sambungan daripada untitled #1...
Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba
Iman terpandang satu kelibat yang tidak asing lagi dalam hidupnya pada suatu
masa dulu namun begitu asing buatnya kini. Kelibat ibunya. Tidak semena-mena
kakinya ibarat bergerak pantas berlari menjauhkan diri dari ibunya itu. Lantas
laju tangannya menarik tangan Zulaifah dan bergegas keluar dari pusat
beli-belah itu lalu pulang terus ke rumah. Zulaifah kelihatan terpinga-pinga.
*****
Seusai
solat Asar, mereka menyambung dengan membaca Al-Ma’thurat bersama-sama. Itulah
rutin mereka setiap hari melainkan jika ada urusan lain. Maklumlah,
kedua-duanya sibuk. Iman sibuk di hospital menguruskan pesakit manakala
Zulaifah pula sibuk di sekolah menguruskan bakal-bakal pemimpin negara dan
agama Islam suatu hari nanti.
Soalan
yang dilontarkan Zulaifah kepada suaminya siang hari tadi ketika di MPH masih
lagi tinggal tidak berjawab. Dia tahu bahawa suaminya itu ada masalah dengan
ibu bapanya yang juga ibu bapa mertuanya. Dia tahu dan faham benar serta terkadang
menyalahkan dirinya sendiri kerana menganggap dialah punca suaminya bertelagah
dengan ibu bapa mertuanya. Namun, apakan daya, manusia hanya mampu merancang,
tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu
adalah sebaik-baik perancangan.
Malam
itu, ketika di meja makan, Zulaifah melontarkan kembali persoalan yang tidak
berjawab oleh suaminya siang tadi. Hasratnya untuk membantu suaminya sebagai
isteri benar-benar mendorongnya untuk mengetahui akan hal yang terus menghantui
suaminya itu.
“Abang, macam mana Zu masak malam
ni, sedap tak? Maaflah kalau tak sedap eh. Nanti Zu hire Chef Wan untuk ajar Zu masak, “ Zulaifah memulakan bicaranya
pada malam itu.
“Eh, kalau dah namanya Zulaifah
binti Hamdan, masakannya tentulah sesedap namanya. Tak payahlah nak hire Chef Wan bagai. Zu pun mantap apa
masak. Entah-entah kalah Chef Wan tu,” balas Iman sambil menyuapkan nasi kepada
isterinya.
“Ok, kalau macam tu Zu nak upah la
sebab dah masak sedap-sedap untuk abang. Boleh tak?”
“Untuk si cantik manis ni apa-apa
pun boleh, insya-Allah. Hm, Zu nak apa?”
“Err, betul ni? Janji?” Zulaifah
meminta kepastian.
“Puan Zulaifah, anda diberi masa 5
saat lagi untuk meminta sesuatu daripada saya. Tamat 5 saat, tamatlah tawaran
saya. 5, 4, 3, 2....sa”
“Stop! Tak aci la kira laju-laju.
Itu 5 nombor, bukan 5 saat. Em, Zu tak nak apa-apa dari abang sebenarnya.
Cumanya Zu berharap agar abang dapat jadikan Zu sebagai tempat abang curahkan
segala apa yang terbuku di hati tu. Zu tak suka tengok suami Zu ni murung je.
Kalau boleh Zu nak ceriakan abang selalu. Tapi, masalahnya Zu tak pasti
penyebab kemurungan abang. Sebab tu la kalau boleh Zu nak abang ceritakan pada
Zu masalah abang sebenarnya. Zu sentiasa ingin berada di samping abang. No matter what the situation is, snowy,
storm or what, let us go thru it together,” Zu meluahkan apa yang
disimpannya sejak sekian lama. Matanya dilihat berkaca-kaca.
Iman
memandang isterinya dengan satu pandangan yang sukar diterjemahkan oleh
mana-mana kaum hawa. Zulaifah sendiri keliru sama ada suaminya marah padanya
ataupun sebaliknya. Makan malam romantiknya yang bertemankan lampu lilin dan
hanya menggunakan satu cawan sahaja untuk minum seperti hari-hari sebelumnya
bertukar mood. Mood serius tahap tujuh. Iman hanya memandang sahaja isterinya.
Diamnya lama. Mungkin sedang mengarang jawapan untuk diberikan kepada isteri
yang disayanginya itu.
Meja makan
mereka terus senyap. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran. Seusai makan,
Iman kembali membuka bicara.
“Zu, sebenarnya.....