Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, June 21, 2011

kecoh~

bismillah..


em, hari ni aku nak berkongsi dengan korang semua satu peristiwa yg tak mungkin aku lupakan. the issue is, 

AKU PENGSAN MASA SOLAT MAGHRIB KAT MASJID

haha. lawak kan. aku pun tak tau macam mane boleh pengsan. walhal masa tu aku sihat walafiat je. peristiwa ni baru je berlaku hari ahad hari tu. nasib baik la ade abang aku kat sebelah mase tu. terus papah aku bawak balik rumah. nasib baik la rumah aku dengan masjid sedepa je. haha. benda last yg aku ingat sebelum mencium lantai masjid tu, imam tengah bace surah lazim. then, sedar-sedar je abang aku dah angkat aku dan tanye aku kenapa. nak cakap memang pitam sebab tak cukup makan, tak cukup tidur pun, macam tak boleh pakai juga. sebab, memang rutin harian aku kat rumah ni tak terganggu pun. sepupu aku pulak cakap sebab ada lintasan 'sesuatu'. sebabnya, mase aku jatuh tersungkur tu, abang aku baru je angkat takbir. abang aku pulak baru je kena tindih mase tidur. lepas peristiwa dia kena tindih tu dia asyik pening kepala je sampai la mase aku pitam tu. hilang da pening kepala dia. sepupu aku tu seorang pengubat tradisional. muda lagi. belum 30. sangat-sangat admire him. tapi, yg kesian abang aku la. tak dapat dia solat berjemaah malam tu. mak aku pun kesian gak, terkejut tengok muka anak dia yg pucat lesi mase tu. dah la petang tu baru dikejutkan dengan berita ada rumah terbakar kat kampung aku ni. lepas je jemaah kat masjid selesai solat maghrib, berduyun-duyun semua orang datang rumah aku nak tanye pasal aku. haila. haha. dah macam kes sakit sangat-sangat je. sampai penuh rumah aku. ni la yg bestnya bila tinggal di kampung. orang-orang kampung sangat concern. lepas je peristiwa hari tu, tiap-tiap malam mak aku suruh tidur awal dan tiap-tiap mase makan mak aku suruh makan. haha. nasib baik la kat masjid aku berkarpet. kalau tak ada karpet mau pecah muka aku kot. tapi, pedih gak muka aku ni sampai la sekarang terase. haha.



moral of the story : jangan selalu tidur lambat dan makan lah ikut mase. =)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...