Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, April 17, 2012

follow, unfollow, following, follower.

bismillah...

tiba-tiba, datangnya satu perasaan yang sukar ditolak. apetah lagi apabila perasaan tu datang selepas berpetak riang. senyum lebar sambil mengenyit mata. perasaan ingin berdakwah. hoyeah!!

terima kasih kepada sahabat-sahabat 'petak riang' yang telah membantu menaikkan kembali keghairahan yang telah pudar ni. walaupun esok ada test, walaupun esok kena hantar lab report, walaupun ada dua paperworks yang ternanti-nanti untuk disiapkan, demi agama yang Haq ni, demi kalimah Lailahailallah, aku sanggup. anda, bagaimana?

" wahai orang-orang yang beriman! jika kamu menolong agama Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan membantu meneguhkan kedudukanmu." 
(47:7)

inilah ayat yang selalu menaikkan semangat aku kembali disaat aku hampir-hampir tersungkur, terkulai layu. hebatkan Allah! ayat cinta-Nya merangsang pencinta-Nya lebih dari segalanya!

baiklah, tajuk kita pada hari ni: FOLLOW



kepada mereka-mereka yang mempunyai akaun pengicau, pasti perkataan 'follow' ni amat familiar bukan? follower, following, unfollow, follow semua tu normal dan biasa bukan bagi anda?

sebenarnya, pernahkah kita fikir, kenapa kita follow seseorang itu? adakah kerana dia follow kita jadi kita pon follow mereka balik? atau sebab kita nak tau perkembangan mereka? atau sebab mereka kawan kita, keluarga kita, admirer kita, crush kita, _______kita ? atau sebab _____________? kenapa?

pernahkah kita terfikir? amat mudah bukan untuk kita follow, hanya tekan je pada button follow tu, kita dah pon follow mereka, unless kalau mereka privatekan.

teringat kata-kata seorang ikhwah, katanya, "naqib aku pesan, kalau post kita tak menaikkan iman orang yang membaca, tak perlulah post." same goes to this twitter thingy, right? kenapa kita follow kalau orang yang kita follow tu tak menaikkan iman kita pon. malah, kadang-kadang menurunkannya ke tahap yang lebih rendah. nauzubillah.

apabila tiba soal macam ni, semuanya berbalik pada hadis pertama dalam hadis 40. ingat lagi? kalau lupa rujuk boleh rujuk sini. semuanya kembali pada niat kita. kenapa kita follow mereka. jadi, kenapa ya? adakah kerana Allah? alhamdulillah.

sungguh seronok bukan jika kita beramai-ramai follow sunnah Rasulullah saw. kalaulah nak follow sunnahnya semudah follow orang di pengicau, wah, seronok sungguh! tekan  satu button je dah follow. bila orang tanya, "kau dah follow rasulullah belum?" dengan mudahnya kita menjawab, "dah". kalaulah ia semudah itu. realitinya, bukan begitu. tapi, adakah ia begitu sukar sehingga sukar diikuti? anda jawab.

"katakanlah: jika kamu benar-benar mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu, Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(3:31)

so, what are we waiting for? perlukah kita menunggu sesuatu yang tak pasti? dan perlukah kita mengabaikan sesuatu yang telah pasti? rugilah kalau begitu. so then, let's strive to mardhatillah!

*kadang-kadang kita suruh orang follow kita. tapi, pernahkah kita tengok cermin? koff..koff..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...