Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Friday, December 02, 2011

suara itu!

bismillah...

suatu masa dahulu, suara itu memang kerap bergema. namun, sejak menjejakkan kaki ke dunia kesibukan di kolej maha busy, suara itu ibarat mati tiba-tiba. kadang-kadang sahaja ia bergema.

jujur aku akui aku suka akan suara itu. suara itu kadang-kadang mampu mengingatkan aku. dan mungkin juga mengingatkan sahabat-sahabatku. acap kali ia bergema dulu. namun, sunyi seketika. dan kini, ia bergema kembali. malah lebih kerap rasanya. 

ramai yang tertanya-tanya (agaknyalah) dan mungkin ramai yang tersalah faham akan maksud sebenarku pabila aku menge-postnya di wall mukabuku aku. ah! silap aku juga yang suka berkias! suara, suara, suara!

ada apa dengan suara itu?!



jujur, aku tak pernah cuba untuk lari dari suara itu. malah, aku sendiri yang kadang-kadang membuatnya bergema. silap aku kah yang membuatnya bergema?

ketahuilah sahabat-sahabatku, suara itu sebenarnya ialah belogku ini. ianya bergema pabila adanya entry baru.
kini, suara itu bergema lagi!

*maaf sahabat, saya suka berkias! 

4 comments:

  1. baguslah..

    dalam masa dua hari, 10 kali (atau lebih) aku nmpk perkataan "suara" dekat news feed aku.

    ReplyDelete
  2. status update FB kau lah. tak habis2 dengan "suara". bajet misteri la konon. luls

    ReplyDelete
  3. kau kne fham, org bhse ulahnya lain. muahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...