Zarul : Bro, kau
buat ape ni? Judi ni wey. Haram.
Ikmal : Eh, pehal
pulak? Ni bukan judi la. Game biase je.
Zarul : Judi ni
wey. Kau kena bayar kan nak join game ni?
Ikmal : Memang la
aku kena bayar, tapi bukan banyak pon. Takdelah rugi mane pon kalau kalah.
Zarul : Bile kite
kena bayar tu, kire judi la. Macam kita pertaruhkan duit kita.
Ikmal : Oh, camtu
ke? tak tau pulak aku. Sure je kau ni
cakap. Mane kau jumpe sumber ni?
Zarul : Ala, boleh
fikir sendiri kan. Kau kan pandai.
Ikmal : Aku memang
pandai. Tapi kalau bab-bab agama ni kurang sikit. hehe
Zarul : Tu la kau,
dunia je kau kejar. Akhirat lupa.
Ikmal : Aku bukan
lupa bro. Tak sempat.
Zarul : Tak sempat
konon. Pegi belanja awek makan ada masa pulak.
Ikmal : Bukan awek la bro, kawan je. Jap-jap, kau
tak cakap lg mane sumber kau pasal judi tadi? Takde citation tak valid la. Lagipon,
kau pon macam tak sure sangat je.
Zarul : Pandai la kau ubah tajuk eh. Ala, tak
payah nak citation sangat la kan. Okay-okay, kita tanya ustaz eh nanti.
-------------------------------------------------------------------------
Ustaz : Waalaikumussalam. Hm, ada pape yang boleh
saya bantu ke?
Zarul : Macam ni ustaz. Kami nak tanya ustaz,
macam mana jatuhnya hukum haram pada satu-satu game yang kita main tu bila ada unsur-unsur
seperti judi diterapkan?
Ustaz : Ape maksud kamu ada unsur-unsur judi ni?
Zarul : Macam ni ustaz, kawan saya ni ada masuk
satu pertandingan. Syarat pertandingan tu, peserta kena bayar dulu baru boleh
masuk. Tak ke macam peserta-peserta tu semua pertaruhkan duit diorang?
Ustaz : Oh, camtu ke. sebenarnya kita kena faham
dulu ape itu judi. Kita tak boleh simply nak cakap something tu judi bile kena
bayar. Kalau macam tu, semua orang kat Malaysia ni berjudi la?
Ikmal : Err, ape maksud ustaz?
Ustaz : Kalau ikut ape yang kamu cakap tadi, kira semua
orang Malaysia berjudi la sebabnya semua orang kena bayar yuran nak masuk
sekolah, kolej, university semua kan? Kalau ikut kamu, mereka semua pertaruhkan
duit dorang la kan untuk berjaya?
Zarul : Eh, itu lain ustaz. Yang tu kita bayar
untuk technical things ustaz. Buku-buku lagi.
Ustaz : Sebab tu la saya cakap tadi. First sekali
kita kena faham dulu ape itu judi. Hah, judi tu ape?
Ikmal : Zarul, kau pandai agama kan, judi tu ape?
Zarul : Eh, tanya aku pulak.
Ustaz : Dah-dah. Biar ustaz cakap je. Judi ni
apa-apa perkara yang melibatkan pertaruhan. Tak kisah la kalau yang
dipertaruhkan tu duit ataupun barang. Lagi satu, mesti ada pihak yang rugi dan
ada pihak yang untung, barulah dikira judi.
Ikmal : Oh, camtu.habis tu, macam pertandingan
yang saya join ni judi ke tak ustaz?
Ustaz : Kalau kita nak tau judi ke tak, kita
tengok aliran wang yang kita bayar tu pergi ke mana. Kalau pergi ke hadiah,
maksudnya duit yang kita bayar tu untuk beli hadiah, judi la tu. Tp, kalau duit
yang kita bayar tu hanya untuk caj upah, makanan dan pengurusan, itu bukan
judi. So, duit yang kamu bayar tu pergi ke mana?
Ikmal : Tak tau la ustaz. Saya tak tanya penganjur
la pulak. Tapi, pertandingan tu dah ada penaja. Penaja yang taja hadiah tu
semua.
Ustaz : Kalau macam tu, tak la. Tapi, kalau kita
tak yakin, better kita hindarkan je. Tak payah join pon. Syubhah kan. Better jauhi
perkara-perkara yang syubhah.
Ikmal : Oh, macam tu rupenya. Saya tak berjudi la
ni kiranya. Alhamdulillah. Hah, dengar tu Zarul, aku tak berjudi. Pandai-pandai
je cakap aku main judi.
Zarul : Ala, lepak la bro. Dah ada penjelasan
dari ustaz kan. hehe
Ikmal : Kita bukan alim ulama’ Zarul nak bagi hukum-hukum
ni semua. Sebab tu adanya ustaz-ustaz dan alim ulama untuk kita rujuk bila ada
permasalahan macam ni.
Zarul : Pandai gak kau cakap eh. haha. Eh, lupe
pulak ada ustaz kat sini. Terima kasih banyak-banyak la ustaz atas penjelasan
tadi. Baru kami faham.
Ustaz : Same-same. Takpe-takpe, bukannya saya
rugi ape-ape pon. Kita same-same untung.
Ikmal : Okay la ustaz, kami minta diri dulu. Terima
kasih, assalamualaikum.
Ustaz : Waalaikumussalam.
------------------------------------------------------------------------
Ikmal : Zarul, kau cakap kat aku hari tu kat
kolej kau selalu ada aktiviti kan? Kena bayar tak nak join?
Zarul : Ada yang kena bayar, ada yang tak.
Ikmal : Hm, pandai-pandai la pilih eh. dah tau
kan macam mane nak tau ada judi ke tak.
Zarul : Tu la pasal. Aku nak recheck balik
dengan kawan-kawan aku semua ni.
Ikmal : Bagus la tu. Takdelah nanti ramai yang
buat dosa tanpa sedar. Wey, aku lapar la, makan jom.
Zarul : Kau makan je. Dah, jom-jom.
No comments:
Post a Comment