Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Wednesday, October 26, 2011

penat.sedih.kecewa.marah.gembira. mana satu?

bismillah...

hari ni tiba-tiba rase terpanggil untuk menulis di sini setelah berkurun lamanya tidak bertulis. tak tahu mengapa. mungkin kerana hati ini sudah sakit menanggung segala apa yang terpendam. mungkin juga. kini, cuma inilah tempat untuk diluahkan segala rasa selepas kepada Yang Maha Pencipta.

PENAT? SEDIH? MARAH? KECEWA? GEMBIRA? 
yang mana satu eh?

mungkin semua, mungkin juga tidak. mengapa perlu berasa sedemikian? ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah. kuatkanlah hati hamba-Mu. suburkanlah jiwanya dengan kalimah-kalimah-Mu.

PENAT?

ya, semestinya! seharian berjalan pusing satu bandar. tapi, demi tugas dan demi Allah. tetap digagahi! kami keluar berlapan dengan bas pada jam 8 ++. dalam bas dipenuhi dengan orang asing yang cuti pada hari ini (deepavali). jadi, mereka keluar ke bandar. bas yang kami naiki tu pun dah jadi seperti sardin. sepanjang perjalanan terpaksa mengeraskan kaki, mengawalnya agar tidak tersentuh dengan kaki perempuan di hadapan. Allah menguji aku dan telah menilai aku. hasilnya, wallahualam. turun-turun bas je rasa lenguh dah kaki tu, belum berjalan lagi. sampai je, terus cari kedai makan, kesian mereka, belum bersarapan. kemudian, terus menjalankan misi mencari kedai perabut. kedai pertama, hampa, tutup. dah la terpaksa berjalan beribu-ribu batu. (hiperbola je). terus lagi. kedai kedua. hampa juga. tiada apa yang dimahukan. terus lagi. oh, jauh sungguh. tiba-tiba teringat kisah nabi dan sahabat yang berhijrah jauh dari Mekah ke Yathrib. tanya diri sendiri, mana lagi jauh. aku atau mereka? mana lagi teruk, aku atau mereka? terasa seperti ada sesuatu yang menyerap masuk ke dalam badan. semangat barangkali. kami terus berjalan. kedai ketiga, juga menghampakan. tutup juga. terus lagi. alhamdulillah, Allah menolong kami. kedai terakhir, kedai kelima sebenarnya, dibuka dan barang yang dicari ada di sana. selesai proses tawar-menawar. kami meneruskan langkah semampu mungkin. akhirnya, sampai di courts. berehat sebentar di sana menikmati kedinginan udara di dalamnya. sekali lagi, menghampakan. tiada pasangan. kami lari meninggalkan courts dan terus menuju ke The Store. di sana lah kami menghabiskan masa berbincang dan melunaskan segala hal. malas berjalan lagi, mengambil keputusan makan di KFC yang ada di situ sahaja. Allah takdirkan kami terjumpa dengan rakan sekolej yang sedang enak menjamu selera. seusai makan, terus pulang menaiki teksi. tak larat sudah berjalan. alhamdulillah, keputusan tepat. hujan tiba-tiba turun. Allah membantu kami lagi sekali. sampai ke kolej sudah pun jam 3. itulah perjalanan kami. jadi perlukah aku berasa penat dengan hal seperti itu? yang hanya sedikit jika hendak dibandingkan dengan musafir Rasulullah dan para sahabat dahulu. sepatutnya tidak! ya, tidak patut sama sekali! aku tak boleh rasa penat! ya, aku kuat!

SEDIH?

mungkin, terlalu public jika ingin aku nyatakan di sini. biarlah cerita ini di simpan sahaja. mungkin itu lebih baik. "..boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagi kamu. dan boleh jadi kamu menbenci sesuatu sedangkan itu amat baik bagi kamu..."(2:216) . ya, mungkin itu lebih baik. namun, aku tetap ingin menyatakn kesedihan aku di sini dengan olah dan perangai serta cara berpakaian orang yang berada di sekelilingku tadi, termasuklah yang bersama-sama denganku.

KECEWA?

boleh jadi juga. tapi, sebab apa aku pun kurang pasti. mungkin, kerana kecewa dengan diriku sendiri. ya, mungkin! kecewa kerana tak dapat dan tak berupaya mengeluarkan hasrat yang terpendam yang ingin dilontarkan. mungkin salah aku juga. tak menjadi seorang pemimpin yang bijak dan berhikmah. barangkali ya. lain-lain? kecewa dengan orang sekeliling sekali lagi mungkin. ok, tutup cerita kekecewaan. biarlah Dia yang mengubatnya. 

MARAH?

hampir-hampir. nasib baik gunung berapi tidak sempat memuntahkan laharnya. sekali lagi, Allah membantuku. alhamdulillah. tapi, kenapa nak marah ya? perlukah? bukankah sabar lebih baik? ya, sabar itu lebih baik. namun, aku bukan nabi yang mampu bersabar selamanya. aku insan kerdil yang lemah. namun, Allah tetap membantuku. tetap mampu bersabar. tetapi, tidak mampu berlakon dengan baik. kadang-kala, senyum itu hilang dari mulut.

GEMBIRA?

ya, aku memang patut gembira. mungkin kerana malam tadi. dan mungkin juga kerana hari ini. malam tadi ada apa ya? alhamdulillah, di beri kepercayaan oleh separuh rakyat KMB untuk menjadi wakil mereka. pap! terus terasa berat apabila mendengar nama sendiri diumumkan. ya! itulah tanggungjawab. aku perlu kuat dan bijak. perlu juga berusaha melunaskan janji yang telah ditaburkan. insyaAllah, akan diusahakan sebaik mungkin. kemudian, gembira sebab tadi. mungkin, hal-hal perabut berjaya diselesaikan. seterusnya menjadi sebab untuk aku gembira. perlukah? perlu atau tidak, aku telah pun berasa gembira. hanya karpet dan meja sahaja yang menjadi halangan. 

jadi, yang mana satu perasaan aku sebenarnya? 

PENAT? SEDIH? KECEWA? MARAH? GEMBIRA?

apa kata anda? anda rasa? 

berpenatlah kamu dengan amal dan ibadah sebelum orang lain berpenat kerana menguruskan jenazahmu,
bersedihlah atas segala dosa kamu sebelum orang lain bersedih atas pemergianmu,
kecewalah atas segala apa yang telah kamu lakukan sebelum kamu kecewa di akhirat kelak,
marahlah dirimu kerana melanggarkan perintahnya sebelum kamu dimarahi di barzakh,
dan,
bergembiralah sekadarnya di dunia agar dapat bergembira sepenuhnya di akhirat kelak.

*jom, muhasabah diri!


2 comments:

  1. assalamualaikum acad.
    wahh, post terbaru.
    emm, macam terasa pun ada. uhukkk~
    tp tengs sbb sanggup bawa ktorang! x tau la plak smpai mcm tu ko alami.
    * muhasabah diri juga. huu~
    [3:104] =)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...