Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Tuesday, December 06, 2011

kita ni osem tau!

bismillah..

"ya Allah, berikanlah hidayah dan petunjukMu kepada kami, permudahkanlah hidayahMu itu masuk ke dalam hati kami. setelah Kau berikan petunjuk kepada kami, janganlah pula Kau sesatkan kami."

syurga itu untuk orang-orang yang hebat lagi osem.

aduh, statement tu membuatkan aku semakin takot nak menghirup oksigen yang dikurniakan oleh=Nya. dikhuatiri akan banyak menzalimi peluang bernafas daripada mensyukuri nikmat ni. hm, ape je yang aku dah buat hari ni? adakah banyak baik dari buruk atau vice versa? adakah banyak memberi dari menerima? adakah...? adakah...? fuh! banyak sangat persoalannya kalau nak di-list-kan kat sini. walaupun hari ni aku ber-sedang-laju, menghadiri majlis ilmu juga, tetap, terasa diri ni masih lagi dalam kefuturan.

kerana jahiliah yang masih bersarang di hati.

kadang kala kita ni rasa diri kita ni dah jadi lebih baik, malah lebih baik dari zaman sekolah dahulu. tapi, hakikatnya kita masih lagi berputar-putar pada titik yang sama, masih lagi di takuk yang sama. ibarat kita mendayung menggunakan garfu yang besar. tak bergerak ke mana-mana. peluh tiba-tiba merembes keluar

syurga itu untuk orang-orang yang hebat lagi osem.

kita selalu meratapi kekurangan diri dan memuji kelebihan orang lain. sampai kadang kala wujud pula rasa cemburu nak ada kelebihan yang insan tersebut miliki atau pun nak jadi macam insan tersebut berbanding menjadi diri sendiri.

tetapi setiap daripada kita Allah dah bagi kelebihan masing-masing.

"Dan janganlah kamu iri hati terhadap kurnia yang telah dilebihkan Allah  kepada sebagian kamu atas sebahagian yang lain. Kerana bagi laki-laki itu ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan bagi perempuan pun ada bahagian dari apa yang mereka usahakan. Mohonlah kepada Allah sebagian dari kurniaNya. Sesungguhynya Allah Maha Mengetahui atas segala sesuatu" 
- An-Nisa' 4:32 -


kekurangan yang kita ada tu sebenarnya adalah kelebihan pada orang lain dan kelebihan yang kita ada ni sebenarnya adalah kekurangan orang lain. faham tak? buat-buat jela muka faham eh! haha. em, bukankah dalam erti kata lain membawa maksud kita ni ada kelebihan yang tersendiri. maknanya, kita juga osem tau! kita juga tergolong dalam insan yang hebat. itu memang fitrah kita sejak lahir sebenarnya, environment kita ni je yag telah mencalarkan kita yang sedia bersih dan suci tu.

jadi, kita ni sebenarnya adalah insan yang hebat dan osem tau! dan insan yang hebat lagi osem tu ialah penghuni jannah Allah, bukan macam tu ke? cuma, adakah kita sedar yang kita ni sebenarnya ada kekuatan tu jika kita tak berusaha mencari atau mewujudkannya? luffy pon tak tau yang dia dah pon ada kuasa haki before rayleigh bagi tau. haha. sori, random! hm, maknanya, kehebatan tu memang kita sendiri yang kena cari ataupon wujudkan sendiri! 
tepuk dada, rasa sakit, tanya iman sendiri!

lagi satu, jangan sampai kehebatan yang kita ada tu nanti membawa kita kepada kefuturan atau lebih tepat ke neraka. INGAT!

diri yang osem lagi hina ni nak share satu quote yang pernah dibaca. ayatnya kurang terlebih macam ni la,

"orang gila tak akan mengaku dia gila. 
tapi, kalau orang baik mengaku dia baik, macam mana eh?"

shoot! hatiku tiba-tiba terasa seperti dirobek dengan ganas dan kejam lagi kasar! sahabat sekalian, fikir-fikirkanlah dan muhasabah diri eh! peringatan untuk tuan empunya belog juga!

*sebenarnya, adalah lebih sukar untuk menjadi seperti diri sendiri berbanding menjadi seperti orang lain. setuju? anyway,

baru tau yang osem tu jugak ialah sejenis jenama makanan. haha.

2 comments:

  1. osem=awesome ke?? aku nie mmg kuno sket.. x tau bahasa muda mudi skrg nie..XD
    hmmm.. b'balik pd topik, kadang kala kita x sedar yg kehebatan/kejayaan/kebahagiaan yg kita ada sebenarnya istidraj dari Allah.. jadi, selalu2 lah muhasabah diri n back to Allah..(pesanan utk diri sndiri jugak:D)

    ReplyDelete
  2. yap. osem=awesome. em, btol2. syukran atas peringatan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...