بسم الله الرحمن الرحيم
BANGKIT!
Layu!
Lemah! Pengecut!
Itulah yang
sering dilontarkan kepada kita,
Seorang
Melayu dan seorang Muslim.
Walau
dihina hebat sekalipun,
Kita masih
lagi enak dibuai mimpi,
Mimpi yang
tak sudah,
Kita alpa!
Kita leka!
Kita
terlalu terbawa-bawa dengan kejayaan lepas.
Benar,
Suatu
ketika dahulu kita di atas,
Dari utara
ke selatan, timur dan barat,
Semuanya
dikuasai oleh kita,
Sebut
sahaja tentang Islam,
Masing-masing
berebut mahu pelajarinya,
Sebut
sahaja tentang Muslim,
Masing-masing
berebut mahu mencontohinya,
Kagum…
Namun,
Realitinya
sekarang terbalik,
Hampir
semuanya negatif apabila disebut tentang Islam.
Ayuh
sahabat,
Bangkit!
Bangkit
dari lenamu!
Perjuangan
kita masih belum selesai,
Biar kita mati mempertahankan Islam,
Jangan kita
hidup membiarkan Islam diinjak-injak!
Ya rijal! Ya
syabab!
Ayuh
bangkit!
Arsyad Johar
Banting, Januari 2013
No comments:
Post a Comment