bismillah...
suatu masa dahulu, suara itu memang kerap bergema. namun, sejak menjejakkan kaki ke dunia kesibukan di kolej maha busy, suara itu ibarat mati tiba-tiba. kadang-kadang sahaja ia bergema.
jujur aku akui aku suka akan suara itu. suara itu kadang-kadang mampu mengingatkan aku. dan mungkin juga mengingatkan sahabat-sahabatku. acap kali ia bergema dulu. namun, sunyi seketika. dan kini, ia bergema kembali. malah lebih kerap rasanya.
ramai yang tertanya-tanya (agaknyalah) dan mungkin ramai yang tersalah faham akan maksud sebenarku pabila aku menge-postnya di wall mukabuku aku. ah! silap aku juga yang suka berkias! suara, suara, suara!
ada apa dengan suara itu?!
jujur, aku tak pernah cuba untuk lari dari suara itu. malah, aku sendiri yang kadang-kadang membuatnya bergema. silap aku kah yang membuatnya bergema?
ketahuilah sahabat-sahabatku, suara itu sebenarnya ialah belogku ini. ianya bergema pabila adanya entry baru.
kini, suara itu bergema lagi!
*maaf sahabat, saya suka berkias!
baguslah..
ReplyDeletedalam masa dua hari, 10 kali (atau lebih) aku nmpk perkataan "suara" dekat news feed aku.
mksodnya?
ReplyDeletestatus update FB kau lah. tak habis2 dengan "suara". bajet misteri la konon. luls
ReplyDeletekau kne fham, org bhse ulahnya lain. muahaha
ReplyDelete