Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Thursday, December 13, 2012

Aiman #4

بسم الله الرحمن الرحيم


“Abang Safwan, bukan muslimat kite ke yang tengah lawan kat Padang B tu?” Aiman bertanya kepada kapten pasukan bola baling SMKA Bukit Batu B-15 itu sambil tangannya mengarah ke satu kawasan orang ramai. Safwan menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Aiman. Dilihatnya ramai yang sedang berkumpul di sana. “A’ah la. Muslimat kita. Mungkin ade kecederaan kot.” Safwan menjawab pendek.

Sementara itu, di Padang B yang dikerumuni oleh orang ramai, terlihat seorang pelajar perempuan yang terbaring sedang berlumuran darah di hidung dan mulutnya. Jeritan kuat yang kedengaran tadi bukanlah jeritan orang yang terbaring itu, tetapi jeritan Afiqah yang terkejut melihat sahabatnya, Najiha terbaring berlumuran darah selepas berlanggar dengan penjaga gol pihak lawan. Mungkin Najiha berhantuk dengan penjaga gol sebentar tadi. CIkgu Azam yang merupakan jurulatih bola baling SMKA Bukit Batu datang ke situ.

“Masya-Allah, teruk ni,” ucap Cikgu Azam yang melihatkan seorang pelajarnya pengsan tak sedarkan diri. Kemudian dia mengarahkan pelajar perempuan yang lain mengangkat Najiha masuk ke kereta MPVnya untuk dibawa ke hospital. “Afiqah, Husna, Laila, awak ikut sekali. Dah, jom cepat. Bawakkan IC Najiha sekali, “ arah Cikgu Azam kepada anak muridnya.

Sambil itu, Aiman yang masih lagi berada di bawah pokok bersama dengan Safwan sedari tadi berehat menunggu perlawanan yang seterusnya mendengar namanya dipanggil. “Aiman, datang sini kejap. Tolong temankan saya ke hospital hantar pelajar muslimat yang pengsan ni.” laung Cikgu Azam dari kejauhan. Aiman masih terpinga-pinga. Kenapa namanya yang dipanggil. Tanpa membantah, dia mengikut Cikgu Azam ke hospital menghantar Najiha yang masih pengsan.

"Macam mana muslimat ni boleh pengsan cikgu?" Aiman memecah kesunyian dalam kereta MPV yang meluncur laju itu. Dia tidak kenal dengan muslimat yang pengsan itu. malah, rakan-rakan yang menemaninyan juga tidak dikenalinya. itu memang perkara biasa bagi pelajar SMKA Bukit Batu jika ada muslimin yang tidak mengenali muslimat dan sebaliknya. "Tak tau la. Mungkin berlanggar dengan penjaga gol lawan kot. kalau melihatkan kecederaannya tu, betul la kot." Cikgu Azam menjawab selamba. Dia yakin bahawa kecederaan itu tidak serius mana.

setelah mendaftarkan Najiha, Cikgu Azam pergi berjumpa dengan doktor yang merawat anak muridnya itu. tinggallah Aiman bersama dengan 3 orang muslimat tadi, Afiqah, Husna dan Laila. semuanya  sebaya dengan Aiman, tetapi tidak dikenalinya. mungkin disebabkan faktor kelas yang mengikut jantina dan kurang aktiviti dengan pelajar perempuan menyebabkan Aiman tidak kenal sama sekali.

"err, anta Aiman kan?" Afiqah memulakan bicara. "err, a'ah. Muhammad Aiman Hanif bin Majid. panggil Aiman je." Aiman kekok. dia memang tak biasa bercakap dengan perempuan. lagi-lagi dalam situasi sekarang di mana dia tidak kenal dengan perempuan dihadapannya itu tetapi mereka mengenalinya. kekok! Aiman cuba meluahkan persoalan yang bermain di mindanya, macam mana mereka boleh kenal dengannya. tetapi, hasratnya dibatalkan begitu sahaja.

"enti semua tingkatan berapa ya? maaf, ana tak kenal." Aiman menyambung percakapannya. baru sahaja Husna membuka mulut ingin menjawab. Cikgu Azam dah pun sampai mendapatkan mereka. "Alhamdulillah, Najiha takde pape. tapi, dia kena tahan wad untuk sehari. so, cikgu nak mintak salah sorang dari kamu tolong jaga Najiha malam ni." beritahu Cikgu Azam kepada mereka berempat. "doktor kata tadi, Najiha boleh je makan apa-apa. kalau nak belikan makanan apa-apa, tak kisah pon. lagi satu, Najiha dah sedar pun. ada di katil 4 wad 3." Cikgu Azam menambah lagi.

"takpelah, biar aku jela jaga Jiha malam ni. korang nak balik pon takpe." Afiqah menawarkan diri. Husna dan Laila tidak membantah. lagipun, mereka berdua ada perkara yang perlu diselesaikan malam tu. "jap, korang bawak duit tak? aku nak belikan makanan untuk Jiha ni dan untuk aku sekali. lapar." Afiqah bertanya kepada 2 orang rakannya itu sambil membuat muka kasihan. akibat terlalu tergesa-gesa tadi, ketiga-tiga orang pelajar perempuan itu terlupa membawa dompet masing-masing. 

Aiman yang tidak jauh dari kumpulan pelajar perempuan itu terdengar perbualan mereka. tanpa disuruh, dia menghulurkan 2 keping not berwarna merah kepada mereka. "takpe, guna je duit ana ni. ana belanja. jangan lupa belikan sekali untuk kawan enti yang sakit tu." Laila yang memang bermuka tembok itu terus sahaja mencapai kepingan not merah itu. "terima kasih". Aiman pergi meninggalkan mereka. tak pasti ke mana hala tujunya. ke kereta mungkin. ketiga-tiga orang pelajar perempuan tadi terus ke kafe membeli makanan dan pergi ke wad 3 untuk menjenguk sahabat mereka , Najiha.

melihatkan 3 orang sahabatnya datang, Najiha tersenyum. dia menjawab salam yang diberi. "aku takde pape la. luka sikit je. terhantuk dengan keeper sekolah sains tadi." Najiha berlagak tiada apa-apa. "kalau kau cakap macam tu, baguslah. hah, ni ade roti kitorang belikan. tapi, bukan guna duit kitorang. ade putera raja yang baik hati yang belanja." Husna menghulurkan roti yang dibelinya tadi kepada Najiha sambil tergelak. 

"serius kau? putera raja mana pulak ni weh?" Najiha bertanya seperti orang yang sihat. dia terlupa yang dia sedang memakai pakaian hospital ketika itu. "yang aku tau, nama dia Aiman, Aiman hanif tak silap aku tadi dia sebut. lain-lain aku tak tau. ala, budak sekolah kita jugak. aku ingat muka dia. dah balik sekolah nanti aku tunjuk la kat kau. dia pesan kat kitorang jangan lupa belikan makanan untuk kau sekali. caring habis weh dia." Afiqah cerita bersungguh-sungguh. kalau pasal bercerita, serahkan je pada Afiqah. itu memang bidang kepakarannya. yang bukan fakta pun dicerita sekali.

mereka berbual sekejap sahaja kerana Cikgu Azam sudah pun mengajak pulang. 

*****

(6 Januari 2005)

"Jiha, cepatlah! kita dah lambat ni!" laungan Aziatull jelas kedengaran dari bawah memanggil rakannya itu. mereka berdua merupakan ahli pembimbing rakan sebaya SMKA Bukit Batu. petang itu mereka ade slot bersama dengan pelajar tingkatan 1 sempena minggu orientasi. petang itu, pelajar tingkatan 1 akan berkenalan dengan semua ahli PRS. ahli-ahli PRS ni la yang bertanggungjawab mengurus minggu orientasi pelajar tingkatan 1 sekolah itu. jadi, seperti menjadi kewajipan bagi semua pelajar tingkatan 1 untuk kenal dengan semua ahli PRS sekolah itu.

Najiha turun tergesa-gesa mendapat Aziatull yang dah tercegat ni bawah untuk beberapa minit lamanya. "sorry Azi, lambat. cari baju tak jumpa tadi." Najiha mengaku kesilapannya. mereka berdua terus keluar dari kawasan asrama dan bergerak ke dewan besar. Najiha gugup!


____________________

*cerita ni baru bermula. banyak lagi yang menunggu di hadapan. teruskan membaca! terima kasih atas sokongan. adios! 










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...