Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, February 07, 2012

saya cemburu apabila melihat dia..

bismillah..

sering kali, saya berasa cemburu bila melihatkan dia. 



saya amat cemburu apabila dia sering didampingi orang. ramai pula tu. dan kebanyakannya lelaki. saya cemburu. sangat-sangat cemburu. kenapalah mereka nak rapat dengan dia, bukan saya?

saya amat cemburu apabila melihat dia bermesra dengan ikhwah. namun, tidak pernah rasa marah, cemburu cuma.

saya amat cemburu apabila periksa, sering kali dia mendapat perhatian kerana keputusannya yang mantap. saya cuma dipandang sebelah mata. cemburu sungguh.

saya amat cemburu apabila bercerita soal agama, yang dicari ialah dia, bukan saya. mengapa? sampai bila harus saya terus berasa cemburu?

saya amat cemburu apabila melihatkan dia berjalan, saya cemburu kerana ramai kaum Adam yang bertegur, memberi salam dengannya. kaum hawa pula hanya menundukkan pandangan apabila berselisih dengannya. saya sangat-sangat cemburu kerana mengapa bukan saya orang itu? 

mengapa bukan saya yang tidak ditegur oleh kaum hawa?
mengapa bukan saya yang ikhwah-ikhwah cari?
mengapa bukan saya yang tahu perkara itu?
mengapa bukan saya yang berada di atas itu? 
mengapa bukan saya yang mampu menjawab segala persoalan itu?
mengapa bukan saya yang ______________?

air mata laju keluar.

saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang hadirnya dinanti dan perginya ditangisi.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang ahli ilmu dunia dan akhirat.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang hafaz al-quran.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang dihormati orang.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang ada bulatan gembira yang bahagia.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang kuat di jalan dakwah.
saya sangat-sangat cemburu dengan ikhwah yang _______________.

refleksi diri sebentar. mengapa bukan saya yang berada di tempat ikhwah itu. air mata terus laju mengalir, hati berdegup kencang. mungkin, saya tak mampu hadapi ujian dunia itu. sebab itu Allah tak kurniakan pada saya. mungkin juga sebab banyak kefuturan yang saya lakukan, sebab itu Allah berikan jalan ini. Allah nak suruh supaya saya lebih dekat pada-Nya. 

ya Allah, sesungguhnya, aku benar-benar cemburu pada orang-orang yang kau berikan nikmat dan kekuatan yang lebih dalam usaha menegakkan agama-Mu.

3 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...