Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Wednesday, May 02, 2012

ayat cinta yang sangat menggoda.

bismillah..


"Wahai orang yang beriman! jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan membantumu dan meneguhkan kedudukanmu."
(Muhammad, 47:7)


"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. dan barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu" 
(At-Talaq, 65:3)

jadi, mengapa dengan dua ayat di atas? apakah signifikannya dan correlationnya dengan kita? hm, hari ni saya nak bawa anda semua menelusuri dua ayat yang cukup mantap ini. tahu kenapa mantap? sebab ia memang mantap! wahaha. ayat-ayat cinta daripada-Nya, mestilah mantap. (^^,)

ok, kalau nak tahu, dua ayat inilah antara ayat-ayat cinta-Nya yang menjadikan saya masih bertahan di sini. err, maksud saya bukan bertahan di Malaysia mahupun di Bukit Changgang ini, tp, di jalan ini, jalan dakwah yang penuh dengan onak duri ini. jalan yang tidak dibentang red carpet seperti yang dibentangkan untuk artis-artis mahupun orang 'besar-besar'. jalan dakwah ini jalan yang tidak berkarpet, malah penuh dengan duri di jalanan. 

agak-agak, berapa ramai yang akan ambil jalan ini?
sejujurnya, sebelum bergelumang dengan onak dan duri di hentian tarbiyah ini, saya tidaklah sekuat ini. malah ayat-ayat cinta-Nya yang begitu indah itu juga tidak didalami dengan sewajarnya. Astaghfirullah. khatam sudah tidak ingat berapa kali, tapi, pengamalan dan pemahamannya jauh sekali. T_T

saat pertama saya berjumpa dengan ayat ke 7 dari surah Muhammad ini masa membaca novel Tautan Hati karya Fatimah Syarha. dan, ayat ini sangat memberikan motivasi kepada saya saat saya perlukan kekuatan. ayat ini lebih hebat dari air 100 plus lepas kita bersukan. ayat ni lebih hebat daripada kata-kata motivator yang paling hebat di dunia. ayat ni lebih menaikkan semangat daripada kata-kata yang dilontarkan oleh suami atau isteri kita. eh?!

anda setuju atau tidak, terpulang pada anda. hantuk kepala, tanya hati.

saat saya terasa sangat-sangat lemah, sangat-sangat down, (seperti sejak belakangan ini), ayat ini telah menyuntik semangat yang lebih hebat dari suntikan antibiotik. eh, ada kena mengena ke? andai kita rasa kita tak punya masa untuk-Nya, untuk agama-Nya, ketahuilah, Dia telah pun berjanji kepada kita. mengapa kita hendak tinggalkan janji yang sudah pasti sambil mengejar ke janji yang tak pasti? koff..koff..

bagi saya, kedua-dua ayat ini berkait rapat dengan kehidupan kita di muka bumi ni. lebih-lebih lagi sebagai seorang pelajar yang kononnya tak punya banyak masa. bukankah semua orang ada 24 jam sehari? eh! 

jika kita lihat pada ayat ke 3 surah At-Talaq ni, tidakkah kita berasa seronok dan bersemangat untuk bertawakal kepadanya setelah berhempas pulas membanting segala kerat tulang yang ada? sesungguhnya, Allah itu adalah penunas janji yang terbaik. hanya mungkin terlewat sedikit kadang kala. jadi, mengapa masih ragu-ragu untuk pada janji-Nya? err..kalau terlewat sampai tu, tengok cermin dan reflect sendiri la ye. (^^,)

teringat satu kisah di mana seorang ikhwah ni telah dikurniakan nikmat yang besar oleh Allah atas usahanya dijalan yang penuh onak dan duri ni. walaupun hidupnya kini penuh dengan bermacam-macam kerja yang menunggu masa untuk dihantar, dia masih terus menaip di sini kerana dia yakin dengan janji Allah. akhirnya, semuanya berpihak padanya. kerjanya dibantu, due date di tangguhkan dan pelbagai insentif diperoleh daripada usahanya itu sama ada dari segi fizikal mahupun tidak fizikal. eh?!

jadi, kalau ikhwah ni yakin dan percaya akan janji Allah itu, mengapa bukan kita? 

ingatlah, janji Allah itu pasti!

*Alhamdulillah, walaupun bangun dengan keadaan depress, Allah membantu apabila kita mencari-Nya. so, jom cari Dia!

1 comment:

  1. aja2 fighting! eh.

    Alhamdulillah. pernah t'fikir, dari aku sibuk2 fikir pasal org lain a.k.a sahabat yg masih belum berada dlm bahtera yg sama (bahtera mnuju ke syorga), better aku perbaiki dri sendiri. check list individu muslim tu masih belum bertanda!

    tapi bila baca ayat2 cinta-Nya yg full of love n temptation ni, apa masalahnya multitasking, 3in1, or even 1000in1..

    Alhamdulillah.

    pasal muslimin hensem osem tu, anda pun hensem osem juga apa. eh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...