredit]
mungkin, faktor norma masyarakat sekarang barangkali yang menjadikan masyarakat semakin menyendiri. tidak bergaul. tapi bercengkerama. eh!

rasanya, tidak ada yang rugi kalau kita menyampaikan apa yang kita tahu. malah, berbaloi-baloi lagi untungnya! jadi, mengapa ingin menjadi bisu jika boleh berbicara? 

saya tidak menafikan bahawa kita diajar untuk tidak menegur orang yang tidak dikenali sejak kecil lagi. namun, bagaimana dengan orang yang sudah kita kenal. dan, kalau tak kenal sekalipun tapi tahu siapa dirinya, adakah itu tetap menjadi suatu kesalahan? adakah ucapan salam itu suatu perkara yang sangat susah untuk dilunaskan? 

suap nasi, tutup mulut. ehh!

begitulah, realiti yang berlaku sekarang. ramai orang yang memilih jalan yang salah.

yang tak pekak menjadi pekak, 
yang tak bisu menjadi bisu, 
yang tak buta menjadi buta, 
yang pandai manjadi kurang pandai, 
yang bijak menjadi kurang bijak.

sahabat-sahabat, bangkitlah! bangun! sampai bila kita mahu memekakkan telinga, membutakan mata, mendiam seribu bahasa dan memperbodohkan diri sendiri?

saudara kita ingin berukhuwwah dengan kita.
saudara kita meminta tolong dengan kita.

jom tolong mereka!
jom berubah!

kita jadi orang yang mendengar, melihat, bercakap, bijak, pandai dll. jom!

*in the middle of stress, helping Him somehow will help us reduce our stress. and  that's why I'm here. 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...