Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Thursday, July 12, 2012

untitled #2


sambungan daripada untitled #1...

Dalam perjalanan pulang, tiba-tiba Iman terpandang satu kelibat yang tidak asing lagi dalam hidupnya pada suatu masa dulu namun begitu asing buatnya kini. Kelibat ibunya. Tidak semena-mena kakinya ibarat bergerak pantas berlari menjauhkan diri dari ibunya itu. Lantas laju tangannya menarik tangan Zulaifah dan bergegas keluar dari pusat beli-belah itu lalu pulang terus ke rumah. Zulaifah kelihatan terpinga-pinga.

*****
Seusai solat Asar, mereka menyambung dengan membaca Al-Ma’thurat bersama-sama. Itulah rutin mereka setiap hari melainkan jika ada urusan lain. Maklumlah, kedua-duanya sibuk. Iman sibuk di hospital menguruskan pesakit manakala Zulaifah pula sibuk di sekolah menguruskan bakal-bakal pemimpin negara dan agama Islam suatu hari nanti.

            Soalan yang dilontarkan Zulaifah kepada suaminya siang hari tadi ketika di MPH masih lagi tinggal tidak berjawab. Dia tahu bahawa suaminya itu ada masalah dengan ibu bapanya yang juga ibu bapa mertuanya. Dia tahu dan faham benar serta terkadang menyalahkan dirinya sendiri kerana menganggap dialah punca suaminya bertelagah dengan ibu bapa mertuanya. Namun, apakan daya, manusia hanya mampu merancang, tetapi Tuhan yang menentukan segalanya. Sesungguhnya, perancangan Tuhan itu adalah sebaik-baik perancangan.

            Malam itu, ketika di meja makan, Zulaifah melontarkan kembali persoalan yang tidak berjawab oleh suaminya siang tadi. Hasratnya untuk membantu suaminya sebagai isteri benar-benar mendorongnya untuk mengetahui akan hal yang terus menghantui suaminya itu.

“Abang, macam mana Zu masak malam ni, sedap tak? Maaflah kalau tak sedap eh. Nanti Zu hire Chef Wan untuk ajar Zu masak, “ Zulaifah memulakan bicaranya pada malam itu.

“Eh, kalau dah namanya Zulaifah binti Hamdan, masakannya tentulah sesedap namanya. Tak payahlah nak hire Chef Wan bagai. Zu pun mantap apa masak. Entah-entah kalah Chef Wan tu,” balas Iman sambil menyuapkan nasi kepada isterinya.

“Ok, kalau macam tu Zu nak upah la sebab dah masak sedap-sedap untuk abang. Boleh tak?”
“Untuk si cantik manis ni apa-apa pun boleh, insya-Allah. Hm, Zu nak apa?”

“Err, betul ni? Janji?” Zulaifah meminta kepastian.

“Puan Zulaifah, anda diberi masa 5 saat lagi untuk meminta sesuatu daripada saya. Tamat 5 saat, tamatlah tawaran saya. 5, 4, 3, 2....sa”

“Stop! Tak aci la kira laju-laju. Itu 5 nombor, bukan 5 saat. Em, Zu tak nak apa-apa dari abang sebenarnya. Cumanya Zu berharap agar abang dapat jadikan Zu sebagai tempat abang curahkan segala apa yang terbuku di hati tu. Zu tak suka tengok suami Zu ni murung je. Kalau boleh Zu nak ceriakan abang selalu. Tapi, masalahnya Zu tak pasti penyebab kemurungan abang. Sebab tu la kalau boleh Zu nak abang ceritakan pada Zu masalah abang sebenarnya. Zu sentiasa ingin berada di samping abang. No matter what the situation is, snowy, storm or what, let us go thru it together,” Zu meluahkan apa yang disimpannya sejak sekian lama. Matanya dilihat berkaca-kaca.

Iman memandang isterinya dengan satu pandangan yang sukar diterjemahkan oleh mana-mana kaum hawa. Zulaifah sendiri keliru sama ada suaminya marah padanya ataupun sebaliknya. Makan malam romantiknya yang bertemankan lampu lilin dan hanya menggunakan satu cawan sahaja untuk minum seperti hari-hari sebelumnya bertukar mood. Mood serius tahap tujuh. Iman hanya memandang sahaja isterinya. Diamnya lama. Mungkin sedang mengarang jawapan untuk diberikan kepada isteri yang disayanginya itu.

Meja makan mereka terus senyap. Hanya bunyi kipas sahaja yang kedengaran. Seusai makan, Iman kembali membuka bicara.

“Zu, sebenarnya..... 

1 comment:

  1. tak sabarnya nk tahu sambungan cerita ni >o< keep writing!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...