Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Friday, December 02, 2011

tolonglah approve aku!!

bismillah..

penat sudah jari ku yang comel ni menekan-nekan papan kekunci asus ni. beberapa kali mencuba dengan harapan setinggi gunung karakatoa, namun tetap hampa. kenapa kau tak approve-approve? ape salah aku?

aku juga nak senang. aku fikir, kalau kau approve, pasti aku boleh melakukan banyak perkara dengan kau. tapi kau sombong. ape salahku pon aku tak tau. kau tak menyatakannya dan membuatkan aku terus tertanya-tanya.

tolonglah, aku merayu padamu, tolonglah approve aku. semua syarat yang kau berikan telah aku bace dan aku terima. ape lagi yang kau nak? ape yang kau inginkan dah aku buat. tapi, kau tetap tak approve aku? 

kenapa? KENAPA? KENAPA? KENAPA? KENAPA?KENAPA?

bukankah kau sering menyatakan silap orang yang inginka khidmatmu? tapi, apabila denganku, kau tidak begitu. kau tak adil! kenapa?

tolonglah aku! aku nak senang juga! puas sudah aku mencari di merata-rata tempat, namun kau menjadi penghalang setelah aku menjumpainya sebab kau tak approve aku! sedih, kecewa. tolong aku.

CIMB Clicks, bolehkan kau tolong aku?

aku nak beli buku ni!



1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...