Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, July 10, 2012

sahabat, selemah inikah kita? kita kuat kot! wake up!

bismillah..

hari-hari yang mendatang semakin kosong buatnya. tiada suatu perkara pun yang dilakukannya boleh menggembirakan hatinya yang kosong itu. hari ini, dia masih lagi di situ dan masih lagi begitu. puas sudah rakannya cuba mengisi hatinya, namun segalanya seperti sia-sia. segala curahan nasihat dibiarkan angin menghembus pergi, dibiarkan air mengalirkannya jauh. 

Muhammad Muslim bin Abd Ghani. nama sahaja dah cukup untuk menyiarkan agama yang dianutinya kepada umum. muslim, seorang yang beragama Islam. keinginannya untuk mati dalam Islam sangat tinggi, setinggi gunung di Nepal. namun, keinginannya untuk hidup dalam Islam tak pernah wujud dalam dirinya. mungkin belum wujud barangkali.

kini, hari-harinya terus kosong kerana hatinya remuk, diratah-ratah oleh seorang insan yang amat dia sayangi. seorang lagi hamba Allah namun berlainan jantina, seorang Hawa. Hidup Muslim yang berlandaskan akal dan nafsu semata-mata membawanya ke situasi yang dialaminya sekarang. Hawa itu bukanlah ibunya, bukan pula nenek, makcik, kakak hatta bukan jua adik perempuannya. Hawa itu ajnabi baginya, asing. Namun, besar maknanya baginya apabila dia sendiri tidak meletakkan sesuatu di tempat yang sepatutnya. Hawa itu tidak seharusnya berada di mana dia berada pada pandangan Muslim pada waktu itu.

*bunyi telefon berbunyi. satu mesej masuk

"Assalamualaikum. Muslim, saya rasa kita dah jauh. Ini bukan cara dan jalannya. Saya rasa, awak pon faham. Alhamdulillah, masih awal Allah jentik hati saya untuk menyatakan perkara ini kepada awak. Alhamdulillah, Dia bagi kekuatan yang puas saya cuba raih sejak sekian lama. Akhirnya, kekuatan itu terjelma jua. Sila jangan hubungi saya lagi. Saya takut kalau-kalau hati kita semakin hitam, semakin jauh dari Dia. Jadi, silalah jangan hubungi saya lagi sehingga awak benar-benar bersedia. siapkanlah dirimu dulu. Mintak diri Assalamualaikum."

Hanya kerana beberapa baris ayat begitu sudahpun cukup membuatkan Muslim jadi begitu. Mengapa? sahabat-sahabat muslimin, selemah itukah kita?

********
disklaimer:
sila hiraukan apa yang terjadi kepada Muslim selepas itu. mungkin anda semua boleh menyambungnya sendiri barangkali. eh? dan cerita di atas boleh diolah wataknya, hawa menjadi muslim dan muslim menjadi hawa. sekian..

bismillah..

sahabat-sahabat...
ketahuilah, masih belum terlambat lagi untuk kita berubah. jalan di hadapan kita banyak cabangnya dan masih jauh lagi perjalanannya. setiap jalan yang ada akan memberikan kesan yang berbeza. kita yang berhak untuk pilih. kita yang berhak untuk pilih mana satu jalan yang kita nak lalui.

sahabat-sahabat..
andainya ada antara kita yang dah tersilap langkah, jangan malu untuk kembali ke pangkalnya dan pilih jalan yang baru. malu kita patut diberikan pada yang lebih layak. pada Tuhan kita. bukan pada makhluk-Nya.

selagi kita mampu bernafas, selagi itulah kita ada masa, ada peluang untuk kita terus bertaubat pada-Nya. Dia Maha Pemurah. Dia Maha Mendengar. Apa lagi yang hendak kita ragui?

sahabat-sahabat yang dirahmati Allah...
perlukah kita bersedih atas apa yang tidak perlu kita sedihkan? perlukah kita bazirkan air mata kita itu pada tempat yang tak sepatutnya. kita sepatutnya menangis dengan apa yang telah kita lakukan. bukan dengan apa yang telah menimpa kita.

sahabat, selemah inikah kita? kita kuat kot! wake up!





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...