بسم الله الرحمن الرحيم
September
2008.
Ahad. Pagi itu, Zubir bangun
dalam keadaan tergesa-gesa. Apabila membuka mata pagi itu dan melihat jam di
tangannya sekilas, dia kaget. Jam berjenama Casio pemberian ibunya sempena
ulang tahun hari lahirnya yang ke 20 dua tahun lepas masih lagi kemas ditangan.
Dengan pantas, dia membogelkan tangannya dan bangkit ke tandas untuk bersiap
menghadap kekasihnya. Sebelum itu, sempat digugah rakannya yang lain kerana
janji temunya pagi itu, bukan melibatkan dia seorang, tetapi semua orang yang
menjadikan Allah itu tuhannya, Muhammad itu nabinya, Islam itu agamanya dan
reda Allah itu matlamatnya.
Mungkin kepenatan berjalan
seharian semalam, ditambah lagi dengan tidur lewat jam 3, membuatkan Zubir
terlewat dengan janji temunya. Seusai subuh dan berma'thurat, Zubir
mengira-ngira perancangannya untuk hari itu. Semuanya dilakukan secara
imaginasi. Tiada hitam putih.
Selepas melipat kembali sejadah
yang digunakan tadi, Zubir melangkah ke katilnya dan mencapai telefon pintar miliknya. "Eh,
ada 2 mesej. Oh, Akh Khairi. Lagi sorang...... eh, dia?" Zubir
terpaku seketika. Sudah agak lama nama itu tidak muncul di skrin telefonnya.
Tetapi, yang Akh Khairi itu selalu la. Hampir setiap hari. Nama kedua itu,
sudah berbelas-belas bulan tidak muncul. Nama itu asing baginya.
Zubir membaca mesejnya terlebih
dahulu dek lonjakan hati yang terlebih
ingin tahu. Zubir tergamam lagi. Mesej itu cukup pendek, hanya 1 ayat sahaja
tetapi cukup untuk Zubir berasa risau, tak tentu arah, pelik dan sebagainya
lagi.
Zubir membiarkan dahulu mesej
tadi walaupun dibenaknya ligat berfikir jauh menerawang ke ruang angkasa depan.
Dia membuka pula mesej Akh Khairi, "Assalamualaikum Zubir, kaifa haluk?
Mutabaah pagi ni macam mana? hihi. :p" Zubir tertawa kecil. Comel.
Zubir terlupa seketika fasal
mesej pertama yang dibacanya pagi itu. Jarinya pantas menari di skrin
sesentuhnya secara berirama, membalas mesej murabbinya, Akh Khairi. "Alhamdulillah, sempat
tunaikan yang wajib dan wajibat walaupun lambat sikit. Akh, ana ada benda nak cerita
ni....."
Selang beberapa minit, telefon pintar Zubir mendendangkan
lagu Sebiru Hari Ini menandakan ada orang yang sedang memanggil. Tertera nama
Akh Khairi di skrin telefonnya itu. Tanpa teragak-agak, di bawanya ikon gagang
telefon yang berwarna hijau di skrinnya itu dari tempat asalnya. Zubir
menjeling jam di tangannya sekilas, 7.15 pagi.
*****
Jam telah menginjak ke pukul 8.
hampir satu jam mereka berdua di telefon.
"Jadi, apa pendapat akhi?
Ana tak rasa ana dah ready. Belajar pun tak habis lagi. Jalan pun masih
merangkak....inikan pula ingin memimpin...." satu keluhan berat kedengaran.
"Ana rasa, anta dah cukup
ready dah ni. Takpelah, anta bincang dengan parents anta dulu. Ana tau, anta
sedang sibuk sekarang. Risau kalau-kalau parents anta tak benarkan, dah
hilangkan reda ibu bapa kat situ. Dan jangan lupa, tanya pendapat Dia. Minta
petunjuk dan buat istikharah. Kemudian, tunggu jela macam mana nanti. Tapikan,
ana rasa anta dah cukup ready dah ni. Seriously." Akh Khairi memberikan buah fikiran dan nasihat kepada
mutarabbinya itu.
Selang beberapa minit, Samsung
Galaxy miliknya itu dicampak semula ke atas katil. Zubir kembali keseorangan.
Kemudian, dia berbaring menghadap siling biliknya. Kepala ligat menghadam
butir-butir perbualan dengan murabbinya sebentar tadi.
Tangannya mencapai kembali
telefon pintarnya itu. Dibaca kembali mesej yang pertama, "Akh, ana sedia dipimpin
anta......"
gambar tiada kena mengena dengan entry. hanya sekadar peringatan. :p |
disklaimer: cerita ini sangat random dan tiada kena mengena dengan sesiapa.
*short story je. tunggu episod kedua yang juga yang terakhir nanti. kbai. :p