Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Thursday, December 13, 2012

Aiman #5

بسم الله الرحمن الرحيم


Semua pelajar Tingkatan 1 telah pun berada di dalam dewan untuk slot terakhir petang itu bersama dengan PRS sempena minggu orientasi mereka. Ikhwan, selaku pengerusi kelab PRS memulakan majlis pada petang itu. Semua ahli PRS memperkenalkan diri masing-masing. Selepas seorang, seorang lagi. Hinggalah tiba giliran Aiman memperkenalkan diri. Salam diberi. "Nama ana, Muhammad Aiman Hanif bin Majid. Antum semua boleh Abang Aiman. Tapi, muslimat panggil Aiman je cukup. Ana berasal dari ........."

Aiman meneruskan bicaranya. Semua pelajar Tingkatan 1 itu memakukan perhatian mereka kepada Aiman di hadapan. Mungkin kerana karisma yang dimilikinya. Mungkin. Dalam pada itu, Najiha dan Aziatull terkocoh-kocoh masuk ke dalam dewan. Mujurlah tiada pelajar Tingkatan 1 yang perasan kerana sibuk mendengar apa yang diperkatakan oleh Aiman di hadapan. Kalau tidak, jatuhlah reputasi mereka berdua.

"Pertamanya, ana nak mengucapkan selamat datang kepada antum semua ke sekolah yang telah membina ramai pemimpin ini. Namanya mungkin tak segah nama jiran kita, sekolah sains tu. Tapi, insya-Allah banyak kelebihannya. Mungkin yang datang hari ni ada pelbagai alasan dan sebab kenapa memilih sekolah ini sebagai destinasi. Mungkin, ada juga yang dipilih oleh ibu bapa mereka. Tak mengapa. Ana pun ada sebab ana yang tersendiri. Ada yang cakap, sebab dia nak belajar arab, sebab nak berubah dan sebagainya. Walau apa pun sebab kita, kita cuba ubah balik niat kita kenapa kita datang ke sini. Biarlah niat itu, lillahita'ala." Dewan gamat seketika dengan tepukan gemuruh dari para pelajar Tingkatan 1 selepas Aiman menamatkan kata-katanya.

Rizan yang berada di baris keempat dari hadapan menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Sekali lagi dia pelik dengan seniornya yang bernama Aiman itu. Dia pelik dengan kata ganti diri yang diguna oleh Aiman, 'ana'. "Mungkin sebab dalam majlis kot." dia mengagak sendiri.

Setelah semua ahli PRS memperkenalkan diri masing-masing, pelajar Tingkatan 1 itu kemudiannya dibahagikan kepada 4 kumpulan setiap jantina dan 3 orang ahli PRS ditugaskan untuk menjadi fasilitator setiap kumpulan. Hari itu, para pelajar Tingkatan 1 akan didedahkan dengan dos and don'ts sepanjang mereka berada di sekolah itu. Pelbagai cerita dikongsi dengan harapan junior-junior baru itu akan mengambil pengajaran dan dapat mengelakkan diri mereka terjebak dengan perkara-perkara yang terlarang, tidak kiralah yang dilarang oleh pihak pengurusan sekolah mahupun yang dilarang oleh Yang Maha Kuasa.

Sesi pada petang itu tamat kira-kira pada jam 6.15 petang untuk memberi laluan kepada para pelajar Tingkatan 1 itu makan malam dan bersiap untuk ke surau solat maghrib secara berjemaah. Selepas semua pelajar meninggalkan dewan, Najiha menarik tangan Aziatull dan bergegas ke arah Aiman yang sibuk menggulung wayar microphone sedari tadi. "Aiman, ucapan anta tadi menarik. Penuh isi. Mabruk!" Najiha menegur. Aiman yang kurang senang itu menjawab acuh tak acuh. "Jazakillah." 

Najiha berlalu pergi meninggalkan Aiman dalam perasaan kecewa. Mukanya sugul. Selepas beberapa langkah, dia mendengar namanya dipanggil. Aiman yang memanggil! Senyumannya mekar semula. "Jiha, ana terlupa nak cakap tadi. Lepas ni, kalau ada event apa-apa lagi, tak kisah la dengan siapa pun, mohon datang awal eh. Jangan datang lambat macam tadi. Takut nanti akan menjejaskan reputasi kita pulak. Nasib baik junior kita tadi tak perasan." Aiman menegur. 

Senyuman Najiha mati kembali. Dia terasa seperti disimbah minyak panas ke mukanya. Malu! Najiha hanya mampu mengangguk dan segera berlalu pergi. Dia tidak mahu Aiman melihat mukanya yang merah padam menahan malu itu. Mana taknya, ditegur oleh secret admire-nya!

*****

(21 Disember 2000)

"Hanif dah buat keputusan dah nak pilih sekolah mana?" Puan Faridah bertanya kepada putera sulungnya itu. Dalam keluarganya, Aiman lebih senang dipanggil dengan nama keduanya, Hanif. Cuma keluarganya dan seorang lagi insan yang istimewa dalam hidupnya sahaja yang memanggilnya dengan nama itu. Selainnya memanggilnya dengan nama Aiman. "Em, kalau ikut Ummi, elok Hanif sambung di sekolah sains je. Dekat pun dekat. Senang Ummi dengan Abi nak tengok nanti. Lagipun, sekolah sains ni pun baik reputasinya. Tapi, Ummi dengan Abi tak kisah pun. Sekolah mana pun Ummi dengan Abi ok. Asalkan Hanif nak belajar dan tak lupa pada tujuan utama hidup ni sudahlah." cadang Puan Faridah lagi.

Aiman yang masih setahun jagung itu kurang faham dengan apa yang diperkatakan oleh ibunya. "Tujuan utama hidup ini Ummi? Ape dia?" Aiman inginkan penjelasan. Puan Faridah segera mencapai tafsir Quran yang terletak di atas meja berdekatan tempat duduknya. Lalu diselaknya ke muka surat 6 dan ditunjukkan ayat ke 30 surah Al-Baqarah kepada anak lelakinya itu. "Tengok ni. Allah telah menjadikan kita di muka bumi ini sebagai khalifah. Kita ditugaskan untuk mentadbir dan memakmurkan bumi ini. Secara hakikatnya, semua manusia itu adalah khalifah. Tetapi, secara konsepnya, tidak semua. Hanya manusia yang layak dan berhak sahaja dipanggil khalifah, iaitu manusia yang melaksanakan konsep kehambaan diri dan penyerahan diri kepada Allah dari aspek akidah, akhlak, ibadah dan syariat. Takpelah, kalau Hanif tak faham sekarang. Lama-lama nanti fahamlah." Puan Faridah menerangkan dengan berhati-hati. Takut tersalah bicara, lain yang difahami oleh Aiman nanti.

"Takkan itu je tujuan kita ni hidup Ummi?" Aiman bertanya lanjut menunjukkan minat. Bagi anak kecil yang sedang meningkat umurnya itu, semua yang diperkatakan oleh Abi dan Umminya sangat menarik. "Mestilah ada lagi, sayang." Puan Faridah membalas soalan Aiman dengan cubitan lembut di pipi polos anaknya itu. Diselak pula muka surat 523 dan ditunjukkan satu ayat yang sudah ditandakannya dengan stickynote berwarna hijau itu, ayat ke 56, surah Ad-Dzariyat. "Cuba Hanif tengok ayat ni pulak. Allah susun ayat ni cantik sangat. 'tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadah kepada-Ku'. Allah dah cakap, dia tidak menjadikan kita dan jin melainkan untuk beribadat kepada-Nya. Maksudnya, tiada tujuan lain kita dijadikan melainkan untuk beribadat kepada-Nya. Sebab tu la kita kena solat, puasa, tolong orang, hormat ibu bapa semua. Faham?" Aiman mengangguk sebagai isyarat yang dia memahami apa yang diperkatakan oleh ibunya itu.

"Lagi satu, Allah jugak suruh kita agar mengajak ke arah kebaikan dan mencegah keburukan sebab Dia dah cakap, kuntum khairu ummah! Anda adalah umat yang terbaik. Kitalah umat yang terbaik tu.'" Puan Faridah menambah lagi sambil menunjukkan ayat ke 110 surah Al-Imran di muka surat 64.

"Hanif rasa, Hanif dah tau la Ummi, Hanif nak pegi sekolah mana. Hanif nak pegi sekolah agama la. Jauh sikit. Nanti bolehlah Hanif berdikari. Lagipun, Hanif nak capai cita-cita Hanif." Aiman menyampaikan hasratnya kepada ibunya.

"Cita-cita Hanif yang nak jadi doktor tu ke? Baguslah. Semoga anak Ummi ni dapat capai apa yang dihajatkan." Puan Faridah tersenyum. Sebenarnya, dia tahu bukan cita-cita menjadi doktor yang dikejar oleh Aiman walaupun itu merupakan satu daripada cita-cita anaknya itu, tetapi, cita-cita lain. Cita-cita yang lebih besar. Hanya orang yang berhati besar akan ada cita-cita ini. Tiba-tiba hatinya tersentuh sendiri. Kelihatan matanya berkaca-kaca. Terharu dengan syababnya.

*****

(6 Januari 2005)

"Mengelamun panjang nampak!" Ziqri menyiku tangan Aiman yang dilihat entah ke mana fikirannya itu. Lamunan Aiman mati. Segera dia kembali di mana dia berpijak. Ingatannya bersama umminya dan peringatan umminya itu akan kekal tersemat di dada. Sampai bila-bila. "Takdelah, aku teringat balik macam mana aku boleh masuk sekolah ni dulu. Kenapa aku pilih sekolah ni dan sewaktu dengannya." Aiman tersenyum.

"Hah, habaq sikit, awat hang masuk sekolah ni?" longat utara Ziqri terkeluar juga. Ziqri yang memang berasal dari utara jarang-jarang bercakap menggunakan loghat utaranya kecuali dengan sahabat terdekatnya. "Aku nak capai cita-cita aku. Tu jela sebabnya. Lillahita'ala tu jangan cakap la. Wajib!" Aiman menjawab. "Jap,  cita-cita yang mana satu ni, doktor?" Ziqri memang arif benar yang sahabatnya itu ingin menjadi doktor suatu hari nanti. "Bukan, cita-cita yang lain." Aiman tersenyum dan meninggalkan Ziqri yang kebingungan.


______________________

*aku terasa macam semakin serius pulak menulis ni. do support me peeps! jazakumullahu khairan. selamat membaca. terima kasih. :D

*ouh, btw, next episode mungkin lambat sikit. ade byk yg perlu diselesaikan. teruskan membaca ya! adios!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...