Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Sunday, October 30, 2011

another journey~

bismillah..

alhamdulillah, kerana masih diberi nikmat hidup sehingga saat ini.

sekali lagi, terasa terpanggil untuk menulis lagi di sini. mungkin kerana semangat ber-blogging itu dah kembali kot. em, another journey? yeah, i experienced another journey today. it's a very remarkable journey as i was alone.

ceritanya, selepas pulang dari kem at-taqwa, menyertai program "zero to hero" by guidance, diri ini berada dalam keadaan dilema. fittri fahmi ajak ke daurah lain, azrin pula, ajak ke ekspo buku islam di KL sentral.

setelah berfikir agak lama, lalu membuat keputusan untuk ke ekspo buku dan akan menyusul fittri pada petang hari. namun, azrin secara tiba-tiba membatalkan hasratnya. terpaksa la pergi sorang-sorang. pada mulanya, nak batalkan je niat nak ke ekspo tu, setelah lama memerah otak berfikir, akhirnya, pergi jugak.

disebabkan kecintaan terhadap buku sangat mendalam, sanggup meredah panas terik berjalan seorang diri ke KL sentral, walaupun tak pernah pergi sorang-sorang. kali ni baru nak masuk second time. tawakal je. 
awal-awal lagi Allah dah mnguji, terpaksa menunggu bas sehingga setengah jam lamanya. 

kali ni memang betul-betul survival lah. tak pernah pon gerak sorang-sorang ni. hasilnya, tersalah turun stesen masa naik erl. nak turun kat KL sentral, terturun awal kat TBS. haha. lawak sungguh. announcer tu punya pasal la. salah announce. aku dah la tak tau. terpaksa la menunggu another 25 minutes kat TBS. walaupun digelakkan oleh dia, takpe. ada hikmah Allah jadikan begitu. sempat baca beberapa helai tadi. =)

sampai sahaja di KL sentral, mencari surau terlebih dahulu. melunaskan apa yang wajib. usai solat, meneruskan misi utama ke KL sentral. ke ekspo buku islam. buku yang dicari nampaknya tiada, agak kecewa. alang-alang da ke sana, beli lah jugak. 




inilah dua buku yang dibeli untuk diri sendiri. ada lagi 3 buah. tapi, untuk orang lain lah. dia dan azrin. entah berapa kali keluar masuk tempat tu pon tak kira. carikan buku-buku untuk mereka berdua. 

tak sedar masa berlalu terlalu pantas. jam pukul 6. ingatkan nak duduk sekejap, berehat sambil berfikir macam mana nak menyusul fittri di daurah. tapi, lain pula jadinya. aku didatangani oleh seorang pakcik yang agak berumur.

pakcik : assalamualaikum...
aku : waalaikumussalam..
kami bersalaman
pakcik : anak, maaf la mengganggu. anak nampak macam alim je, dengan kopiah bagai. saja pakcik tegur, beri salam. 
aku : eh, takdelah alim mane pon, pakai kopiah je kot. ==" (dalam hati, "aku nampak macam tu ke?")

saje nak mention part tu. haha. em, panjang perbualan kami sebenarnya. banyak yang aku belajar dari pakcik tu. kira, ni pon satu lagi hikmah Allah mendetikkan keinginan dalam hati aku nak berehat sebentar kat situ. usai maghrib wa ma'thurat (asar tak sempat bace), da buat keputusan untuk tak sertai fittri dan akan ke intec. jadi, malam ni tidur di intec.

main redah je. tak pernah pon gerak ke sana sorang-sorang. pergi intec pon tak pernah. main aci taram je. innalaha ma'ani. 

akhirnya, sampai jua ke shah alam. jam dah pon pukul 9. terus ke seksyen 6, kolej cendana. nasib baik call joe dulu. kalau tak memang lagi haru la kalau dah sampai seksyen 6. kawan-kawan kat intec semua keluar dan balik. jumpa joe di seksyen 2. then, barulah ke intec. 

sekarang ni di bilik joe setelah jumpa my best buddy at plkn yang sangat seronok tu. malam ni tidur kat sini. esok baru nak balik. 

so, totally, it's a great day for me as it very experiencing and joyful. betul ke? alhamdulillah again. thanks Allah
..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...