Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, November 29, 2011

hikayat ibu dan anak

assalamualaikum!!!

fuh!! lame sungguh tak berhapdet blog ni. maaflah, musafir jauh berjalan, sibuk bekerja. muahaha. sebenarnya, nak tulis dari hari, dari saat menjejakkan kaki semula di teratak bonda dan ayahanda yang tercinta ni selepas menamatkan pertapaan selama enam punama di tengah-tengah ladang kelapa sawit. tapi, belum ada kesungguhan, kesempatan tu ada. kesungguhan yg takde. di malam yang penuh keheningan dengan angin sepoi-sepoi language ni, tibe-tibe la pulak rase nak menulis. banyak yang ingin diluahkan, cuma ia sekadar tersekat di hujung jari, tak mampu meneruskan penaipan. ceh~

ok, malam ni nak bawak satu cerita. bukan bedtime story eh! awal lagi. takkan nak tido dah kot? inilah hikayat yang boleh dipakai walau berkurun lamanya, walau di mana-mana. kalau orang kurun ke-7 nak pakai boleh, kalau orang abad ke-31 nak pakai pon boleh. baik viking mahupun org eskimo di kutub, semua boleh pakai. inilah hikayat ibu dan anak.

di suatu malam yang gelap tak gelita, seorang ibu menyuruh anaknya yang sakit makan ubat. "ubat bukan sebarang ubat. ini ubat banyak hikmatnya." ok, iklan sekejap. pengaruh Tok Perak. wahaha.

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......
si ibu : pegilah makan.
si anak : nantilah.

selang beberapa minit.....

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......
si ibu : pegilah makan.
si anak : nantilah.

selang beberapa minit...

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......
si ibu : pegilah makan.
si anak : nantilah.

selang beberapa minit..

si ibu : anakku, dah makan ubat?
si anak : belum......

si ibu tidak lagi menyuruh anaknya makan. saddenli, 2 biji paracetamol muncul di depan si anak bersama dengan segelas air. wah!! terharu sungguh si anak. betapa terang lagi tak payah nak suluh pakai spotlight, kasih sayang si ibu terhadap si anak. sangat obvies di situ.

sweet kan..???


hah, korang mesti penah alami bende yang sama macam cerita tadi kan? sayang betulkan ibu-ibu kite kat kite kan? korang rase, korang akan buat bende yang same macam yang ibu-ibu korang buat untuk korang sejak korang keluar dari perut ibu korang sampailah korang dah besar sebesar lori sekarang ni tak? 

arakiannya, sayangilah ibu kita selagi mampu, berbaktilah kepada mereka selagi ada peluang. Allah tu Maha Adil lagi Bijaksana dan Berkuasa. anything can happen in a single second. as long as He wants, He can do anything. "kun fayakun". maka jadi, jadilah. 

hah, lagi satu, dah penah habaq kat depa belom yang hang semua sangat sayang tahap dewa kelapan belas kat depa? for sure, ada je yang tak pernah kan? kenapa? malu? perseta*kan malu tu. benda lain tak malu pulak. ouch, tetiba sakit umpama dicucuk sembilu infinity times. haha. hm, kalau belum. pi habaq na. 

SAYA SAYANG IBU SAYA INFINITY!!!

#sayalah si anak tadi sebenarnya. tula, petang tadi seronok sangat berplay hujan. dah la sebelum tu memang da ada simptom-simptom nak menghidap penyakit-yang-semua-orang-akan-kena. nah, kan dah sakit. takpe-takpe, sakit tu kan ujian dan kifarah dosa. bersabarlah! anyway, saya dah habis exam sem satu dan dah setat cuti sem. jangan jeles! wahaha. hah, lagi satu, gaya penulisan saya hari ini amatlah berbeza bukan? salahkan inche gabbana kerana beliaulahlah yang mempengaruhi saya. muahaha. anda boleh jenguk blog beliau di sini. SUL! (see u later)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...