Agak lama juga blog ini
ditinggalkan sepi tanpa entry yang membangkitkan hati. Masakan mahu
membangkitkan hati dan jiwa insan lain sedangkan penulisnya sendiri dalam
kondisi hati dan jiwa yang tak terbangkit.
Alhamdulillah, Dia masih
kurniakan kesedaran, kekuatan, kesabaran dan keinginan untuk terus berada di
jalan ini. Benarlah kata pejuang-pejuang dakwah yang terlebih dahulu melalui
jalan ini, jalan dakwah ini bukan seperti jalan-jalan yang lain. Jalan ini penuh
dengan onak duri dan sangat berliku. Hanya yang benar-benar kuat sahaja yang
mampu bertahan. Dan Alhamdulillah sekali lagi, Dia masih pinjamkan kekuatan
kepada aku untuk terus berada di jalan ini.
Cuti.
Aku suka dan tak suka cuti. Cuti
ini ibarat satu virus. Jika kita mampu kawalnya, maka virus ini tunduk kepada
badan kita. Jika kita gagal, jadilah kita hamba kepada cuti itu. Cuti ni kalau
kita tak manfaatkan sepenuhnya, jadilah kita dalam golongan manusia yang
disebut ‘al-khosirun’ dalam al-Quran yang bermaksud orang-orang yang
rugi. Kalau kita berjaya manfaatkan sepenuhnya, jadilah kita dalam golongan
orang-orang yang beruntung dan berjaya.
Cuti kali ini aku pulang dengan
perasaan gembira. Mana taknya, dua orang sahabat fillahku akan melangkah ke
tangga seterusnya dalam maratib amal. Alhamdulillah, mereka telah ditemukan
jodoh mereka di jalan dakwah ini juga. Semoga pernikahan mereka itu menjadi
qudwah buat masyarakat sekeliling mereka dan menggencarkan lagi dakwah mereka.
Dalam kegembiraan melihatkan
mereka melangkah ke alam rumah tangga, berita kurang menyenangkan terus
mengubah mood cuti aku. Masakan tidak, gagal untuk kali kedua bukanlah
sesuatu yang mudah ditelan. Kali kedua, bukannya kali pertama lagi. Dan aku,
sebagai orang yang dilihat membawa syiar Islam tidak menunjukkan qudwah yang
sepatutnya.
Itulah yang menggusarkan jiwa aku
sebenarnya.
Aku bimbang, dakwahku dijadikan
sebab oleh mereka. Walhal, aku sendiri tidak pernah menyalahkan urusan
dakwahku. Aku punya jadualku sendiri. Segalanya cukup aku bahagikan masa dengan
sebaiknya. Ada masa untuk aku belajar, ada masa untuk membaca, ada masa untuk
menulis, ada masa untuk beriadah dan ada masa untuk urusan dakwahku.
Cuma silap aku, tak belajar bila
waktunya untuk aku belajar. Terkadang aku lupa bahawa belajar itu juga satu
medium dakwah.
Sekarang, aku malu sendiri. Malu dengan
sahabat seperjuangan, malu dengan adik-adik usrahku dan yang paling malu
sekali, dengan Dia yang merancang ini semua.
Ah, boleh sahaja aku nak sedapkan
hati bahawa ini semua hanyalah mehnah bagi aku. Ini adalah ujian tapisan untuk
aku. Tetapi, nak sedapkan hati untuk apa? Untuk berasa tidak bersalah atas
kesalahan diri yang terlanjur dilakukan.
Gusar urusan dakwahku menjadi
fitnah, aku memberi hint kepada orang sekelilingku dengan mengeluarkan
tweet seperti ini;
“I never regret on
what I did and what I commit to. I just regret that I didn’t do what I suppose
to.”
Soalan.
Aku benci bila ada orang akan
bertanya how and why. So, if you gonna ask how and why, just keep the
question for yourself. I don’t need it. Untuk sekarang, aku hanya perlukan
sokongan daripada kau dan kau.
Soalan-soalan yang kau rasa tak
patut tanya dan tak patut bangkitkan, kau boleh simpan masuk peti dan tanam. Boleh
juga kau biar tinggalkan sebagai draft dan dua tiga hari kemudian kau delete.
Sebabnya aku memang tak suka.
Apabila pulang ke kampung pada
cuti kali ini, soalan-soalan yang tak enak didengar untuk dijawab sering kali
dilontarkan.
“Kau berapa lama lagi kat sana?”
“Sekarang kau tahun berapa?”
Kemudian ditambahkan lagi garam
pada luka bila soalan yang dilontarkan dijawab.
“Aku rasa macam dah lama je kau
kat sana.”
Pedih tahu!
Tempoh belajar aku sekarang
bertambah lagi setahun. Dari 5 tahun menjadi 6 tahun. Barangkali, Allah ingin
letakkan aku di bumi Maududi ini lama lagi agar aku dapat menceduk banyak lagi
ilmu dan persiapkan diri sebelum terjun ke lapangan yang sebenar.
Tarbiyah.
‘Ala kulli hal, aku anggap ini
semua tarbiyah dari Dia. Barangkali, ini juga sebagai cara Dia untuk
mendekatkan aku dengan Dia. Aku akan tetap bersangka baik. Aku yakin, hikmah
yang tersembunyi bakal tersingkap tak lama lagi. Hanya masa yang menjadi
ukuran.
Kegagalan ini mengajar aku bahawa
kau buatlah dakwah sampai nak mati sekalipun, tapi kalau benda macam
belajar tu kau tak usaha juga, bukan boleh berjaya pun belajar kau.
Kalau kau nak berpegang pada ayat
ketujuh Surah Muhammad tu pun, kau kena usaha. Bukannya esok ada exam, malam
ni kau baca buku fikrah sampai pagi dan berharap Allah akan bantu kau dalam
dewan periksa. Itu bodoh namanya.
Kau kena ingat, Islam bukan agama
magis. Bukannya bila kau buat dakwah je dan tak buat benda lain, benda lain tu
akan ikut sama secara automatik. Kau kena bawa sama, baru dia ikut.
Lagi satu, doa. Ni kunci
terpenting. Kau pulun la buat apa pun sampai putus tangan, kalau doa tak
dipohon, dahi tak sentuh sejadah, kau ingat Allah nak bantu.
Kalau Dia bantu juga, lagilah kau
kena muhasabah banyak-banyak. Boleh jadi itu adalah istidraj bagi kau.
Kegagalan ini juga mengajarkan
aku yang qudwah itu sangat penting. Depends pada lapangan kau la. Kalau
kau still study, qudwah sebagai pelajar tu penting. Qudwah qabla dakwah.
Teringat dulu aku pernah mencanangkan
perkara ini. Akhirnya, kena batang hidung sendiri. Kata aku dulu, ‘Sibuk
mencanang qudwah qabla dakwah, tapi qudwah sampah’. Apakah ‘qudwah sampah’
juga yang sedang aku tunjukkan sekarang? T_T
Maaf.
Maaf kepada insan-insan yang aku
dah kecewakan hati mereka. Ibu, ayah, keluarga, ikhwah-ikhwah.
Maaf kepada insan-insan yang aku
tak tunjukkan qudwah yang baik kepada mereka. Rakan-rakan, adik-adik usrah,
orang sekeliling.
Barangkali, kegagalan ini akan
menjadi fitnah kepada agama dan dakwah kita. Untuk itu, maafkan aku.
Semoga kegagalan ini adalah
kegagalan yang menghidupkan bagi aku.
Semoga aku dan rakan-rakan sekapalku terus kuat dan tsabat. Doakan kami.
[ kredit ] |
______________________________________
Wah, satu
sesi luahan perasaan nampaknya. Pertama kali aku luahkan apa yang terbuku dalam
jiwa di sini. Maaf andainya ini sekadar luahan kosong tak bermakna untuk anda.