Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Thursday, July 12, 2012

untitled #2


sambungan daripada untitled #1...

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Iman terpandang satu kelibat yang tidak asing lagi dalam hidupnya pada suatu masa dulu namun begitu asing buatnya kini. Kelibat ibunya. Tidak semena-mena kakinya ibarat bergerak pantas berlari menjauhkan diri dari ibunya itu. Lantas laju tangannya menarik tangan Zulaifah dan bergegas keluar dari pusat beli-belah itu lalu pulang terus ke rumah. Zulaifah kelihatan terpinga-pinga.

*****
Seusai solat Asar, mereka menyambung dengan membaca Al-Ma’thurat bersama-sama. Itulah rutin mereka setiap hari melainkan jika ada urusan lain. Maklumlah, kedua-duanya sibuk. Iman sibuk di hospital menguruskan pesakit manakala Zulaifah pula sibuk di sekolah menguruskan bakal-bakal pemimpin negara dan agama Islam suatu hari nanti.

            Soalan yang dilontarkan Zulaifah kepada suaminya siang hari tadi ketika di MPH masih lagi tinggal tidak berjawab. Dia tahu bahawa suaminya itu ada masalah dengan ibu bapanya yang juga ibu bapa mertuanya. Dia tahu dan faham benar serta terkadang menyalahkan dirinya sendiri kerana menganggap dialah punca suaminya bertelagah dengan ibu bapa mertuanya. Namun, apakan daya, manusia hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan.

            Malam itu, ketika di meja makan, Zulaifah melontarkan kembali persoalan yang tidak berjawab oleh suaminya siang tadi. Hasratnya untuk membantu suaminya sebagai isteri benar-benar mendorongnya untuk mengetahui akan hal yang terus menghantui suaminya itu.

“Abang, macam mana Zu masak malam ni, sedap tak? Maaflah kalau tak sedap eh. Nanti Zu hire Chef Wan untuk ajar Zu masak, “ Zulaifah memulakan bicaranya pada malam itu.

“Eh, kalau dah namanya Zulaifah binti Hamdan, masakannya tentulah sesedap namanya. Tak payahlah nak hire Chef Wan bagai. Zu pun mantap apa masak. Entah-entah kalah Chef Wan tu,” balas Iman sambil menyuapkan nasi kepada isterinya.

“Ok, kalau macam tu Zu nak upah la sebab dah masak sedap-sedap untuk abang. Boleh tak?”
“Untuk si cantik manis ni apa-apa pun boleh, insya-Allah. Hm, Zu nak apa?”

“Err, betul ni? Janji?” Zulaifah meminta kepastian.

“Puan Zulaifah, anda diberi masa 5 saat lagi untuk meminta sesuatu daripada saya. Tamat 5 saat, tamatlah tawaran saya. 5, 4, 3, 2....sa”

“Stop! Tak aci la kira laju-laju. Itu 5 nombor, bukan 5 saat. Em, Zu tak nak apa-apa dari abang sebenarnya. Cumanya Zu berharap agar abang dapat jadikan Zu sebagai tempat abang curahkan segala apa yang terbuku di hati tu. Zu tak suka tengok suami Zu ni murung je. Kalau boleh Zu nak ceriakan abang selalu. Tapi, masalahnya Zu tak pasti penyebab kemurungan abang. Sebab tu la kalau boleh Zu nak abang ceritakan pada Zu masalah abang sebenarnya. Zu sentiasa ingin berada di samping abang. No matter what the situation is, snowy, storm or what, let us go thru it together,” Zu meluahkan apa yang disimpannya sejak sekian lama. Matanya dilihat berkaca-kaca.

Iman memandang isterinya dengan satu pandangan yang sukar diterjemahkan oleh mana-mana kaum hawa. Zulaifah sendiri keliru sama ada suaminya marah padanya ataupun sebaliknya. Makan malam romantiknya yang bertemankan lampu lilin dan hanya menggunakan satu cawan sahaja untuk minum seperti hari-hari sebelumnya bertukar mood. Mood serius tahap tujuh. Iman hanya memandang sahaja isterinya. Diamnya lama. Mungkin sedang mengarang jawapan untuk diberikan kepada isteri yang disayanginya itu.

Meja makan mereka terus senyap. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran. Seusai makan, Iman kembali membuka bicara.

“Zu, sebenarnya..... 

Tuesday, July 10, 2012

sahabat, selemah inikah kita? kita kuat kot! wake up!

bismillah..

hari-hari yang mendatang semakin kosong buatnya. tiada suatu perkara pun yang dilakukannya boleh menggembirakan hatinya yang kosong itu. hari ini, dia masih lagi di situ dan masih lagi begitu. puas sudah rakannya cuba mengisi hatinya, namun segalanya seperti sia-sia. segala curahan nasihat dibiarkan angin menghembus pergi, dibiarkan air mengalirkannya jauh. 

Muhammad Muslim bin Abd Ghani. nama sahaja dah cukup untuk menyiarkan agama yang dianutinya kepada umum. muslim, seorang yang beragama Islam. keinginannya untuk mati dalam Islam sangat tinggi, setinggi gunung di Nepal. namun, keinginannya untuk hidup dalam Islam tak pernah wujud dalam dirinya. mungkin belum wujud barangkali.

kini, hari-harinya terus kosong kerana hatinya remuk, diratah-ratah oleh seorang insan yang amat dia sayangi. seorang lagi hamba Allah namun berlainan jantina, seorang Hawa. Hidup Muslim yang berlandaskan akal dan nafsu semata-mata membawanya ke situasi yang dialaminya sekarang. Hawa itu bukanlah ibunya, bukan pula nenek, makcik, kakak hatta bukan jua adik perempuannya. Hawa itu ajnabi baginya, asing. Namun, besar maknanya baginya apabila dia sendiri tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Hawa itu tidak seharusnya berada di mana dia berada pada pandangan Muslim pada waktu itu.

*bunyi telefon berbunyi. satu mesej masuk

"Assalamualaikum. Muslim, saya rasa kita dah jauh. Ini bukan cara dan jalannya. Saya rasa, awak pon faham. Alhamdulillah, masih awal Allah jentik hati saya untuk menyatakan perkara ini kepada awak. Alhamdulillah, Dia bagi kekuatan yang puas saya cuba raih sejak sekian lama. Akhirnya, kekuatan itu terjelma jua. Sila jangan hubungi saya lagi. Saya takut kalau-kalau hati kita semakin hitam, semakin jauh dari Dia. Jadi, silalah jangan hubungi saya lagi sehingga awak benar-benar bersedia. siapkanlah dirimu dulu. Mintak diri Assalamualaikum."

Hanya kerana beberapa baris ayat begitu sudahpun cukup membuatkan Muslim jadi begitu. Mengapa? sahabat-sahabat muslimin, selemah itukah kita?

********
disklaimer:
sila hiraukan apa yang terjadi kepada Muslim selepas itu. mungkin anda semua boleh menyambungnya sendiri barangkali. eh? dan cerita di atas boleh diolah wataknya, hawa menjadi muslim dan muslim menjadi hawa. sekian..

bismillah..

sahabat-sahabat...
ketahuilah, masih belum terlambat lagi untuk kita berubah. jalan di hadapan kita banyak cabangnya dan masih jauh lagi perjalanannya. setiap jalan yang ada akan memberikan kesan yang berbeza. kita yang berhak untuk pilih. kita yang berhak untuk pilih mana satu jalan yang kita nak lalui.

sahabat-sahabat..
andainya ada antara kita yang dah tersilap langkah, jangan malu untuk kembali ke pangkalnya dan pilih jalan yang baru. malu kita patut diberikan pada yang lebih layak. pada Tuhan kita. bukan pada makhluk-Nya.

selagi kita mampu bernafas, selagi itulah kita ada masa, ada peluang untuk kita terus bertaubat pada-Nya. Dia Maha Pemurah. Dia Maha Mendengar. Apa lagi yang hendak kita ragui?

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...
perlukah kita bersedih atas apa yang tidak perlu kita sedihkan? perlukah kita bazirkan air mata kita itu pada tempat yang tak sepatutnya. kita sepatutnya menangis dengan apa yang telah kita lakukan. bukan dengan apa yang telah menimpa kita.

sahabat, selemah inikah kita? kita kuat kot! wake up!





Saturday, July 07, 2012

untitled #1


“Pergi! Pergi! Kau bukan anak aku! Anak aku dah mati! Pergi!”

“Mama, ini Iman ma, anak mama. Iman Rasul bin Tahir. Mama dah tak kenal Iman lagi ke? Mama yang melahirkan Iman, yang besarkan Iman, yang buat segala-galanya untuk Iman dulu. Iman membesar dengan susu mama...”

“Tak! Anak aku dah mati! Pergi!”

            Pap! Bahu Iman ditepuk lembut oleh isterinya. Mati terus lamunan tentang kenangan pahitnya yang tidak mampu dilupakannya walaupun dalam tidur. Dia sering terbawa-bawa peristiwa pahit itu dalam tidurnya. Zulaifah, isterinya merupakan wanita yang paling disayangi dalam hidupnya selepas ibunya. Zulaifahlah yang menjaga makan minum dan sakitnya. Dan isterinya itu jualah tempat dia melepaskan segala sakit batin yang dialaminya.

“Jauh termenung. Ingat siapalah tu? Teringat girlfriend lama ke?” usik Zulaifah kepada suaminya.

“Oh, Zu! Abang ingat perempuan manalah tadi yang terpikat dengan abang terus tegur abang. Hah, dah jumpa dah buku yang Zu cari tu?” Iman mengubah topik. Sengaja mahu lari dari soalan isterinya itu.

“Perasan handsome sangatlah tu sampai fikir ada orang nak terpikat dengan dia.”

“Boleh tahanlah. Kalau tak, takkanlah  Nur Zulaifah bte Hamdan ni setuju nak nikah dengan abang,” Iman menambah perisa usikan dalam masakan gurauannya.

“Ala, Zu setuju sebab iman abang. Bukan sebab nama abang Iman, bukan sebab rupa abang. Kalau rupa, nanti dah tua hilanglah cinta Zu pada abang sebab masa tu muka dah berkedut sejuta. Tapi, kalau sebab iman, Insya-Allah, selagi iman abang masih di dada, masih kuat, selagi itulah Zu akan sentiasa di sisi abang.”

            Kenyataan Zulaifah benar-benar membuatkan Iman berasa runtun, sayu. Nyata, pilihannya tidak salah. Inilah hasilnya jika sesuatu pilihan itu dibuat setelah menjadikan Allah sebagai kaunselor terbaik walaupun pada dasarnya, pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa ditempuhinya dalam perjalanan membina mahabbah kasih sayang rumah tangga ini. Dia mula merasakan bahagia dalam hidupnya walaupun baru beberapa bulan melaksanakan sunnah nabi ini. Malah, isterinya itu juga baru dikenalinya beberapa minggu sebelum pernikahan. Atas keyakinan terhadap agamanya, Iman tekad bernikah dengan Zulaifah walaupun ditentang oleh kedua-kedua orang tuanya. Hal inilah yang begitu mengganggu fikirannya. Ibunya kini tidak lagi mengaku dia sebagai anaknya. Ayahnya pula langsung tidak mempedulikan kisah hidupnya. Sentiasa sibuk dengan kerja-kerja di syarikat.

            Setelah membayar buku yang dibeli oleh isterinya di kaunter, Iman mengajak isterinya pulang terus kerana tidak mahu terlewat mengerjakan solat Asar. Boleh sahaja jika mereka hendak solat di luar, malah di pusat beli-belah itu juga terdapat surau-surau yang telah disediakan untuk kemudahan orang Islam. Tetapi, Iman lebih gemar solat di rumah kerana hendak berjemaah dengan isterinya. Romantik dan bersungguh benar mereka dalam melaksanakan ibadah. Benarlah firman Allah dalam surah An-Nur ayat ke-26, maksudnya, “...perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik...”.

            Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...