بسم الله الرحمن الرحيم
Oktober
2014.
6 tahun telah berlalu. Zubir
tidak pernah menyesal akan keputusan yang diambilnya beberapa tahun dahulu.
Keputusan yang dibuat setelah dirujuk kepada-Nya memang benar-benar memberikan
kebaikan bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada orang disekelilingnya.
Usai memarkir keretanya, dia
berjalan masuk ke pekarangan rumah. Belum pun sepuluh tapak dia berjalan,
kelihatan seorang anak kecil berlari-lari ke arahnya, Ummu Nusaibah Umarah.
Baru berusia 3 tahun tetapi petah percakapannya mengalahkan kanak-kanak berusia
5 tahun. Zubir seraya mengangkat anak kecil itu dan mendukungnya masuk ke
rumah.
*****
September
2008.
"So, bila nak datang
rumah ni?"
"Datang rumah anta ke
dia?"
"Rumah dia lah. Datang rumah
ana nak buat apa. Bukan ada orang pun. Kalau anta datang pun dapat minum air
bujang aje." Ashraf berseloroh.
"InsyaAllah minggu depan ana
datanglah," jawab Zubir sambil tersenyum. "Malam ni anta datang
tak?" Zubir mengalih
topik perbualan kepada aktiviti futsal yang dirancang mereka setelah lama
berbual pada topik yang sama.
"InsyaAllah kalau tak ada
aral yang melintang, ana join. Anta ambil ana la kat rumah. Kita gerak
sama-sama. Jimat sikit minyak motor ana." Ashraf berseloroh lagi.
“Tiada masalah. Untuk anta semua boleh.” Zubir menambah.
*****
“Akh Khairi, sebelum ni ana rasa risau sebenarnya. Maksud ana, sebelum
ana buat istikharah. Ana dah pernah cerita pada anta kan macam ana dengan dia
dulu. Kami ni terpedaya dengan mainan syaitan sehingga terjebak dengan couple
islamik. Tiap-tiap malam saling berbalas mesej. Kemudian, bertukar-tukar
hadiah. Kononnya masing-masing nak bawa ke syurga dengan peringatan-peringatan
islamik, ‘jangan lupa solatlah’, kejutkan qiamlah dan lain-lain lagi. Bila ana
ingat balik, ana rasa macam kotor sangat diri. Gunakan alasan agama untuk
berbuat dosa. Alhamdulillah, Allah temukan ana dengan anta. Barulah ana sedar
yang hidup kita ni bukan sekadar ini sahaja. Kita ada tanggungjawab yang lebih
penting dan saat itulah ana sedar yang apa yang ana buat sebelum ni salah.” Zubir
memulakan bicara.
“Ana ingat lagi macam mana anta cerita pada ana dulu. Dan kelakar juga
bila ingat balik macam mana seksanya anta nak move on bila dah putuskan
hubungan dengan dia. Datang usrah pun lesu, makan tak lalu, belajar tak masuk
dan macam-macam lagilah.” Akh Khairi mengusik Zubir.
“Mana taknya, kami dah berkawan dekat 5 tahun. Tak ada masalah apa,
tiba-tiba anta suruh putus sebab benda yang ana buat tu salah. Mau tak frust
ana masa tu. Tapi, masa tu ajela. Tak lama pun kan ana jadi orang tak tentu
arah. Lepas 2 minggu ana dah kembali normal balik.” Zubir membalas sambal
tergelak kecil.
Zubir sendiri berasa lucu apabila
mengenangkan peristiwa itu. Tidak pernah sekali dalam hidupnya berasa selemah
itu. Semuanya kerana seorang wanita.
Kenderaan yang dipandu Akh Khairi
terus meluncur laju melalui lebuhraya Karak. Pagi itu Akh Khairi, ibu bapa
Zubir dan Zubir sendiri menuju ke Bentong, Pahang untuk menyelesaikan perkara
yang telah membelenggu Zubir untuk beberapa minggu ini. Tetapi, ibu bapa Zubir
dan ibu bapanya menaiki kenderaan yang berlainan kerana mereka perlu pergi ke
tempat lain setelah urusan di Bentong selesai.
“Setiap orang ada kisah silam masing-masing. Itu kisah silam anta. Ana
pun ada kisah silam juga. Tapi, kita kena ingat. Setiap orang pun ada masa
depan masing-masing. Kita tak tahu apa yang menunggu kita di hadapan. Tengok
macam anta ni, dulu mungkin teruk sikit. Sekarang, ana pun kalah.” Akh
Khairi mengusik. Zubir hanya tersenyum mendengarkan usikan murabbinya itu.
“Dan kita juga perlu sedar yang kita tak tentu akan selamanya menjadi baik selepas berubah.
Boleh jadi kita kembali tercampak ke lembah jahiliyyah, Nauzubillahi min zalik.
Sebab itulah kita kena konsisten berdoa kepada Allah dan istiqamah dalam
beribadat kepada Dia.” Akh Khairi menyambung lagi.
Zubir hanya mengangguk tanda
faham. Dia melihat jam di dashboard
kereta Waja milik Akh Khairi sekilas. Kira-kira kurang satu jam lagi mereka
akan sampai ke destinasi yang dituju. Pagi itu jalan agak lengang. Jadi,
perjalanan mereka mengambil masa lebih cepat daripada yang dijangka.
Setelah 20 minit menyepi, Akh
Khairi memecahkan kesunyian kereta dalam kereta itu kembali.
“So, anta menyesal tak putus dengan dia dulu?” Akh Khairi bertanya.
“Tak. Ana bersyukur sangat. Sebabnya sekarang dua-dua dah ikut
tarbiyyah. Bayangkan kalau kami tidak putus dan masih bersama, mungkin kami
tidak kenal apa itu dakwah dan tarbiyyah. Dan jika kami masih bersama, ana
takut kalau-kalau kami inilah golongan yang pertama seperti yang Allah sebutkan
dalam ayat ke 26 Surah An-Nur, bukan golongan yang kedua.” Seraya Zubir
membacakan sebahagian terjemahan ayat ke 26 Surah An-Nur.
“Perempuan-perempuan
yang keji adalah untuk lelaki yang keji dan lelaki yang keji adalah untuk perempuan-perempuan
yang keji (pula), sedangkan perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik
(pula)….”
“Benarlah kata orang, kalau dah jodoh tu tak ke mana. Dia adalah
sebaik-baik perancang. Kita sebagai hamba perlu yakin dengan perancangan Dia
dan sentiasa bersangka baik.” Zubir menambah lagi.
“Alhamdulillah. Semoga Dia membalas segala pengorbanan kita.” Akh
Khairi membalas pendek.
Mereka terus berbual dan tanpa
sedar, mereka telah pun keluar dari lebuhraya Karak beberapa minit lalu. Zubir
segera mengeluarkan telefon pintarnya untuk mencari alamat rumah yang dituju
oleh mereka. Mujur rumah itu mudah dicari. Tidak sampai 15 minit mereka telah
sampai ke destinasi.
Degupan jantung Zubir semakin
laju. Dia berasa gugup dan gementar. Namun digagahkan juga setelah ibunya
menenangkan dia.
“Assalamualaikum….” Akh Khairi memberi salam kesejahteraan.
Kedengaran suara dari dalam rumah
itu menjawab salam suci itu. Tahulah mereka bahawa tuan rumah ada di rumah. Akh
Khairi dan ibu bapa Zubir masing-masing memandang Zubir dan memberi isyarat
supaya bertenang. Beberapa saat kemudian, pintu rumah dikuak. Mereka berempat
melangkah masuk apabila tuan rumah itu menjemput.
Zubir cuba menenangkan dirinya
dengan berzikir.
*****
Oktober
2014.
6 tahun telah berlalu. Zubir
tidak pernah menyesal akan keputusan yang diambilnya beberapa tahun dahulu.
Keputusan yang dibuat setelah dirujuk kepada-Nya memang benar-benar memberikan
kebaikan bukan sahaja kepada dirinya, malah kepada orang disekelilingnya.
Usai memarkir keretanya, dia
berjalan masuk ke pekarangan rumah. Belum pun sepuluh tapak dia berjalan,
kelihatan seorang anak kecil berlari-lari ke arahnya, Ummu Nusaibah Umarah.
Baru berusia 3 tahun tetapi petah percakapannya mengalahkan kanak-kanak berusia
5 tahun. Zubir seraya mengangkat anak kecil itu dan mendukungnya masuk ke
rumah.
Zubir bersyukur, keputusannya
untuk mengahwini Amirah 6 tahun lalu benar-benar tepat. Walaupun mereka berdua
mempunyai kisah lampau mereka sendiri, tetapi setelah disentuh tarbiyyah,
masing-masing berubah. Mereka tidak lagi menjadi kijang-kijang yang pengecut.
Kini mereka berdua telah berubah menjadi singa ummah. Dan ditakdirkan bahawa
jodoh mereka berdua memang telah ditetapkan di Luh Mahfuz untuk bersama.
Kini, mereka dikurniakan seorang
serikandi kecil. Seorang mujahid pula sedang menunggu masa untuk melihat dunia.
Zubir berharap agar anak-anaknya kelak akan menjadi mujahid dan mujahidah untuk
agama.
*****
gambar tiada kena mengena dengan entry. hanya sekadar peringatan. :p |
____________________________________________
* Akhirnya, setelah setahun lebih, berjaya juga noktahkan cerita pendek ini.
* Terima kasih kerana sudi membaca.
* Pada mulanya, nama Nusaibah itu hanyalah random. Selepas meng-google, ada sahabat nama Nusaibah rupanya. Nusaibah Binti Kaab. Dia digelar Ummu Umarah. Sebab tula nama anak Zubir tu jadi Ummu Nusaibah Umarah. Nak baca lebih lanjut pasal Nusaibah, boleh baca kat sini.