Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Saturday, February 23, 2013

bunga bukan sekuntum.

بسم الله الرحمن الرحيم

woah, sabar sabar... 
Saya tahu tajuk tu agak sensitif kepada sesetengah pihak. Jangan risau, ini bukan entri cinta sesama manusia yang berlainan jantina. Bukan. Kalau nak tahu, sila gagahkan diri anda untuk terus scroll ke bawah dan membaca dengan sabar. Mungkin ada yang kecewa kerana entri ini tidak berkisar seperti yang diharapkan. *senyum

Tapi, memang betullah kan, bunga bukan sekuntum? Eh! *gelak keji

cantik kan bunga ni? siap ada kumbang sekali. eh! [kredit]

Sebenarnya, saya terpanggil untuk menulis entri ini sejak beberapa hari yang lepas. Tetapi, memandangkan situasi yang kurang berpihak kepada saya, terpaksa saya tangguhkan sebentar hasrat di hati.

Bunga. Saya pasti hampir 100% peratus makhluk yang berjantina perempuan di luar atau pun di dalam sana (err, dalam mana?) sukakan bunga. Kalau yang tak suka tu pon peratusnya sangat sedikit. Sesikit peratus lelaki yang menyukai bunga. Err, saya minat bunga jugak. Kira saya ni mat bunga ke? Takde masalah kan? Okay, abaikan.

Senario yang saya lihat hari ini, masing-masing cuba berlumba antara satu sama lain untuk mengejar bunga yang sudah pon dipetik orang lain. Mengapa tidak dibiarkan sahaja bunga yang sudah dipetik Encik X itu terus 'diuruskan' oleh Encik X? Adakah kerana kita berasa bahawa kita ini lebih baik daripada Encik X itu? Itulah persoalan yang saya ingin lontarkan. *betulkan specs, tarik nafas, hembus.

Siapa kita untuk tentukan level of 'kebaikan' diri kita dengan orang lain? 
Siapa kita untuk tentukan level of 'kepandaian' diri kita dengan orang lain?
Siapa kita untuk tentukan level of 'kealiman' diri kita dengan orang lain?
Siapa kita untuk tentukan level of '_________' diri kita dengan orang lain? - fill in the blank by yourself.

Ya, siapa kita?
Kalau nak diikutkan, banyak lagi bunga diluar sana belum dipetik orang dan terus-terusan di tiup angin sepoi-sepoi bahasa. Ada yang digoncang dengan ribut dan taufan sehingga kadang-kadang kelopak mereka tercabut dan tercedera. Maka, tugas kitalah untuk memetiknya dan merawatnya agar tidak dihentam angin kuat sekali lagi. Ataupun, melatih mereka agar dapat berhadapan dengan angin kencang seorang diri. 

Apa, bunga itu tidak berkenan di hati? Ohoi, garis panduan apa yang anda letak untuk membolehkan bunga itu dipetik anda? Takkan lah nak petik bunga yang cantik, wangi dan gemuk je? Bunga yang tak cantik, tak wangi dan tak gemuk pula siapa nak petik? hah, niat ke mana tu?

Anda, tugas memetik dan melatih bunga itu bukan tugas saya seorang. Bukan juga tugas anda seorang. Tetapi, tugas kita bersama.

Err, mungkin anda yang sedang membaca ini agak kurang faham maksud sebenar saya. Mungkin ada yang masih fikir, "ini entri lelaki mencari perempuan."

Sahabat-sahabat, biar saya jelaskan semula, ini bukan entri tentang lelaki dan perempuan! Bukan! Ini entri murabbi (pembimbing) mencari mutarobbi (orang yang dibimbing). Dai'e (pendakwah) mencari mad'u (orang yang didakwah). Bapak ikan mencari anak ikan. Eh! 

takkan nak pancing ikan besar je? :p [kredit]

Sering kali saya lihat orang berebut-rebut untuk mendapatkan mad'u. Bagi saya, itu tidak salah. Malah, adalah sangat baik untuk perkembangan Islam itu sendiri. Tetapi, yang menjadi masalah apabila dai'e itu sendiri meletakkan garis panduan mereka dalam pemilihan mad'u mereka. 

Mad'u mereka mestilah budak surau.
Mad'u mereka mestilah budak sekolah agama.
Mad'u mereka mestilah hensem. eh.
Mad'u mereka mestilah mandi pagi. lol.

Benar, dalam berdakwah juga ada caranya. Tidak boleh hentam kromo. Tetapi, meletakkan syarat untuk menjadi mad'u bukan caranya.

Berbalik kepada isu bunga dan ikan sebentar tadi. 

Bagaimana dengan bunga yang tidak cantik dan tidak wangi? Siapa yang ingin memetiknya? Kalau kita petik, boleh je kita solek bunga tu bagi lawa, boleh je kita sembur Hugo Boss bagi wangi. Boleh je kan? 

Bagaimana dengan ikan yang kecil dan tidak gemuk? Siapa yang ingin memancingnya? Kalau kita pancing, boleh je kita bagi makan banyak-banyak sampai gemuk, boleh je kita jaga ikan tu sampai besar. Boleh je kan?

Begitu juga dengan pemilihan mad'u.

Bagaimana dengan mad'u yang tak datang ke surau? Bagaimana dengan mad'u yang bukan berlatarbelakangkan sekolah agama? Bagaimana?

Isu yang ingin saya sampaikan di sini ialah, seorang dai'e itu tidak harus meletakkan garis panduan yang khusus dalam memilih mad'u mereka. Cukuplah sekadar dai'e itu kenal dengan mad'u. Tapi, kalau tak kenal pon, boleh je berkenalan kan? *senyum

Namun begitu, isu utama yang ingin saya sampaikan bukanlah isu tersebut. Tetapi, isu berebut mad'u.

Sahabat, berlainan fikrah dan berlainan jemaah, bukanlah satu tiket untuk membolehkan kita bersaing dalam sesuatu perkara. Ia bukan tiket untuk kita berebut mad'u. 

Mengapa masih inginkan mad'u yang sudah 'dijaga' oleh Puan K ataupun kumpulan P sedangkan masih ramai lagi orang yang perlukan bimbingan di luar sana? 

Kita perlu ingat bahawa Puan K juga membawa Islam. Cuma jenamanya sahaja berlainan dari jenama kita. Kita yang kita claim sebagai dai'e (uhuk..) ini juga membawa Islam. Jadi, kalau ikut logik matematiknya, dua-dua membawa Islam.

Masih perlu bersaingkah? Kita bersaing untuk apa? Mengejar mardhatillah sehingga menyebabkan orang lain tidak dapat gapai bersama?

Apabila kita lihat Cik Puan D daripada kumpulan Y ataupun daripada kumpulan yang sama dengan kita sudah mula membawa halaqah (bulatan kecil), walaupun kita tahu yang Cik Puan D masih merangkak dalam dunia penuh pancaroba (baca: dunia dakwah), itu bukanlah tiket atau kesempatan bagi kita untuk mengambil alih tugasnya mentarbiyyah mad'u-mad'unya. 

Kita sepatutnya memberikannya tunjuk ajar dan membantunya kerana tujuan kita basically adalah sama. Menegakkan kembali Islam di bumi ini.

"Tapikan Mr. M, mad'u yang Cik Puan D tu bawa logam kot. Baik bagi saya je yang tarbiyahkan. Rugilah kalau logam tu tak diasah dengan baik."

ohoi, bagi pelempang nak? 

Takabbur sungguh anda. Cuba cermin diri dulu sebelum cakap. Ada ke dalam al-Quran tu Allah berfirman bahawa anda lebih baik dari Cik Puan D? Ada? Takde kan? Dah tu, pasti ke yang anda itu lebih baik dari Cik Puan D?

Lagi satu, mengapa direbutkan sangat logam tu? Setiap orang adalah logam. Jadi, mengapa tidak menggilap logam yang malap daripada mengambil logam yang sudah tersedia bersinar? Bukankah itu lebih bagus?

Perkara ini adalah sangat penting untuk setiap dai'e ambil berat kerana mereka mungkin akan merencatkan usaha seseorang yang cuba mengejar mardhatillah bersama-sama.

Situasinya senang. Anggap sahaja Cik Puan D seorang yang mudah patah semangat. Sedang seronok Cik Puan D membawa bulatan gembiranya, tiba-tiba seorang dua mad'unya disambar Puan Besar T dan Mak Cik H. Lalu, Cik Puan D berasa bahawa dirinya sangat tidak layak untuk menguruskan sebuah bulatan gembira dan berhenti mentarbiyyah manusia.

Mungkin, kita terlepas pandang perkara ini. Mungkin. Jadi, kita sebagai seorang dai'e (insya-Allah) di muka bumi Allah ini perlu saling mengingatkan antara satu sama lain. Kita bukan sempurna. Namun, sifat tidak sempurna kita itu bukanlah menjadi alasan untuk kita terus melakukan kesalahan. 

Jika kita menyalahkan sifat ketidaksempurnaaan kita apabila kita berbuat salah, tidakkah itu seperti kita menyalahkan Allah mencipta kita dalam keaadaan yang tidak sempurna?

Ambil cermin, koreksi diri.

Akhir sekali, peringatan ulangan. 
Janganlah meletakkan kayu ukur dalam memilih mad'u dan elok rasanya memetik bunga yang belum dipetik orang.

Bunga bukan sekuntum.

__________________________________________

*Harapnya anda sebagai pembaca dapat grasp apa yang saya cuba sampaikan. Plotnya mungkin agak all over the place. Maaf. Dah pukul 3 pagi. hihi. Sila tegur kalau ada yang tersilap. Adios~




4 comments:

  1. assalamualaikum...saudara kata tadi ingin membantu mad'u yang mungkin sudah tersesat dan sebagainya..tetapi kemudiannya di pengakhiran saudara menulis "Janganlah meletakkan kayu ukur dalam memilih mad'u dan elok rasanya memetik bunga yang belum dipetik orang"

    sebenarnya....apa yang saudara ingin sampaikan....adakah saudara benar2 ingin membetulkan mereka yang sudah terpesong atau saudara sendiri yang mempunyai demand dalam menuentukan mad'u ? iaitu inginkan bunga yang belum dipetik orang? maaf jika terkasar / tersalah bahasa...saya harap saudara tidak terguris

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam..
      terima kasih atas feedback. mungkin silap saya tidak dapat menyampaikannya dengan baik.

      sebenarnya begini..
      maksud saya "janganlah meletakkan kayu ukur dalam memilih mad'u dan elok rasanya memetik bunga yang belum dipetik orang" adalah 2 perkara yang berbeza situasinya.

      untuk yang pertama, "janganlah meletakkan kayu ukur dalam memilih mad'u" bermaksud dalam kita memilih mad'u, kita tak sewajarnya memilih mad'u. mad'u di sini saya maksudnya ialah ahli usrah kita. dlm kita hendak memilih utk dijadikan ahli usrah kita, kita sewajarnya meletakkan kayu ukur. berkenaan dengan bunga yang belum dipetik org, itu bukanlah syarat sebenarnya. ia lebih kepada batu asas. itu pendapat saya.

      untuk hal mereka yang sudah terpesong, untuk membawa mereka kembali ke jalan Allah tidak semestinya dengan mengajak mereka berbulatan gembira bersama. mungkin mereka sudah pon ada usrah mereka sendiri. jadi, kita bantu mereka dengan bantu naqib/naqibah mereka.

      adakah saudara/saudari jelas dgn explaination td? maaf jika point saya masih tidak sampai.

      anyway, jazakallah atas komen. :D

      Delete
  2. Salam alaik.

    Siapa kita untuk menilai?
    Sedang hanya Allah yang berhak menilai.

    Dan siapa kita untuk memilih?
    Sedang kita belum tentu baik orangnya.

    :)

    Nice sharing! Jzkk.

    ReplyDelete
  3. hmm.. kadang2, kita rasa mcm murabbi tu merebut2 mad'u yg sudah ditarbiyah. tapi boleh jadi mad'u itu sendiri yg mencari murabbi tersebut, mungkin kerana kekurangan yg ada pada kita. moga kita muhasabah kembali, perbaiki diri kita. ujian adalah rahmat, moga ia jadi pengajaran :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...