Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Monday, December 05, 2011

aku nak kelihatan osem!

bismillah....

setelah kebosanan di pagi ni, mulalah aku men-google macam-macam. dari blog sampailah twitter. tak lupa lalu di muka buku. pagi ni, terbit satu persoalan yang bermain-main di benakku. tiba-tiba fikiran aku bejat. ceh, bejat la sangat. haha.

aku sebenarnya terfikir, macam mana Rasulullah saw sikat rambut sebenarnya. aku keliru. bnyak sangat versi. ada yang kata ke tepi, ad yang kata kebelakang dan ad juga yang kata belah tengah. tapi, aku pasti dan yakin tiga ratus tujuh puluh empat peratus yang rambut Rasulullah bukanlah bergaya mohawk mahupun spiky. heh.

aku juga ingin kelihatan osem! biaselah, manusia. fitrahnya begitu. tp, cuba kita soroti balik, kita nak kelihatan osem pada siapa dan untuk apa? first of all, kita mestilah betulkan balik niat kita. kalau kita niat nak kelihatan osem di depan lelaki/perempuan hanya untuk menunjuk-nunjuk atau hanya inginkan perhatian dan pujian, adalah lebih baik kita hanya bersederhana. bukankah bersederhana itu unjuran Islam? lg satu, kalau kita niatkan kerana itu, itu jela yang akan kita dapat. tetapi, kalau kita niatkan kerana nak dapatkan reda Allah, insyaAllah, yang diniatkan akan diperoleh dengan mudahnya. masih ingat lagi hadis pertama dalam kumpulan hadis 40? kalau lupa, boleh tengok kat sini.

kemudiannya, tentang kelihatan osem pada siapa. hah, pandangan siapa yang perlu diutamakan? ehem, ehem. perlu saya bagi tahu lagi ke? rasanya, anda semua adalah dari golongan yang bijak pndai lagi bijaksana. jadi, tidak perlu rasanya saya menyatakannya di sini. fikir-fikirkan lah ye!

so, pandangan siapa yang perlu diutamakan? =)
dah tahu? jadi, macam mana kita nak kelihatan osem di pandangan DIA? jawapannya senang saja. ikutlah sunnah Rasulullah saw kan baginda ialah qudwah hasanah yang terbaik dan paling osem di dunia yang pernah ada. mudahkan? lagi pon, hidupkan sunnah nabi tu kan banyak kelebihannya seiring dengan hadis ni.


Dari ‘Amr bin ‘Auf bin Zaid al-Muzani radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah  shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَنْ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَّتِى فَعَمِلَ بِهَا النَّاسُ كَانَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا لاَ يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا
Barangsiapa yang menghidupkan satu sunnah dari sunnah-sunnahku, kemudian diamalkan oleh manusia, maka dia akan mendapatkan (pahala) seperti pahala orang-orang yang mengamalkannya, dengan tidak mengurangi pahala mereka sedikit pun

jadi, jom sama-sama hidupkan sunnah Rasululllah saw agar kita lebih osem!

*sebab tula cari macam mana Rasulullah sikat rambut. aku nak osem juga! haha. sekarang ni da mula sikat belah tengah balik. versi belah tengah tu lebih kuat. lagipun, bila buat rambut belah tengah ni, aku rasa lebih osem dan matang. haha. ok, hiraukan je. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...