“Amirah, cuti ni awak nak ke mana?”
Sew Lin bertanya kepada Amirah ketika berjalan pulang dari kelas Pathology. Memandangkan cuti musim panas
yang tidak berapa lama lagi akan kunjung tiba, masing-masing sudah
memikirkan aktiviti-aktiviti yang ingin dilakukan nanti dan tempat-tempat yang
ingin dilawati. Maklumlah, resam kehidupan pelajar luar negara hampir semuanya
begitu. Dilihat umum seperti bermewah-mewah apabila bercuti di seantero dunia
setiap kali musim cuti menjelma. Namun, kisah mengikat perut sebelum bercuti
itu hanya pelajar-pelajar ini sahaja yang faham.
“Kalau
ikut plan dan tiada aral, saya akan
ke Makkah untuk tunaikan umrah dengan parents
saya. Awak pula?” Amirah memulangkan semula
soalan Sew Lin sebentar tadi.
“Setakat
ni, tiada plan lagi. Mungkin akan
balik Malaysia aje kot. Amirah, Makkah tu tempat apa sebenarnya? Kenapa selalu
saya dengar orang Islam pergi ke sana untuk sembahyang? Bukan ke orang Islam boleh
sembahyang kat mana-mana je?”
Mendengarkan
soalan Sew Lin itu, Amirah tersenyum. Dia faham, soalan rakan yang bukan
seagama dengannya itu ikhlas. Wajah polos Sew Lin itu memberitahu
segala-galanya.
“Sew
Lin, kami ke sana bukan sekadar ingin bersembahyang aje. Kalau nak sembahyang,
kat sini pun boleh. Makkah itu merupakan tanah suci bagi orang Islam. Kat situlah
terletaknya kaabah, which is kiblat orang Islam setiap kali bersembahyang. Makkah juga
dipanggil tanah haram. Selain daripada Makkah, Madinah juga merupakan tanah
suci bagi orang Islam. Sebagai orang Islam, kami dituntut ke sana untuk
mengerjakan haji. Disebabkan saya pergi bukan pada musim haji, jadi saya hanya
buat umrah ajelah. Insya-Allah kalau ada masa nanti saya cerita pada awak.
Kalau nak cerita semua on the way
balik ni memang tak sempatlah.” Amirah senyum lagi.
“Okay, nanti jangan lupa cerita tau! Anyway, Makkah tu kan tanah suci untuk
orang Islam kan. Tapi, kenapa dipanggil tanah haram juga?” Sew Lin bertanya
lanjut.
“Awak
jangan salah faham pula. Makkah tu memang digelar tanah haram. Tapi, maksudnya
tanah yang mulia. Tanah atau tempat yang punya kelebihan tertentu yang tiada di
tempat lain. Makkah juga merupakan tanah larangan. Larangan untuk melakukan
amalan tertentu yang dibenarkan di tempat lain. Contohnya macam membunuh haiwan
perburuan. Makkah juga merupakan tanah larangan untuk orang bukan Islam. Sebab itulah
namanya tanah haram.”
“Oh... kiranya
saya tak bolehlah ke sana nampaknya,” balas Sew Lin rendah.
Amirah
tidak tahu apa yang perlu dibalasnya. Dengan pengetahuannya yang sedikit
tentang tanah suci miliknya dan milik saudara seagamanya itu, dia risau untuk
berbual panjang tentang itu. Risau kalau-kalau tersilap menyampaikan sesuatu.
Akhirnya, perbualan mereka itu hanya terhenti di situ. Masing-masing terus
berjalan mengunci mulut.
*****
“Assalamualaikum. Din, walimah Acap
weekend ni kau pergi tak?” pop up chat tiba-tiba muncul di skrin
laptop Izudin. ‘Ish, Johan ni… aku tengah syok layan lecture Bro Nouman ni sibuk pula tetiba’. Izudin menggumam sendiri.
“Waalaikumussalam.
Hah, pergilah. Mana boleh tak pergi. Walimah Acap kot. Kau pergi tak? Gerak
sama-samalah nanti, okay?”
“Takde
hal. Apa-apa hal nanti roger akulah.”
Izudin
sekadar membalas mesej Johan dengan simbol ibu jari sahaja menandakan ‘okay’. Dia ingin segera menyambung video
Ustaz Nouman yang tergendala sebentar tadi.
“Din,
kau tengah buat apa? Macam busy aje.”
Johan bertanya apabila melihatkan Izudin sekadar membalas thumbs up sahaja kepada dia.
“Aku
tengah tengok video Ustaz Nouman ni. Kaulah kacau tadi. Ni sambung balik.” Izudin
tetap membalas mesej Johan walaupun telinga dan matanya tertumpu pada video
yang terpapar di laptopnya itu.
“Pause la kejap. Aku nak tanya something ni. Penting! Antara hidup dan
mati.” Johan berlagak serius.
Melihatkan
rakannya serius dan ditambah dengan tahap curiosity
yang sangat tinggi, Izudin terus membalas, “kau nak tanya apa?”
“Takdelah…
Acap minggu ni. Kau bila lagi? :p :p” Johan bertanya soalan ‘pentingnya’ itu
sambil menyertakan beberapa smiley.
“Ada
juga orang yang tak dapat pergi walimah Acap weekend
ni nanti. Antara hidup dan mati konon. Sekeh satgi baru hang tau! Tau la
hang dah lepas.” Izudin geram. Habis loghat utaranya terkeluar.
“Janganlah
marah brader. Nanti kena jual. heee. Aku
tengok kau macam dah ready aje, pasal
tu aku tanya. Benda baik jangan tunggu lama-lama Din. Sunnah Nabi ni. Kau kena
nikah cepat-cepat. Orang sehensem kau tak boleh lambat-lambat, nanti terganggu
jiwa akhwat-akhwat kat luar tu. Nanti bila dah berbaitul muslim, kau boleh
didik anak-anak kau dengan tarbiyah.” Johan berseloroh dalam serius.
“Kalau
base aku pon tak mantap lagi, macam
mana aku nak didik anak-anak aku bila dia orang lahir nanti? Sebab tu la aku
kalau boleh nak mantapkan diri aku betul-betul dulu before ber-BM ni.” Izudin membalas.
“Okay la… Apa-apa pun jangan lama-lama
sangat. Since kau berpendirian macam
tu, aku tak boleh nak kata apa la. Cumanya, kena usaha lebih lagilah untuk
mantapkan diri tu sampai ke tahap ‘mantap’ yang kau gariskan. Sebabnya, sekadar
sedar je tak cukup Din. Kesedaran kena datang dengan tindakan. Benda ni bukan apply untuk nikah aje. Tapi, untuk semua
benda.” Johan mengingatkan Izudin. “Anyway, talk Bro Nouman tu pasal apa? Dah habis tengok belum?” Johan menyambung
lagi.
“Baru
aje habis ni. Kaulah kacau dari tadi. Kurang sikit fokus aku. Dia cakap pasal hidup kita.”
“Hidup
kita?” Johan membalas pantas ingin tahu.
[kredit] |
_______________________
Eventually, first entry for this year. So many things happened and happening. Hopefully you'll get something from this story. Basically, this story is based on the content and lessons from Surah Al-Balad and Surah As-Syams. It is based on Tafseer Fi Zilal Quran by Syed Qutb. So, enjoy it and wait for the next. Till then, salam alaik. :)