Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Thursday, January 24, 2013

Aiman #6


بسم الله الرحمن الرحيم




Ziqri menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Semakin lama, dia semakin tidak faham dengan ulah sahabatnya itu. Rupa-rupanya banyak perkara tentang Aiman yang dia masih tidak tahu. Apabila difikirkan kembali, benar juga. Dia tidak pernah sekali pun berkunjung ke rumah Aiman apabila tibanya waktu cuti sekolah. Sebaliknya, Aiman telah beberapa kali ke rumahnya apabila tibanya waktu cuti. Katanya, ingin melihat sawah padi. Ziqri memang faham benar dengan Aiman yang memang amat gemarkan permandangan hijau. Nature lover la katakan. Ziqri mencongak untuk mengikut Aiman pulang ke rumah pada cuti akan datang. Dia tekad! Dia akan menyampaikan hajatnya itu pada sahabatnya pada malam ini juga walaupun cuti masih jauh lagi. Berminggu-minggu lagi lamanya.

*****

Pada malam itu, selepas usai solat isyak di surau, Ziqri dan Aiman berjalan berdua menuju ke dewan selera untuk mimum malam. Hari itu, hari rabu. Memang peraturan SMKA Bukit Batu itu sebegitu. Setiap hari Ahad hingga Rabu, solat Isyak selepas prep malam. Prep malam bermula jam 8 malam sehingga 10.15 malam. Hari Khamis dan Isyak sahaja bermula pada jam 9 malam, mereka akan solat Isyak terlebih dahulu. Hari sabtu pula, tiada prep malam. Tetapi, digantikan dengan usrah.

“Aiman, kita cuti bila eh?” Ziqri memulakan bicara.

“Apalah kau ni Ziq, baru naik sekolah dah tanya fasal cuti. Apa kes ni Tanya cuti awal-awal? Setahu aku, kau bukan jenis yang suka balik cuti. Itu pun sebab rumah kau jauh kat utara nuh. Ada plan apa ni bro?” Aiman berkerut.

“Ala, takkan la Tanya pun salah kot. Aku bukan apa, saja nak rancang jadual aku. Sebenarnya, aku plan nak ikut kau balik rumah cuti nanti. Kau balik tak? Eh, salah soalan. Boleh tak? Aku tak pernah jumpa family kau selain abi kau. Nak juga aku jumpa mereka semua. Tak aci la kau seorang je yang jumpa family aku. Aku pun nak jumpa family kau juga. Kata member…..”

“Oh… Entahlah. Aku tak ­sure lagi la balik ke tak cuti nanti. Kalau tak silap aku, family aku ada nak pergi somewhere which I don’t want to follow. Tengok la situasinya macam mana.” Aiman tidak mahu berjanji lagi. Risau kalau-kalau dia tidak menepati janjinya itu nanti. ‘Family? Betullah. Kira family jugaklah tu. Aku tak bohong.’ Aiman bermonolog sendiri.

Sebenarnya, ada sesuatu yang disembunyikan oleh Aiman daripada pengetahuan sahabatnya itu. Sesuatu yang amat besar. Kalau boleh, dia tidak mahu ingat lagi tentang perkara itu.

Family kau nak pergi mana sampai kau tak nak pergi ni? Biasanya kau tak nak pergi tempat-tempat yang banyak maksiat je. I don’t think that your family is planning to go there, right?” Ziqri kembali bertanya.

Nauzubillahiminzalik. Kau ni pun. Agak-agak la nak buat assumption tu. Kau lupa Sir Razmin cakap apa selalu dalam kelas? ‘Don’t assume, ask!’ Legend kot quote tu. Aku memang tak boleh lupalah.”

“Sebab itu la aku tanya ni. Haih, macam-macam la kau. Ada je point nak larikan diri. Ok, fineYou win! Dah lah, aku dah lapar ni. Jom beratur! Baris pun dah pendek tu.” Ziqri mengajak Aiman mengambil makanan.

Apabila sampai di dewan selera sebentar tadi, mereka melihat barisan untuk mengambil makanan masih panjang. Jadi, mereka ambil air terlebih dahulu dan duduk berbual-bual sambil menunggu barisan menjadi pendek. Memang itulah yang sering mereka lakukan selalu. Jika bernasib baik hari itu, ada sahaja rakan mereka akan mengambilkan makanan untuk mereka sekali. Jika tidak, terpaksalah mereka menunggu. Aiman tidak kisah menunggu sebabnya dia lebih suka minum malam di dewan selera itu lambat-lambat. Lagi-lagi hari Rabu. Sebabnya, makcik dewan selera itu biasanya akan berikan makanan lebih kepada pelajar yang makan lambat dan hari Rabu pula, menu minum malamnya ialah mi bandung. Itu memang kegemaran Aiman. Sebab itu dia tidak kisah menunggu.

Dalam pada itu, kelihatan Rizan dan Firdaus baru masuk ke dalam dewan selera dan terus beratur di belakang Aiman dan Ziqri. Sedang rancak mereka berdua berbual, Aiman menegur.

“Cerita apa seronok sangat ni? Aku nak tau juga. Boleh tak?” Aiman mengusik.

“Eh, Abang Aiman. Kami bual-bual je. Tak ada hal penting pun.” Rizan menjawab sambil tersengih. Malu!

“Mesti bergosip ni, kan? Tak elok bergosip ni. Lagi-lagi kalau bercakap perkara yang tak benar macam mengumpat. Baik pergi lapah daging orang tu je terus.” Aiman mengingatkan mereka berdua dan juga dirinya sendiri. Tiba-tiba, dia berasa ada sesuatu yang lain. Hasif tiada! “Eh, Hasif mana? Selalunya ada je dengan korang ni.” Dia terus bertanya.

“Hasif sakit perut tadi. Makan sambal banyak sangat kot kat kantin tadi. Dia balik bilik terus.” Rizan pula yang menjawab kali ini.

Perbualan mereka terhenti apabila giliran mereka untuk mengambil makanan sampai. Aiman gembira apabila makcik yang bertugas di dewan selera itu memberinya makanan lebih. Mungkin, makcik yang senang dipanggil Mak Som itu memang sudah masak dengan Aiman. Maklumlah, bukan baru hari itu dia mengagihkan makanan kepada para pelajar di situ. Sejak sekian lamanya. Sejak Aiman belum menjejakkan kakinya di sekolah itu lagi.

“Terima kasih, makcik.” Aiman tidak pernah lokek untuk mengucapkan terima kasih kepada sesiapa pun. Baginya, walaupun itu hanyalah ucapan yang mengandungi 2 patah perkataan, tetapi ia adalah sesuatu yang besar untuk seseorang seperti Mak Som itu. Bagi Aiman, ia bukan sekadar ucapan. Ia lebih dari itu.

*****

Sebulan telah berlalu. Kini, pagi Aiman dan Ziqri tidak lagi ditemani oleh Rizan, Firdaus dan Hasif. Denda mereka untuk qiyam bersama Aiman dan Ziqri selama sebulan telah pun berakhir. Aiman gembira apabila melihat mereka bertiga kini sudah berubah. Walaupun dalam tempoh yang singkat, dia berharap agar perubahan itu kekal selama-lamanya. Itu harapannya.

Bulan Februari baru sahaja menjengah. Apabila tibanya Februari, hampir semua pelajar SMKA Bukit Batu akan sibuk berlatih untuk aktiviti merentas desa yang akan menjelang tiba. Tidak terkecuali, Aiman. Juara untuk kategori lelaki B-18 tahun lalu. Dia tidak terlepas untuk turun setiap petang untuk berlatih. Hasratnya adalah untuk menjuarai lagi merentas desa peringkat sekolahnya itu pada kali ini. Bukanlah niatnya untuk menunjuk-nunjuk atau berbangga. Tetapi, membuktikan kepada para pelajar SMKA Bukit Batu bahawa sukan itu penting. Penting untuk badan untuk sihat. Allah pun lebih suka orang yang lebih kuat berbanding orang lemah.

Aiman juga ingin membuktikan bahawa aktif bersukan tidak semestinya akan mengganggu pelajaran. Yang terganggu itu kerana individu itu sendiri yang tidak bijak dalam menguruskan masa mereka.

Petang itu, Aiman turun berlatih lagi. Pertandingan merentas desa hanya tinggal 2 hari sahaja lagi. Dia harus kekal cergas untuk menang. Selepas menyarung kasut sukannya, Aiman segera turun ke bawah.

Tiba-tiba……



________________________________

*maaf kerana lambat menyambung cerita ini. maklumlah, banyak assignments yg perlu dihantar. anyway, teruskanlah membaca ya! adios~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...