Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Friday, January 18, 2013

Cerpen: Cerita Aku, Hadiah Dia.

Bismillah...

Ini hanyalah short entry. Hanya sekadar sebuah perkongsian cerita yang tidak seberapa ini. Tapi, insya-Allah ada isinya.

Ceritanya, begini.....

Nak diceritakan, Amin (bukan nama sebenar) telah menghadiri sebuah seminar di tempat kerjanya. Pada mulanya dia tidak mahu menghadiri seminar itu kerana faktor kerja yang menghimpitnya. Tetapi, setelah didesak oleh bosnya, dia gagahkan jua kakinya untuk melangkah ke sana. Walaupun hatinya berat, dia cuba membetulkan niatnya semula. Moga hadirnya ke seminar itu bukanlah kerana bosnya, bukan juga kerana tambahan gaji yang ditawarkan, tetapi, biarlah kerana Allah ta'ala.

Apabila di dalam dewan seminar, Amin cuba menumpukan perhatiannya kepada isu yang sedang dibincangkan di dalam dewan seminar tersebut. Baginya, adalah sangat rugi jika dia berada di situ tetapi tiada apa-apa yang bertambah dalam dirinya ataupun tiada apa-apa yang disumbangkan olehnya. 

Setelah, hampir 2 jam di dalam dewan, akhirnya seminar itu pun tamat. Kemudian, tibalah saat yang ditunggu-tunggu oleh semua peserta seminar, pengumuman cabutan bertuah. Amin mendengar dengan khusyuk setiap nombor yang disebut oleh pengacara majlis. Selepas satu, satu, dan seterusnya. Apabila semua hadiah utama yang bernilai RM1000 ringgit telah habis dimenangi, tibalah hadiah kedua bernilai RM500 pula untuk diagihkan. 

"Sepanjang hidup aku, aku tak pernah menang walau sekalipun cabutan bertuah ni..." Amin meluahkan kesedihannya kepada rakan disebelahnya. Kemudian, dia menyimpan semula nombornya yang telah dipegang dengan kejap sejak tadi ke dalam poket seluarnya.

Selepas 2 3 orang lagi rakannya mengambil wang tunai yang ditawarkan dihadapan, tiba-tiba dia terdengar nombornya disebut, 410. "Alhamdulillah." itulah yang keluar dari mulutnya. Untuk pertama kalinya, dia memenangi cabutan bertuah sepanjang hidupnya. Selepas bersurai, Rizal (bukan nama sebenar) menyatakan sesuatu kepada Amin, "Amin, Allah jawab direct la doa kau. Aku ni still tak pernah menang-menang lagi." Amin hanya tersenyum.

Dalam perjalanan pulang, otaknya ligat berfikir tentang perkara yang diperkatakan oleh Rizal sebentar tadi. "Kenapa tiba-tiba aku menang eh hari ni? Apa yang Allah nak tunjuk pada aku?" Amin bermonolog sendiri. Dia cuba mencari hikmah disebalik kemenangannya itu. Baginya, tiada sesuatu pun yang ditetapkan Allah itu tiada hikmahnya. Prinsipnya, tiada kebetulan dalam kehidupan ini. Semuanya telah ditentukan oleh Yang Maha Kuasa dan semuanya ada hikmahnya yang tersendiri.

Setelah puas memerah otaknya, Amin teringat sesuatu yang dilakukannya sebelum dia hadir ke seminar tadi. Dia tersenyum sendiri. Dirasakannya, Allah itu sangat sweet sekali. Sebabnya, Allah memberikan kemenangan cabutan bertuah sebentar tadi adalah untuk menggantikan semula duitnya yang telah digunakannya untuk membeli sesuatu yang mendekatkan dirinya dengan Allah, insya-Allah.

***

"Eh. kenapa yang ni murah pulak? Yang tadi mahal." Amin mengomel sendiri. Sejak tadi dia duduk menghadap komputer ribanya melayari internet. Tujuannya pada hari itu adalah ingin membeli sebuah buku yang telah lama dicarinya di kedai-kedai buku tetapi tidak dijumpainya. Jadi, tidak terpaksa membeli atas talian. Setelah disemak, rupa-rupanya buku yang murah sedikit itu hanya ringkasan kepada buku yang mahal sedikit itu. Pada mulanya Amin berhasrat untuk membeli ringkasan itu sahaja, tetapi hatinya lebih kuat menyuruhnya membeli full version punya. "Tak apalah mahal sikit. RM1000 ni boleh cari lagi. Walaupun aku boleh save RM500 kalau beli yang ringkasan tu, tapi macam tak best pulak. Kurang sikit isinya.

Setelah berfikir panjang, Amin membuat keputusan untuk membeli full version yang berharga RM1000. "Insya-Allah, Allah akan memberikan sesuatu yang lebih baik kepada aku selepas ini." Amin bermonolog sendiri. Dia sangat yakin dan pasti bahawa Allah pasti akan membantu orang yang menolong agama-Nya, malah Dia akan meneguhkan lagi kedudukan orang itu. Dia sangat yakin dengan ayat ketujuh surah Muhammad itu. Buku yang dibelinya itu adalah untuk membantunya mengajar anak-anaknya perihal Islam. Dia mahu membentuk syabab-syabab Islam yang kelak akan menegakkan kembali syiar Islam di negara ini.

***

Amin tersenyum lagi. Saat itu, barulah dia faham kenapa Allah memberikan kemenangan itu kepadanya. Dia semakin percaya dengan janji-jani Allah itu. Baginya, Allah itulah sebaik-sebaik perancang. Tiada yang lebih baik daripada-Nya. RM500 yang pada mulanya berat dikeluarkan itu akhirnya digantikan semula oleh Allah. Dia senyum lagi. "Allah itu sangat sweet." Berkata hati kecilnya dan terus menuju ke surau menunaikan kewajipannya.

senyum la macam ni! (kredit)
______________________________________

*okeh, sangat hiperbola harga buku sampai RM1000. hahaha.. anda buanglah lagi satu kosong dihujung itu ya. Cerita ini telah diadaptasi dari pengalaman sebenar seseorang dan telah diedit untuk menyedapkan jalan cerita dan menyesuaikan dengan konteks cerita. Walau bagaimanapun, isi utama cerita pendek ini masih sama dengan peristiwa sebenar. :D



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...