Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Friday, September 21, 2012

hari ini, aku bangun lagi.

بسم الله الرحمن الرحيم

hari ini,
aku bangun lagi,
aku hirup udara segar,
oh, nyaman terasa,
entah sampai bila,
aku akan mampu begini.

hari ini,
aku bangun lagi,
aku lihat,
burung-burung seronok terbang dalam kawanan,
aku dengar,
bunyi cengkerik yang mendayu dialunkan,
aku terasa,
angin pagi menyapa lembut tubuhku.

hari ini, 
aku bangun lagi,
aku lihat,
tubuh saudaraku diratah lagi,
darah berserakan di mana-mana,
rumah-rumah hancur dibedil bom-bom musuh,
aku sedih,
melihatkan realitinya begitu.

hari ini, 
aku bangun lagi,
aku dengar,
rakan-rakan sebayaku dihenyak,
mereka ditangkap,
mereka menangkap,
mereka tertangkap,
semuanya atas kerakusan dan kebodohan mereka sendiri,
aku sedih,
melihatkan realitinya begitu.

hari ini, 
aku bangun lagi,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.
semoga,
esok lusa,
saat saudaraku bangun,
mereka dapat menghirup udara segar seperti aku,
mereka dapat melihat burung-burung riang di awanan,
mereka dapat dapat dengar si cengkerik menyanyi riang,
tiada lagi bunyi tembakan di sana sini,
tiada lagi darah berserakan merata-rata,
tiada lagi masalah kelaparan dan kehausan,
semuanya bahagia di rumah masing-masing.
sama seperti yang aku rasa.

hari ini,
aku bangun lagi,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.
semoga,
esok lusa,
saat rakan-rakan sebayaku bangun,
mereka tidak lagi dihenyak,
mereka tidak lagi ditangkap, menangkap mahupun tertangkap,
mereka juga bangun bersama dengan aku,
dengan tekad baru,
dengan azam baru,
dengan harapan baru.


hari ini,
aku bangun lagi,
entah bila lagi aku akan mampu begini,
bangun setiap hari,
dan mengecapi nikmat ini...



[kredit]

*random. apabila bangun di petang hari. :D


3 comments:

  1. menjadikan sajak medium menyampaikan islam..menarik,
    mengaplikasikan teori pembelajaran dalam realiti..terbaik,
    semoga Allah membantu kamu.

    ReplyDelete
  2. bangun kita dari tidur itu nikmat ALLAH,,
    namun bangunnya kita berserta janji,ijtihad d jalan ALLAH,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...