Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Monday, December 31, 2012

checklist

بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa jam sahaja lagi tahun 2013 akan menjengah. Sedang kita asyik memikirkan azam baru apakah yang sesuai untuk ditanam sempena tahun baru ini, kita terleka bahawa banyak lagi azam tahun baru kita pada 2012 masih belum dituai hasilnya kerana kita hanya sibuk menanam. Tetapi, lupa untuk menyemai, membaja dan menjaganya dengan baik. 

Kemudian, kita akan menyoal diri kita balik, wajarkah kita menanam kembali pada tahun ini semua azam yang tidak sempat dituai hasilnya akibat kealpaan kita sendiri itu? Sedang asyik memikirkannya jawapan kepada persoalan itu, hati kita terdetik, 'tanam jela. tak salah pun.'.

Oleh itu, kita dengan rasa penuh yakin dan bangganya, mengambil buku catatan kita dan menulis kembali azam yang tidak tertunai pada 2012 ini.


Berbaris-baris checklist yang kita buat. Tinggi sungguh cita-cita kita. Alhamdulillah.

Mungkin kita sepatutnya soroti kembali, azam apakah yang kita cuba tanam pada tahun ini agar ianya bermanfaat, bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada orang sekeliling kita juga. Jadi, segala azam yang dilihat tidak ada kepentingan kepada diri sendiri perlulah dipadam dengan yakin dan pasti. Azam jenis yang macam mana tu?

haaaa... rasanya sidang pembaca blog ini sudah pun arif untuk mengenal pasti mana yang perlu dan mana yang tidak perlu. Oleh itu, tidak perlulah saya menjelaskan panjang lebar di sini memandangkan setiap pandangan setiap orang itu berbeza-beza. Untuk menentukan sama ada perlu atau tidak sesuatu itu, cukuplah memandang dari sudut pandangan Islam. Insya-Allah semuanya okay.

Selesai kenal pasti checklist yang baru tu, cuba kenal pasti pula kenapa checklist 2012 kita tidak berjaya dicapai sepenuhnya. Muhasabah diri. Koreksi diri. Mungkin, ada silap di mana-mana yang tidak kita perasaan. Oleh itu, mohonlah pada-Nya, dekatkanlah diri pada-Nya. Kadang-kadang, kita tak sedar yag kita tersasar dari jalan yang sepatutnya. Sebab tu la penting bagi kita untuk sentiasa bergantung harap dan meminta petunjuk dari-Nya.

Sambil itu, jangan kita lupa bahawa Dia bukannya tidak mahu memberi apa yang kita minta. Cuma, Dia lebih suka memberi apa yang kita perlu. Bersangka baiklah pada-Nya. Sesungguhnya, Dia-lah sebaik-baik perancang untuk kita. 

*****

# selamat tahun baru kepada semua. semoga terus dikekalkan iman dan taqwa serta tsabat dijalan-Nya! aku harap azam korang untuk tahun baru ni tercapai la ye. aku pon ade azam baru jugak. antara yg paling besar is aku nak habiskan cerita Aiman aku tu dan hantar kat mana-mana syarikat yg publish novel. by the way, ckp pasal cerita Aiman tu, aku ade pengumuman nak cakap. cerita Aiman yg aku dah publish kat blog ni bukanlah intro utk cerita tu sebenarnya. aku dah ubah plotnya. so, harap bersabar dan terus setia mengikutinya eh! (bajet retis) 

# lagi tu, aku selalu dengar yg org berazam nak jadi baik menjelang tahun baru. pendapat aku, tak perlu rasnya. bukan tak perlu jadi baik. jangan salah faham. tak perlu untuk jadi baik menjelang tahun baru. err, faham ke? maksud aku, tak perlu nak tunggu tahun baru. it should start now. jadi la baik lepas habis bace entri ni. walaupun entri ni tak membantu sangat. (kot la).

# last sekali, pesan aku kepada anda semua termasuk aku jugak. janganlah membantu kalau tidak membantu.

adios~

oppsss... lupa. lagi satu. jgn lupa buat checklist diri jugak. :D

kbai~




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...