Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, June 14, 2011

the 8th day almost done!

Bismillah..


hm, disebabkan kebosanan punye pasal nak tunggu maghrib. rasa terpanggil pulak nak menaip di sini. HAHA. em, sekarang dah pun masuk bulan rejab kan. jadi, alang2 aku takde ape yang nak dibuat kat rumah ni, better aku berpuasa, btol tak? bila berpuase dalam bukan bulan ramadan ni lain rasenye. takde la penat sangat sebab bukan panas terik macam bulan ramadan tu pun. tapi, rase lain sangat2 sebab tahun ni aku puase sunat rejab di rumah. selalu kat sekolah dengan kawan2. adeh, tetibe rindu pulak dengan dorang nak buka same2. hah, dengan cikgu majid skali. selalu buke kat bilik dia dulu. terima kasih cikgu. cikgu la warden yang paling saye sayang! bile puase berturut2 tapi bukan di bulan ramadan, rase pelik pun ade. tak penah dibuat aku selama ni. HAHA. alhamdulillah, tahun ni Allah permudahkan urusan aku. bile berpuase, automatically aku tak makan nasi. bile aku tulis status aku kat facebook yang aku dah seminggu tak makan nasi, kawan2 aku tanye aku makan ape. jawapan aku, aku makan hati. HAHA. takkan la aku nak jawab sebab aku puase pulak. pasti ada je mulut2 sumbang yang akan bercakap nanti. bile da puase ni, sahur bukannya aku slalu bangun pun. kalo bangun pun, mimpi la aku nak makan nasi. bile buka pulak, kirim salam la aku nak makan nasi. HAHA. sebab tu la aku da seminggu tak makan nasi. tapi, semalam tak dapat nak puase, kesian kat kawan. kalo aku puase, mestilah nanti dia serba salah nak makan bile kitorang keluar. dah la dia drive sorang2 dari BP. esok pun mungkin burn, nak keluar lagi. dengan parents pulak. nak uruskan segala hal before masuk KMB. medical check up, buat akaun bank lagi. adeh. anyway, korang jangan la tiru aku isi mase sebelum berbuka dengan ber-blogging. better banyakkan ibadah, bace Quran ke, zikir ke. doa la banyak2 sebab antara mase2 yang doanya akan dimakbulkan Allah adalah sebelum berbuka. wallahualam bissawab. mase kat sekolah dulu, cikgu selalu pesan, banyakkan la berpuase sunat mase sekolah sebab mase dah kerja nanti dah susah. so, aku nak buktikan pada cikgu tu, statement dia bakal berubah. insyaAllah. ok, nak maghrib sudah. see ya!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...