Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Wednesday, January 30, 2013

Aiman #8

بسم الله الرحمن الرحيم




“Ziqri, petang tadi aku dah call abi aku, dia cakap jadi nak ke Sabah next week. Aku tak nak ikut. So, boleh tak kalau aku nak balik ke rumah kau minggu depan?” kesunyian perjalanan ke kelas untuk prep pada malam itu dipecahkan dengan bicara Aiman.

“Aku tak kisah. Boleh je. Haih, bila la agaknya aku ada peluang nak pergi ke rumah kau ni. Asyik tak berkesempatan je. Tapikan, kenapa kau tak nak ikut pergi Sabah tu ya?” Ziqri pelik. Kalau dialah, tak perlu diajak, pasti dia akan meminta sendiri. Tetapi, berbeza dengan Aiman.

Ok, thanks bro. Dah lama aku tak main kat sawah ni. Rasa rindu pula.” Aiman berkata sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih bersih itu. Sengaja tidak dijawab soalan yang diajukan oleh Ziqri sebentar tadi. Dia belum bersedia lagi untuk memberitahu Ziqri segalanya. Setakat ini, biarlah dia memendam sakit itu sendiri. “Ziqri, kau gerak dulu la. Aku nak ke tandas sekejap.” Aiman menyambung lagi.

Sebenarnya, dia sengaja ingin melarikan diri daripada Ziqri. Bimbang diajukan dengan pelbagai persoalan yang tidak mahu dijawabnya.

“Kau memang kan! Soalan aku tak jawab, lari pula.” Ziqri menumbuk bahu Aiman tanda tidak berpuas hati. Namun, tumbukan itu hanya tumbukan lemah. Tumbukan gurauan daripada seorang sahabat kepada sahabatnya. Aiman hanya tersenyum.

“Maaf Ziq, aku tak ready lagi. Insya-Allah, suatu hati nanti kau akan tahu juga.” Aiman bermonolog sendiri.

*****

4 bulan telah berlalu. Kejohanan Sukan Tahunan SMKA Bukit Batu telah pun melabuhkan tirainya sebulan lalu. Peperiksaan pertengahan tahun juga baru sahaja dihadapi oleh para pelajar SMKA Bukit Batu pada 2 minggu yang lepas. Masing-masing sedang menunggu keputusan mereka dengan rasa yang bercampur baur. Ada yang tidak sabar, ada yang takut dan ada juga yang tidak mahu tahu langsung.begitulah asam garam para pelajar apabila tibanya waktu keputusan peperiksaan dikeluarkan.

Minggu itu adalah minggu pertama mereka di sekolah selepas bercuti lebih kurang 2 minggu. Seperti biasa, malam pertama selepas pulang bercuti akan menjadi malam yang paling riuh di sekolah itu, hatta di mana-mana sekolah sekali pun. Masing-masing dengan cerita masing-masing. Sehingga ada yang sanggup tidur lewat kerana seronok bercerita.

Ketika dalam perjalanan ke surau As-Syakirin, Najiha ternampak kelibat Aiman berjalan ke surau seorang diri. Otaknya ligat memerah kembali peristiwa yang berlaku sewaktu cuti pertengahan tahun yang lalu.
Ketika itu, dia terjumpa Aiman dan keluarganya di suatu kenduri saudaranya. Apabila mengenang kembali peristiwa itu, hatinya jadi sayu. Dia tidak menyangka bahawa Aiman menyimpan satu rahsia yang sangat besar. Dia berasakan bahawa dia pasti tidak mampu untuk hadapai apa yang Aiman hadapi jika dia berada di tempat Aiman. Kekagumannya kepada Aiman semakin meninggi.

Apabila tersedar yang dia sedang melihat orang yang bukan mahramnya, dia segera menundukkan pandangannya. Kagumnya pada insan bernama Aiman Hanif itu bukanlah satu tiket untuk dia melanggar perintah Allah. Dia masih ingat lagi pesanan Ustazah Hafizah di dalam kelasnya sewaktu pembelajaran Pendidikan Agama Islam di tingkatan 2. Waktu itu, dia baru sahaja kenal dengan insan yang bernama Aiman Hanif itu.

*****

(Kelas 2 Muadz, Mei, 2002)

“Muslimat sekalian, ustazah rasa, cukuplah untuk hari ini. Tetapi, sebelum itu ustazah nak kongsi dengan antunna ayat dari Al-Quran.” Ustazah Hafizah memang begitu. Sebelum habis waktunya setiap kelas, dia akan berkongsi ayat-ayat Al-Quran dengan anak muridnya.

“Baiklah, hari ini ustazah nak kongsi satu ayat dari surah An-Nur, ayat ke 30. Sesiapa yang ada Quran tafsir bersama, bolehlah buka muka surat 353.” Ustazah Hafizah meneruskan perkongsiannya dengan membacakan potongan ayat tersebut. Seusai membaca, dia meminta anak muridnya untuk membacakan terjemahannya pula. “Baik, siapa yang nak bacakan terjemahan ayat-ayat ni?”

Fatiha mengangkat tangan. Fatiha merupakan ketua tingkatan Najiha pada waktu itu. Tanpa membuang masa, Fatiha terus membacakan terjemahan ayat ke 30 surah An-Nur itu.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau…….” Fatiha meneruskan pembacaanya sehingga habis ayat ke 31.

“Terima kasih Fatiha. Awak boleh duduk. Ok, berbalik kepada ayat Al-Quran tadi, Allah dah sebut dah, wahai perempuan beriman, jaga pandangan kamu, pelihara kemaluan kamu, tutup aurat kamu dan labuhkan tudung kamu. Aurat tu boleh tunjuk kepada mahram sahaja. Lepas itu, Allah suruh kita bertaubat agar kita menjadi orang yang beruntung. Ustazah kira, kita semua ialah perempuan yang beriman. Jadi, dah jelas lagi bersuluh bahawa ayat itu Allah tujukan pada kita. Dalam usia antenna semua sekarang ni, ustazah yakin bahawa semua telah pun baligh. Jadi, semua tanggungan dosa dan pahala itu telah jatuh pada bahu kita sendiri. Mahukah kita menanggung dosa yang banyak hanya kerana keluar rumah tanpa memakai tudung? Kemudian, semua mata memandang rambut kita tu. Tahukah antunna, setiap mata yang memandang itu akan dihitung di akhirat kelak? Kemudian, bila dah cantik bertudung, dipakai pula baju adik-adik. Allah suruh kita tutup aurat kita, bukan balut aurat kita. Tudung tu pula, hendaklah labuh sehingga menutup dada. Ini tak, pusing sana, pusing sini, angkat sana, angkat sini. Ustazah yang tengok ni pun rimas. Lagi satu, jaga pandangan. Bila kita bertembung dengan orang bukan mahram tu, tundukkanlah pandangan. Nanti kat akhirat kelak, mata kita ni juga yang akan menjadi saksi atas setiap perkara yang kita lihat. Adakah kita nak mata kita ini nanti berkata depan Allah, ‘sepanjang hidup, orang ni asyik melihat keburukan sahaja, memandang kepada yang bukan mahram dan melihat perkara-perkara maksiat’. Adakah kata-kata itu yang kita nak dengar? Ustazah harap, antunna semua dapat ambil pengajaran dari perkongsian ayat ini. Ustazah tahu, antunna semua baik-baik belaka. Ustazah saying dengan antunna semua ni. Sebab itu ustazah nak antunna tahu benda-benda ni semua. Kekallah dengan pakaian yang antunna pakai sekarang ini sampai bila-bila pun. Insya-Allah semuanya selamat. Allah pun reda.” Ustazah Hafizah pun menamatkan kata-katanya segera apabila sedar bahawa guru yang seterusnya telah menunggu di luar kelas.

*****

“Saat aku baru kenal dengan Aiman, saat aku asyik terbayang dan melihat wajahnya, kau hantar Ustazah Hafizah untuk mengingat aku pada waktu itu. Masya-Allah, cantik sungguh perancangan Kau.” Najiha berkata sendiri di dalam hati.

“Semoga anta terus tabah, Aiman.” Kata-kata itu sekadar terlepas di dalam hatinya sahaja. Tidak terluah dek mulut kerana malu. Malunya masih kemas menjadi pakaiannya sejak sekian lama.

Peristiwa ketika cuti pertengahan tahun hari itu kembali bermain di kepalanya.

*****

Hari itu merupakan hari yang bersejarah untuk Salmi. Hari itu status dirinya berubah dari bujang kepada sudah berkahwin. Majlis walimah pada hari itu sekadar bersederhana. Hanya sanak saudara terdekat, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja yang dijemput.

Pagi-pagi lagi Najiha telah bangun pada hari itu. Dia sungguh gembira sekali walaupun yang berkahwin bukanlah dirinya, tetapi sepupunya yang paling rapat sekali, Kak Salmi. Walaupun perbezaan umur mereka hampir 5 tahun, itu tidak menghalang mereka untuk kekal rapat.

Tetamu mula membanjiri pekarangan rumah Encik Ghani seawal jam 10 pagi. Semakin tengah hari, tetamu semakin ramai. Najiha yang sejak tadi berada di dalam rumah keluar untuk melihat dan merasa suasana di luar pula.

Sedang asyik membantu orang menyusun pinggan di meja makan, mata Najiha menangkap kelibat sesorang yang dia kenal. “Aiman? Buat apa pula di sini? Rasanya dia bukan tinggal kat sini pun.” Dia menyoal dirinya sendiri. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, dia segera mendapatkan Aiman untuk bertanya.

“Assalamualaikum. Aiman, anta buat apa di sini?” Najiha menegur.

Aiman yang terperanjat ditegur oleh rakan satu sekolahnya itu kaget. “Eh, Jiha. Em, waalaikumussalam. Err, ana temankan ayah ana. Ayah ana ni kawan kepada ayah pengantin ini. Enti pula?” Aiman berjaya mengawal keadaan.

“Ana sepupu pengantin perempuan. Kami memang rapat sejak dulu lagi.” Kata-kata Najiha terhenti apabila ditegur oleh Encik Majid.

“Seronok berbual. Kawan Hanif ke ni? Tak nak kenalkan kepada abi?” Encik Majid cuba bergurau.

“Eh, abi.” Aiman kaget semula. Mukanya merah menahan malu apabila diusik oleh abinya dihadapan Najiha. Dia menyambung kata-katanya semula. “Kenalkan abi, ini Najiha. Rakan sekolah Hanif. Najiha, ini ayah ana, kenalkan.”

Najiha yang turut malu apabila Encik Majid mengusik tertunduk-tunduk. “Assalamualaikum, pakcik. Pakcik dengan Aiman datang berdua je ke? Ibu dan adik-adik Aiman tidak ikut sama?” Najiha memberanikan diri untuk bertanya.

Mendengar soalan itu, Encik Majid segera memandang anaknya dengan pandangan yang bermakna. Aiman yang sedar, tertunduk. Najiha mula rasa tak senang dengan situasi itu. Tetapi, dia tidak tahu apa yang hendak dilakukannya.

Encik Majid menjawab soalan Najiha dengan persoalan. “Aiman tidak pernah cakap apa-apa ke?”

“Aiman nak cakap apa? Apa yang Aiman simpan ni?” Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Najiha keliru.

Aiman tekad, dia akan merungkai segala kekusutan di bermain di mindanya sejak sekian lama. Dia bersuara, “Jiha, sebenarnya……

Episod 7 | Episod 9

______________________________________

*Apakah yang Aiman simpan sebenarnya? Sila nantikan episod yang akan datang. By the way, harapnya sidang pembaca dalam ambil sesuatu dari cerita ini sebab saya menulis bukanlah untuk menulis kosong. adios~


Friday, January 25, 2013

Aiman #7


بسم الله الرحمن الرحيم




Tiba-tiba......

“Ya Allah!!!”

Jeritan kuat Yusuf bergema satu blok asrama lelaki SMKA Bukit Batu itu. Dia terperanjat melihatkan Aiman yang jatuh tergolek di tangga asrama. Berlari terus dia dapatkan rakan sekelasnya itu.

“Aiman, kau ok tak ni? Ya Allah, macam mana kau boleh jatuh ni?”

Aiman terjatuh tangga pada hari itu. Dia yang begitu semangat untuk turun berlatih pada petang itu culas mengikat tali kasutnya dengan rapi sehingga menyebabkan ikatan tali kasutnya terbuka dan dia terpijak. Akibatnya, tegolek seperti nangka busuklah dia pada petang itu di tangga asrama blok A.

“Aku terpijak tali kasut aku la. Allahuakbar, cuai sangat aku ni.” Aiman kecewa dengan dirinya sendiri. Akibat tidak berhati-hati, padah menimpanya. Apabila teringat akan pertandingan merentas desa yang berbaki 2 hari sahaja lagi, kecewanya bertambah. Dia tahu bahawa dia tidak akan berlari pada tahun ini. Dia pasrah. Mungkin niatnya untuk menang pada tahun ini sedikit tersasar. Jadi, Allah tidak membenarkannya menang, malah tidak dapat bertanding langsung pun pada tahun ini. Itu fikirnya.

“Yang kau excited sangat nak turun hari ni kenapa? Tali nak ikat betul lagi dah beriya-riya lari turun. Tu, tak nampak ke papan tanda tu?” Yusuf bebelkan Aiman sambil menunjuk ke arah papan tanda yang dilekatkan di dinding tangga tersebut. ‘Lantai licin, hati-hati.’ Yusuf yang memang terkenal dengan mulut murainya terus mengomel sendiri. Para pelajar di situ tidak hairan dengannya kerana Yusuf merupakan antara pendebat di sekolah itu. Hampir semua pendebat di sekolah itu suka bercakap.

“Kan lantai tangga ni baru tukar cuti tahun lepas. Tile yang ni licin sikit. Lain kali nak turun tangga tu hati-hatilah. Kau boleh bangun tak ni? Jom! Aku papah kau pergi bilik warden. Kita pergi klinik.” Walaupun suka membebel, Yusuf tetap mempunyai hati yang baik. Dia suka membantu rakannya terutamanya dalam pelajaran subjek Bahasa Melayu. Itu memang subjek kegemarannya.

Thanks Usop. Sedih aku tak dapat join merentas desa tahun ni.” Aiman meluahkan kekecewaannya.

“Ala, Allah nak bagi orang lain menang pula. Asyik kau je menang tiap-tiap tahun. Bosan pula aku tengok.”

Aiman hanya mampu tersenyum. Sampai sahaja di bilik warden, Yusuf menceritakan kepada Cikgu Affendey apa yang berlaku kepada Aiman. Cikgu Affendey yang bertugas pada hari itu terus sahaja menghidupkan enjin keretanya untuk menghantar Aiman ke klinik.

*****

“Semua pelajar diminta untuk berkumpul di garisan permulaan sekarang juga! Sila beratur mengikut kategori masing-masing. Yang di hadapan sekali ialah lelaki bawah 18 tahun, di ikuti lelaki bawah 15 tahun, perempuan bawah 18 tahun dan akhir sekali perempuan bawah 15 tahun. Kita akan memulakan pertandingan ini sebentar sahaja lagi. Diminta semua pelajar dapat memberikan kerjasama.”

Suara Cikgu Azam jelas kedengaran dari corong pembesar suara mudah alih yang digunakannya itu. Setiap tahun, memang suara dialah yang akan kedengaran. Mana taknya, memang dialah yang menguruskan pertandingan merentas desa sekolah itu saban tahun. Tidak hairanlah suaranya akan berkumandang setiap tahun.

Masing-masing berebut untuk mendapatkan barisan hadapan. Semua mahu menang. Namun, ada juga yang tidak kisah. Bagi mereka, penyertaan mereka itu adalah kerana terpaksa kerana pihak sekolah memang mewajibkan semua pelajar menyertai pertandingan tersebut. Kecuali para pelajar yang ada masalah kesihatan. Mereka perlu membantu guru-guru untuk menjaga check-point ataupun sebagai sukarelawan pada hari itu.

Aiman melihat sahaja dari jauh. Hati ini kecewa. Jika dia berhati-hati dua hari lepas, pasti dia tidak akan duduk di situ pada hari itu. Kakinya terseliuh. Doktor tidak membenarkannya menyertai sebarang aktiviti lasak untuk 2 minggu lamanya. ‘Kenapalah aku cuai sangat?’ Aiman mengomel sendiri.

Pada hari itu, Aiman ditugaskan untuk menjaga kaunter penamat. Dia ditugaskan untuk mencatat masa dan mengambil nama para pemenang untuk kategorinya sendiri. Terdapat beberapa orang lagi pelajar muslimin dan muslimat bersamanya. Masing-masing dengan tugas masing-masing.

Sementara menunggu para peserta sampai ke garisan penamat, Aiman membawa sebuah buku unutk menemaninya. Dia tidak mahu masanya dihabiskan di situ tanpa membuat apa-apa perkara yang bermanfaat. Sedang asyik menelaah buku Bio-Score miliknya itu, sorang muslimat menegurnya.

“Asif, akh, minta tolong boleh? Boleh tolong angkatkan kotak air mineral tu bawa ke sini? Itu untuk para pelajar yang memerlukannya nanti.”

Melihatkan wajah muslimat itu. Aiman tergamam. Otaknya ligat mengimbas sesuatu.

“Akh, boleh ke?”

Suara muslimat itu menyedarkannya. Aiman malu sendiri. Tanpa berkata apa-apa, dia terus bangun dari tempat duduknya dan mengangkat kotak berisi air mineral yang dikatakan oleh muslimat itu sebentar tadi. Seliuhnya hanya sedikit. Jadi, untuk mengangkat sekotak air mineral bukanlah satu masalah baginya.

Setelah selesai, Aiman meneruskan pembacaannya. Tetapi, dia tidak sefokus tadi. Pembacaannya terganggu. Otaknya ligat memikirkan sesuatu. Akhirnya, dia menutup kembali buku Bio-Scorenya itu walaupun belum sampai 2 muka surat dibacanya.

‘Kenapa aku tak pernah nampak muslimat tadi tu? Form 4 baru ke? Tapi, muka dia macam pernah nampak. Macam familiar je.’ Aiman bermonolog sendiri. Macam-macam yang difikirkannya dan semuanya berkisar tentang muslimat sebentar tadi.

Sedang asyik berrfikir, Aiman tidak sedar bahawa Imran telah pun masuk ke kawasan padang. Hanya 100 meter sahaja lagi untuk sampai ke garisan penamat. Imran merupakan pemenang tempat ketiga edisi lepas. Semua orang memang menjangkakan bahawa dia akan menjadi johan pada tahun ini selepas ketiadaan Aiman yang cedera dan Fakhrul Hisyam yang sudah pun habis sekolah.

Aiman disedarkan dengan sorakan gempita daripada ahli rumah Khalid yang bersorak apabila melihatkan kapten rumah sukan mereka sudah tiba. Cepat-cepat dicapainya stopwatch di atas mejanya itu untuk mencatat masa.

Setelah dipastikan semua peserta telah pun sampai ke sekolah, acara penyampaian hadiah dimulakan. Semua pelajar bangga dengan ahli rumah sukan masing-masing. Bermacam-macam ulah setiap tahun. Bagi pelajar yang menang, ada yang didukung sehingga ke pentaslah, ada yang dipayungkanlah, ada yang penuh dengan nombor satu badan. Macam-macam kerenah mereka dan begitulah yang berlaku setiap tahun.

Usai pemberian hadiah untuk individu, tibalah pula pengumumam untuk juara setiap kategori dan juara keseluruhan. Masing-masing tidak sabar menunggu. Jika tahun lepas, rumah Thariq yang merupakan rumah sukan Aiman menjuarai kategori keseluruhan. Tetapi, mungkin berubah pada tahun ini kerana ramai atlet rumah Thariq yang sudah pun habis sekolah dan ada yang berpindah ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) selepas mendapat keputusan yang cemerlang dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) mereka. Tidak terkecuali juga terdapat atlet yang tercedera seperti Aiman sendiri.

Selepas tamat acara penyampaian hadiah dan pengumuman rumah sukan terbaik, masing-masing bersurai menuju ke dewan selera.

Ziqri yang terlihat kelibat seorang pelajar yang jalan berdengkot-dengkot, terus sahaja mengejar pelajar itu. Dia tahu, itu ialah sahabatnya, Aiman.

“Aiman, nasib kurang baik la tahun ni. 2 mata je kot beza dengan rumah Khalid. Aku rasa, kalau kau tak ­injured ni, memang confirm kita yang menang hari ni. Tapi, nak buat macam mana kan, benda dah berlaku.” Ziqri juga merupakan ahli rumah sukan Thariq. Sama dengan Aiman. Dia meluahkan rasa kecewanya pada sahabatnya itu.

“Kalau kau kecewa, aku lagi double triple punya kecewa. Tak apalah. Merentas desa je pun. Kita ada sukantara dengan acara akhir lagi. Insya-Allah boleh punya.” Aiman optimis. Dia yakin Thariq mampu bangkit selepas ini. Dia juga reda dengan apa yang telah ditetapkan oleh Allah. Dia pasti, ada sesuatu yang Allah cuba tunjukkan pada dia. Tiba-tiba, dia teringat akan muslimat yang minta tolongnya sebentar tadi. ‘Kenapa dengan dia?’ Aiman bermonolog sendiri.

*****

Minggu hadapan, SMKA Bukit Batu akan bercuti selama 5 hari bersempena dengan cuti raya cina. Walaupun tiada pelajar yang berbangsa Cina di sekolah itu, tetapi sekolah itu tetap bercuti memandangkan cuti itu adalah cuti am bagi satu Malaysia.

“Assalamualaikum. Abi, apa khabar?” Aiman menelefon abinya untuk memberitahu perihal cutinya minggu hadapan dan ingin bertanya tentang plan abinya.

“Waalaikumussalam. Alhamdulillah, sihat je. Hanif?” Suara di corong telefon itu bersambut.

“Alhamdulillah, Hanif pun sihat je. Abi, minggu depan Hanif cuti 5 hari. Yang Abi plan nak ke Sabah tu jadi ke? Sebab kalau tak jadi, Ziqri nak ikut balik rumah. Tapi, kalau jadi, Hanif tak jadilah balik rumah. Mungkin Hanif akan ikut Ziqri balik rumah kot.”

“Insya-Allah, jadi. Hanif, betul ke tak nak ikut abi ni? Hanif masih ingat perkara tu lagi ke? Hanif, benda dah lepas tu lepaslah. Bukan salah Hanif pun. Dah memang itu yang ditetapkan oleh Allah, kita kena terima.” Encik Majid cuba memujuk anak lelakinya itu untuk mengikutinya ke Sabah pada minggu hadapan.

“Hanif dah cuba lupakan abi. Tapi, tak berjaya. Tak apalah abi, mungkin belum sampai masanya lagi. Insya-Allah lambat laun nanti Hanif akan lupakan juga. Jadi, confirm abi akan pergi Sabah next week?” Aiman inginkan kepastian.
“Kalau tiada aral. Insya-Allah jadi la kot. Aiman datang rumah Ziqri nanti jaga diri. Kirim salam pada Ziqri dan keluarga dia. Nanti abi bank in kan duit. Ok Hanif, abi ada kerja ni. Nanti Hanif telefon lagi ya. Jangan solat lambat-lambat, belajar rajin-rajin dan jangan lupa berdoa banyak-banyak. Jaga diri. Assalamualaikum.”

“Insya-Allah, abi. Waalaikumussalam.”

Talian sebelah sana diputuskan. Aiman meletakkan kembali gagang telefon awam itu. Satu keluhan berat terluah. Matanya berkaca-kaca. Otaknya ligat memutarkan kembali peristiwa lama.

“Ya Allah, aku tak cukup kuat ya Allah. Kau pinjamkanlah kekuatan-Mu.” Aiman merintih. Dia masuk ke dalam bilik operasi pengawas. Melihatkan tiada sesiapa di dalam. Dia menangis sepuasnya. ‘Ziqri, andainya kau tahu bahawa sahabatmu ini ada menyimpan sesuatu darimu yang sangat besar. Pasti kau tidak akan menerimanya kerana aku menanggungnya seorang diri tanpa berkongsi denganmu. Lambat laun kau akan tahu juga. Sabarlah.’ Aiman bercakap sendiri. Kemudian, terus menangis. Luka dihatinya sudah lama dan tidak sembuh-sembuh lagi. Setiap hari dia berdoa agar luka di hatinya itu lekas sembuh.



__________________________________

*episod kali ini agak panjang. alhamdulillah, idea datang mencurah-curah. semoga anda semua dapat terus bersabar membacanya dan sabar menunggu episod akan datang. adios~




Thursday, January 24, 2013

Aiman #6


بسم الله الرحمن الرحيم




Ziqri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Semakin lama, dia semakin tidak faham dengan ulah sahabatnya itu. Rupa-rupanya banyak perkara tentang Aiman yang dia masih tidak tahu. Apabila difikirkan kembali, benar juga. Dia tidak pernah sekali pun berkunjung ke rumah Aiman apabila tibanya waktu cuti sekolah. Sebaliknya, Aiman telah beberapa kali ke rumahnya apabila tibanya waktu cuti. Katanya, ingin melihat sawah padi. Ziqri memang faham benar dengan Aiman yang memang amat gemarkan permandangan hijau. Nature lover la katakan. Ziqri mencongak untuk mengikut Aiman pulang ke rumah pada cuti akan datang. Dia tekad! Dia akan menyampaikan hajatnya itu pada sahabatnya pada malam ini juga walaupun cuti masih jauh lagi. Berminggu-minggu lagi lamanya.

*****

Pada malam itu, selepas usai solat isyak di surau, Ziqri dan Aiman berjalan berdua menuju ke dewan selera untuk mimum malam. Hari itu, hari rabu. Memang peraturan SMKA Bukit Batu itu sebegitu. Setiap hari Ahad hingga Rabu, solat Isyak selepas prep malam. Prep malam bermula jam 8 malam sehingga 10.15 malam. Hari Khamis dan Isyak sahaja bermula pada jam 9 malam, mereka akan solat Isyak terlebih dahulu. Hari sabtu pula, tiada prep malam. Tetapi, digantikan dengan usrah.

“Aiman, kita cuti bila eh?” Ziqri memulakan bicara.

“Apalah kau ni Ziq, baru naik sekolah dah tanya fasal cuti. Apa kes ni Tanya cuti awal-awal? Setahu aku, kau bukan jenis yang suka balik cuti. Itu pun sebab rumah kau jauh kat utara nuh. Ada plan apa ni bro?” Aiman berkerut.

“Ala, takkan la Tanya pun salah kot. Aku bukan apa, saja nak rancang jadual aku. Sebenarnya, aku plan nak ikut kau balik rumah cuti nanti. Kau balik tak? Eh, salah soalan. Boleh tak? Aku tak pernah jumpa family kau selain abi kau. Nak juga aku jumpa mereka semua. Tak aci la kau seorang je yang jumpa family aku. Aku pun nak jumpa family kau juga. Kata member…..”

“Oh… Entahlah. Aku tak ­sure lagi la balik ke tak cuti nanti. Kalau tak silap aku, family aku ada nak pergi somewhere which I don’t want to follow. Tengok la situasinya macam mana.” Aiman tidak mahu berjanji lagi. Risau kalau-kalau dia tidak menepati janjinya itu nanti. ‘Family? Betullah. Kira family jugaklah tu. Aku tak bohong.’ Aiman bermonolog sendiri.

Sebenarnya, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aiman daripada pengetahuan sahabatnya itu. Sesuatu yang amat besar. Kalau boleh, dia tidak mahu ingat lagi tentang perkara itu.

Family kau nak pergi mana sampai kau tak nak pergi ni? Biasanya kau tak nak pergi tempat-tempat yang banyak maksiat je. I don’t think that your family is planning to go there, right?” Ziqri kembali bertanya.

Nauzubillahiminzalik. Kau ni pun. Agak-agak la nak buat assumption tu. Kau lupa Sir Razmin cakap apa selalu dalam kelas? ‘Don’t assume, ask!’ Legend kot quote tu. Aku memang tak boleh lupalah.”

“Sebab itu la aku tanya ni. Haih, macam-macam la kau. Ada je point nak larikan diri. Ok, fineYou win! Dah lah, aku dah lapar ni. Jom beratur! Baris pun dah pendek tu.” Ziqri mengajak Aiman mengambil makanan.

Apabila sampai di dewan selera sebentar tadi, mereka melihat barisan untuk mengambil makanan masih panjang. Jadi, mereka ambil air terlebih dahulu dan duduk berbual-bual sambil menunggu barisan menjadi pendek. Memang itulah yang sering mereka lakukan selalu. Jika bernasib baik hari itu, ada sahaja rakan mereka akan mengambilkan makanan untuk mereka sekali. Jika tidak, terpaksalah mereka menunggu. Aiman tidak kisah menunggu sebabnya dia lebih suka minum malam di dewan selera itu lambat-lambat. Lagi-lagi hari Rabu. Sebabnya, makcik dewan selera itu biasanya akan berikan makanan lebih kepada pelajar yang makan lambat dan hari Rabu pula, menu minum malamnya ialah mi bandung. Itu memang kegemaran Aiman. Sebab itu dia tidak kisah menunggu.

Dalam pada itu, kelihatan Rizan dan Firdaus baru masuk ke dalam dewan selera dan terus beratur di belakang Aiman dan Ziqri. Sedang rancak mereka berdua berbual, Aiman menegur.

“Cerita apa seronok sangat ni? Aku nak tau juga. Boleh tak?” Aiman mengusik.

“Eh, Abang Aiman. Kami bual-bual je. Tak ada hal penting pun.” Rizan menjawab sambil tersengih. Malu!

“Mesti bergosip ni, kan? Tak elok bergosip ni. Lagi-lagi kalau bercakap perkara yang tak benar macam mengumpat. Baik pergi lapah daging orang tu je terus.” Aiman mengingatkan mereka berdua dan juga dirinya sendiri. Tiba-tiba, dia berasa ada sesuatu yang lain. Hasif tiada! “Eh, Hasif mana? Selalunya ada je dengan korang ni.” Dia terus bertanya.

“Hasif sakit perut tadi. Makan sambal banyak sangat kot kat kantin tadi. Dia balik bilik terus.” Rizan pula yang menjawab kali ini.

Perbualan mereka terhenti apabila giliran mereka untuk mengambil makanan sampai. Aiman gembira apabila makcik yang bertugas di dewan selera itu memberinya makanan lebih. Mungkin, makcik yang senang dipanggil Mak Som itu memang sudah masak dengan Aiman. Maklumlah, bukan baru hari itu dia mengagihkan makanan kepada para pelajar di situ. Sejak sekian lamanya. Sejak Aiman belum menjejakkan kakinya di sekolah itu lagi.

“Terima kasih, makcik.” Aiman tidak pernah lokek untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa pun. Baginya, walaupun itu hanyalah ucapan yang mengandungi 2 patah perkataan, tetapi ia adalah sesuatu yang besar untuk seseorang seperti Mak Som itu. Bagi Aiman, ia bukan sekadar ucapan. Ia lebih dari itu.

*****

Sebulan telah berlalu. Kini, pagi Aiman dan Ziqri tidak lagi ditemani oleh Rizan, Firdaus dan Hasif. Denda mereka untuk qiyam bersama Aiman dan Ziqri selama sebulan telah pun berakhir. Aiman gembira apabila melihat mereka bertiga kini sudah berubah. Walaupun dalam tempoh yang singkat, dia berharap agar perubahan itu kekal selama-lamanya. Itu harapannya.

Bulan Februari baru sahaja menjengah. Apabila tibanya Februari, hampir semua pelajar SMKA Bukit Batu akan sibuk berlatih untuk aktiviti merentas desa yang akan menjelang tiba. Tidak terkecuali, Aiman. Juara untuk kategori lelaki B-18 tahun lalu. Dia tidak terlepas untuk turun setiap petang untuk berlatih. Hasratnya adalah untuk menjuarai lagi merentas desa peringkat sekolahnya itu pada kali ini. Bukanlah niatnya untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga. Tetapi, membuktikan kepada para pelajar SMKA Bukit Batu bahawa sukan itu penting. Penting untuk badan untuk sihat. Allah pun lebih suka orang yang lebih kuat berbanding orang lemah.

Aiman juga ingin membuktikan bahawa aktif bersukan tidak semestinya akan mengganggu pelajaran. Yang terganggu itu kerana individu itu sendiri yang tidak bijak dalam menguruskan masa mereka.

Petang itu, Aiman turun berlatih lagi. Pertandingan merentas desa hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Dia harus kekal cergas untuk menang. Selepas menyarung kasut sukannya, Aiman segera turun ke bawah.

Tiba-tiba……



________________________________

*maaf kerana lambat menyambung cerita ini. maklumlah, banyak assignments yg perlu dihantar. anyway, teruskanlah membaca ya! adios~

Wednesday, January 23, 2013

Anda seorang pelajar?

bismillah....

Entri ini adalah khas buat diri sendiri dan para sahabat yang masih belajar sama ada dalam negara mahupun luar negara ataupun yang akan ke luar negara. Yang penting belajar di bumi Allah.



Aku terfikir, kenapa aku belajar? Kenapa aku nak ambil Math HL yang susah ni? Kenapa aku sibuk nak ambil medic sampai 7 tahun lamanya? Dan banyak lagi persoalan yang timbul di benakku.

Tidak dinafikan, aku bukanlah seorang pelajar yang pintar. Keputusan aku selalu sahaja menyedihkan. Baik diri aku sendiri, malah ibu bapa dan guru-guruku turut bersedih. Tetapi, apabila melihatkan aku tak keseorangan dan ramai lagi rakanku yang turut mengalami nasib yang sama, malah ada yang lebih menyedihkan lagi, aku jadi selesa. hey, suka ke tengok orang lain ikut kita dapat result tak elok?!

Aku koreksi diri. Sentap. T_T

Aku terfikir lagi. Kenapa aku dan rakan-rakanku masih lagi berada di takuk lama. Tidak meningkat. Adakah ganjaran yang ditawarkan apabila berjaya ke luar negara, ataupun berjaya menjawat jawatan besar tidak cukup bagus untuk merangsang kami semua terus istiqamah belajar? 

Tidakkah gelaran Dr, Ir dan Prof dihadapan nama kita nanti menjadi dorongan untuk kita sekarang?

Kadang-kadang, kita malas, kita lesu untuk belajar. Kadang-kadang kita begitu semangat, begitu rajin. Lalu, kita bertanya kepada diri sendiri, "kenapa aku susah untuk istiqamah?"

Mari kita singkap kembali sejarah kita. Ya, sejarah kita. 

Jika kita lihat pada zaman Abbasiyyah dahulu, ilmuwan Islam terus-menerus mengkaji dan menambah ilmu mereka. Zaman sahabat nabi pula, para sahabat tidak henti-henti belajar. Zaman tabi' tabi'in dan zaman-zaman kegemilangan Islam yang lain, masing-masing tidak henti-henti menuntut ilmu. Lalu, kita tertanya sendiri. 

Aku pun tertanya-tanya juga. Setelah puas berfikir, aku membuat kesimpulan. Ini adalah pandangan aku. Jika salah, mohon perbetulkan.

Bagi aku, mereka semua mempunyai tujuan yang jelas dan sebab yang konkrit. Mereka tahu mengapa mereka menimba ilmu. Mereka tahu apa yang mereka kejar. Sebab itu mereka mampu istiqamah.

Cuba kita tengok semula diri kita. Sebenarnya apa yang kita kejar? IB45? 4.0? Nak ke oversea?

Ok, cuba kita fikir balik. Kalaulah kita tak dapat semua tu, kita boleh je belajar lagi. Itu kita fikir. "Kalau tak dapat fly, belajar dalam je pun ok." Itu kita fikir. 

Jadi, jika kita tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sekalipun (nauzubillahi minzalik), kita masih ada peluang belajar dalam negara. Ya, inilah sebabnya. Kita tidak kisah. Sebabnya, kita tak pasti tujuan sebenar kita belajar.

Aku ambil contoh, kita semua sedang bertanding dalam satu pertandingan. Sudah pasti, semua mahu menang. Tetapi, perlu diingat, kemenangan itu hanyalah alat untuk kita mencapai kepuasan hati kita, bukannya tujuan kita. Benar? 

Begitu juga dengan belajar. Kita nak berjaya semua ni hanyalah alat untuk mencapai matlamat yang satu. Jika kita jelas dengan matlamat yang satu ini dan kita faham kenapa kita perlu mencapai matlamat ini, tidak ada suatu aral pon yang berjaya menggugah kita. Aku yakin dan pasti. 100%.

Para sahabat dahulu  jelas dengan matlamat yang nak dicapai oleh mereka dan mereka faham kenapa mereka perlu mencapai matlamat itu.

Jadi, sebagai resolusinya. Untuk kita terus istiqamah belajar, kita perlulah jelas dengan matlamat kita belajar dan perlulah faham kenapa kita kena belajar. Belajar itu fardhu ain. Wajib bagi setiap individu muslim. 

Matlamat yang harus kita capai ialah REDA ALLAH, MARDHATILLAH.

Dan, kita harus faham kenapa kita perlu capai matlamat ini. Inilah yang harus kita pelajari terlebih dahulu sebelum kita sibuk belajar dengan subjek-subjek yang ditawarkan di sekolah mahupun di kolej kita. Sebelum kita sibuk dengan Math, Chemistry dan yang seumpama dengannya itu, inilah yang harus kita pelajari. Buka hati, buka minda, belajar!


"Kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." 
(sebahagian terjemahan dari Surah Al-Hajj, ayat ke 46)

_________________________

*Sekadar perkongsian sejenak untuk difikirkan bersama. Moga ada manfaatnya. Jika tersalah, mohon perbetulkan. Jazakumullah.


Monday, January 21, 2013

Sajak: Bangkit!


بسم الله الرحمن الرحيم

BANGKIT!

Layu! Lemah! Pengecut!
Itulah yang sering dilontarkan kepada kita,
Seorang Melayu dan seorang Muslim.

Walau dihina hebat sekalipun,
Kita masih lagi enak dibuai mimpi,
Mimpi yang tak sudah,
Kita alpa! Kita leka!
Kita terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan lepas.

Benar,
Suatu ketika dahulu kita di atas,
Dari utara ke selatan, timur dan barat,
Semuanya dikuasai oleh kita,
Sebut sahaja tentang Islam,
Masing-masing berebut mahu pelajarinya,
Sebut sahaja tentang Muslim,
Masing-masing berebut mahu mencontohinya,
Kagum…

Namun,
Realitinya sekarang terbalik,
Hampir semuanya negatif apabila disebut tentang Islam.

Ayuh sahabat,
Bangkit!
Bangkit dari lenamu!
Perjuangan kita masih belum selesai,
Biar kita mati mempertahankan Islam,
Jangan kita hidup membiarkan Islam diinjak-injak!

Ya rijal! Ya syabab!
Ayuh bangkit!

Arsyad Johar
Banting, Januari 2013

Friday, January 18, 2013

Cerpen: Cerita Aku, Hadiah Dia.

Bismillah...

Ini hanyalah short entry. Hanya sekadar sebuah perkongsian cerita yang tidak seberapa ini. Tapi, insya-Allah ada isinya.

Ceritanya, begini.....

Nak diceritakan, Amin (bukan nama sebenar) telah menghadiri sebuah seminar di tempat kerjanya. Pada mulanya dia tidak mahu menghadiri seminar itu kerana faktor kerja yang menghimpitnya. Tetapi, setelah didesak oleh bosnya, dia gagahkan jua kakinya untuk melangkah ke sana. Walaupun hatinya berat, dia cuba membetulkan niatnya semula. Moga hadirnya ke seminar itu bukanlah kerana bosnya, bukan juga kerana tambahan gaji yang ditawarkan, tetapi, biarlah kerana Allah ta'ala.

Apabila di dalam dewan seminar, Amin cuba menumpukan perhatiannya kepada isu yang sedang dibincangkan di dalam dewan seminar tersebut. Baginya, adalah sangat rugi jika dia berada di situ tetapi tiada apa-apa yang bertambah dalam dirinya ataupun tiada apa-apa yang disumbangkan olehnya. 

Setelah, hampir 2 jam di dalam dewan, akhirnya seminar itu pun tamat. Kemudian, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta seminar, pengumuman cabutan bertuah. Amin mendengar dengan khusyuk setiap nombor yang disebut oleh pengacara majlis. Selepas satu, satu, dan seterusnya. Apabila semua hadiah utama yang bernilai RM1000 ringgit telah habis dimenangi, tibalah hadiah kedua bernilai RM500 pula untuk diagihkan. 

"Sepanjang hidup aku, aku tak pernah menang walau sekalipun cabutan bertuah ni..." Amin meluahkan kesedihannya kepada rakan disebelahnya. Kemudian, dia menyimpan semula nombornya yang telah dipegang dengan kejap sejak tadi ke dalam poket seluarnya.

Selepas 2 3 orang lagi rakannya mengambil wang tunai yang ditawarkan dihadapan, tiba-tiba dia terdengar nombornya disebut, 410. "Alhamdulillah." itulah yang keluar dari mulutnya. Untuk pertama kalinya, dia memenangi cabutan bertuah sepanjang hidupnya. Selepas bersurai, Rizal (bukan nama sebenar) menyatakan sesuatu kepada Amin, "Amin, Allah jawab direct la doa kau. Aku ni still tak pernah menang-menang lagi." Amin hanya tersenyum.

Dalam perjalanan pulang, otaknya ligat berfikir tentang perkara yang diperkatakan oleh Rizal sebentar tadi. "Kenapa tiba-tiba aku menang eh hari ni? Apa yang Allah nak tunjuk pada aku?" Amin bermonolog sendiri. Dia cuba mencari hikmah disebalik kemenangannya itu. Baginya, tiada sesuatu pun yang ditetapkan Allah itu tiada hikmahnya. Prinsipnya, tiada kebetulan dalam kehidupan ini. Semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa dan semuanya ada hikmahnya yang tersendiri.

Setelah puas memerah otaknya, Amin teringat sesuatu yang dilakukannya sebelum dia hadir ke seminar tadi. Dia tersenyum sendiri. Dirasakannya, Allah itu sangat sweet sekali. Sebabnya, Allah memberikan kemenangan cabutan bertuah sebentar tadi adalah untuk menggantikan semula duitnya yang telah digunakannya untuk membeli sesuatu yang mendekatkan dirinya dengan Allah, insya-Allah.

***

"Eh. kenapa yang ni murah pulak? Yang tadi mahal." Amin mengomel sendiri. Sejak tadi dia duduk menghadap komputer ribanya melayari internet. Tujuannya pada hari itu adalah ingin membeli sebuah buku yang telah lama dicarinya di kedai-kedai buku tetapi tidak dijumpainya. Jadi, tidak terpaksa membeli atas talian. Setelah disemak, rupa-rupanya buku yang murah sedikit itu hanya ringkasan kepada buku yang mahal sedikit itu. Pada mulanya Amin berhasrat untuk membeli ringkasan itu sahaja, tetapi hatinya lebih kuat menyuruhnya membeli full version punya. "Tak apalah mahal sikit. RM1000 ni boleh cari lagi. Walaupun aku boleh save RM500 kalau beli yang ringkasan tu, tapi macam tak best pulak. Kurang sikit isinya.

Setelah berfikir panjang, Amin membuat keputusan untuk membeli full version yang berharga RM1000. "Insya-Allah, Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik kepada aku selepas ini." Amin bermonolog sendiri. Dia sangat yakin dan pasti bahawa Allah pasti akan membantu orang yang menolong agama-Nya, malah Dia akan meneguhkan lagi kedudukan orang itu. Dia sangat yakin dengan ayat ketujuh surah Muhammad itu. Buku yang dibelinya itu adalah untuk membantunya mengajar anak-anaknya perihal Islam. Dia mahu membentuk syabab-syabab Islam yang kelak akan menegakkan kembali syiar Islam di negara ini.

***

Amin tersenyum lagi. Saat itu, barulah dia faham kenapa Allah memberikan kemenangan itu kepadanya. Dia semakin percaya dengan janji-jani Allah itu. Baginya, Allah itulah sebaik-sebaik perancang. Tiada yang lebih baik daripada-Nya. RM500 yang pada mulanya berat dikeluarkan itu akhirnya digantikan semula oleh Allah. Dia senyum lagi. "Allah itu sangat sweet." Berkata hati kecilnya dan terus menuju ke surau menunaikan kewajipannya.

senyum la macam ni! (kredit)
______________________________________

*okeh, sangat hiperbola harga buku sampai RM1000. hahaha.. anda buanglah lagi satu kosong dihujung itu ya. Cerita ini telah diadaptasi dari pengalaman sebenar seseorang dan telah diedit untuk menyedapkan jalan cerita dan menyesuaikan dengan konteks cerita. Walau bagaimanapun, isi utama cerita pendek ini masih sama dengan peristiwa sebenar. :D



Wednesday, January 16, 2013

listen!


bismillah..

(kredit)

"listen! listen! listen!"

"when I speak, you listen!"

tiba-tiba aku terpanggil untuk berkata sesuatu tentang isu yg telah menjadi trending worldwide twitter ni.

aku bukan lah siapa-siapa. diploma pon tak habis lg. tp, aku kira, aku punya akal. akal yg sihat utk fikir yg mana satu yg betul, mana satu yg kurang betul. dan, aku kira, anda semua pon pasti tahu utk membezakan yg mana yang baik, yang mana yang lebih baik, yang mana yang buruk dan yang mana yang lebih buruk.

bagi yang kurang cakna lagi dgn isu ni. boleh la tengok sekejap video tu kat sini. err, ade la dalam 24 minit jugak sebenarnya. :D

okeh, bukan ingin komen sangat, siapa yang betul, siapa yang salah. cuma, ingin mengajak anda semua ambil ibrah dari peristiwa yang berlaku ni. menghakimi orang itu subjektif, jadi setiap org berbeza pandangan. anda tonton, anda nilai.

okeh, kat sini ade la beberapa ibrah (pengajaran) yang aku rasa boleh diambil dari peristiwa listen tu.

  • respect tu TAK mengenal usia, jantina, pangkat mahupun kekayaan. walaupun anda seorang jutawan, seorang berpangkat datuk ke, umur 63 tahun ke, anda tetap PERLU HORMAT kpd kanak-kanak yang meminta sedekah di jalanan. kerana apa? kerana dia juga manusia. punya hati dan perasaan juga. malah, hati dan perasaan mereka mungkin lebih fragile. siapa tahu?
  • kita perlu belajar mengajar diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengajar orang lain. sebagai contoh, kita tak tau macam mana nak buat integration dalam math tapi kita nak ajar orang lain tajuk tu. err, nak label ape eh kalau orang macam ni? berlagak pandai? bodoh sombong? atau buat-buat bodoh? (pandai-pandai la sesuaikan analogi ni dgn case study. :p) so, nak cakap kat sini, kalau kita ni masih kurang ilmu agama, mungkin boleh perdalamkan lagi kot ilmu kita dulu sebelum kita mngeluarkan segala fakta karut serta tak masuk akal dan tidak ada kena mengena.
  • kita perlu menghukum diri kita sendiri terlebih dahulu sebelum menghukum org lain. kata orang, 1 jari acu ke org lain, tapi kita terlupa 4 jari lagi kita acukan pada kita sendiri. 4 lawan 1, sapa menang? err, boleh fikir sendiri kot yang ni. logic!
  • kereta rosak perlu dihantar ke bengkel, bukan ke hospital!
  • as a muslim, kita sepatutnya jadi contoh dan berbuat baik kpd org bukan Islam. barulah mereka tertarik nak dekati Islam.
  • semangat sahaja tidak cukup dalam berkata-kata. cara kita juga diambil kira. kita perlu berhikmah berkata-kata.
  • kalau nak pergi bertanding, pastikan dah cukup latihan dan kelengkapan supaya bila dah bertanding nanti dah ready semua.

setakat ni, ni jela yang aku mampu fikir. kepala aku sedang di-block oleh makhluk-makhluk IB yang bernama TOK essay, IA business, math portfolio dan EE. so, tak dapat nak spend byk masa sgt kat sini dan tak boleh nak fikir. 

ibrah yang tidak disertakan analisis dan judgment kat atas tu silalah jadikan homework masing-masing. kalau ada yang ingin menambah, feel free to write in the comments section below.

*****

"jika hendak melihat keindahan Islam, lihatlah pada agama itu, bukan kepada orang yang menganut agama itu."

"aku mampu berdebat dengan 10 orang yang berilmu. tetapi, aku pasti akan kalah burhujah dengan seorang yang jahil kerana orang jagil tidak pernah faham landasan ilmu."
- Imam Syafie-

*****
itu je kot dulu. kertas math port tengah meloncat-loncat meminta dirinya diambil. so, mintak diri dulu. 

you look, you judge.

adios~

p/s: nasib baik ada pengisian juga dalam video 24 minit tu. pasal kiamat kot! meremang bulu roma!

Saturday, January 12, 2013

tak cukup lagi ke weh?

بسم الله الرحمن الرحيم

Rasanya, ni adalah entri yang pertama untuk tahun 2013 ni. Walaupun dah tak berapa nak tahun baru sangat sebab sekarang ni dah pun 12 Jan, still nak wish selamat tahun baru!

Alhamdulillah, kita still diberi peluang oleh Allah untuk terus hidup kat muka bumi ni. Boleh bernafas, boleh berjalan, boleh bercakap, boleh menulis, boleh menaip, boleh online, boleh stalk. eh! koff... koff...

Sebenarnya tangan ni dah lama gatal nak menaip kat sini. Cuma waktu sahaja yg kurang mengizinkan. Alhamdulillah, hari ni diberi ruang dan peluang untuk melupakan seketika dunia IB yg sedang ditempuhi ni. wahahaha. em, nak ckp still takda masa sebenarnya. Curi-curi menulis je ni. Walaupun takde dalam jadual sendiri. 

Takpe, insyaAllah Allah kira usaha yang sedikit ni. 

Alhamdulillah, hari ni kita masih hidup lg kan. Cuba kita fikir balik, apa yang kita dah buat hari ni? Dengan segala nikmat yang Allah berikan pada kita hari ni, kita dah guna buat apa?

(kredit)
err, gulp....

"Maka, nikmat Tuhanmu yang manakah yang telah kamu dustakan?"

T_T. menangis.

Kita selalu jealous, (mungkin saya je kot) bila kita tengok kawan-kawan kita senang, ada itu, ada ini. Then, wonder bila Allah nak kurniakan nikmat macam tu pada kita.

hey! apehal tanya soalan macam tu? tak cukup lagi ke dengan nikmat yg Allah dah beri ni? Awak tu je yang tak sedar. In fact, salurkan ke arah yg salah. peluh besar. ouch.

Sepatutnya, kita tanya diri kita. "Apa yang aku dah sumbang kepada Allah utk balas segala nikmat yg Dia dah beri ni? 

ehem, ape yang kita buat dengan nikmat yang Dia beri eh? 

err, ape yang kita dah buat untuk agama Dia eh?

ambil cermin, tengok diri.

***
sekadar perkongsian ulangan utk difikirkan. moga ada input yg berguna utk semua. insyaAllah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...