bismillah...
sedar tidak sedar, kita dah pun berada dalam tahun 2012. sekejap sahaja masa tu berlalu. sepertinya baru hari tu aku melalui hari-hari di PLKN. sepertinya baru hari tu aku mengambil keputusan SPM aku. sepertinya baru hari tu aku mendaftar menjadi keluarga KMB. sepertinya baru hari tu aku menghabiskan kertas terakhir exam sem 1 dan sepertinya baru semalam aku pulang dari ber-PB. memang baru semalam pun.
kalau nak di-review semula kisah suka duka kita sepanjang tahun 2011 memang panjangnya berjela-jela. segala awards yang diterima kalau nak di-list-kan pun mungkin dah tak ingat. jadi, ape yg perlu kita buat sebenarnya?
bagi aku, 2011 ni merupakan antara tahun yang paling bermakna sepanjang kehidupan aku. tahu inilah aku mengenal erti hidup yang sebenarnya. rasanyalah dan tahun ni jugak lah aku menjejakkan kaki aku ke tempat baru yang sangat-sangat membantu aku mendekatkan diri kepada-Nya dan menjadikan aku orang yang lebih baik, mungkin.
tahun 2011 merupakan tahun pertama aku tidak lagi bergelar pelajar sekolah. namun, perlukah title itu? selagi umur dikandung badan, bukan kita masih lagi digelar pelajar. ilmu itu di mana-mana. kita je yang pilih nak atau tak. there is a quote that i think can inspire anyone.
if u think u can, u can.
if u think u can't, u right!
betul bukan? hari ni, aku dah pun berada di bumi KMB tercinta untuk meneruskan sisa-sisa perjuanganku di sini. ya, semester kedua bakal bermula. bermulalah episod baru~
*agak random. haha
No comments:
Post a Comment