Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Sunday, February 12, 2012

anda tahu tak?


bismillah..

anda tahu tak, dosa tu pun ada tingkatan jugak? walaupun dosa tu tak belajar kat sekolah, tetap ada tingkatan. tapi, dosa ni ada 4 tingkatan je. hah, anda tahu tak? mengangkat kening dua kali sambil kenyit mata.



tingkatan yang pertama. 

dosa yang datangnya daripada rasa bongkak, sombong dan angkuh. hah, dosa ni dosa iblis laknatullah masa diorang bangga sangat dengan diri diorang, takabbur dengan menganggap Adam a.s sebagai makhluk yang lebih rendah dan hina daripadanya. 

hm, macam mana? kita pernah tak rasa macam tu? jangan bohong diri sendiri. kita manusia. pasti ada walaupun sedikit, kecuali orang-orang yang di jaga oleh Allah. pantul (reflect) diri sebentar. kepala tertunduk keinsafan. sobs..sobs...

tingkatan yang kedua.

dosa yang berada di tingkatan kedua pula ialah dosa keingkaran. hah, dalam tingkatan ni, keingkaran tu terbahagi kepada dua. pertama, meninggalkan perintah Allah dan yang kedua, melanggar tegahan Allah.

peluh menitis laju walaupun dalam bilik berpendingin hawa.

semestinya dosa tingkatan inilah yang sering dilakukan oleh manusia bukan? apabila bercakap soal manusia termasuklah saya yang menaip ni dan anda yang sedang membaca, kecuali kalau anda seekor beruk yang boleh membaca. kita sering terlupa lalu dengan mudahnya kita mendapat dosa dari tingkatan kedua ni. dan kadang-kadang, ada yang sengaja buat-buat lupa. kalau macam tu, memang mintak dibakar la. nauzubillah.

tingkatan yang ketiga.

dosa yang berada di tingkatan ketiga pula ialah dosa binatang buas. anda semua tahu kan binatang buas tu macam mana. hah, dosa dalam tingkatan ni lahir dari sifat binatang buaslah macam permusuhan, penindasan dan PHD, perasaan hasad dengki. seperti law of jungle, manusia pun terlibat jugak dengan dosa ni. 

hah, sekali lagi. anda manusia kan? mata terkedip-kedip. contohnya lah, siapa yang lagi kuat, dia akan terus hidup. bukan ke kehidupan manusia sekarang begitu? tak ubah macam binatang buas. kita pula macam mana?

tingkatan yang keempat.

dosa yang berada di tingkatan keempat pula ialah dosa haiwan ternak. kalau tadi haiwan buas, kali ni haiwan ternak. cuba kita tengok haiwan ternak tu macam mana. suka ikut hawa nafsu kan? tak ke manusia kadang-kala begitu? 

macam-macam nafsu ada. nafsu makan, kemewahan, belanja dll. setelah di refleksikan, jelaslah bahawa orang yang suka melakukan kemaksiatan itu tidak jauh seperti haiwan, haiwan buas dan haiwan ternak. nauzubillah.

semoga kita semua dapat sama-sama menghindar diri daripada tergolong dalam mana-mana golongan yang disebutkan di atas. jom refleksi dir!

Tuesday, February 07, 2012

saya cemburu apabila melihat dia..

bismillah..

sering kali, saya berasa cemburu bila melihatkan dia. 



saya amat cemburu apabila dia sering didampingi orang. ramai pula tu. dan kebanyakannya lelaki. saya cemburu. sangat-sangat cemburu. kenapalah mereka nak rapat dengan dia, bukan saya?

saya amat cemburu apabila melihat dia bermesra dengan ikhwah. namun, tidak pernah rasa marah, cemburu cuma.

saya amat cemburu apabila periksa, sering kali dia mendapat perhatian kerana keputusannya yang mantap. saya cuma dipandang sebelah mata. cemburu sungguh.

saya amat cemburu apabila bercerita soal agama, yang dicari ialah dia, bukan saya. mengapa? sampai bila harus saya terus berasa cemburu?

saya amat cemburu apabila melihatkan dia berjalan, saya cemburu kerana ramai kaum Adam yang bertegur, memberi salam dengannya. kaum hawa pula hanya menundukkan pandangan apabila berselisih dengannya. saya sangat-sangat cemburu kerana mengapa bukan saya orang itu? 

mengapa bukan saya yang tidak ditegur oleh kaum hawa?
mengapa bukan saya yang ikhwah-ikhwah cari?
mengapa bukan saya yang tahu perkara itu?
mengapa bukan saya yang berada di atas itu? 
mengapa bukan saya yang mampu menjawab segala persoalan itu?
mengapa bukan saya yang ______________?

air mata laju keluar.

saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang hadirnya dinanti dan perginya ditangisi.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang ahli ilmu dunia dan akhirat.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang hafaz al-quran.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang dihormati orang.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang ada bulatan gembira yang bahagia.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang kuat di jalan dakwah.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang _______________.

refleksi diri sebentar. mengapa bukan saya yang berada di tempat ikhwah itu. air mata terus laju mengalir, hati berdegup kencang. mungkin, saya tak mampu hadapi ujian dunia itu. sebab itu Allah tak kurniakan pada saya. mungkin juga sebab banyak kefuturan yang saya lakukan, sebab itu Allah berikan jalan ini. Allah nak suruh supaya saya lebih dekat pada-Nya. 

ya Allah, sesungguhnya, aku benar-benar cemburu pada orang-orang yang kau berikan nikmat dan kekuatan yang lebih dalam usaha menegakkan agama-Mu.

Monday, February 06, 2012

mencari fitness yang hilang.

bismillah..

Alhamdulillah, pagi ni dapatlah berlari seround dua. ada la peluh merembes keluar. sihat! macam mana dengan anda? seronok bergolek-golek? atau, seronok ke 'wonderland'? atau, seronok bergembira bersama usrah? alhamdulillah. walau apa pon yang anda buat pagi ni, syukurilah kerana anda masih berpeluang untuk berbuat sedemikian. masih diberi ihsan oleh Yang Khaliq untuk bernafas dan bergerak.



mencari fitness yang hilang.

ya, fitness yang hilang. fitness apekah yang hilang? fitness siapakah? hah, apa lagi, tepuk dada, sakit sikit, then tanyalah diri sendiri. koff koff. sentap. 

sebenarnya, idea ni datang melayang waktu tengah bergolek-golek kepenatan tadi. fitness dah hilang, lari sikit, macam tu la jawabnya. memang sukar nak mencari fitness yang hilang ni. sesukar mencari kebaikan dalam diri   musuh. eh, betul ke analogi ni? asif kalau ada yang membantah. sila komen di bawah, to what extent anda bantah, words not more than 100. ok? senyum sampai telinga. maaf, iklan sebentar.

ok, kembali ke topik kita. mencari fitness yang hilang. sebenarnya, sedar atau tidak, fitness kita semakin hilang. semakin hari, semakin hilang. walaupun anda boleh berlari berjuta-juta batu jauhnya, tetap, fitness anda hilang. mungkinlah. namun, ada juga orang yang fitnessnya bertambah. walaupun mereka hanya mampu berlari 1 meter sahaja. maka, beruntunglah orang-orang yang fitnessnya bertambah setiap hari. 

hah, mungkin anda fikir saya gila. ya, saya memang gila. saya gila mencari fitness saya yang hilang! fitness, di manakah kau?! akan ku cari dikau hingga ke negara zimbabwe sekalipun!

sedar atau tidak, semasa kecil, kita cukup bertenaga membaca al-quran. walaupun dimarah, jauh berjalan. kita tetap ada fitness yang cukup untuk melakukannya. tetapi, di mana fitness itu sekarang?

sedar atau tidak, rajin sungguh kita ke masjid/surau untuk solat berjemaah dulu. sehingga ada suatu masa sehingga kita menangis sebab  tidak dibenarkan oleh ayah kerana dia takut kita akan mengganggu jemaah lain. cukup bertenaga kita dahulu. tetapi, di mana fitness itu sekarang?

sedar atau tidak, zaman sekolah dulu, sampai tak cukup hari kita nak puasa sunat. walaupun perkara itu bukan suatu kewajipan, kita tetap mempunyai fitness yang cukup dalam melakukannya. tetapi, di mana fitness itu sekarang? 

sedar atau tidak, semasa kecil dulu, kita mempunyai fitness yang cukup nak berkunjung ke rumah sanak-saudara. tetapi, di mana fitness itu sekarang?

DI MANA FITNESS ITU SEKARANG?

banyak perkara, amal ibadah yang kita lakukan dulu dengan penuh kesungguhan, bertenaga, mempunyai fitness yang mantap, tetapi, apabila usia menginjak naik, fitness itu hilang. di mana fitness itu menghilang? bagaimana ia boleh hilang? itulah persoalan yang perlu kita tanya kepada diri kita sendiri. pesanan untuk tuan pembaca dan penulis juga.

jadi, di sini saya ingin menyeru kepada para sahabat di luar sana, termasuklah diri yang lemah ini, marilah kita bersama-sama mencari fitness kita yang hilang ini. let's strive to mardhatillah!

kepada sahabat-sahabat yang fitnessnya dah bertambah, tahniah diucapkan. teruskan usaha anda dan marilah kita membantu sahabat-sahabat kita yang sudah kehilangan fitnessnya ataupun dah berkurang fitnessnya.

mungkin, contoh yang saya berikan kurang bertepatan dengan sesetengah golongan, tapi, mungkin hampir sama pada sesetengah golongan yang lain. maaf atas kekhilafan itu. 

JADI,
BAGAIMANA DENGAN FITNESS ANDA?
DAH HILANG, BERKURANG, MASIH SAMA ATAU DAH BERTAMBAH?
JOM SAMA-SAMA KITA MANTAPKAN LAGI FITNESS KITA!



*maaf kerana lama sangat tak berupdate. diri ni semakin sibuk dengan urusan di kolej. jadi kurang masa untuk berceloteh di sini. insyaAllah, selepas ini blog ini akan sering diupdate sebab dah ada kemudahan yang Allah kurniakan. Alhamdulillah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...