Disklaimer

Semua isi kandungan dalam blog ini adalah picisan pemikiran penulis blog ini kecuali jika dinyatakan bukan. Mohon para pembaca bersedia dengan ubat-ubatan yang sesuai disebelah apabila ingin membaca blog ini. Pihak penulis tidak mahu bertanggungjawab atas segala kesulitan yang pihak pembaca alami. Andainya ada kesilapan yang berlaku, mohon kepada saudara dan saudari untuk menegur. Saudara saudari juga bebas untuk berkongsi isi blog ini sesuka hati saudara saudari. Tetapi, lebih molek rasanya jika saudara dan saudari dapat menitipkan bersama pautan ke blog ini supaya mudah dirujuk. Terima kasih.

Wednesday, January 23, 2013

Anda seorang pelajar?

bismillah....

Entri ini adalah khas buat diri sendiri dan para sahabat yang masih belajar sama ada dalam negara mahupun luar negara ataupun yang akan ke luar negara. Yang penting belajar di bumi Allah.



Aku terfikir, kenapa aku belajar? Kenapa aku nak ambil Math HL yang susah ni? Kenapa aku sibuk nak ambil medic sampai 7 tahun lamanya? Dan banyak lagi persoalan yang timbul di benakku.

Tidak dinafikan, aku bukanlah seorang pelajar yang pintar. Keputusan aku selalu sahaja menyedihkan. Baik diri aku sendiri, malah ibu bapa dan guru-guruku turut bersedih. Tetapi, apabila melihatkan aku tak keseorangan dan ramai lagi rakanku yang turut mengalami nasib yang sama, malah ada yang lebih menyedihkan lagi, aku jadi selesa. hey, suka ke tengok orang lain ikut kita dapat result tak elok?!

Aku koreksi diri. Sentap. T_T

Aku terfikir lagi. Kenapa aku dan rakan-rakanku masih lagi berada di takuk lama. Tidak meningkat. Adakah ganjaran yang ditawarkan apabila berjaya ke luar negara, ataupun berjaya menjawat jawatan besar tidak cukup bagus untuk merangsang kami semua terus istiqamah belajar? 

Tidakkah gelaran Dr, Ir dan Prof dihadapan nama kita nanti menjadi dorongan untuk kita sekarang?

Kadang-kadang, kita malas, kita lesu untuk belajar. Kadang-kadang kita begitu semangat, begitu rajin. Lalu, kita bertanya kepada diri sendiri, "kenapa aku susah untuk istiqamah?"

Mari kita singkap kembali sejarah kita. Ya, sejarah kita. 

Jika kita lihat pada zaman Abbasiyyah dahulu, ilmuwan Islam terus-menerus mengkaji dan menambah ilmu mereka. Zaman sahabat nabi pula, para sahabat tidak henti-henti belajar. Zaman tabi' tabi'in dan zaman-zaman kegemilangan Islam yang lain, masing-masing tidak henti-henti menuntut ilmu. Lalu, kita tertanya sendiri. 

Aku pun tertanya-tanya juga. Setelah puas berfikir, aku membuat kesimpulan. Ini adalah pandangan aku. Jika salah, mohon perbetulkan.

Bagi aku, mereka semua mempunyai tujuan yang jelas dan sebab yang konkrit. Mereka tahu mengapa mereka menimba ilmu. Mereka tahu apa yang mereka kejar. Sebab itu mereka mampu istiqamah.

Cuba kita tengok semula diri kita. Sebenarnya apa yang kita kejar? IB45? 4.0? Nak ke oversea?

Ok, cuba kita fikir balik. Kalaulah kita tak dapat semua tu, kita boleh je belajar lagi. Itu kita fikir. "Kalau tak dapat fly, belajar dalam je pun ok." Itu kita fikir. 

Jadi, jika kita tidak berjaya mendapat keputusan yang cemerlang sekalipun (nauzubillahi minzalik), kita masih ada peluang belajar dalam negara. Ya, inilah sebabnya. Kita tidak kisah. Sebabnya, kita tak pasti tujuan sebenar kita belajar.

Aku ambil contoh, kita semua sedang bertanding dalam satu pertandingan. Sudah pasti, semua mahu menang. Tetapi, perlu diingat, kemenangan itu hanyalah alat untuk kita mencapai kepuasan hati kita, bukannya tujuan kita. Benar? 

Begitu juga dengan belajar. Kita nak berjaya semua ni hanyalah alat untuk mencapai matlamat yang satu. Jika kita jelas dengan matlamat yang satu ini dan kita faham kenapa kita perlu mencapai matlamat ini, tidak ada suatu aral pon yang berjaya menggugah kita. Aku yakin dan pasti. 100%.

Para sahabat dahulu  jelas dengan matlamat yang nak dicapai oleh mereka dan mereka faham kenapa mereka perlu mencapai matlamat itu.

Jadi, sebagai resolusinya. Untuk kita terus istiqamah belajar, kita perlulah jelas dengan matlamat kita belajar dan perlulah faham kenapa kita kena belajar. Belajar itu fardhu ain. Wajib bagi setiap individu muslim. 

Matlamat yang harus kita capai ialah REDA ALLAH, MARDHATILLAH.

Dan, kita harus faham kenapa kita perlu capai matlamat ini. Inilah yang harus kita pelajari terlebih dahulu sebelum kita sibuk belajar dengan subjek-subjek yang ditawarkan di sekolah mahupun di kolej kita. Sebelum kita sibuk dengan Math, Chemistry dan yang seumpama dengannya itu, inilah yang harus kita pelajari. Buka hati, buka minda, belajar!


"Kerana sesungguhnya, bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada." 
(sebahagian terjemahan dari Surah Al-Hajj, ayat ke 46)

_________________________

*Sekadar perkongsian sejenak untuk difikirkan bersama. Moga ada manfaatnya. Jika tersalah, mohon perbetulkan. Jazakumullah.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...