bismillah...
niat awal tak nak online malam ni. tapi, sebab abang mintak tolong buat something, dah terbawak-bawak smpai ke sini. haha.
okeh, kembali ke topik asal. tersilap langkah lagi? sape? aku? waduh-waduh, bisa gawat kalau macam ni. tapi, kalau aku tak tersilap langkah, adakah itu kebetulan? bak kate inche gabbana dalam belog beliau di sini, tiada istilah kebetulan dalam hidup ni. hanyalah takdir yang mempunyai hikmah semata-mata. jadi, adakah ini takdir? apakah hikmah di sebalik ni? masih tercari-cari.
benar, aku pernah tersilap langkah dulu. aku jujur akui itu walaupun pahit. walaupun ada sekelumit malu di hati. malu pada orang sekeliling dan yang paling besar, malu pada Yang Maha Pencipta. tapi, itu dulu. sungguh aku amat menyesal. buruk sekali sikapku pada waktu itu. kalau dirakamkan, pasti malu untuk aku melihat kembali. alhamdulillah, Allah menjentik kesedaran dalam diriku lebih awal. lantas, tanpa toleh kebelakang, aku tekad membuat keputusan drastik, aku ceraikan kau dengan talak 3. tiada lagi hubungan kala ini.
di saat kau sudah dikenali ibu bapaku, di saat namaku sudah mula disebut-sebut dalam keluargamu, aku tekad. kau tak halal buatku. kau masih haram. Alhamdulillah, Allah meminjamkan kekuatan padaku.
namun, kini, ianya berulang kembali. silap akukah? adkah langkahku kembali tersasar. namaku kini kembali menjadi sebutan di bibir-bibir keluargamu. walaupun 'kau' yg aku maksudkan ini bukanlah 'kau' yg aku maksudkan td. ceritanya serupa. kalau tidak seratus peratus pon, mungkin hampir-hampir sama.
silapkah aku penuhi permintaan tolongmu?
silapkah aku menulis namaku?
silapkah aku menghantarnya kala ini?
kalau semuanya bukan. jadi, di mana silap aku? masih tercari-cari sehingga sekarang.
akhirnya, aku menemukan konklusinya. silap aku di situ. ya, situ! di HATI aku!
jadi, ini adalah takdir Allah untuk aku. kerana, tiada konsep kebetulan. Allah memang dah tetapkan hal ni dengan hikmah-Nya yang tersendiri. persoalan di sini, apakah hikmahnya?
Apa yang silap ya sodiki??
ReplyDeleteapa hikmahnya?? still not sure??