Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Monday, December 31, 2012

checklist

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa jam sahaja lagi tahun 2013 akan menjengah. Sedang kita asyik memikirkan azam baru apakah yang sesuai untuk ditanam sempena tahun baru ini, kita terleka bahawa banyak lagi azam tahun baru kita pada 2012 masih belum dituai hasilnya kerana kita hanya sibuk menanam. Tetapi, lupa untuk menyemai, membaja dan menjaganya dengan baik. 

Kemudian, kita akan menyoal diri kita balik, wajarkah kita menanam kembali pada tahun ini semua azam yang tidak sempat dituai hasilnya akibat kealpaan kita sendiri itu? Sedang asyik memikirkannya jawapan kepada persoalan itu, hati kita terdetik, 'tanam jela. tak salah pun.'.

Oleh itu, kita dengan rasa penuh yakin dan bangganya, mengambil buku catatan kita dan menulis kembali azam yang tidak tertunai pada 2012 ini.


Berbaris-baris checklist yang kita buat. Tinggi sungguh cita-cita kita. Alhamdulillah.

Mungkin kita sepatutnya soroti kembali, azam apakah yang kita cuba tanam pada tahun ini agar ianya bermanfaat, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada orang sekeliling kita juga. Jadi, segala azam yang dilihat tidak ada kepentingan kepada diri sendiri perlulah dipadam dengan yakin dan pasti. Azam jenis yang macam mana tu?

haaaa... rasanya sidang pembaca blog ini sudah pun arif untuk mengenal pasti mana yang perlu dan mana yang tidak perlu. Oleh itu, tidak perlulah saya menjelaskan panjang lebar di sini memandangkan setiap pandangan setiap orang itu berbeza-beza. Untuk menentukan sama ada perlu atau tidak sesuatu itu, cukuplah memandang dari sudut pandangan Islam. Insya-Allah semuanya okay.

Selesai kenal pasti checklist yang baru tu, cuba kenal pasti pula kenapa checklist 2012 kita tidak berjaya dicapai sepenuhnya. Muhasabah diri. Koreksi diri. Mungkin, ada silap di mana-mana yang tidak kita perasaan. Oleh itu, mohonlah pada-Nya, dekatkanlah diri pada-Nya. Kadang-kadang, kita tak sedar yag kita tersasar dari jalan yang sepatutnya. Sebab tu la penting bagi kita untuk sentiasa bergantung harap dan meminta petunjuk dari-Nya.

Sambil itu, jangan kita lupa bahawa Dia bukannya tidak mahu memberi apa yang kita minta. Cuma, Dia lebih suka memberi apa yang kita perlu. Bersangka baiklah pada-Nya. Sesungguhnya, Dia-lah sebaik-baik perancang untuk kita. 

*****

# selamat tahun baru kepada semua. semoga terus dikekalkan iman dan taqwa serta tsabat dijalan-Nya! aku harap azam korang untuk tahun baru ni tercapai la ye. aku pon ade azam baru jugak. antara yg paling besar is aku nak habiskan cerita Aiman aku tu dan hantar kat mana-mana syarikat yg publish novel. by the way, ckp pasal cerita Aiman tu, aku ade pengumuman nak cakap. cerita Aiman yg aku dah publish kat blog ni bukanlah intro utk cerita tu sebenarnya. aku dah ubah plotnya. so, harap bersabar dan terus setia mengikutinya eh! (bajet retis) 

# lagi tu, aku selalu dengar yg org berazam nak jadi baik menjelang tahun baru. pendapat aku, tak perlu rasnya. bukan tak perlu jadi baik. jangan salah faham. tak perlu untuk jadi baik menjelang tahun baru. err, faham ke? maksud aku, tak perlu nak tunggu tahun baru. it should start now. jadi la baik lepas habis bace entri ni. walaupun entri ni tak membantu sangat. (kot la).

# last sekali, pesan aku kepada anda semua termasuk aku jugak. janganlah membantu kalau tidak membantu.

adios~

oppsss... lupa. lagi satu. jgn lupa buat checklist diri jugak. :D

kbai~




Thursday, December 13, 2012

Aiman #5

بسم الله الرحمن الرحيم


Semua pelajar Tingkatan 1 telah pun berada di dalam dewan untuk slot terakhir petang itu bersama dengan PRS sempena minggu orientasi mereka. Ikhwan, selaku pengerusi kelab PRS memulakan majlis pada petang itu. Semua ahli PRS memperkenalkan diri masing-masing. Selepas seorang, seorang lagi. Hinggalah tiba giliran Aiman memperkenalkan diri. Salam diberi. "Nama ana, Muhammad Aiman Hanif bin Majid. Antum semua boleh Abang Aiman. Tapi, muslimat panggil Aiman je cukup. Ana berasal dari ........."

Aiman meneruskan bicaranya. Semua pelajar Tingkatan 1 itu memakukan perhatian mereka kepada Aiman di hadapan. Mungkin kerana karisma yang dimilikinya. Mungkin. Dalam pada itu, Najiha dan Aziatull terkocoh-kocoh masuk ke dalam dewan. Mujurlah tiada pelajar Tingkatan 1 yang perasan kerana sibuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Aiman di hadapan. Kalau tidak, jatuhlah reputasi mereka berdua.

"Pertamanya, ana nak mengucapkan selamat datang kepada antum semua ke sekolah yang telah membina ramai pemimpin ini. Namanya mungkin tak segah nama jiran kita, sekolah sains tu. Tapi, insya-Allah banyak kelebihannya. Mungkin yang datang hari ni ada pelbagai alasan dan sebab kenapa memilih sekolah ini sebagai destinasi. Mungkin, ada juga yang dipilih oleh ibu bapa mereka. Tak mengapa. Ana pun ada sebab ana yang tersendiri. Ada yang cakap, sebab dia nak belajar arab, sebab nak berubah dan sebagainya. Walau apa pun sebab kita, kita cuba ubah balik niat kita kenapa kita datang ke sini. Biarlah niat itu, lillahita'ala." Dewan gamat seketika dengan tepukan gemuruh dari para pelajar Tingkatan 1 selepas Aiman menamatkan kata-katanya.

Rizan yang berada di baris keempat dari hadapan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sekali lagi dia pelik dengan seniornya yang bernama Aiman itu. Dia pelik dengan kata ganti diri yang diguna oleh Aiman, 'ana'. "Mungkin sebab dalam majlis kot." dia mengagak sendiri.

Setelah semua ahli PRS memperkenalkan diri masing-masing, pelajar Tingkatan 1 itu kemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan setiap jantina dan 3 orang ahli PRS ditugaskan untuk menjadi fasilitator setiap kumpulan. Hari itu, para pelajar Tingkatan 1 akan didedahkan dengan dos and don'ts sepanjang mereka berada di sekolah itu. Pelbagai cerita dikongsi dengan harapan junior-junior baru itu akan mengambil pengajaran dan dapat mengelakkan diri mereka terjebak dengan perkara-perkara yang terlarang, tidak kiralah yang dilarang oleh pihak pengurusan sekolah mahupun yang dilarang oleh Yang Maha Kuasa.

Sesi pada petang itu tamat kira-kira pada jam 6.15 petang untuk memberi laluan kepada para pelajar Tingkatan 1 itu makan malam dan bersiap untuk ke surau solat maghrib secara berjemaah. Selepas semua pelajar meninggalkan dewan, Najiha menarik tangan Aziatull dan bergegas ke arah Aiman yang sibuk menggulung wayar microphone sedari tadi. "Aiman, ucapan anta tadi menarik. Penuh isi. Mabruk!" Najiha menegur. Aiman yang kurang senang itu menjawab acuh tak acuh. "Jazakillah." 

Najiha berlalu pergi meninggalkan Aiman dalam perasaan kecewa. Mukanya sugul. Selepas beberapa langkah, dia mendengar namanya dipanggil. Aiman yang memanggil! Senyumannya mekar semula. "Jiha, ana terlupa nak cakap tadi. Lepas ni, kalau ada event apa-apa lagi, tak kisah la dengan siapa pun, mohon datang awal eh. Jangan datang lambat macam tadi. Takut nanti akan menjejaskan reputasi kita pulak. Nasib baik junior kita tadi tak perasan." Aiman menegur. 

Senyuman Najiha mati kembali. Dia terasa seperti disimbah minyak panas ke mukanya. Malu! Najiha hanya mampu mengangguk dan segera berlalu pergi. Dia tidak mahu Aiman melihat mukanya yang merah padam menahan malu itu. Mana taknya, ditegur oleh secret admire-nya!

*****

(21 Disember 2000)

"Hanif dah buat keputusan dah nak pilih sekolah mana?" Puan Faridah bertanya kepada putera sulungnya itu. Dalam keluarganya, Aiman lebih senang dipanggil dengan nama keduanya, Hanif. Cuma keluarganya dan seorang lagi insan yang istimewa dalam hidupnya sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. Selainnya memanggilnya dengan nama Aiman. "Em, kalau ikut Ummi, elok Hanif sambung di sekolah sains je. Dekat pun dekat. Senang Ummi dengan Abi nak tengok nanti. Lagipun, sekolah sains ni pun baik reputasinya. Tapi, Ummi dengan Abi tak kisah pun. Sekolah mana pun Ummi dengan Abi ok. Asalkan Hanif nak belajar dan tak lupa pada tujuan utama hidup ni sudahlah." cadang Puan Faridah lagi.

Aiman yang masih setahun jagung itu kurang faham dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya. "Tujuan utama hidup ini Ummi? Ape dia?" Aiman inginkan penjelasan. Puan Faridah segera mencapai tafsir Quran yang terletak di atas meja berdekatan tempat duduknya. Lalu diselaknya ke muka surat 6 dan ditunjukkan ayat ke 30 surah Al-Baqarah kepada anak lelakinya itu. "Tengok ni. Allah telah menjadikan kita di muka bumi ini sebagai khalifah. Kita ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini. Secara hakikatnya, semua manusia itu adalah khalifah. Tetapi, secara konsepnya, tidak semua. Hanya manusia yang layak dan berhak sahaja dipanggil khalifah, iaitu manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri dan penyerahan diri kepada Allah dari aspek akidah, akhlak, ibadah dan syariat. Takpelah, kalau Hanif tak faham sekarang. Lama-lama nanti fahamlah." Puan Faridah menerangkan dengan berhati-hati. Takut tersalah bicara, lain yang difahami oleh Aiman nanti.

"Takkan itu je tujuan kita ni hidup Ummi?" Aiman bertanya lanjut menunjukkan minat. Bagi anak kecil yang sedang meningkat umurnya itu, semua yang diperkatakan oleh Abi dan Umminya sangat menarik. "Mestilah ada lagi, sayang." Puan Faridah membalas soalan Aiman dengan cubitan lembut di pipi polos anaknya itu. Diselak pula muka surat 523 dan ditunjukkan satu ayat yang sudah ditandakannya dengan stickynote berwarna hijau itu, ayat ke 56, surah Ad-Dzariyat. "Cuba Hanif tengok ayat ni pulak. Allah susun ayat ni cantik sangat. 'tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku'. Allah dah cakap, dia tidak menjadikan kita dan jin melainkan untuk beribadat kepada-Nya. Maksudnya, tiada tujuan lain kita dijadikan melainkan untuk beribadat kepada-Nya. Sebab tu la kita kena solat, puasa, tolong orang, hormat ibu bapa semua. Faham?" Aiman mengangguk sebagai isyarat yang dia memahami apa yang diperkatakan oleh ibunya itu.

"Lagi satu, Allah jugak suruh kita agar mengajak ke arah kebaikan dan mencegah keburukan sebab Dia dah cakap, kuntum khairu ummah! Anda adalah umat yang terbaik. Kitalah umat yang terbaik tu.'" Puan Faridah menambah lagi sambil menunjukkan ayat ke 110 surah Al-Imran di muka surat 64.

"Hanif rasa, Hanif dah tau la Ummi, Hanif nak pegi sekolah mana. Hanif nak pegi sekolah agama la. Jauh sikit. Nanti bolehlah Hanif berdikari. Lagipun, Hanif nak capai cita-cita Hanif." Aiman menyampaikan hasratnya kepada ibunya.

"Cita-cita Hanif yang nak jadi doktor tu ke? Baguslah. Semoga anak Ummi ni dapat capai apa yang dihajatkan." Puan Faridah tersenyum. Sebenarnya, dia tahu bukan cita-cita menjadi doktor yang dikejar oleh Aiman walaupun itu merupakan satu daripada cita-cita anaknya itu, tetapi, cita-cita lain. Cita-cita yang lebih besar. Hanya orang yang berhati besar akan ada cita-cita ini. Tiba-tiba hatinya tersentuh sendiri. Kelihatan matanya berkaca-kaca. Terharu dengan syababnya.

*****

(6 Januari 2005)

"Mengelamun panjang nampak!" Ziqri menyiku tangan Aiman yang dilihat entah ke mana fikirannya itu. Lamunan Aiman mati. Segera dia kembali di mana dia berpijak. Ingatannya bersama umminya dan peringatan umminya itu akan kekal tersemat di dada. Sampai bila-bila. "Takdelah, aku teringat balik macam mana aku boleh masuk sekolah ni dulu. Kenapa aku pilih sekolah ni dan sewaktu dengannya." Aiman tersenyum.

"Hah, habaq sikit, awat hang masuk sekolah ni?" longat utara Ziqri terkeluar juga. Ziqri yang memang berasal dari utara jarang-jarang bercakap menggunakan loghat utaranya kecuali dengan sahabat terdekatnya. "Aku nak capai cita-cita aku. Tu jela sebabnya. Lillahita'ala tu jangan cakap la. Wajib!" Aiman menjawab. "Jap,  cita-cita yang mana satu ni, doktor?" Ziqri memang arif benar yang sahabatnya itu ingin menjadi doktor suatu hari nanti. "Bukan, cita-cita yang lain." Aiman tersenyum dan meninggalkan Ziqri yang kebingungan.


______________________

*aku terasa macam semakin serius pulak menulis ni. do support me peeps! jazakumullahu khairan. selamat membaca. terima kasih. :D

*ouh, btw, next episode mungkin lambat sikit. ade byk yg perlu diselesaikan. teruskan membaca ya! adios!

Aiman #4

بسم الله الرحمن الرحيم


“Abang Safwan, bukan muslimat kite ke yang tengah lawan kat Padang B tu?” Aiman bertanya kepada kapten pasukan bola baling SMKA Bukit Batu B-15 itu sambil tangannya mengarah ke satu kawasan orang ramai. Safwan menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Aiman. Dilihatnya ramai yang sedang berkumpul di sana. “A’ah la. Muslimat kita. Mungkin ade kecederaan kot.” Safwan menjawab pendek.

Sementara itu, di Padang B yang dikerumuni oleh orang ramai, terlihat seorang pelajar perempuan yang terbaring sedang berlumuran darah di hidung dan mulutnya. Jeritan kuat yang kedengaran tadi bukanlah jeritan orang yang terbaring itu, tetapi jeritan Afiqah yang terkejut melihat sahabatnya, Najiha terbaring berlumuran darah selepas berlanggar dengan penjaga gol pihak lawan. Mungkin Najiha berhantuk dengan penjaga gol sebentar tadi. CIkgu Azam yang merupakan jurulatih bola baling SMKA Bukit Batu datang ke situ.

“Masya-Allah, teruk ni,” ucap Cikgu Azam yang melihatkan seorang pelajarnya pengsan tak sedarkan diri. Kemudian dia mengarahkan pelajar perempuan yang lain mengangkat Najiha masuk ke kereta MPVnya untuk dibawa ke hospital. “Afiqah, Husna, Laila, awak ikut sekali. Dah, jom cepat. Bawakkan IC Najiha sekali, “ arah Cikgu Azam kepada anak muridnya.

Sambil itu, Aiman yang masih lagi berada di bawah pokok bersama dengan Safwan sedari tadi berehat menunggu perlawanan yang seterusnya mendengar namanya dipanggil. “Aiman, datang sini kejap. Tolong temankan saya ke hospital hantar pelajar muslimat yang pengsan ni.” laung Cikgu Azam dari kejauhan. Aiman masih terpinga-pinga. Kenapa namanya yang dipanggil. Tanpa membantah, dia mengikut Cikgu Azam ke hospital menghantar Najiha yang masih pengsan.

"Macam mana muslimat ni boleh pengsan cikgu?" Aiman memecah kesunyian dalam kereta MPV yang meluncur laju itu. Dia tidak kenal dengan muslimat yang pengsan itu. malah, rakan-rakan yang menemaninyan juga tidak dikenalinya. itu memang perkara biasa bagi pelajar SMKA Bukit Batu jika ada muslimin yang tidak mengenali muslimat dan sebaliknya. "Tak tau la. Mungkin berlanggar dengan penjaga gol lawan kot. kalau melihatkan kecederaannya tu, betul la kot." Cikgu Azam menjawab selamba. Dia yakin bahawa kecederaan itu tidak serius mana.

setelah mendaftarkan Najiha, Cikgu Azam pergi berjumpa dengan doktor yang merawat anak muridnya itu. tinggallah Aiman bersama dengan 3 orang muslimat tadi, Afiqah, Husna dan Laila. semuanya  sebaya dengan Aiman, tetapi tidak dikenalinya. mungkin disebabkan faktor kelas yang mengikut jantina dan kurang aktiviti dengan pelajar perempuan menyebabkan Aiman tidak kenal sama sekali.

"err, anta Aiman kan?" Afiqah memulakan bicara. "err, a'ah. Muhammad Aiman Hanif bin Majid. panggil Aiman je." Aiman kekok. dia memang tak biasa bercakap dengan perempuan. lagi-lagi dalam situasi sekarang di mana dia tidak kenal dengan perempuan dihadapannya itu tetapi mereka mengenalinya. kekok! Aiman cuba meluahkan persoalan yang bermain di mindanya, macam mana mereka boleh kenal dengannya. tetapi, hasratnya dibatalkan begitu sahaja.

"enti semua tingkatan berapa ya? maaf, ana tak kenal." Aiman menyambung percakapannya. baru sahaja Husna membuka mulut ingin menjawab. Cikgu Azam dah pun sampai mendapatkan mereka. "Alhamdulillah, Najiha takde pape. tapi, dia kena tahan wad untuk sehari. so, cikgu nak mintak salah sorang dari kamu tolong jaga Najiha malam ni." beritahu Cikgu Azam kepada mereka berempat. "doktor kata tadi, Najiha boleh je makan apa-apa. kalau nak belikan makanan apa-apa, tak kisah pon. lagi satu, Najiha dah sedar pun. ada di katil 4 wad 3." Cikgu Azam menambah lagi.

"takpelah, biar aku jela jaga Jiha malam ni. korang nak balik pon takpe." Afiqah menawarkan diri. Husna dan Laila tidak membantah. lagipun, mereka berdua ada perkara yang perlu diselesaikan malam tu. "jap, korang bawak duit tak? aku nak belikan makanan untuk Jiha ni dan untuk aku sekali. lapar." Afiqah bertanya kepada 2 orang rakannya itu sambil membuat muka kasihan. akibat terlalu tergesa-gesa tadi, ketiga-tiga orang pelajar perempuan itu terlupa membawa dompet masing-masing. 

Aiman yang tidak jauh dari kumpulan pelajar perempuan itu terdengar perbualan mereka. tanpa disuruh, dia menghulurkan 2 keping not berwarna merah kepada mereka. "takpe, guna je duit ana ni. ana belanja. jangan lupa belikan sekali untuk kawan enti yang sakit tu." Laila yang memang bermuka tembok itu terus sahaja mencapai kepingan not merah itu. "terima kasih". Aiman pergi meninggalkan mereka. tak pasti ke mana hala tujunya. ke kereta mungkin. ketiga-tiga orang pelajar perempuan tadi terus ke kafe membeli makanan dan pergi ke wad 3 untuk menjenguk sahabat mereka , Najiha.

melihatkan 3 orang sahabatnya datang, Najiha tersenyum. dia menjawab salam yang diberi. "aku takde pape la. luka sikit je. terhantuk dengan keeper sekolah sains tadi." Najiha berlagak tiada apa-apa. "kalau kau cakap macam tu, baguslah. hah, ni ade roti kitorang belikan. tapi, bukan guna duit kitorang. ade putera raja yang baik hati yang belanja." Husna menghulurkan roti yang dibelinya tadi kepada Najiha sambil tergelak. 

"serius kau? putera raja mana pulak ni weh?" Najiha bertanya seperti orang yang sihat. dia terlupa yang dia sedang memakai pakaian hospital ketika itu. "yang aku tau, nama dia Aiman, Aiman hanif tak silap aku tadi dia sebut. lain-lain aku tak tau. ala, budak sekolah kita jugak. aku ingat muka dia. dah balik sekolah nanti aku tunjuk la kat kau. dia pesan kat kitorang jangan lupa belikan makanan untuk kau sekali. caring habis weh dia." Afiqah cerita bersungguh-sungguh. kalau pasal bercerita, serahkan je pada Afiqah. itu memang bidang kepakarannya. yang bukan fakta pun dicerita sekali.

mereka berbual sekejap sahaja kerana Cikgu Azam sudah pun mengajak pulang. 

*****

(6 Januari 2005)

"Jiha, cepatlah! kita dah lambat ni!" laungan Aziatull jelas kedengaran dari bawah memanggil rakannya itu. mereka berdua merupakan ahli pembimbing rakan sebaya SMKA Bukit Batu. petang itu mereka ade slot bersama dengan pelajar tingkatan 1 sempena minggu orientasi. petang itu, pelajar tingkatan 1 akan berkenalan dengan semua ahli PRS. ahli-ahli PRS ni la yang bertanggungjawab mengurus minggu orientasi pelajar tingkatan 1 sekolah itu. jadi, seperti menjadi kewajipan bagi semua pelajar tingkatan 1 untuk kenal dengan semua ahli PRS sekolah itu.

Najiha turun tergesa-gesa mendapat Aziatull yang dah tercegat ni bawah untuk beberapa minit lamanya. "sorry Azi, lambat. cari baju tak jumpa tadi." Najiha mengaku kesilapannya. mereka berdua terus keluar dari kawasan asrama dan bergerak ke dewan besar. Najiha gugup!


____________________

*cerita ni baru bermula. banyak lagi yang menunggu di hadapan. teruskan membaca! terima kasih atas sokongan. adios! 










Wednesday, December 12, 2012

Aiman #3

بسم الله الرحمن الرحيم


"Sif, makan jom!" ajak Firdaus. "weh, bukan kite puasa ke hari ni?" Hasif menyoal. Firdaus cuba memberikan alasan. "ala, aku dah lapar la. tak tahan. jom la! Rizan, jom makan weh!" Firdaus beralih kepada Rizan pula apabila Hasif tidak mahu mengikutinya. namun, Rizan juga sekepala dengan Hasif. masih ingin berpuasa. "kalau kau dah tahan, kau pegi la makan sorang-sorang. aku dengan Hasif nak puase lagi. Sif, jom pegi surau! untung-untung boleh jumpa Abang Aiman. aku nak berbual dengan dia la." Rizan berlalu meninggalkan mereka berdua. Hasif turut pergi mengikut Rizan. ke surau!

Firdaus yang kecewa apabila ajakannya kepada 2 orang kawannya itu tidak berjaya turut mengatur langkah ke surau juga. dia membatalkan niatnya untuk berbuka pada hari itu. "Hasif, Rizan, tunggu la weh! nak buat baik sama-sama la!" laung Firdaus ke arah 2 orang kawannya itu.

sampai di surau, mereka melihat Aiman sedang berteleku di hujung penjuru surau. "Ijan, tu Abang Aiman ade tu. tadi excited sangat nak jumpa dia." Hasif mengusik Rizan. Rizan yang senang dipanggil Ijan itu mengendahkan usikan Hasif. dia terus menuju ke ruang mengambil wuduk lelaki. memang dia hendak berjumpa dengan Aiman. ada sesuatu yang ingin dikatakannya.

seusai doa, Rizan terus mendapatkan Aiman yang sudah pun duduk berehat-rehat sambil menunggu masuknya waktu prep petang. peraturan baru sekolah itu tidak membenarkan pelajarnya pulang ke asrama antara selepas waktu persekolahan dan prep petang. ramai pelajar yang mengeluh. tetapi tidak bagi Aiman. memang sudah menjadi rutinnya untuk menunggu waktu prep petang di surau As-Syakirin itu setiap hari.

salam diberi. Aiman tersenyum. dia menyambut Rizan dengan senang hati. belum sempat Rizan duduk, Aiman dah pun bertanyakan soalan. "dah solat sunat rawatib? kalau belum, pegi solat dulu la. lepas tu datang balik. banyak lagi masa ni. insyaAllah sempat lagi." Rizan tak jadi duduk. dia pergi meninggalkan Aiman untuk solat sunat rawatib.

selang beberapa minit kemudian, dia datang kepada Aiman semula. "hm, puasa lagi tak? ni nak ape pulak ni? macam ade something je." 2 soalan sekali gus keluar dari mulut Aiman. belum pun sempat duduk, Rizan dah diajukan dengan soalan. "err, setakat ni puasa lagi la. sebenarnya, saya ade benda nak cakap dengan abang. sebenarnya, saya dah lama nak berubah. sebab tu saya pilih nak masuk sekolah ni. dengan jenamanya sebagai sekolah agama, saya harap saya dapat berubah. tapi, saya tak jumpa lagi macam mana caranya sampailah saya jumpa dengan abang. so, saya harap abang dapat tolong saya." rayu Rizan penuh kesungguhan.

"kau serius?" Aiman inginkan kepastian. Rizan mengangguk lemah. "sebenarnya, parents saya dah bercerai. sekarang saya tinggal dengan mak saya. ayah saya entah ke mana, saya pon tak pasti. lepas UPSR hari tu, saya ikut abang saya kerja cuci kereta. niat awalnya cuma ingin bekerja mencuci kereta kerana nak bantu ibu. tapi, lama-kelamaan, saya mula terpengaruh dengan abang saya dan kawan-kawannya. dihulurnya rokok, saya sebat je. fikir saya, hanya nak mencuba. tapi, tengoklah, sampai ke sini saya terbawa-bawa. so, saya harap abang boleh tolong." Rizan bercerita penuh kesungguhan. hati Aiman tersentuh melihatkan pelajar tingkatan 1 yang begitu bersungguh-sungguh ingin berubah.

"insyaAllah. kalau aku boleh tolong, nanti aku tolong. lepas ni, kalau kau rasa kau nak merokok, cepat-cepat ingat Allah. capai Quran, bace terus. solution yang terbaik setakat ni, tu jela. bile-bile free nanti kau datang la bilik aku. insyaAllah aku free je." Aiman cuba menenangkan hati juniornya yang gulana itu. 

Rizan terharu. usahanya disambut baik oleh Aiman. namun, ada something yang dia masih tak faham. kenapa Aiman membahasakan dirinya 'aku' dengan junior? fikirnya, perkara itu kurang sopan. lebih-lebih lagi dengan status Aiman yang merupakan pengawas sekolah dan dengan perilakunya yang mantap tu. dia fikir, Aiman sepatutnya menggunakan ganti diri nama yang lebih sesuai seperti 'abang' apabila bercakap dengan junior. barulah junior hormat sikit. fikirnya.

"err, abang, terima kasih banyak-banyak. baru 2 hari saya kat sekolah ni abang dah tolong saya macam-macam. terutamanya yang semalam tu. ade 1 bende la yang saya terfikir. kenape abang gunakan ganti diri 'aku' bila ckp dengan junior eh? bagi saya, kalau abang guna ganti diri nama yang lain macam 'abang' ke, lagi sesuai kot. baru kene dengan akhlak abang. bile mula-mula abang cakap dengan saya aku-kau, terus berubah persepsi saya terhadap abang. saya ingat abang ni orang yang kasar. tapi, bile dah kenal abang, persepsi saya, 180 darjah berubah balik. abang lain." Rizan meluahkan ape yang terbuku di fikirannya. berani!

"tak payah la kau nak membodek aku." Aiman tergelak mendengar bicara Rizan. "ala, ape masalahnya dengan ganti diri aku-kau tu? bagi aku, kalau aku guna 'aku' instead of 'abang', aku rasa lebih mesra. kita communicate dengan Allah pon guna ganti diri yang sama kan? bagi aku, kalau guna 'aku', lebih mesra. itu pandangan aku la. dah-dah, pasal ni pon kau nak fikir. baik kau fikir macam mane nak berubah. kan lagi bagus. dah nak start prep ni. petang ni korang ade slot dengan BADRI kan? dah, pegi gerak sekarang. aku pengawas, takpe." Aiman tergelak lagi sambil tersenyum nakal. 

dia memanglah pengawas. tapi, itu bukan alasan untuk dia hadir lewat ke prep. sebenarnya, yang dimaksudkan Aiman tadi ialah dia nak mengerahkan pelajar yang berada di surau itu untuk ke kelas. Aiman bukanlah seorang pelajar yang suka mengambil kesempatan atas apa yang diperolehnya. BADRI pula merupakan badan organisasi pelajar yang menguruskan kerohanian pelajar di sekolah itu. Rizan bersalaman dengan Aiman dan berlalu pergi. sebelum keluar, dia mengejutnya 2 rakannya, Hasif dan Firdaus yang sedang nyenyak tidur untuk diajak bersama ke dewan.

*****

"Fiqa, kau nampak baju PRS aku tak?" Najiha bertanya kepada rakan sebiliknya, Afiqah. petang itu, PRS ade slot bersama tingkatan 1 dan semua ahli dikehendaki untuk menyarung baju kelab itu. "mane la aku tau. baju kau, kau tanya aku pulak," Afiqah membalas. Najiha masih tercari-cari bajunya. habis dipunggah bakul dobi dormnya itu. tak jumpa jugak. "adoi, manelah pegi baju aku ni. tak kan lah aku sorang je nak pakai baju lain nanti. malu kot." omel Najiha sendiri. Afiqah yang faham benar dengan rakannya yang mudah lupa itu malas nak melayan. "ade orang pinjam kot." Afiqah mengagak.

"a'ah la! hari tu Yani pinjam baju aku. haih, puas aku cari kat dia rupanya." Najiha terus membebel sendiri dan berlalu keluar meninggalkan dorm C38 itu dan turun ke tingkat 1. targetnya, dorm C23, dorm Yani yang terlupa memulangkan bajunya.

sesudah mengambil bajunya, Najiha pulang semula ke biliknya untuk bersiap. dihias dirinya secantik mungkin. pastinya dia mahu menunjukkan yang terbaik kepada orang yang diminatinya apabila dia berjumpa dengan secret admire-nya itu. Aiman! nama yang tidak pernah hilang dari mindanya sejak 4 tahun lepas. semuanya bermula dengan bola baling.

*****

(3 April 2002)

"aarrrghhhh!!!"

satu jeritan kuat terdengar di padang B. 


____________________

*ok, random lagi. aku tak tau kenapa tibe-tibe ade watak perempuan ni ha. tibe-tibe je muncul. haha. btw, selamat membaca! adios!

Aiman #2

بسم الله الرحمن الرحيم


"eh, Ziq, kau gerak dulu la. aku ade hal jap. kau cakap dengan Cikgu Imran, aku lambat sikit eh." Aiman patah balik. dia naik ke asrama semula. seperti ade something yang menarik dia naik ke atas semula. sebabnya, dia perasan masa ahli dorm B42 turun tadi, kurang seorang. hanya 7 orang yang dilihat turun tangga. kelibat pelajar yang bernama Hasif Razak yang begitu menarik minatnya itu tiada. Aiman melihat jam di tangannya sekilas. "baru pukul 7.40. insyaAllah sempat." dia bermonolog sendiri. dia naik seorang diri ke atas. sengaja tiddak di ajak sahabatnya, Ziqri. sebabnya, dia lebih suka approach something ikut acuannya sendiri.

Aiman meluru ke dorm B42. dilihatnya, sepasang kasut sekolah Converse terbaring di lantai. Aiman mula berasa kurang senang. segera diperiksanya semua dorm form 1. dari hujung, sampailah ke hujung lagi. kosong. dia ke tandas. kosong juga. hampa. tiba-tiba, dia terdengar satu bunyi dentuman yang kuat dari dorm B42. berlari dia ke sana.

"Masya-Allah!" luah Aiman yang terperanjat. dilihatnya siling dorm itu jatuh. bersama-sama siling yang terjatuh itu, terdapat seorang pelajar yang terbaring. Razak! melihatkan Hasif Razak terbaring, Aiman segera mendapatkannya. 

"Razak! kau buat ape ni?" Aiman bertanya sambil membersihkan diri Hasif yang agak kotor itu. hidungnya terbau sesuatu. disebalik timbunan siling yang runtuh tu, dia ternampak satu puntung rokok yang masih menyala. "kau merokok Razak?" marah Aiman sambil membantu Razak berdiri.

Razak tak tahu ape yg harus dibuatnya. sudah terang lagi bersuluh yang dia memang bersalah. merokok! Razak hanya membatukan diri sambil mengurut-urut badannya yang sengal-sengal akibat terjatuh tadi. nasib baik tiada kecederaan yang serius. cuma luka dan calar sedikit di tangan dan kakinya. Aiman pula memikirkan jalan. dia mendongak cuba mengagak macam mana siling itu boleh jatuh. tanpa disangka, dilihat 2 orang lagi pelajar tingkatan 1 berada di atas. "Ya, Allah! kau turun sekarang! ape bende la korang buat ni?" Aiman kecewa. sabarnya ditahan, dia tidak mahu sesuatu yang buruk berlaku.

"korang buat ape ni? baru second day kat sini dah buat hal. naik siling. smoking. Astaghfirullah. kalau aku cakap dengan HEM ni free-free je kau kene keluar sekolah hari ni jugak. Razak, kau buat ape ni? aku baru nak percaya dengan kau. kau dah buat hal. hah, korang lagi 2 orang ni pon sama. sape nama kau? "Firdaus." "Rizan." kedua-duanya menjawab hampir serentak.

"so, sekarang ni kau nak buat ape? kalau ikut hati aku, aku dah bawak je korang ni pegi jumpe dengan HEM sekarang. tapi, aku tak nak. walaupun kau dah kurangkan kepercayaan aku pada kau, tapi, aku tetap percaya yang kau ni besar potensinya. sekarang dah lambat. aku nak kau pegi kelas. biar je siling ni camni. cuma, kau bersihkan mana yang nampak macam kau merokok. puntung tu kau buang la mana-mana. pandai-pandai kau. aku tak nak tau kat mana dan macam mana kau nak buat. pasal siling ni, biar aku yang setelkan. tapi, malam ni, aku nak korang 3 orang, datang bilik aku, A27. pukul 4 pagi. kalau kau tak datang. tunggu je nasib korang." Aiman berleter.

Hasif, Firdaus dan Rizan pergi meninggalkan Aiman. sebelum pergi, Hasif mengucapkan terima kasih kepada Aiman. egonya sedikit tercalar. tapi, dia tak kisah. Aiman sangat-sangat membantunya. kalau diketahui bapanya, pasti tiada lagi kelebihan yang akan diterimanya. perasaan tak senang Hasif kepada Aiman pudar sedikit disebabkan peristiwa itu.

Aiman kembali ke kelasnya. pelbagai perkara bermain di benaknya. otaknya bejat. semuanya gara-gara peristiwa tadi. Aiman sendiri tak pasti kenapa dia melepaskan 3 orang pelajar itu tadi. itu bukan kebiasaannya. mungkin sebab Hasif Razak. kenapa dengan pelajar itu? sebelum ke kelas, Aiman singgah ke bilik GPK HEM untuk melaporkan siling yang runtuh. dilapor kepada HEM yang siling dorm B42 runtuh. itu sahaja. tidak diceritakan hal yang menyebabkan siling itu runtuh. dia tak menipu. cuma tidak berterus terang.

hari tu, semuanya tak jadi buat Aiman. belajar tak fokus. lawak kawannya pula tidak mampu membuatkannya ketawa. Ziqri yang paling rapat dengannya, perasan akan perubahannya itu.

"kau kenapa Man? aku tengok kau lain macam je hari ni. ade problem?" Ziqri inginkan kepastian. "takde apelah. letih sikit. tak cukup tido kot. em, malam ni on tak? macam biasa la, kat bilik aku. tapi, malam ni awal sikit la. pukul 4.00, ok?" Aiman cuba mengelak dengan mengubah topik. "ubah topik nampak. haha. aku ok je. jangan kau yang tak bangun sudah." Ziqri menumbuk perlahan bahu Aiman.

"ala, aku yang selalu kejut kau. banyak cerite pulak. haha. dah-dah, jom pegi surau dulu. dah masuk waktu dah ni." Aiman mengajak Ziqri. solat memang perkara yang amat dititikberatkan oleh Aiman. baginya, tiada yang lebih penting daripada mengutamakan solat. itulah yang diajarkan oleh ayahnya, Encik Majid. dia masih ingat bagaimana ayahnya memberitahunya yang mengerjakan solat itu adalah wasiat pertama Imam Hasan Al-Banna. Imam Hasan Al-Banna, pengasas Ikhwanul Muslimin. itulah yang menjadi inspirasinya sehingga kini.

*****

"Man, kau tunggu ape lagi? jom la! aku dah bentang sejadah dah ni." ajak Ziqri. Qiyamulail memang menjadi rutin harian mereka berdua setiap hari. sudah pasti bilik Aiman dijadikan tempat untuk mereka beribadat disebabkan biliknya yang kemas dan bersih. lagipun, Aiman hanya keseorangan di bilik tu. bilik yang agak besar itu pada mulanya dihuni oleh 2 orang. namun, rakan sebilik Aiman, Zharif terpaksa berpindah kerana mengikut ibu bapanya yang berhijrah ke Timur Tengah kerana faktor kerja. jadi, Aiman tinggal seorang di bilik. disebabkan Ziqri sering berkunjung ke biliknya dan kadang kala tidur di sana, Aiman tidak pernah berasa dia tinggal berseorangan.

"sekejaplah. aku tengah tunggu orang. belum pukul 4 lagi." jawab Aiman rendah. tiba-tiba, pintu bilik A27 diketuk dari luar. ucapan salam jelas kedengaran kerana pagi itu memang sunyi. Aiman tersenyum. dibukaknya pintu bilik dan terus bertanya, kepada 3 kelibat dihadapannya, "dah ade wuduk?" ketiga-tiganya yang masih jelas baru bangun tidur itu menggeleng. Aiman menyuruh mereka pergi berwuduk.

"apehal kau panggil budak 3 orang tu pagi-pagi ni Man? tak penah-penah kau buat sebelum ni." soal Ziqri kehairanan. "kau tau kan pasal siling runtuh kat dorm form 1 pagi tadi? dorang punya hal la. dorang smoke kat atas siling. salah langkah kot, terjatuh. budak Hasif Razak tula yang jatuh." Ziqri semakin hairan. kebiasaannya sahabatnya itu pasti akan melaporkan hal disiplin pelajar kepada HEM tapi, kali ni tidak! "kau biar betul? kenapa kau tak bagi tau Cikgu Karim weh?" Ziqri semakin tidak faham. "entahlah, aku pun tak tau ape yang aku buat. haha. nantilah, sampai masanya aku cerita kat kau. tapi, bukan sekarang. sekarang waktu untuk kita dengan DIA. dah, jom solat. budak-budak tu pon dah datang." jawab Aiman selamba. 

benar, ade sesuatu yang disembunyikan oleh Aiman daripada sahabatnya itu. cuma, Ziqri tak pasti apakah ia. yang dia pasti, ade kaitan dengan budak form 1 baru tu, Hasif Razak. dalam pada itu, Hasif, Firdaus dan  Rizan kehairanan apabila di ajak qiyam oleh Aiman. fikir mereka, mereka akan 'dibelasah'oleh Aiman. sangkaan mereka silap!

seusai solat, Aiman memulakan bicara. "aku nak korang perkenalkan diri korang. lengkap. nama, asal, tarikh lahir, keje ayah, keje ibu, hobi, cita dan ape-ape lagi yang berkaitan kalau korang nak tambah." Rizan memberanikan diri menjadi orang yang pertama memperkenalkan diri. diikuti oleh Firdaus dan akhir sekali Hasif. pagi itu, Aiman dan Ziqri tidak mengulang kaji seperti biasaa. mereka duduk berbual dengan 3 orang pelajar tingkatan 1 tu, bertanya macam-macam. dah macam pegawai polis menyiasat penjenayah lagaknya.

pagi itu, resolusi dicapai. mereka bertiga tidak akan merokok lagi. bukan sahaja di sekolah, malah di mana-mana. mereka akan berhenti merokok. ketiga-tiga mereka akan datang ke bilik Aiman setiap pagi selama satu bulan untuk qiyam bersama. hafazan mereka ditambah. mereka perlu menghafaz surah Ar-Rahman, Waqiah dan Al-Mulk. itulah resolusi yang dicapai. seperti baru berkonvensyen pula mereka berlima. siap ade resolusi bagai.

sebelum masuknya subuh, Aiman mengajak 3 orang pelajar itu bersahur bersama dengannya dan Ziqri dan mengajak mereka berpuasa sunat Khamis pada hari itu. ketiga-tiganya dilihat menurut tanpa membantah. sama ada takut atau hormat kepada Aiman, mereka pun tidak pasti. yang mereka pasti, Aiman bukanlah seperti yang mereka sangka.



_______________________

*macam baru intro je ni. haha. takpelah, bace jela dengan sabar eh. adios!

Aiman #1

بسم الله الرحمن الرحيم



"Ziqri, kau dah check floor Form 1 dah? kalau dorm dorang kotor, panggil je balik asrama. mase minggu orientasi ni la kite nak kene ajar dorang. kalau tak lama-lama naik kepala pulak." Aiman bertanya kepada sahabat baiknya.

Aiman dan Ziqri merupakan dua sahabat baik. mereka sama-sama menjadi pengawas sekolah dan dalam pada masa yang sama juga merupakan ahli pembimbing rakan sebaya. hari itu, mereka bertugas untuk memastikan semua dorm berada dalam spesifikasi yang ditetapkan. Ziqri tidak mengambil pusing sangat soal kebersihan dorm ni sebabnya dorm dia juga tidaklah sebersih mana. namun, tidak bagi Aiman. dia begitu mementingkan kebersihan. baginya, kebersihan itu merupakan asas kehidupan dan reflection seseorang. kalau nak dibandingkan bilik Aiman dengan bilik pelajar perempuan yang paling bersih sekalipun, pasti tak terkalahkan dek pelajar perempuan itu. biliknya bersih dan kemas sekali.

"Aiman, ade 2 dorm yang tak berapa nak bersih la. B42 dengan B47." beritahu Ziqri. "B42? dorm lama aku tu kot. haih, tercemar dah status dorm terbersih tahun 2001 dulu. panggil jela dorang Ziq. aku nak berkenalan."

"Shahrul, buat announcement panggil budak B42 dengan B47!" terdengar suara jeritan Ziqri dari tingkat atas asrama. "ok!" Shahrul terus ke bilik pengawas untuk membuat pengumuman.

"perhatian kepada semua ahli dorm B42 dan B47, sila pulang ke asrama sekarang juga. I repeat, attention to....."

suara Shahrul bergema di seluruh kawasan SMKA Bukit Batu melalui corong-corong speaker. sementara itu, di dalam kelas 1 Khadijah, gamat suara pelajarnya mengenakan satu sama lain. mana taknya, semua ahli dorm B42 dan B47 datangnya dari kelas tu. malu pelajar lelaki itu semua dengan pelajar perempuan. dah la baru hari kedua di sekolah tu.

dalam perjalanan pulang ke dorm, Norman bertanya kepada Hasif, "kau tak kemas dorm ke tadi, Sif? kau yang bertugas kan hari ni?" Norman yang merupakan ketua dorm B42 tidak mahu dia dipersalahkan. cuba menyalahkan Hasif. "aku dah kemas la. ala, prefect ni cerewet sangat la aku rasa. aku dengar dari Abang Ihsan, budak form 2 malam tadi, ade sorang prefect tu memang takleh nak tolerate langsung kalau pasal kebersihan ni. apetah nama dia. Abang Aiman tak silap aku." bebel Hasif. 

"ehem, aku macam dengar nama aku tadi. korang cite ape ni?" jerkah Aiman. sedar tak sedar, Norman dan Hasif dah pun berada di pintu pagar asrama. seronok bercerita, mereka tak perasan yang Aiman dah menunggu di situ.

"err, takde pape la bang. sembang kosong je tadi." jawab Norman yang terperanjat. "dah-dah, cepat naik. dah lamabat dah ni. kejap lagi korang ade program dengan kaunselor kan. tak pasal-pasal aku kene marah dengan Cikgu Mira pulak ni karang tahan korang lama-lama. pegi naik bilik korang dan kemas ape yang patut. dah siap, tunggu aku datang." Aiman mengarahkan kepada pelajar tingkatan 1 baru itu.

"kerek gile abang tu. tau la pengawas. kecoh habis. sape nama dia eh, kau kenal tak?" Hasif tak puas hati. "entahlah. dia la Abang Aiman yang kau cakap tadi kot." Norman cuba mengagak.

*****

"mane abang pengawas tadi ni? nak dekat pukul 7.30 dah ni. kejap lagi nak kene pegi dewan pulak. haih." Hasif mengeluh lagi. Hasif merupakan anak tunggal Encik Latif dan Puan Mariam. akibat terlalu dimanjakan oleh ibu bapanya, Hasif menjadi pelajar yang kurang bersopan. malah, Encik Latif dan Puan Mariam juga terlepas pandang bahawa anak tunggalnya itu sudah pun mula merokok.

"sabar la weh. jap lagi dia naik la tu. bukan dorm kite je yang kene panggil. lepak sudah. lagipun program pagi ni start pukul 8 kot. kau nak kejar ape?" berbeza dengan Norman. walaupun dia juga merupakan anak tunggal, namun dia tidaklah dimanjakan ibu bapanya. hasilnya, dia mampu berdikari walaupun jauh dari ibu bapanya.

sebenarnya, Hasif ada plan lain di kepalanya. dia sudah merancang dengan 2 orang kawannya untuk menghisap rokok pagi itu. sebab itulah dia tak senang duduk melihat jam di tangan sejak tadi. 2 orang kawannya itu memang dah dikenalinya sebelum masuk sekolah itu lagi. jadi, perancangan memang dah dibuat sebelum mendaftar lagi!

"aku ade hal lain la. aku dah janji dengan orang." jawab Hasif tak acuh.

beberapa minit kemudian, Aiman dan Ziqri masuk ke dorm B42 itu.

"sape ketua dorm?" Aiman bertanya. dilihatnya Norman seperti teragak-agak untuk mengangkat tangan. dengan rasa berat hati, Norman mengangkat tangannya jugak, "saya bang."

"oh, engkau. sape nama kau?" Aiman bertanya lagi. "Norman. Norman Hakim." Norman menjawab pendek. "kau buat lawak dengan aku ke ape ni?" mendengar pelajar tingkatan 1 itu memperkenalkan dirinya yang sama dengan pelakon drama Gerak Khas itu, Aiman berasa dipermainkan. "eh, takdelah. memang nama saya Norman Hakim. Norman Hakim bin Fadhil. ni IC saya." Norman cuak. segera dikeluarkan ICnya dari dompetnya.

Aiman tergelak kecil. "sori la. aku ingat kau main-main tadi. by the way, sedap nama kau." Aiman menghulurkan kembali kad pengenalan Norman kepada pemilikya. "hm, sape yang bertugas hari ni?" Aiman bertanya lagi. kelihatan seorang pelajar mengangkat tangan. mukanya seperti biasa dilihat oleh Aiman. namun, dia tak pasti siapa dan di mana dia melihat. "err, saya bang!" Hasif menjawab perlahan. cuak!

"sape nama kau?" itulah soalan wajib kepada form 1 yang akan ditanya oleh Aiman. hasratnya, dia mahu kenal dengan semua pelajar lelaki sekolah itu. tidak kiralah batch mana sekalipun. "Hasif bang." jawab Hasif pendek. "nama kau Hasifbang? lawak gile." Aiman cuba berlawak. "eh, tak-tak. Muhammad Hasif Razak bin Hafwan." Hasif geram. dalam hatinya, habis disumpah-sumpah Aiman tu.

"Hasif Razak? err, kalau aku nak panggil kau Razak boleh?" Aiman tertarik dengan Hasif. "saya tak kisah abang nak panggil ape. asalkan ade makna." walaupun Hasif dilihat agak liar, namun soal nama panggilannya, memang dia ambil berat. baginya, nama itu doa. jadi, dia tak mahu didoakan dengan perkara yang tak baik. itulah yang diajarkan oleh arwah datuknya, Tuk Aki.

"ok, thanks." Hasif pelik dengan gaya Aiman. namun, dia malas nak ambil pusing soal itu. "aku nak, lepas ni aku tak nak dengar dorm B42 kene panggil lagi. ni dorm aku kot dulu. tak penah kene panggil. sampai kat korang baru kene panggil. boleh tak ni janji dengan aku?" Aiman bertanya lagi.

dorm B42 bergema dengan sahutan ''boleh" oleh ahli-ahlinya.

"ok, sebagai denda bilik korang tak bersih. aku nak, esok pagi korang semua kene kejut semua budak form 5. dorang bangun ke tak tu belakang cite. yang penting korang ade kejut. Allah tak tengok pada keputusan, tapi usaha kita. lagi satu, aku nak korang hafal surah as-sajadah. minggu depan aku check. dah, semua boleh gerak sekarang." Aiman berceramah. Ziqri yang dari tadi mendiamkan diri tersenyum melihatkan sahabatnya itu. dia kenal benar dengan Aiman. denda yang diberikan bukanlah denda kosong. denda yang membina. dalam setiap katanya pula, ade isi. sebab itu dia seronok berkawan dengan Aiman. 5 tahun bersama dah cukup untuk mengenal diri Aiman. Ziqri fikir, dia tahu semua tentang Aiman. tapi, dia silap. ade lagi perkara yang Ziqri tak tahu. malah, tiada siapa pun yang tahu di sekolah itu.

"dah, jom la Ziq! lambat dah ni. first period favourite subject aku kot. jom!" mereka berdua berlalu meninggalkan dorm B42. dorm yang banyak meninggalkan memori pahit dan indah untuk Aiman semasa dia tinggal di dorm itu selama 2 tahun.
___________________

*ok. cerita ni random gila. aku main tulis je. nama pun aci taram je. haha. pagi-pagi, biase ah. idea banyak. insyaAllah, more to come. dan mungkin, cerita kali ni agak panjang. just wait. 







Tuesday, December 11, 2012

ihfazillah, yahfazka.

بسم الله الرحمن الرحيم

di suatu pagi yang hening, Hisham bersarapan dengan enaknya bersama sahabat tercinta, Arifin. mereka berdua baru sahaja pulang daripada suatu program di bandar teknologi hijau, bandar bersejarah. letih.

"Ipin, kadang-kadang, aku terfikir ah, aku semakin tak hensem ke? degree ke-hot-an aku menurun ke?" tanya Hisham kepada sahabatnya.

"Kenapa pulak kau tanya macam tu?" soalan Hisham dibalas dengan soalan.

"Takdelah. Biasanya kalau aku pegi join mana-mana event, mesti akan ade, at least sorang la yang mintak nombor fon aku. I mean, girl. tak pun, nak amik gambar dengan aku. ni dah 2 3 event aku join tapi dah takde langsung bende tu berlaku. aku bukan nak pon, just wonder je," jawab Hisham sambil tersengih.

"Aku rasa aku tau kenapa," Arifin menjawab pendek.

Hisham menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. pelik. 

*****

---sehari sebelum----

"Ipin, aku gaduh dengan Zura," beritahu Hisham selamba.

"Kau tak habis-habis. kali ni kenapa pulak?" tanya Arifin.

"bukan gaduh la. tp, sort of la. haha. em, semalam dia mesej aku. dia cakap bosan. aku balas yang aku tak bosan. haha. malas la. saje bagi alasan. the fact is, aku tak nak mesej dia tanpa sebab. bukan ade faedah pon. lagi pun, aku dah tak nak jadi orang yang tak adil. Zamri yang ingatkan aku pasal ni," Hisham senyum nipis segaris.

Zamri - seorang lagi sahabat baik Hisham. mereka dah berkawan hampir 7 tahun lamanya. semuanya cerita mereka, dalam poket masing-masing. Arifin pula sahabat yang baru dikenali Hisham di kolej. ukhuwwah mereka baru berumur setahun setengah, namun, ikatannya ibarat tali yang disimpul mati. insyaAllah. Hisham, Arifin dan Zamri, tiga sahabat, 1 kolej, 1 cerita, 

"ape yang adil tak adil pulak ni? Arifin tidak faham.

"kau tau kan aku ade kawan dulu. 'kawan' yang tu, aku memang member gile la dengan dia. aku tak layan dia sebagai perempuan. aku layan dia as a friend. it makes a difference. so, everything tu memang aku cari dia la. tp, itu dulu la. dia memang bestfriend aku. tp, dia tetap perempuan. satu hari tu, aku sedar. Allah ketuk hati aku. makcik hidayah datang beri salam. since that day, aku memang dah tak contact dia dah sampai sekarang except kalau betul-betul penting je. so, sekarang ni aku memang dah takde text perempuan tanpa tujuan except dengan Zura tu jela. itu yang semalam aku cakap dengan dia, tak nak dah mesej tanpa ade tujuan atau perkara penting. aku tekad. itu yang dia marah kat aku kot. haha. lagipun, kalau aku text dia, macam tak adil la kan sebab aku dah tak text dah dengan so-called bestfriend aku tu," terang Hisham sambil tergelak kecil.

*****

---sekarang---

"kau tau kenapa? hah, kenapa? aku makin gemuk?" tanya Hisham bertalu-talu. eksaited nak dengar jawapan sahabatnya.

"sebab Allah nak jaga kau." jawab Arifin pendek.

diam. makanan di sudu disuap ke mulut. cawan dicapai, diteguknya air milo yang dah tak berapa nak panas.

"Ipin, thanks. aku tak tau nak cakap ape dah. speechless," mata Hisham mula berkaca.

"tarbiyyah Allah tu di mana-mana. Alhamdulillah, Allah hantar makcik hidayah dengan pakcik taufiq jumpa kau lebih awal. bayangkan orang yang belum lagi berjumpa dengan makcik hidayah dan pakcik taufiq. macam mana diorang? so, kita patut bersyukur. ape yang Allah dah bagi tu, kita kenelah sampaikan pulak. jaga dengan sebaiknya." Arifin menghulurkan tisu kepada sahabatnya.

"sebab kau jaga diri kau dari ape yang Allah tak suka, so, Allah tolong la kau. sebab tu Dia jaga kau. sweet gile kan Dia? just ingat, ihfazillah, yahfazka. jagalah Allah, Allah akan menjagamu." sambung Arifin lagi lalu bangun meninggalkan Hisham yang masih keharuan.


__________________________

*setelah lama tidak menulis. akhirnya, kembali mengangkat pena. inspired by members. baru je blogwalking, biaselah. lagi-lagi jumpa nama sendiri di blog orang lain dengan cerita yang hampir sama dengan aku. koff koff.. terus, semangat tinggi menjulang. (eh, putar kompas balik) semoga Allah kekalkan dan Allah reda.





Friday, September 21, 2012

hari ini, aku bangun lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ini,
aku bangun lagi,
aku hirup udara segar,
oh, nyaman terasa,
entah sampai bila,
aku akan mampu begini.

hari ini,
aku bangun lagi,
aku lihat,
burung-burung seronok terbang dalam kawanan,
aku dengar,
bunyi cengkerik yang mendayu dialunkan,
aku terasa,
angin pagi menyapa lembut tubuhku.

hari ini, 
aku bangun lagi,
aku lihat,
tubuh saudaraku diratah lagi,
darah berserakan di mana-mana,
rumah-rumah hancur dibedil bom-bom musuh,
aku sedih,
melihatkan realitinya begitu.

hari ini, 
aku bangun lagi,
aku dengar,
rakan-rakan sebayaku dihenyak,
mereka ditangkap,
mereka menangkap,
mereka tertangkap,
semuanya atas kerakusan dan kebodohan mereka sendiri,
aku sedih,
melihatkan realitinya begitu.

hari ini, 
aku bangun lagi,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.
semoga,
esok lusa,
saat saudaraku bangun,
mereka dapat menghirup udara segar seperti aku,
mereka dapat melihat burung-burung riang di awanan,
mereka dapat dapat dengar si cengkerik menyanyi riang,
tiada lagi bunyi tembakan di sana sini,
tiada lagi darah berserakan merata-rata,
tiada lagi masalah kelaparan dan kehausan,
semuanya bahagia di rumah masing-masing.
sama seperti yang aku rasa.

hari ini,
aku bangun lagi,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.
semoga,
esok lusa,
saat rakan-rakan sebayaku bangun,
mereka tidak lagi dihenyak,
mereka tidak lagi ditangkap, menangkap mahupun tertangkap,
mereka juga bangun bersama dengan aku,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.


hari ini,
aku bangun lagi,
entah bila lagi aku akan mampu begini,
bangun setiap hari,
dan mengecapi nikmat ini...



[kredit]

*random. apabila bangun di petang hari. :D


eh, buta ke?

بسم الله الرحمن الرحيم


"eh, buta ke? orang sikit punya besar ni pun kau tak nampak?"
"nak aku korek mata kau bagi besar sikit ke?"
"dah ada 4 mata pun still rabun lagi ke?

begitulah sahabat-sahabat, antara bibit-bibit bicara hamba-hamba Allah yang kadang kala sedar dan kadang kala tidak. matanya ada, tapi seperti tiada.

dialog-dialog berikut mungkin sering kali kita dengar dari corong-corong mulut orang yang berdekatan dengan kita. mungkin mereka silap dan mungkin juga kita yang khilaf. tapi, itulah hakikatnya. ramai orang sekarang yang ada mata, tetapi tidak melihat. seolah-olah mereka buta. 

sebenarnya, banyak lagi perkara yang orang sekarang cuba untuk bergerak ke arah itu.\

dia tidak buta, namun tak melihat.
dia tidak pekak, namun tak mendengar.
dia tidak bisu, namun tak berkata.

dan banyak lagi yang saya rasa para pembaca sekalian boleh menambah sendiri.

tak buta, tapi tak nampak?

[kredit]

pertama-tamanya, kita perlulah jelas mengapa dia tak nampak. mungkin terlepas pandang. tapi, boleh jadi juga buat-buat tak nampak. itulah realiti norma masyarakat sekarang. tapi, perlulah diingat. bukan semuanya, hanya segelintir sahaja. golongan ni ibarat tak nampak. walaupun dikurniakan kesihatan mata yang baik, diet pemakanan yang baik untuk menjaga mata, teknologi yang canggih untuk overcome masalah penglihatan dan berbagai-bagai lagi perkara disajikan kepada masyarakat sekarang hanya untuk membolehkan kita melihat dengan lebih jelas. 

yang dikatakan tidak buta tapi tak melihat itu adalah orang-orang yang tahu tapi buat tak endah. dengan teknologi yang semakin pesat membangun sekarang ni, ambil gambar di Zimbabwe, tak sampai seminit dah boleh dilihat oleh orang-orang yang tinggal di Finland. mudah, pantas dan canggih. namun, apalah gunanya kemudahan yang ada jika tidak disalurkan ke jalan yang sepatutnya? 

marcapada ini, kita disajikan dengan berita-berita pembunuhan saudara-saudara kita di Rohingya, pengejian kekasih kita oleh orang Barat, keterusan penindasan saudara kita di Palestin, Syria dan yang sama waktu dengannya. namun, apakah yang kita lakukan?

adakah kita tidak nampak apa yang berlaku terhadap kekasih kita, saudara-saudara kita, agama kita? 

sahabat-sahabat, buka mata. lihat dengan mata hati.

tak pekak, tapi tak dengar?

[kredit]

ada telinga, tapi ditutup. itulah masyarakat sekarang. akibatnya, yang disampaikan entah ke mana tujunya. 

agak mustahil rasanya untuk seseorang itu tidak mengetahui akan nasib yang menimpa rakyat Palestin, Syria, Rohingya mahupun Malaysia sendiri pada zaman yang serba moden ini. kecualilah orang tu tinggal dalam gua. ehh. walaupun setiap hari kita mendengar media elektronik rancak memaparkan dan memperdengarkan berita-berita sensasi dari negara-negara saudara kita, namun adakah kita cakna dengan informasi tersebut?

"kau dengar berita tak semalam, 10 orang lagi rakyat Palestin syahid dibom Israel laknatullah?"

"aku dengar berita kat radio semalam, 5 remaja ditangkap kerana merogol seorang gadis bawah umur. kau tahu tak?"

rata-rata jawapan yang akan didengar hanyalah berbunyi, "oh, yeke? innalillah.", "seriously? teruk betul budak-budak zaman sekarang ni." dan lain-lain yang sewaktu dengannya.

namun, adakah cukup dengan jawapan-jawapan seperti itu sahaja? masuk kiri, keluar kanan kiri. no effect at all. kenapa? kerana hati tak mahu menerima. telinga tidak mahu mendengar. maka, itulah jadinya. 

bangun sahabat-sahabat! bangkit! mereka perlukan kita!

tak bisu, tapi tak berkata?

err, dalam mulut tu ada emas ke? or ade tape kat mulut tu?

[kredit]
mungkin, faktor norma masyarakat sekarang barangkali yang menjadikan masyarakat semakin menyendiri. tidak bergaul. tapi bercengkerama. eh!

rasanya, tidak ada yang rugi kalau kita menyampaikan apa yang kita tahu. malah, berbaloi-baloi lagi untungnya! jadi, mengapa ingin menjadi bisu jika boleh berbicara? 

saya tidak menafikan bahawa kita diajar untuk tidak menegur orang yang tidak dikenali sejak kecil lagi. namun, bagaimana dengan orang yang sudah kita kenal. dan, kalau tak kenal sekalipun tapi tahu siapa dirinya, adakah itu tetap menjadi suatu kesalahan? adakah ucapan salam itu suatu perkara yang sangat susah untuk dilunaskan? 

suap nasi, tutup mulut. ehh!

begitulah, realiti yang berlaku sekarang. ramai orang yang memilih jalan yang salah.

yang tak pekak menjadi pekak, 
yang tak bisu menjadi bisu, 
yang tak buta menjadi buta, 
yang pandai manjadi kurang pandai, 
yang bijak menjadi kurang bijak.

sahabat-sahabat, bangkitlah! bangun! sampai bila kita mahu memekakkan telinga, membutakan mata, mendiam seribu bahasa dan memperbodohkan diri sendiri?

saudara kita ingin berukhuwwah dengan kita.
saudara kita meminta tolong dengan kita.

jom tolong mereka!
jom berubah!

kita jadi orang yang mendengar, melihat, bercakap, bijak, pandai dll. jom!

*in the middle of stress, helping Him somehow will help us reduce our stress. and  that's why I'm here. 


Thursday, July 12, 2012

untitled #2


sambungan daripada untitled #1...

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Iman terpandang satu kelibat yang tidak asing lagi dalam hidupnya pada suatu masa dulu namun begitu asing buatnya kini. Kelibat ibunya. Tidak semena-mena kakinya ibarat bergerak pantas berlari menjauhkan diri dari ibunya itu. Lantas laju tangannya menarik tangan Zulaifah dan bergegas keluar dari pusat beli-belah itu lalu pulang terus ke rumah. Zulaifah kelihatan terpinga-pinga.

*****
Seusai solat Asar, mereka menyambung dengan membaca Al-Ma’thurat bersama-sama. Itulah rutin mereka setiap hari melainkan jika ada urusan lain. Maklumlah, kedua-duanya sibuk. Iman sibuk di hospital menguruskan pesakit manakala Zulaifah pula sibuk di sekolah menguruskan bakal-bakal pemimpin negara dan agama Islam suatu hari nanti.

            Soalan yang dilontarkan Zulaifah kepada suaminya siang hari tadi ketika di MPH masih lagi tinggal tidak berjawab. Dia tahu bahawa suaminya itu ada masalah dengan ibu bapanya yang juga ibu bapa mertuanya. Dia tahu dan faham benar serta terkadang menyalahkan dirinya sendiri kerana menganggap dialah punca suaminya bertelagah dengan ibu bapa mertuanya. Namun, apakan daya, manusia hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan.

            Malam itu, ketika di meja makan, Zulaifah melontarkan kembali persoalan yang tidak berjawab oleh suaminya siang tadi. Hasratnya untuk membantu suaminya sebagai isteri benar-benar mendorongnya untuk mengetahui akan hal yang terus menghantui suaminya itu.

“Abang, macam mana Zu masak malam ni, sedap tak? Maaflah kalau tak sedap eh. Nanti Zu hire Chef Wan untuk ajar Zu masak, “ Zulaifah memulakan bicaranya pada malam itu.

“Eh, kalau dah namanya Zulaifah binti Hamdan, masakannya tentulah sesedap namanya. Tak payahlah nak hire Chef Wan bagai. Zu pun mantap apa masak. Entah-entah kalah Chef Wan tu,” balas Iman sambil menyuapkan nasi kepada isterinya.

“Ok, kalau macam tu Zu nak upah la sebab dah masak sedap-sedap untuk abang. Boleh tak?”
“Untuk si cantik manis ni apa-apa pun boleh, insya-Allah. Hm, Zu nak apa?”

“Err, betul ni? Janji?” Zulaifah meminta kepastian.

“Puan Zulaifah, anda diberi masa 5 saat lagi untuk meminta sesuatu daripada saya. Tamat 5 saat, tamatlah tawaran saya. 5, 4, 3, 2....sa”

“Stop! Tak aci la kira laju-laju. Itu 5 nombor, bukan 5 saat. Em, Zu tak nak apa-apa dari abang sebenarnya. Cumanya Zu berharap agar abang dapat jadikan Zu sebagai tempat abang curahkan segala apa yang terbuku di hati tu. Zu tak suka tengok suami Zu ni murung je. Kalau boleh Zu nak ceriakan abang selalu. Tapi, masalahnya Zu tak pasti penyebab kemurungan abang. Sebab tu la kalau boleh Zu nak abang ceritakan pada Zu masalah abang sebenarnya. Zu sentiasa ingin berada di samping abang. No matter what the situation is, snowy, storm or what, let us go thru it together,” Zu meluahkan apa yang disimpannya sejak sekian lama. Matanya dilihat berkaca-kaca.

Iman memandang isterinya dengan satu pandangan yang sukar diterjemahkan oleh mana-mana kaum hawa. Zulaifah sendiri keliru sama ada suaminya marah padanya ataupun sebaliknya. Makan malam romantiknya yang bertemankan lampu lilin dan hanya menggunakan satu cawan sahaja untuk minum seperti hari-hari sebelumnya bertukar mood. Mood serius tahap tujuh. Iman hanya memandang sahaja isterinya. Diamnya lama. Mungkin sedang mengarang jawapan untuk diberikan kepada isteri yang disayanginya itu.

Meja makan mereka terus senyap. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran. Seusai makan, Iman kembali membuka bicara.

“Zu, sebenarnya..... 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...