Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Wednesday, December 11, 2013

"Dia datang......"

Bismillah...

Sudah lama benar rasanya jari ini tidak mengetuk-ngetuk papan kekunci ini. 
Janji lepas, ingin kembali mencetak jiwa-jiwa insan dengan penulisan. 
Dan hari ini, cuba mengotakan janji itu. Bi idznillah...

Sebelum itu, maaf atas ketidakrajinan diri ini untuk terus menulis di sini. InsyaAllah, mulai hari ini, saya akan cuba yang terbaik untuk memperuntukkan sedikit masa menulis di sini. Maklumlah, sekarang sudah bergelar pelajar semula. Pelajar perubatan pula tu. So, faham-fahamlah tahap kesibukannya. Lebih-lebih lagi apabila menuntut di bumi Sheikh Maududi ni. (India)

Hah, bagi alasan! 

Ops... Okay, sentap.

Alhamdulillah, sudah hampir 3 bulan saya berada di negara India ni. Pelbagai ragam manusia yang tak pernah dilihat, ditunjukkan di sini. Orang dulu-dulu cakap, 'jauh berjalan, luas permandangan'. Dan benarlah kata mereka, semakin luas pemandangan saya apabila semakin jauh saya berjalan.

Pemandangan.

Ya, pemandangan saya semakin luas. Dalam erti kata lain, semakin terbuka mata saya ini. Kalau dulu, saya mungkin hanya nampak tapi tak melihat. Alhamdulillah, sekarang saya nampak dan melihat.


Subhanallah. Sungguh, pemandangan yang sungguh luar biasa.

Bagaimana boleh nampak tapi tak melihat? 
Bilamana melihat menggunakan mata sahaja. Maka, anda hanya akan nampak.

Dan bagaimana boleh nampak dan melihat?
Bilamana anda melihat menggunakan mata dan hati. :)

Err, sejujurnya. Saya tidak punya apa-apa sangat untuk dibebelkan pada petang ni. Hanya sekadar singgah di sini dan mencoretkan sesuatu. eheh.

Atas sebab itu, biarlah saya menceritakan sebuah kisah kepada anda semua. Cerita ini diadaptasi dari kisah benar. Namun, telah diolah dengan banyaknya. Moga-moga ada iktibar disebalik kisah ini.

********************

Jam menunjukkan hampir 1 tengah hari. Sudah hampir sejam lamanya Amir disimbah terik matahari menunggu kelibat Ikhwan di situ. Pada malam sebelumnya, mereka berjanji untuk makan tengah hari bersama di Restoran Al-Habsi. Namun, sehingga kini kelibat Ikhwan masih tidak kelihatan.

Amir masih sabar menunggu. Dia pasti Ikhwan akan datang. Dia kenal benar dengan Ikhwan. Ikhwan bukanlah seorang yang gemar memungkiri janjinya. 

"Mungkin, Ikhwan ada masalah kot. Tapi, tak kan lah dia tak bagi tahu aku yang dia akan lambat hari ni..." Amir bermonolog sendiri.

Sebenarnya, sudah puas dia menelefon Ikhwan, namun panggilannya ditinggal tidak berjawab. Dalam masa menunggu Ikhwan, Amir mengisi masanya dengan membaca buku yang dibawanya bersama, 'Al-Muntalaq'. Dengan itu, masa yang berlalu tidaklah sia-sia dibawah angin panas. Amir menyambung bacaannya.

Sedar tak sedar, azan Zuhur berkumandang. Amir mengambil keputusan untuk solat terlebih dahulu di Masjid Saidina Ali yang terletak tidak jauh dari Restoran Al-Habsi. Sebelum itu, sempat lagi dia menghantar mesej kepada Ikhwan memberi tahu dia pergi solat terlebih dahulu.

Usai solat, mesejnya masih tidak berbalas. Amir mula tidak sedap hati. Terus, dia ke Restoran Al-Habsi dan memesan makanan untuk 2 orang, dibungkus dan bergerak ke bilik Ikhwan. 

Hampir 10 minit dia berdiri di hadapan pintu bilik Ikhwan. Salam telah diberi berkali-kali. Tangan pula sudah letih mengetuk pintu bilik rakannya itu. Namun, masih tiada balasan. 

Amir hampir-hampir terlupa dia ada memegang kunci pendua bilik Ikhwan. Segera dia kembali ke biliknya yang terletak di blok lain untuk mengambil kunci tersebut. Bungkusan makanan tadi, sengaja ditinggalnya di atas kerusi yg berada di hadapan bilik Ikhwan.

Apabila Amir masuk ke bilik Ikhwan, seraya dia menggelengkan kepalanya melihatkan Ikhwan berbungkus di atas katil.

"Aku tunggu punyalah lama, kau tidur rupanya. Hampas betul la kau ni Ikhwan!" 

Pantas, Amir terus melompat ke atas badan Ikhwan yang gempal itu dengan tujuan mengejutkan rakannya itu. Alangkah terkejutnya Amir apabila Ikhwan tidak bangun. Malah, lebih mengejutkan lagi badan Ikhwan panas!

"Ya Allah! Kau demam panas rupanya Ikhwan!" Amir mula gelabah. Dicubanya lagi untuk mengejutkan Ikhwan, namun usahanya tidak berjaya. Tanpa berlengah, dia terus berlari ke pejabat asrama untuk memaklumkan keadaan Ikhwan. Pihak pengurusan asrama terus sahaja menghubungi ambulan untuk menghantar Ikhwan ke hospital.

Malam itu, Ikhwan masih belum sedarkan diri. Amir semakin risau akan keadaan rakannya itu. Ibu bapa Ikhwan setia berada di wad sejak petang tadi. Ibu bapa Ikhwan mencadangkan supaya Amir pulang ke asrama terlebih dahulu. Biar mereka yang menjaga Ikhwan pada malam itu. Lagipun, Amir ada kelas keesokan harinya.

"Makcik, lusa pun saya ada kelas lagi. Tulat pun sama. Minggu depan pun. Tapi, saya cuma ada Ikhwan Aizat seorang sahaja," Amir membalas apabila ibu Ikhwan mencadangkannya pulang.

Situasi kembali senyap. Terlihat butir-butir jernih keluar dari mata kedua-dua insan tadi.

Ibu Ikhwan terharu akan sikap yang ditunjukkan Amir terhadap anaknya. Manakala Amir bersedih melihatkan rakannya yang terbaring kaku tidak bermaya di atas katil pesakit itu.

Amir sedih dan kecewa terhadap dirinya sendiri. Entah kenapa saat dia masuk ke bilik Ikhwan pada siang tadi, husnudzonnya pada Ikhwan boleh hilang begitu sahaja. Walhal, dia tahu benar akan bagaimana perilaku insan yang bernama Ikhwan Aizat itu. Dia berasa sangat bersalah. Saat ini, yang dia harapkan hanyalah Ikhwan dapat sedarkan diri dan dia dapat memohon maaf kepadanya.

Menjelang tengah malam, kira-kira pukul 11.43 malam, Ikhwan mula sedarkan diri. Nyata, Amir lah yang lebih gembira berbanding ibu bapa Ikhwan sendiri. Lantas, dia melakukan sujud syukur on the spot sebagai rasa gembira dan syukurnya pada Sang Pencipta.

Walaupun telah sedar, Ikhwan tidak berupaya untuk bercakap. Hanya pergerakan-pergerakan lemah yang mampu dia lakukan. Ikhwan cuba berinteraksi dengan Amir, namun Amir tidak dapat memahami apa yang cuba dikatakan oleh Ikhwan. Lantas, disuruhnya Ikhwan berehat sahaja. 

Keesokannya, Amir datang kembali ke wad yang menempatkan Ikhwan setelah pulang sebentar untuk urusan kendiri. Bersama-samanya, dibawa sebuah buku kosong dan pen untuk memudahkan dia berinteraksi dengan Ikhwan.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah Ikhwan walaupun mukanya kelihatan pucat. Ikhwan mula menulis sesuatu dibuku itu. Ayat pertama yang ditulisnya, "Wan sayang ibu dan ayah." Amir sebak apabila membaca tulisan Ikhwan itu. Pada waktu itu, ibu bapa Ikhwan tiada di situ. Mereka berdua pulang ke rumah sebentar selepas dipaksa oleh Amir.

Pagi itu, mereka berdua berbual panjang. Namun, Amir lah yang lebih banyak bercakap. Amir menyingkap kembali zaman mereka berdua baru-baru kenal dahulu. Manakala, Ikhwan hanya sekadar mengangguk, tersenyum dan menulis sedikit sekadar membalas kepada Amir.

Petang itu, Amir meminta diri untuk pulang setelah ibu bapa Ikhwan sampai dan setelah memastikan keadaan Ikhwan semakin baik. Mulut Amir tidak henti-henti melafazkan rasa syukur kepada-Nya. Petang itu, Amir pulang dengan perasaan yang gembira.

Malangnya, kegembiraan Amir tidak lama. Pada malam itu, dia menerima panggilan daripada ibu Ikhwan bahawa keadaan Ikhwan semakin teruk. Tanpa berlengah, terus sahaja Amir bergegas ke hospital. 

Setibanya dia ke hospital, Ikhwan telah pun koma. Sejam kemudian, doktor mengesahkan bahawa otak Ikhwan tidak lagi berfungsi. Ikhwan mengalami brain death. Hidup Ikhwan kini hanya bergantung kepada bantuan mesin sahaja. Amir tahu benar apa yang akan berlaku apabila seseorang itu mengalami brain death. Tidak sanggup benar dia menerima kenyataan itu. Dia tidak sanggup untuk menerima kenyataan bahawa Ikhwan Aizat akan meninggalkannya buat selamanya di dunia ini.

Dalam kesedihan itu, Amir memandang wajah kedua-dua orang ibu bapa Ikhwan. Tergambar ketabahan dan kepasrahan di wajah mereka berdua. Amir begitu kagum akan semangat yang ditunjukkan oleh kedua-dua orang ibu bapa Ikhwan. Amir terus berdoa agar Allah mengurniakan keajaiban kepada Ikhwan. Dalam pada itu, dia terus menerus membisikkan kalimah-kalimah suci ke telinga Ikhwan. Tidak terlepas, nasihat supaya Ikhwan terus mengingati Allah.

Jam menunjukkan hampir 4 pagi. Pada ketika itu, keadaan Ikhwan semakin parah. Dan akhirnya, pada jam 4.27 pagi, Ikhwan disahkan meninggal dunia. Punca kematian Ikhwan ialah jangkitan virus yang telah menyebabkannya mengalami cardio respiratory arrest.

Apabila mendengar berita pengesahan kematian Ikhwan dari mulut doktor yang bertugas pagi itu, Amir berasakan dunia ini gelap seketika. Dia seperti tidak percaya dia telah kehilangan Ikhwan di dunia ini.

Padahal, hari Isnin lepas, mereka baru sahaja bermain futsal bersama-sama.
Kemudian, hari Rabunya, Ikhwan jatuh sakit dan dihantar ke hospital.
Dan hari Khamis, dia telah kehilangan rakan baiknya itu.

Rakan yang telah banyak membantunya berubah.
Rakan yang memperkenalkannya dengan tarbiyyah.
Rakan yang membantunya meninggalkan jahiliyyah.
Rakan yang berjanji untuk sama-sama berjuang untuk ummah.

Dialah Ikhwan Aizat.

Dalam masa beberapa hari sahaja Amir telah kehilangan Ikhwan. Allah lebih sayangkan Ikhwan. 

Amir terus menangis. Dia tidak dapat menahan kesedihan yang terbuku di hatinya.

Baru 3 hari pemergian Ikhwan ke dunia seterusnya, Amir sudah berasa sangat rindu akannya. Lantas, dia mencapai buku yang menjadi 'mulut' Ikhwan ketika dia terlantar di hospital tempoh hari. Itulah pertama kali Amir membaca tulisan-tulisan yg dicoretkan oleh Ikhwan. Sehelai demi sehelai muka surat diselak. 

Sebak. Setiap ayat, setiap patah, setiap gambar yang ditulis mahupun dilakarkan oleh Ikhwan ditatapnya.

"Ibu, ayah, Wan minta maaf."
"Amir, aku sayang kau"
"Amir, doakan aku."
"Ibu, Wan dahaga."

Itulah antara yang dicoretkan oleh Ikhwan. Namun, ayat yang paling menarik perhatian Amir,

"dia datangg..."

Terasa meremang bulu romanya apabila membaca ayat itu walaupun dia tidak pasti siapa 'dia' yang dimaksudkan Ikhwan yang sebenarnya. Memandangkan ayat itu berada di muka surat akhir yang ditulis oleh Ikhwan, dia membuat andaian sendiri bahawa 'dia' itu adalah Malaikat Pencabut Nyawa.

*********************

Sungguh, mati itu boleh datang bila-bila masa sahaja. Sudah tertulis di atas sana akan waktu kematian kita yang tidak akan lambat mahupun cepat walau sesaat sekalipun.

"Setiap yang bernyawa akan merasai mati....."
(3:185)

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasai mati. Kami akan menguji kamu 
dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-
benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan."
(21:35)

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati. Kemudian
hanyalah kepada Kami kamu dikembalikan."
(29:57)

Sungguh, mati itu pasti. Hidup, InsyaAllah. Semoga anda semua dapat ambil sedikit input daripada kisah sebentar tadi.

Sama-samalah kita berdoa agar dimatikan dalam keadaan khusnul khotimah. Amin.

______________________________________

*part yang "dia datang..." tu memang betul. Sumpah seram. Insaf kot. Mati tu boleh datang bila-bila je. Persoalannya, KITA DAH READY UNTUK MATI KE?

*nangis.








Saturday, July 06, 2013

Detik ini.

بسم الله الرحمن الرحيم


Saat saya memulakan entri ini, ya, kurang lebih tinggal 4 jam sahaja lagi. Setelah hampir 2 tahun membanting tulang berkerat-kerat di Banting, kini masanya sudah tiba.

Satu penungguan yang saya kira paling mencemaskan buat semua lepasan pelajar IB sepanjang umur mereka. Begitu juga saya. oh, kita serupa rupanya. eheh.

Saat ini, saya pasti ada rakan-rakan yang sudah pun mematikan semua alat yang boleh digunakan untuk berkomunikasi. Mungkin ada yang sudah pun berselubung di bawah selimut dek ketakutan yang teramat sangat. Mungkin ada yang sudah tersedia di hadapan komputer masing-masing akibat ketidaksabaran mereka. Dan mungkin juga ada yang sudah menggenggam Al-Quran di tangan untuk mengelakkan segala malapetaka buruk yang mungkin berlaku. ohoi.

Tertarik dengan hasil penulisan seorang rakan di blog beliau. Katanya lebih kurang begini (dah di edit ke ayat saya sendiri),

"Elakkan diri daripada melihat atau melakukan aktiviti yang 
melupakan-Nya sebelum keputusan dikeluarkan 
(memang sepatutnya selalu) so that bila dah keluar keputusan tu 
dan tak seperti yang kita harapkan, dalaman kita dah kuat, insyaAllah. 
Takde lah nanti kita buat sesuatu yang diluar jangkaan."

Macam tula lebih kurang. Ni linknya.

Saya tidak boleh tidak untuk tidak bersetuju. Sebabnya, memang betul pun. Sekurang-kurangnya kita dah ada tempat untuk berpaut. (worst case scenario)

Sebenarnya, tidak ada apa yang ingin dibebelkan petang ini. Cumanya, ingin berkongsi ayat cliche dengan sahabat semua. ohoi, cliche...

(2:216) | (2:286)

ohoi, kod-kod sikit. aha.
okay, buat homework sendiri.

Sejak semalam, saya semakin menggila. Membuat kira detik seorang diri. Menghuru-harakan garis masa rakan-rakan. oh, jahatnya saya.

Kepada rakan-rakan sekalian, walau apa pun keputusan kita malam ni, ingatlah, Dia adalah sebaik-baik perancang. Ya, mungkin kita tak dapat apa yang kita mahu, tapi kita dapat apa yang kita perlu.

Percayalah..... ( baca gaya Siti nyanyi. lol )

Saya kira, semua orang telah pun tahu apa yang perlu dibuat dan tak perlu dibuat. Oleh itu, tidak perlulah saya memanjangkan lagi entri ini.

Cumanya, ingin dipesan supaya jangan melupakan jasa guru-guru kita disana. Walau apa pun keputusan kita, berterima kasihlah pada mereka. Berterima kasihlah pada ibu bapa kita. Berterima kasihlah kepada rakan-rakan kita. Dan yang paling penting kepada saya. eheh. Kepada Dia.

Oh, dan lagi satu. Dalam kita menadah tangan memohon yang dipinta, jangan dilupa saudara-saudara kita di Timur Tengah sana. 

All the best semua! Semoga Allah memberikan sebaik-baik kesudahan buat kita semua. Insya-Allah.


cari reda-Nya. kbai.
_______________________________

*tembakkan doa buat saya juga. terima kasih.


Friday, July 05, 2013

Soon, brother... soon... InsyaAllah.

بسم الله الرحمن الرحيم

Aku manusia marhaen sahaja. Aku tak tahu banyak. Jadi, aku mengambil langkah mendiam diri. 

Namun begitu, entri ini tetap ditulis. Bukanlah ingin membuat analisis picisan kerana aku tak tahu banyak, tetapi atas dasar rasa yang ingin berkongsi. Berkongsi kebimbangan, kesedihan dan kerisauan. 

Soon, brother... soon...insyaAllah
Dunia hari ini menyaksikan bahawa seorang Presiden sebuah negara Islam yang diangkat secara sah melalui proses demokrasi digulingkan dengan begitu biadap sekali.

80 tahun. 80 tahun itu tempoh yang cukup lama jika dilihat secara kasar. Tetapi hari ini kita telah disedarkan bahawa 80 tahun yang dikatakan lama itu rupanya hanyalah tempoh singkat yang tidak cukup. 

Aku tidak tahu banyak perihal apa yang berlaku sekarang. Walaupun aku banyak membaca, aku buntu. Sumber yang mana satu harus aku percaya. Akhirnya, aku membuat keputusan untuk berdiam diri. Berdiam diri aku bukanlah kerana ketololanku tidak mahu mengambil tahu perihal ummah. Tetapi, menyisir diri daripada mempalit fitnah.

Cumanya, aku ingin berkongsi rasa yang dirasa. Jika tahun lepas, Jun 2012, dunia Islam bersorak kegembiraan apabila Dr. Muhammad Morsi diangkat menjadi Presiden Mesir. Huffaz pertama yang menjadi Presiden sebuah negara. Ketegasannya bersama Ikhwanul Muslimin menghentam dan mengecam segala tindak tanduk musuh Islam menyebabkan dirinya menjadi sasaran utama oleh musuh-musuh Islam yang bersekongkol dengan syaitan laknatullah.

Sepanjang setahun pentadbirannya, kita dapat lihat pintu Rafah yang merupakan satu-satunya, ya, SATU-SATUNYA pintu yang menghubungkan Palestin dan dunia luar dibuka. Kini, tidak pun sampai seminggu Morsi digulingkan, desas desus penutupan pintu Rafah ini telah tersebar luas. Adakah kita masih mahu tidur?

Dunia juga menjadi saksi akan ketegasan Morsi mengkritik keras Syria pimpinan Bashar Assad yang wewenangnya membunuh dan menyiksa umat Islam di sana. Tegas, dia menutup kedutaan Syria di Mesir. Tegas, dia tidak mahu berurusan dengan Bashar Assad. Kini, dia telah dijatuhkan. Siapa lagi mahu diharapkan membela ummah yang semakin dihimpit. Pemimpin dunia Islam lain ibarat ditutup matanya, dizip mulutnya, dipekakkan telinga. Hanya tinggal si Erdogan sahajalah yang tinggal. Raccep Tayyip Erdogan, satu-satunya pemimpin negara Islam yang lantang mengkritik penggulingan Morsi. Pemimpin Islam lain, di mana?

Jun tahun lepas. Setahun berlalu. Jun 2013 telah pun berlalu pergi. Munculnya Julai 2013 membawa cerita yang begitu mendukacitakan buat seluruh umat Islam, sepatutnya. Tetapi, tidak seperti yang diharapkan. Anak-anak muda masih lagi hanyut. Hedonisme, sekularisme, liberalisme masih menguasai diri. Kini, Syiah pula datang menyerang. 

Disaat saudara mara kita di tempat lain berjuang atas kalimah ALLAH nan Esa, kita, ya, termasuk aku masih lagi sibuk dengan dunia sendiri.

Masih lagi sibuk dengan pasaran perpindahan pemain bola yang diminati.

Masih lagi sibuk dengan sekumpulan pemuda Korea yang berlari sana sini.

Masih lagi sibuk dengan.........

Sudah-sudahlah...

Wahai sahabat, wahai diri, sudah-sudahlah...

"Umat Islam itu seperti satu badan"

Tangan kita sedang sakit di Mesir. Kaki kita luka di Syria. Anggota lain sedang sakit di Palestin, Myanmar, Iraq dan termasuklah di Malaysia sendiri. Bagaimana mungkin kita boleh tidur enak bertilamkan mimpi indah, makan sekenyangnya bak tiada apa yang berlaku, sedangkan anggota badan kita yang lain sakit. Jika kita mampu berbuat demikian, sedarlah, ada perkara yang tidak kena dengan kita. Ada benda yang tak kena dengan aku.

Kepada para du'at diluar sana, peristiwa ini mengingatkan kita semua bahawa kita harus terus bekerja. Bekerja dengan phase yang lebih laju. Dunia memerlukan kita. Ummat memerlukan kita. Kita memerlukan Allah, itu jangan dilupa.

Penggulingan Morsi memberi tahu kepada kita bahawa 80 tahun masih belum cukup. Malah, Kerajaan sahaja yang Islam dalam sebuah negara juga tidak cukup. Kita memerlukan Daulah Islam.

Untuk itu, pembangunan dari bawah yang paling diperlukan sekarang. Individu muslim. Perlulah dikejutkan ikhwah dan akhowat yang sibuk hendak mendaki tangga kedua itu bahawa tangga pertamanya belum kukuh lagi. Aku perlu dikejutkan.

Kepada seluruh rakyat Mesir yang haknya dinafikan, bersabarlah. Tiada yang berlaku untuk sia-sia. Pasti Allah akan menggantikan sesuatu yang lebih baik.

Kepada Dr. Muhammag Morsi, teruskan berjuang. Kau berada dijalan yang betul. Seluruh dunia Islam bersamamu. Aku bersamamu. Teruslah mara... Morsi.

Tidak lama lagi, ikhwah, tidak lama lagi, insyaAllah.

Soon, brother... soon... InsyaAllah....

___________________________

*Hati tidak tenang ingin menulis cerita yang telah dimulakan mengingatkan saudara-saudara yang berada di sana. Keputusan exam yang dijangka keluar esok juga tidak mampu menggugah jiwa. Morsi, aku bersamamu. Islam bersamamu...




Thursday, June 27, 2013

Akh, ana sedia dipimpin anta. #2

بسم الله الرحمن الرحيم

Zubir tenggelam dalam bacaannya. Agak lama dia beku dalam posisi silanya itu menghayati ayat-ayat cinta daripada-Nya. Bacaannya melintas di sepotong ayat yang membuatkannya berhenti dan berfikir,

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan dan berkata: 'Sesungguhnya aku termasuk golongan muslim (yang berserah diri)!" 
(Fussilat 41:33)

Zubir termenung seketika. Al-Quran berserta terjemahan keluaran Al Hidayah House of Quran di tangannya itu ditutup dan diletakkan semula ke tempat asal. Zubir mencapai pula telefon pintarnya. Dibuka kembali peti masuknya, mesej kedua dipilih. Dibacanya sekali lagi, kemudian jarinya ligat mencari isyarat reply. Jarinya menari lagi. Kali ini, tariannya tidak kemas. Kerap terhenti. Seusai menari, nafasnya ditarik panjang dan dalam-dalam. Selang beberapa saat, satu notification terpapar di skrin telefonnya. 'Message delivered'.

"Assalamualaikum. Sila berikan ana masa. Izinkan ana beristikharah dulu. Ana tak yakin lagi mampu memimpin."

*****

Seminggu telah berlalu. Dalam seminggu itulah, Zubir bangun setiap pagi seawal jam 4 untuk meminta petunjuk daripada-Nya. Bukan 2 3 hari, tetapi setiap hari. Jawapan atau petunjuk yang diterimanya tetap sama. Jadi, Zubir membuat keputusan untuk memanjangkan hal itu kepada kedua-dua orang ibu bapanya.

Pada mulanya, Zubir membuat keputusan untuk membincangkan hal itu ketika makan malam, tetapi ditangguhkan dahulu hasrat hatinya itu apabila melihatkan ibu bapanya sedang gembira melayani kerenah kedua-dua orang adiknya yang baru sahaja bermula cuti persekolahan mereka. Zubir tidak mahu mengganggu kegembiraan mereka semua ketika itu. Dia pasti bahawa hal yang ingin diusulkan kepada kedua-dua orang ibu bapanya itu akan merunsingkan mereka.

Malam itu, rumah yang sering sunyi itu menjadi hidup semula. Keriangan jelas terpancar di wajah ahli-ahli rumah itu. Yang paling jelas sekali sudah pasti ibu Zubir. Jika setiap hari, dia hanya keseorangan di rumah itu, hanya berteman apabila suaminya pulang pada lewat petang, malam itu dia bersama dengan anak-anak yang dirinduinya.

Mungkin keletihan menaiki bas pulang ke rumah petang tadi, kedua-dua orang adik Zubir telah pun nyenyak diulit mimpi. Kesempatan itu segera diambil oleh Zubir untuk menyatakan hasrat yang terbuku dihatinya kepada kedua-dua ibu bapanya itu. Segera didekati orang tuanya itu.

"Ayah, Ibu, Zub ada perkara yang hendak dibincangkan dengan Ayah dan Ibu. Harapnya Ayah dan Ibu tidak terkejut dan dapat memberikan keputusan yang terbaik buat Zub." Zubir memulakan bicara terus menghulurkan telefon pintar miliknya itu. Kelihatan berkerut muka ibu bapanya apabila membaca tulisan yang terpapar di telefon pintar itu.

*****

"Assalamualaikum. Kaifa haluk sheikh? Anta kat mana sekarang? Boleh kita jumpa? Ana rasa ana dah ready dah ni." Tidak lama kemudian, satu notifikasi muncul di skrin, "Message delivered.

Selepas menghantar mesej tersebut, jari Zubir menari lagi di skrin sesentuh telefon pintarnya itu mencari profil Akh Khairi untuk memaklumkan bahawa dia akan menyelesaikan hal yang membelenggu fikirannya pada hari itu.

Tengah hari itu, Zubir berjumpa dengan Ashraf di kedai makan berhampiran dengan Masjid Al-Qaf seusai solat zuhur berjemaah.

"Ashraf, ana rasa dah ready lah ni." Zubir memulakan bicara sambil menyuapkan sudu ditangannya ke mulut.

"Eh, anta jangan main-main. Benda ni bukannya boleh main rasa-rasa macam masak makanan. Tak boleh cuba-cuba. Anta betul-betul dah ready ke ni?" Ashraf membalas. Dia cuba mendapatkan kepastian daripada sahabatnya itu. Dia ingin memastikan bahawa Zubir memang benar-benar faham dan sedia untuk menempuhi segala cabaran yang mendatang dengan tindakan yang ingin diambilnya itu.

Kata-kata Ashraf itu tadi membuatkan Zubir termenung panjang. Satu keluhan berat dihembuskan. "Ana faham, benda ni bukanlah perkara kecil. Ana dah buat solat istikharah banyak kali dah. Dan jawapan yang ana dapat sama je. Lagipun, ana dah bincang dengan parents ana. Mereka pun tak menghalang."

"Kalau macam tu, baiklah. Ana percaya dengan anta. Kita pun bukannya baru berkawan. Bertahun lamanya. Sejak dari sekolah menengah dulu lagi. Jadi, ana harap anta akan tetap jadi diri anta dan bertambah hebat dari hari ke hari. Dan yang paling penting, dapat didik dan pimpin dia dengan sebaiknya." Ashraf memberikan nasihat kepada rakannya itu sejurus mencapai air teh ais di sisinya.

"Insya-Allah akhi. Ana akan cuba sebaiknya. Doakanlah yang terbaik." 
Zubir menjawab pendek. Kemudian menghabiskan makanan dipinggannya yang masih tinggal sedikit itu.

"So, bila nak datang rumah ni?"



*****

gambar tiada kena mengena dengan entry. hanya sekadar peringatan. :p



___________________________________________

*Setelah lama tidak menulis, akhirnya kembali lagi. Fokus utama ingin menghabiskan dahulu cerita ini memandangkan cerita ini pendek sahaja. Kemudian barulah cerita Aiman disambung kembali. Sebenarnya ingin menamatkan terus cerita ini di sini. Tetapi, terfikir untuk menambah lagi satu episod pula tiba-tiba. Insya-Allah, coming soon.



Friday, May 31, 2013

Akhi...

bismillah...


"Dua tahun kita kat sini, dengan kuasa Dia, aku berubah. Dan masih dalam proses perubahan lagi. Aku tau, kau pun sama. Aku sekarang, bukan aku yang dulu. Dan aku yakin, kau pun sama."

"Bro...."

"Aku yakin, hubungan kita sekarang bukan sekadar hubungan persahabatan semata, tapi kerana Dia."

"Err..."

"Uhibbuka fillah, akhi.."

*nangis........

______________

ps: sekadar coretan pendek. mengimbau hari lalu. sedang melaju dan bakal meletop sedikit masa lagi, insya-Allah.



Sunday, March 24, 2013

Akh, ana sedia dipimpin anta. #1

بسم الله الرحمن الرحيم

September 2008.

Ahad. Pagi itu, Zubir bangun dalam keadaan tergesa-gesa. Apabila membuka mata pagi itu dan melihat jam di tangannya sekilas, dia kaget. Jam berjenama Casio pemberian ibunya sempena ulang tahun hari lahirnya yang ke 20 dua tahun lepas masih lagi kemas ditangan. Dengan pantas, dia membogelkan tangannya dan bangkit ke tandas untuk bersiap menghadap kekasihnya. Sebelum itu, sempat digugah rakannya yang lain kerana janji temunya pagi itu, bukan melibatkan dia seorang, tetapi semua orang yang menjadikan Allah itu tuhannya, Muhammad itu nabinya, Islam itu agamanya dan reda Allah itu matlamatnya.

Mungkin kepenatan berjalan seharian semalam, ditambah lagi dengan tidur lewat jam 3, membuatkan Zubir terlewat dengan janji temunya. Seusai subuh dan berma'thurat, Zubir mengira-ngira perancangannya untuk hari itu. Semuanya dilakukan secara imaginasi. Tiada hitam putih.

Selepas melipat kembali sejadah yang digunakan tadi, Zubir melangkah ke katilnya dan mencapai telefon pintar miliknya. "Eh, ada 2 mesej. Oh, Akh Khairi. Lagi sorang...... eh, dia?"  Zubir terpaku seketika. Sudah agak lama nama itu tidak muncul di skrin telefonnya. Tetapi, yang Akh Khairi itu selalu la. Hampir setiap hari. Nama kedua itu, sudah berbelas-belas bulan tidak muncul. Nama itu asing baginya.

Zubir membaca mesejnya terlebih dahulu dek lonjakan hati yang terlebih ingin tahu. Zubir tergamam lagi. Mesej itu cukup pendek, hanya 1 ayat sahaja tetapi cukup untuk Zubir berasa risau, tak tentu arah, pelik dan sebagainya lagi. 

Zubir membiarkan dahulu mesej tadi walaupun dibenaknya ligat berfikir jauh menerawang ke ruang angkasa depan. Dia membuka pula mesej Akh Khairi, "Assalamualaikum Zubir, kaifa haluk? Mutabaah pagi ni macam mana? hihi. :p" Zubir tertawa kecil. Comel.

Zubir terlupa seketika fasal mesej pertama yang dibacanya pagi itu. Jarinya pantas menari di skrin sesentuhnya secara berirama, membalas mesej murabbinya, Akh Khairi. "Alhamdulillah, sempat tunaikan yang wajib dan wajibat walaupun lambat sikit. Akh, ana ada benda nak cerita ni....."

Selang beberapa minit, telefon pintar Zubir mendendangkan lagu Sebiru Hari Ini menandakan ada orang yang sedang memanggil. Tertera nama Akh Khairi di skrin telefonnya itu. Tanpa teragak-agak, di bawanya ikon gagang telefon yang berwarna hijau di skrinnya itu dari tempat asalnya. Zubir menjeling jam di tangannya sekilas, 7.15 pagi.

*****

Jam telah menginjak ke pukul 8. hampir satu jam mereka berdua di telefon.

"Jadi, apa pendapat akhi? Ana tak rasa ana dah ready. Belajar pun tak habis lagi. Jalan pun masih merangkak....inikan pula ingin memimpin...." satu keluhan berat kedengaran.

"Ana rasa, anta dah cukup ready dah ni. Takpelah, anta bincang dengan parents anta dulu. Ana tau, anta sedang sibuk sekarang. Risau kalau-kalau parents anta tak benarkan, dah hilangkan reda ibu bapa kat situ. Dan jangan lupa, tanya pendapat Dia. Minta petunjuk dan buat istikharah. Kemudian, tunggu jela macam mana nanti. Tapikan, ana rasa anta dah cukup ready dah ni. Seriously." Akh Khairi memberikan buah fikiran dan nasihat kepada mutarabbinya itu.

Selang beberapa minit, Samsung Galaxy miliknya itu dicampak semula ke atas katil. Zubir kembali keseorangan. Kemudian, dia berbaring menghadap siling biliknya. Kepala ligat menghadam butir-butir perbualan dengan murabbinya sebentar tadi.

Tangannya mencapai kembali telefon pintarnya itu. Dibaca kembali mesej yang pertama, "Akh, ana sedia dipimpin anta......"

Zubir berserabut kembali. Bingkas dia bangun dan mencapai 'supplement'nya, Al-Quran.

gambar tiada kena mengena dengan entry. hanya sekadar peringatan. :p

Episod 2
_________________________

disklaimer: cerita ini sangat random dan tiada kena mengena dengan sesiapa. 

*short story je. tunggu episod kedua yang juga yang terakhir nanti. kbai. :p




Monday, February 25, 2013

mintak mak, kuih sepotong!

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti lagu raya sudah gamaknya tajuk di atas. Bertenang. Kalendar saya di telefon mudah alih ini masih berfungsi. Saya tahu sekarang baru sahaja Rabiul Akhir. Beberapa bulan lagi sebelum Ramadan menjelang, apatah lagi Syawal menjengah. Jadi, jangan risau. Ini bukan entri tentang hari raya. *senyum.

ohoi, terliur mak jemah... [kredit]
Agak-agak, pernah tak kita minta dengan seseorang sesuatu dengan bersungguh-sungguh, tapi akhirnya kita tak terima pun 'benda' tu bila orang tu bagi pada kita?

Contohnya, masa kita kecil-kecil dulu, menangis-nangis minta ibu bapa belikan patung Otromen, Sailormoon, Doraemon, Power Rangers ataupun yang seumpama dengannya untuk kita. Tapi, bila kita dah dapat benda-benda tu semua, apa yang kita buat dengan benda-benda tu? Adakah kita terima dan simpan dengan baik ataupun kita ambil dan membuangnya entah ke mana?

Contoh lain, kita minta mak kita kuih sepotong masa hari raya ataupun ada kenduri di rumah. Tapi, kemudiannya kita tak makan pun kuih tu, malah kita buangnya merata-rata. Pernah tak?
(Saja nak relate dengan tajuk. hihihi. *gelak sumbang)

Ataupun, pernah tak orang beriya-riya nak pinjam barang kita, merayu penuh kesungguhan dan tawaduk, tapi akhirnya barang kita itu dilempar ke tepi je bila kita dah bagi pada mereka. Pernah?

Inilah contoh situasi ataupun analogi yang saya nak bincangkan hari ini. Kita mungkin pernah melakukan perkara sedemikian dalam keadaan tidak sedar dan mungkin dalam konteks yang berlainan. Bukanlah meminta patung Otromen sebagainya, bukanlah meminta kuih sepotong dan bukan juga hendak meminjam barang kawan kita.

Okay, cuba kita lihat semula situasi-situasi tadi. Patut ke tadi kita buang je patung Otromen yang mak ayah kita dah belikan untuk kita sebab kita menangis 6 hari 6 malam tak nak berhenti? Patut ke? Tak patut. Tak patut.

Patut ke buang kuih tu even sepotong je pun? Yang ni pun tak patut. Tak patut. Membazir bak hang! Rakyat Somalia berebut-berebut nak ambil kuih sepotong tu tau tak? *pang

Sekali lagi, patut ke orang yang pinjam barang kita tu lempar kat tepi je bila kita dah bagi? Ini lagi lah tak patut. Barang kita kot!

Saya kira, hampir semua daripada anda akan bersetuju dengan saya, (siapa tak setuju kena setuju jugak. *gelak keji). Perlakuan mereka semua memang tidak patut. Mereka semua perlu dibom! Eh! Err...bertenang-bertenang.

Baiklah, dalam ketidaksetujuan kita dengan mereka, tanpa kita sedar, mungkin kita pun pernah menjadi sebahagian daripada mereka, ataupun sedang menjadi sebahagian daripada mereka.

Cuba bayangkan, kita berada di tempat ibu bapa kita tadi, di tempat mak kita tadi, di tempat kawan kita tadi. Agak-agak, apa reaksi kita jika kita diperlakukan sedemikian rupa? Rasa-rasanya, kalau lautan tak terbelah dua pun, sekurang-kurangnya akan timbul satu jerawat kecil dimuka menahan kemarahan. eh.

Begitulah, sifat kita. Manusia.

Tetapi, sedar atau tidak, Allah tidak pernah marah kepada kita jika kita berbuat sebegitu kepada-Nya. Dia tetap terus memberi, memberi dan memberi. Namun, apa yang kita balas? *sweat gland activated

Sering kali saya dengar, orang mengeluh kerana keadaan semasanya. Kita perlu ingat bahawa, situasi baik atau buruk yang sedang kita alami sekarang berpunca daripada keputusan yang kita ambil pada masa lalu.

Sebagai contoh. Kita terlalu banyak kerja di pejabat sehingga membuatkan kita kurang tidur, tak cukup makan, tak cukup rehat, stress, dan ditambah pula dengan ulah rakan sekerja yang tidak membantu langsung. Lalu, kita mengeluh dengan keadaan itu. Setelah puas berdoa siang dan malam, pagi dan petang, kita berasakan bahawa pertolongan Allah itu tidak sampai-sampai.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh mala petaka dan kesengsaraan serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah rasul dan orang-orang beriman bersamanya: 'Bilakah datangnya pertolongan Allah?' Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat."
(Al-Baqarah, 2:214)

Sesungguhnya, pertolongan Allah itu sangat dekat. Tidak percayakah kita pada janji-Nya?

Cuba kita renungkan kembali mengapa kita masih berada di tempat yang sama. Mungkin, sebelum ini kita pernah tidak percaya akan janji-Nya.

Bagaimana?

Mungkin sebelum ini kita pernah bermunajat kepada-Nya, meminta petunjuk yang terbaik daripada-Nya. Namun, setelah Dia berikan panduan, kita tidak ikut pun. Lalu, apabila kita mengalami masalah di hari muka, kita hendak menyalahkan-Nya kerana tidak membantu kita, wajarkah?

Kita tertekan di tempat kerja kita sekarang, mungkin kerana kita tidak ikut panduan yang diberikan oleh-Nya suatu ketika dahulu. Kata-Nya, kita tidak sesuai berkerja di situ, kita sanggah kata kita sesuai. Semuanya sebab nafsu semata. Gaji lumayan. Hidup senang. Tetapi, lihatlah hasilnya, panas tidak sampai ke petang pun, hujan dah tujun dengan lebat.

Situasi inilah yang saya analogikan dengan kita minta patung Otromen dan sepotong kuih semua tu tadi.

Kita dah minta, kemudian bila diberi, kita buang. Apabila kaki kita terluka terpijak patung Otromen yang kita sepahkan tadi, kita salahkan ibu bapa kita yang belikan kita. Apabila rumah kita bersemut kerana kuih sepotong yang kita buang tadi, kita salahkan mak kita memberinya pada kita.

Wajarkah?

Sahabat-sahabat, percayalah dengan-Nya. Tidak mungkin Dia mahu menganiaya hamba-hamba-Nya. Kita ni yang sebenarnya menganiaya diri kita sendiri.

Apabila sudah beristikharah, yakinlah dengan petunjuk yang diberikan-Nya. Sesungguhnya, itulah yang terbaik untuk kita. 

".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al-Baqarah, 2:216)

Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. Trust HIM!

p/s: dah minta kuih sepotong tu, jangan buang pula. Makan! :D

__________________________________

*tiba-tiba rasa ingin menulis petang ini. bahana malam tadi mungkin.





Saturday, February 23, 2013

bunga bukan sekuntum.

بسم الله الرحمن الرحيم

woah, sabar sabar... 
Saya tahu tajuk tu agak sensitif kepada sesetengah pihak. Jangan risau, ini bukan entri cinta sesama manusia yang berlainan jantina. Bukan. Kalau nak tahu, sila gagahkan diri anda untuk terus scroll ke bawah dan membaca dengan sabar. Mungkin ada yang kecewa kerana entri ini tidak berkisar seperti yang diharapkan. *senyum

Tapi, memang betullah kan, bunga bukan sekuntum? Eh! *gelak keji

cantik kan bunga ni? siap ada kumbang sekali. eh! [kredit]

Sebenarnya, saya terpanggil untuk menulis entri ini sejak beberapa hari yang lepas. Tetapi, memandangkan situasi yang kurang berpihak kepada saya, terpaksa saya tangguhkan sebentar hasrat di hati.

Bunga. Saya pasti hampir 100% peratus makhluk yang berjantina perempuan di luar atau pun di dalam sana (err, dalam mana?) sukakan bunga. Kalau yang tak suka tu pon peratusnya sangat sedikit. Sesikit peratus lelaki yang menyukai bunga. Err, saya minat bunga jugak. Kira saya ni mat bunga ke? Takde masalah kan? Okay, abaikan.

Senario yang saya lihat hari ini, masing-masing cuba berlumba antara satu sama lain untuk mengejar bunga yang sudah pon dipetik orang lain. Mengapa tidak dibiarkan sahaja bunga yang sudah dipetik Encik X itu terus 'diuruskan' oleh Encik X? Adakah kerana kita berasa bahawa kita ini lebih baik daripada Encik X itu? Itulah persoalan yang saya ingin lontarkan. *betulkan specs, tarik nafas, hembus.

Siapa kita untuk tentukan level of 'kebaikan' diri kita dengan orang lain? 
Siapa kita untuk tentukan level of 'kepandaian' diri kita dengan orang lain?
Siapa kita untuk tentukan level of 'kealiman' diri kita dengan orang lain?
Siapa kita untuk tentukan level of '_________' diri kita dengan orang lain? - fill in the blank by yourself.

Ya, siapa kita?
Kalau nak diikutkan, banyak lagi bunga diluar sana belum dipetik orang dan terus-terusan di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Ada yang digoncang dengan ribut dan taufan sehingga kadang-kadang kelopak mereka tercabut dan tercedera. Maka, tugas kitalah untuk memetiknya dan merawatnya agar tidak dihentam angin kuat sekali lagi. Ataupun, melatih mereka agar dapat berhadapan dengan angin kencang seorang diri. 

Apa, bunga itu tidak berkenan di hati? Ohoi, garis panduan apa yang anda letak untuk membolehkan bunga itu dipetik anda? Takkan lah nak petik bunga yang cantik, wangi dan gemuk je? Bunga yang tak cantik, tak wangi dan tak gemuk pula siapa nak petik? hah, niat ke mana tu?

Anda, tugas memetik dan melatih bunga itu bukan tugas saya seorang. Bukan juga tugas anda seorang. Tetapi, tugas kita bersama.

Err, mungkin anda yang sedang membaca ini agak kurang faham maksud sebenar saya. Mungkin ada yang masih fikir, "ini entri lelaki mencari perempuan."

Sahabat-sahabat, biar saya jelaskan semula, ini bukan entri tentang lelaki dan perempuan! Bukan! Ini entri murabbi (pembimbing) mencari mutarobbi (orang yang dibimbing). Dai'e (pendakwah) mencari mad'u (orang yang didakwah). Bapak ikan mencari anak ikan. Eh! 

takkan nak pancing ikan besar je? :p [kredit]

Sering kali saya lihat orang berebut-rebut untuk mendapatkan mad'u. Bagi saya, itu tidak salah. Malah, adalah sangat baik untuk perkembangan Islam itu sendiri. Tetapi, yang menjadi masalah apabila dai'e itu sendiri meletakkan garis panduan mereka dalam pemilihan mad'u mereka. 

Mad'u mereka mestilah budak surau.
Mad'u mereka mestilah budak sekolah agama.
Mad'u mereka mestilah hensem. eh.
Mad'u mereka mestilah mandi pagi. lol.

Benar, dalam berdakwah juga ada caranya. Tidak boleh hentam kromo. Tetapi, meletakkan syarat untuk menjadi mad'u bukan caranya.

Berbalik kepada isu bunga dan ikan sebentar tadi. 

Bagaimana dengan bunga yang tidak cantik dan tidak wangi? Siapa yang ingin memetiknya? Kalau kita petik, boleh je kita solek bunga tu bagi lawa, boleh je kita sembur Hugo Boss bagi wangi. Boleh je kan? 

Bagaimana dengan ikan yang kecil dan tidak gemuk? Siapa yang ingin memancingnya? Kalau kita pancing, boleh je kita bagi makan banyak-banyak sampai gemuk, boleh je kita jaga ikan tu sampai besar. Boleh je kan?

Begitu juga dengan pemilihan mad'u.

Bagaimana dengan mad'u yang tak datang ke surau? Bagaimana dengan mad'u yang bukan berlatarbelakangkan sekolah agama? Bagaimana?

Isu yang ingin saya sampaikan di sini ialah, seorang dai'e itu tidak harus meletakkan garis panduan yang khusus dalam memilih mad'u mereka. Cukuplah sekadar dai'e itu kenal dengan mad'u. Tapi, kalau tak kenal pon, boleh je berkenalan kan? *senyum

Namun begitu, isu utama yang ingin saya sampaikan bukanlah isu tersebut. Tetapi, isu berebut mad'u.

Sahabat, berlainan fikrah dan berlainan jemaah, bukanlah satu tiket untuk membolehkan kita bersaing dalam sesuatu perkara. Ia bukan tiket untuk kita berebut mad'u. 

Mengapa masih inginkan mad'u yang sudah 'dijaga' oleh Puan K ataupun kumpulan P sedangkan masih ramai lagi orang yang perlukan bimbingan di luar sana? 

Kita perlu ingat bahawa Puan K juga membawa Islam. Cuma jenamanya sahaja berlainan dari jenama kita. Kita yang kita claim sebagai dai'e (uhuk..) ini juga membawa Islam. Jadi, kalau ikut logik matematiknya, dua-dua membawa Islam.

Masih perlu bersaingkah? Kita bersaing untuk apa? Mengejar mardhatillah sehingga menyebabkan orang lain tidak dapat gapai bersama?

Apabila kita lihat Cik Puan D daripada kumpulan Y ataupun daripada kumpulan yang sama dengan kita sudah mula membawa halaqah (bulatan kecil), walaupun kita tahu yang Cik Puan D masih merangkak dalam dunia penuh pancaroba (baca: dunia dakwah), itu bukanlah tiket atau kesempatan bagi kita untuk mengambil alih tugasnya mentarbiyyah mad'u-mad'unya. 

Kita sepatutnya memberikannya tunjuk ajar dan membantunya kerana tujuan kita basically adalah sama. Menegakkan kembali Islam di bumi ini.

"Tapikan Mr. M, mad'u yang Cik Puan D tu bawa logam kot. Baik bagi saya je yang tarbiyahkan. Rugilah kalau logam tu tak diasah dengan baik."

ohoi, bagi pelempang nak? 

Takabbur sungguh anda. Cuba cermin diri dulu sebelum cakap. Ada ke dalam al-Quran tu Allah berfirman bahawa anda lebih baik dari Cik Puan D? Ada? Takde kan? Dah tu, pasti ke yang anda itu lebih baik dari Cik Puan D?

Lagi satu, mengapa direbutkan sangat logam tu? Setiap orang adalah logam. Jadi, mengapa tidak menggilap logam yang malap daripada mengambil logam yang sudah tersedia bersinar? Bukankah itu lebih bagus?

Perkara ini adalah sangat penting untuk setiap dai'e ambil berat kerana mereka mungkin akan merencatkan usaha seseorang yang cuba mengejar mardhatillah bersama-sama.

Situasinya senang. Anggap sahaja Cik Puan D seorang yang mudah patah semangat. Sedang seronok Cik Puan D membawa bulatan gembiranya, tiba-tiba seorang dua mad'unya disambar Puan Besar T dan Mak Cik H. Lalu, Cik Puan D berasa bahawa dirinya sangat tidak layak untuk menguruskan sebuah bulatan gembira dan berhenti mentarbiyyah manusia.

Mungkin, kita terlepas pandang perkara ini. Mungkin. Jadi, kita sebagai seorang dai'e (insya-Allah) di muka bumi Allah ini perlu saling mengingatkan antara satu sama lain. Kita bukan sempurna. Namun, sifat tidak sempurna kita itu bukanlah menjadi alasan untuk kita terus melakukan kesalahan. 

Jika kita menyalahkan sifat ketidaksempurnaaan kita apabila kita berbuat salah, tidakkah itu seperti kita menyalahkan Allah mencipta kita dalam keaadaan yang tidak sempurna?

Ambil cermin, koreksi diri.

Akhir sekali, peringatan ulangan. 
Janganlah meletakkan kayu ukur dalam memilih mad'u dan elok rasanya memetik bunga yang belum dipetik orang.

Bunga bukan sekuntum.

__________________________________________

*Harapnya anda sebagai pembaca dapat grasp apa yang saya cuba sampaikan. Plotnya mungkin agak all over the place. Maaf. Dah pukul 3 pagi. hihi. Sila tegur kalau ada yang tersilap. Adios~




Sunday, February 17, 2013

short

بسم الله الرحمن الرحيم

Coretan pendek semata. Sekadar melepaskan apa yang terbuku di jiwa. Sakit. Pedih. Resah. Gelisah. Rasa bercampur-baur. Runsing. Serabut.



Saat ini, aku masih di sini. Kejap lagi, masih tidak pasti.

Aku berusaha pada sesuatu yang belum pasti. Namun, usaha pada sesuatu yang pasti ditolak tepi.

Kau menyanyi riang tanpa masalah. Mereka termasuk aku menangis hebat, ada kau kisah?

Kau tertawa bangga dengan langkahmu. Bisik orang perihalmu, ada kau dengari?

Sakit hati. Pedih. Resah tak tentu hala. Gelisah pada masalah diri. Sedih dengan nafas yang semakin menghimpit diri. Gembira atas bahagia orang yang disayangi. Hidup dengan harapan yang menyala tinggi.

Masa yang ada, apa yang kita buat? Kalau tiada masa lagi, nak mengeluh?

Bangun. Bangkit. Berdiri. Berlari.

Kejar sesuatu yang perlu. Tinggal beban menyibuk di belakang.

Tarik tali bersama. Tali ukhuwwah.

Capai hajat bersama.

________________________________

*Maaf, bebelan tak tentu hala. Kacau. Facebook dan Twitter telah dinyahaktifkan. Jiwa sakit menyesakkan dada. Sekadar ingin melepaskannya.

Friday, February 08, 2013

Mungkin...


Mungkin,
Bukan takdir kita untuk bersama-sama...

Mungkin jua,
Bukan takdir kita untuk terus bersua...

Dan,
Mungkin jua...
Suara ini, gurindam jiwa...

Tapi mungkin!
Semuanya kekal bersama.
Kenangan ini,
Kasih ini,
Kejayaan ini.

_________________________________

*entri kali ini saya tujukan kepada rakan-rakan saya especially batch saya di kolej, univic. mungkin agak awal lagi. tetapi, ajal maut itu di tangan Dia. kita tak tau apa yg menunggu di hadapan. so, all the best for the upcoming exam. may He ease everything for us.

*anyway, ini bukanlah ciptaan saya. org lain ciptakan utk saya. cuma ingin berkongsi dgn anda semua.



Wednesday, January 30, 2013

Aiman #8

بسم الله الرحمن الرحيم




“Ziqri, petang tadi aku dah call abi aku, dia cakap jadi nak ke Sabah next week. Aku tak nak ikut. So, boleh tak kalau aku nak balik ke rumah kau minggu depan?” kesunyian perjalanan ke kelas untuk prep pada malam itu dipecahkan dengan bicara Aiman.

“Aku tak kisah. Boleh je. Haih, bila la agaknya aku ada peluang nak pergi ke rumah kau ni. Asyik tak berkesempatan je. Tapikan, kenapa kau tak nak ikut pergi Sabah tu ya?” Ziqri pelik. Kalau dialah, tak perlu diajak, pasti dia akan meminta sendiri. Tetapi, berbeza dengan Aiman.

Ok, thanks bro. Dah lama aku tak main kat sawah ni. Rasa rindu pula.” Aiman berkata sambil tersengih menunjukkan barisan giginya yang putih bersih itu. Sengaja tidak dijawab soalan yang diajukan oleh Ziqri sebentar tadi. Dia belum bersedia lagi untuk memberitahu Ziqri segalanya. Setakat ini, biarlah dia memendam sakit itu sendiri. “Ziqri, kau gerak dulu la. Aku nak ke tandas sekejap.” Aiman menyambung lagi.

Sebenarnya, dia sengaja ingin melarikan diri daripada Ziqri. Bimbang diajukan dengan pelbagai persoalan yang tidak mahu dijawabnya.

“Kau memang kan! Soalan aku tak jawab, lari pula.” Ziqri menumbuk bahu Aiman tanda tidak berpuas hati. Namun, tumbukan itu hanya tumbukan lemah. Tumbukan gurauan daripada seorang sahabat kepada sahabatnya. Aiman hanya tersenyum.

“Maaf Ziq, aku tak ready lagi. Insya-Allah, suatu hati nanti kau akan tahu juga.” Aiman bermonolog sendiri.

*****

4 bulan telah berlalu. Kejohanan Sukan Tahunan SMKA Bukit Batu telah pun melabuhkan tirainya sebulan lalu. Peperiksaan pertengahan tahun juga baru sahaja dihadapi oleh para pelajar SMKA Bukit Batu pada 2 minggu yang lepas. Masing-masing sedang menunggu keputusan mereka dengan rasa yang bercampur baur. Ada yang tidak sabar, ada yang takut dan ada juga yang tidak mahu tahu langsung.begitulah asam garam para pelajar apabila tibanya waktu keputusan peperiksaan dikeluarkan.

Minggu itu adalah minggu pertama mereka di sekolah selepas bercuti lebih kurang 2 minggu. Seperti biasa, malam pertama selepas pulang bercuti akan menjadi malam yang paling riuh di sekolah itu, hatta di mana-mana sekolah sekali pun. Masing-masing dengan cerita masing-masing. Sehingga ada yang sanggup tidur lewat kerana seronok bercerita.

Ketika dalam perjalanan ke surau As-Syakirin, Najiha ternampak kelibat Aiman berjalan ke surau seorang diri. Otaknya ligat memerah kembali peristiwa yang berlaku sewaktu cuti pertengahan tahun yang lalu.
Ketika itu, dia terjumpa Aiman dan keluarganya di suatu kenduri saudaranya. Apabila mengenang kembali peristiwa itu, hatinya jadi sayu. Dia tidak menyangka bahawa Aiman menyimpan satu rahsia yang sangat besar. Dia berasakan bahawa dia pasti tidak mampu untuk hadapai apa yang Aiman hadapi jika dia berada di tempat Aiman. Kekagumannya kepada Aiman semakin meninggi.

Apabila tersedar yang dia sedang melihat orang yang bukan mahramnya, dia segera menundukkan pandangannya. Kagumnya pada insan bernama Aiman Hanif itu bukanlah satu tiket untuk dia melanggar perintah Allah. Dia masih ingat lagi pesanan Ustazah Hafizah di dalam kelasnya sewaktu pembelajaran Pendidikan Agama Islam di tingkatan 2. Waktu itu, dia baru sahaja kenal dengan insan yang bernama Aiman Hanif itu.

*****

(Kelas 2 Muadz, Mei, 2002)

“Muslimat sekalian, ustazah rasa, cukuplah untuk hari ini. Tetapi, sebelum itu ustazah nak kongsi dengan antunna ayat dari Al-Quran.” Ustazah Hafizah memang begitu. Sebelum habis waktunya setiap kelas, dia akan berkongsi ayat-ayat Al-Quran dengan anak muridnya.

“Baiklah, hari ini ustazah nak kongsi satu ayat dari surah An-Nur, ayat ke 30. Sesiapa yang ada Quran tafsir bersama, bolehlah buka muka surat 353.” Ustazah Hafizah meneruskan perkongsiannya dengan membacakan potongan ayat tersebut. Seusai membaca, dia meminta anak muridnya untuk membacakan terjemahannya pula. “Baik, siapa yang nak bacakan terjemahan ayat-ayat ni?”

Fatiha mengangkat tangan. Fatiha merupakan ketua tingkatan Najiha pada waktu itu. Tanpa membuang masa, Fatiha terus membacakan terjemahan ayat ke 30 surah An-Nur itu.

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya) kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putera-putera mereka atau…….” Fatiha meneruskan pembacaanya sehingga habis ayat ke 31.

“Terima kasih Fatiha. Awak boleh duduk. Ok, berbalik kepada ayat Al-Quran tadi, Allah dah sebut dah, wahai perempuan beriman, jaga pandangan kamu, pelihara kemaluan kamu, tutup aurat kamu dan labuhkan tudung kamu. Aurat tu boleh tunjuk kepada mahram sahaja. Lepas itu, Allah suruh kita bertaubat agar kita menjadi orang yang beruntung. Ustazah kira, kita semua ialah perempuan yang beriman. Jadi, dah jelas lagi bersuluh bahawa ayat itu Allah tujukan pada kita. Dalam usia antenna semua sekarang ni, ustazah yakin bahawa semua telah pun baligh. Jadi, semua tanggungan dosa dan pahala itu telah jatuh pada bahu kita sendiri. Mahukah kita menanggung dosa yang banyak hanya kerana keluar rumah tanpa memakai tudung? Kemudian, semua mata memandang rambut kita tu. Tahukah antunna, setiap mata yang memandang itu akan dihitung di akhirat kelak? Kemudian, bila dah cantik bertudung, dipakai pula baju adik-adik. Allah suruh kita tutup aurat kita, bukan balut aurat kita. Tudung tu pula, hendaklah labuh sehingga menutup dada. Ini tak, pusing sana, pusing sini, angkat sana, angkat sini. Ustazah yang tengok ni pun rimas. Lagi satu, jaga pandangan. Bila kita bertembung dengan orang bukan mahram tu, tundukkanlah pandangan. Nanti kat akhirat kelak, mata kita ni juga yang akan menjadi saksi atas setiap perkara yang kita lihat. Adakah kita nak mata kita ini nanti berkata depan Allah, ‘sepanjang hidup, orang ni asyik melihat keburukan sahaja, memandang kepada yang bukan mahram dan melihat perkara-perkara maksiat’. Adakah kata-kata itu yang kita nak dengar? Ustazah harap, antunna semua dapat ambil pengajaran dari perkongsian ayat ini. Ustazah tahu, antunna semua baik-baik belaka. Ustazah saying dengan antunna semua ni. Sebab itu ustazah nak antunna tahu benda-benda ni semua. Kekallah dengan pakaian yang antunna pakai sekarang ini sampai bila-bila pun. Insya-Allah semuanya selamat. Allah pun reda.” Ustazah Hafizah pun menamatkan kata-katanya segera apabila sedar bahawa guru yang seterusnya telah menunggu di luar kelas.

*****

“Saat aku baru kenal dengan Aiman, saat aku asyik terbayang dan melihat wajahnya, kau hantar Ustazah Hafizah untuk mengingat aku pada waktu itu. Masya-Allah, cantik sungguh perancangan Kau.” Najiha berkata sendiri di dalam hati.

“Semoga anta terus tabah, Aiman.” Kata-kata itu sekadar terlepas di dalam hatinya sahaja. Tidak terluah dek mulut kerana malu. Malunya masih kemas menjadi pakaiannya sejak sekian lama.

Peristiwa ketika cuti pertengahan tahun hari itu kembali bermain di kepalanya.

*****

Hari itu merupakan hari yang bersejarah untuk Salmi. Hari itu status dirinya berubah dari bujang kepada sudah berkahwin. Majlis walimah pada hari itu sekadar bersederhana. Hanya sanak saudara terdekat, rakan-rakan dan penduduk setempat sahaja yang dijemput.

Pagi-pagi lagi Najiha telah bangun pada hari itu. Dia sungguh gembira sekali walaupun yang berkahwin bukanlah dirinya, tetapi sepupunya yang paling rapat sekali, Kak Salmi. Walaupun perbezaan umur mereka hampir 5 tahun, itu tidak menghalang mereka untuk kekal rapat.

Tetamu mula membanjiri pekarangan rumah Encik Ghani seawal jam 10 pagi. Semakin tengah hari, tetamu semakin ramai. Najiha yang sejak tadi berada di dalam rumah keluar untuk melihat dan merasa suasana di luar pula.

Sedang asyik membantu orang menyusun pinggan di meja makan, mata Najiha menangkap kelibat sesorang yang dia kenal. “Aiman? Buat apa pula di sini? Rasanya dia bukan tinggal kat sini pun.” Dia menyoal dirinya sendiri. Disebabkan rasa ingin tahu yang membuak-buak, dia segera mendapatkan Aiman untuk bertanya.

“Assalamualaikum. Aiman, anta buat apa di sini?” Najiha menegur.

Aiman yang terperanjat ditegur oleh rakan satu sekolahnya itu kaget. “Eh, Jiha. Em, waalaikumussalam. Err, ana temankan ayah ana. Ayah ana ni kawan kepada ayah pengantin ini. Enti pula?” Aiman berjaya mengawal keadaan.

“Ana sepupu pengantin perempuan. Kami memang rapat sejak dulu lagi.” Kata-kata Najiha terhenti apabila ditegur oleh Encik Majid.

“Seronok berbual. Kawan Hanif ke ni? Tak nak kenalkan kepada abi?” Encik Majid cuba bergurau.

“Eh, abi.” Aiman kaget semula. Mukanya merah menahan malu apabila diusik oleh abinya dihadapan Najiha. Dia menyambung kata-katanya semula. “Kenalkan abi, ini Najiha. Rakan sekolah Hanif. Najiha, ini ayah ana, kenalkan.”

Najiha yang turut malu apabila Encik Majid mengusik tertunduk-tunduk. “Assalamualaikum, pakcik. Pakcik dengan Aiman datang berdua je ke? Ibu dan adik-adik Aiman tidak ikut sama?” Najiha memberanikan diri untuk bertanya.

Mendengar soalan itu, Encik Majid segera memandang anaknya dengan pandangan yang bermakna. Aiman yang sedar, tertunduk. Najiha mula rasa tak senang dengan situasi itu. Tetapi, dia tidak tahu apa yang hendak dilakukannya.

Encik Majid menjawab soalan Najiha dengan persoalan. “Aiman tidak pernah cakap apa-apa ke?”

“Aiman nak cakap apa? Apa yang Aiman simpan ni?” Pelbagai persoalan timbul di benaknya. Najiha keliru.

Aiman tekad, dia akan merungkai segala kekusutan di bermain di mindanya sejak sekian lama. Dia bersuara, “Jiha, sebenarnya……

Episod 7 | Episod 9

______________________________________

*Apakah yang Aiman simpan sebenarnya? Sila nantikan episod yang akan datang. By the way, harapnya sidang pembaca dalam ambil sesuatu dari cerita ini sebab saya menulis bukanlah untuk menulis kosong. adios~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...