“Pergi! Pergi! Kau bukan anak aku!
Anak aku dah mati! Pergi!”
“Mama, ini Iman ma, anak mama. Iman
Rasul bin Tahir. Mama dah tak kenal Iman lagi ke? Mama yang melahirkan Iman,
yang besarkan Iman, yang buat segala-galanya untuk Iman dulu. Iman membesar
dengan susu mama...”
“Tak! Anak aku dah mati! Pergi!”
Pap!
Bahu Iman ditepuk lembut oleh isterinya. Mati terus lamunan tentang kenangan
pahitnya yang tidak mampu dilupakannya walaupun dalam tidur. Dia sering
terbawa-bawa peristiwa pahit itu dalam tidurnya. Zulaifah, isterinya merupakan
wanita yang paling disayangi dalam hidupnya selepas ibunya. Zulaifahlah yang
menjaga makan minum dan sakitnya. Dan isterinya itu jualah tempat dia
melepaskan segala sakit batin yang dialaminya.
“Jauh termenung. Ingat siapalah tu?
Teringat girlfriend lama ke?” usik
Zulaifah kepada suaminya.
“Oh, Zu! Abang ingat perempuan
manalah tadi yang terpikat dengan abang terus tegur abang. Hah, dah jumpa dah
buku yang Zu cari tu?” Iman mengubah topik. Sengaja mahu lari dari soalan
isterinya itu.
“Perasan handsome sangatlah tu sampai fikir ada orang nak terpikat dengan
dia.”
“Boleh tahanlah. Kalau tak,
takkanlah Nur Zulaifah bte Hamdan ni
setuju nak nikah dengan abang,” Iman menambah perisa usikan dalam masakan
gurauannya.
“Ala, Zu setuju sebab iman abang. Bukan
sebab nama abang Iman, bukan sebab rupa abang. Kalau rupa, nanti dah tua
hilanglah cinta Zu pada abang sebab masa tu muka dah berkedut sejuta. Tapi,
kalau sebab iman, Insya-Allah, selagi iman abang masih di dada, masih kuat,
selagi itulah Zu akan sentiasa di sisi abang.”
Kenyataan
Zulaifah benar-benar membuatkan Iman berasa runtun, sayu. Nyata, pilihannya
tidak salah. Inilah hasilnya jika sesuatu pilihan itu dibuat setelah menjadikan
Allah sebagai kaunselor terbaik walaupun pada dasarnya, pelbagai rintangan dan
cabaran terpaksa ditempuhinya dalam perjalanan membina mahabbah kasih sayang
rumah tangga ini. Dia mula merasakan bahagia dalam hidupnya walaupun baru
beberapa bulan melaksanakan sunnah nabi ini. Malah, isterinya itu juga baru
dikenalinya beberapa minggu sebelum pernikahan. Atas keyakinan terhadap
agamanya, Iman tekad bernikah dengan Zulaifah walaupun ditentang oleh
kedua-kedua orang tuanya. Hal inilah yang begitu mengganggu fikirannya. Ibunya
kini tidak lagi mengaku dia sebagai anaknya. Ayahnya pula langsung tidak
mempedulikan kisah hidupnya. Sentiasa sibuk dengan kerja-kerja di syarikat.
Setelah
membayar buku yang dibeli oleh isterinya di kaunter, Iman mengajak isterinya
pulang terus kerana tidak mahu terlewat mengerjakan solat Asar. Boleh sahaja jika
mereka hendak solat di luar, malah di pusat beli-belah itu juga terdapat
surau-surau yang telah disediakan untuk kemudahan orang Islam. Tetapi, Iman
lebih gemar solat di rumah kerana hendak berjemaah dengan isterinya. Romantik
dan bersungguh benar mereka dalam melaksanakan ibadah. Benarlah firman Allah
dalam surah An-Nur ayat ke-26, maksudnya, “...perempuan yang baik untuk lelaki
yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik...”.
Dalam
perjalanan pulang, tiba-tiba...
Salam ziarah
ReplyDelete